Monday, October 27, 2014

TIPS DAN PETUA HILANGKAN BATUK DAN SELSEMA BAYI

SEDIHHH..
Anak-anakku dah dekat seminggu lebih batuk2..Ubat dah ambik dan makan..tapi masih lagi selsema dan batuk.si abang dan adik siap kena neb lagi..nangis x yah ceritala..sian kat anak2ku..hati ibu mana yang x sedih tengok anak2 sakit..lagi pula anak2 kecikku..

Makan ubat pun x lega.banyak aku baca kt blog cakap bagi ubat x elokla apa..memang dalam fikiran macam tu..tapi nak buat macam mana..bagilah juga walaupun berat hati.tapi x jugak lega.

last2 en suami ambik garlic tablets dan habatussauda yang memang siap ada kat rumah.en suami beli pun untuk anak2..rupanya en suami dah khatam dulu kat google tapi dia lupa nak amalkan.
Pagi tu bila dia ingat terus dia buat teknik wap tu.

Yang aku baca ni banyak cara.tapi nak bagitau kat sini teknik yang en suami aku buat.hihi..

1-Garlic tablet tu en suami kerat dua dan ambik serbuk.

Sumber : Google

2-Masukkan ke dalam air yang diletak didalam periuk nasi.
3-Masukkan sedikit minyak Habatussauda.
4.Panaskan hingga mendidih.
5-Baringkan anak seperti dalam gambar dan tepuk belakang.


Awas : JANGAN terlalu dekatkan muka anak dengan didihan tersebut..Kalau nak buat guna air panas pun boleh.

Tapi dah anak batuk teruk sangat dan kahak pun banyak en suami terus didihkan macam tu.
Alhamdulillah..lepas pada tu Iman batuk2 dan muntah.Keluarla sikit2 kahak tu.Dan dengan izin Allah Iman pun dah x batuk lagi.cuma kadang2 je batuk x macam sebelum tu.

Ops lupa pulak..lepas je en suami buat macam tu..aku pun bagila anak mandi.lepas je mandi aku terus sapu minyak bawang putih.Bawang putih tu bakar dan letak dalam mangkuk.tuangkan sedikit minyak masak.sapu kat dada dan belakang anak.Insyaallah batuk dan kahak sedikit kurang.

Untuk selsema pulak senang je petua aku.yang ni pun aku lupa..padahal aku baru je buh kat hidung aku..duk sohsehsohseh..sapu je duk esok trus hilang..alhamdulillah.
Petua dia senang je.

1-Ambik sedikit sebuk kunyit letak dalam mangkuk.
2-Tuangkan sedikit minyak masak.
3-Kacau hingga rata dan sapu dekat keliling hidung hingga ke batang hidung.:)

Awas : Muka anda akan nampak kekuningan.Bukan demam kuning.Tapi jangan risau boleh keluar.Nak cepat baikkan..

Cakap bab kuning ni aku sapu kat hidung anak aku.Tapi esok tu aku lupa.ishhh sejak anak dua ni asyik lupa ja..penyakit apakah ini..Aku heran awatla muka anakku ni kuning.tengok mata putih je.ishh dah risau dah..baru aku teringat aku sapu kunyit kat hidung dia..:)p


Tuesday, October 7, 2014

WARNA PASTEL PUJAAN HATI

Assalamualaikum.

Kali ni kami nak letak pic warna2 pastel.sebabb warna pastel ni sangat cantik dan membuatkan mata ni jadi lembut je.

Insyaallah kami akan keluarkan shawl halfmoon dan tudung syiria material chiffon dengan warna2 pastel.
Tunggu kemunculan terbaru dari kami..yeayyy..








Sunday, September 28, 2014

TERMA & SYARAT AGEN DROPSHIP ByChenta

TERMA & SYARAT

TERMA & SYARAT AGEN DROPSHIP BYCHENTA
  • Modal TIDAK diperlukan, agen dropship Cuma PERLU mengiklankan produk kami.
  • Egen dropship DIBENARKAN mempromosi jualan mereka di laman sosial seperti Facebook,Instagram,Wechat,Twitter, Friendster, MySpace; laman jualan komuniti seperti eBay, Mudah.my, Lelong.my; laman blog anda sendiri atau boleh juga membuat jualan secara offline.
  • Oleh sebab tidak ada modal diperlukan, maka agen dropship perlu KOMITED (Contoh: Bukan ingin menjadi agen semata-mata ingin membeli untuk diri sendiri dengan harga agen dropship)
  • SYARAT : Untuk pembelian pertama, agen perlu membeli 10 unit  barangan produk kami.
  • Agen PERLU membeli sekurang-kurangnya 1 PRODUK untuk 1 BULAN. Agen yang AKTIF sahaja akan disenaraikan sebagai agen kami.
  • Agen yang aktif akan mendapat SAGUHATI daripada pihak kami.
  • Rujukan STOK yang masih ada, pembelian dan bayaran mestilah dilakukan secara online ke email odershawls@gmail.com atau sms di talian 017-4482515.
  • Pastikan mendapat COMFIRMATION ODER sebelum pembayaran dibuat kepada kami. 
  •  Harga Dropship adalah TIDAK termasuk kos pos KECUALI dinyatakan
  • Urusan pengeposan akan diuruskan oleh ByChenta.
  • Egen DIBENARKAN untuk meletakkan harga yang lebih tinggi atau lebih rendah sedikit daripada harga yang kami tetapkan selagi mana ia berpatutan, sesuai dan dapat dijual.
  • Bayaran mesti diterima dahulu sebelum kami membuat penghantaran kepada pelanggan anda.
  • Tempahan TANPA DEPOSIT hanya dibenarkan selama 1 hari sahaja (24 jam).
  • Pembayaran adalah melalui Maybank/CIMB .
  • Penghantaran akan dilakukan dalam tempoh 5-7 hari selepas penerimaan bayaran disahkan.
  • Semua harga yang dipaparkan tidak termasuk kos penghantaran kecuali dinyatakan.
  • Kami tidak akan bertanggungjawab ke atas kerosakkan atau kehilangan semasa tempoh penghantaran
  • Item yang telah dihantar tidak boleh ditukar kecuali rosak (ByChenta sentiasa memastikan item dalam keadaan baik sebelum penghantaran).
  • Jika berlaku juga penukaran, PEMBELI DAN AGEN akan menanggung kos pemulangan semula (dalam tempoh 7 hari). ByChenta akan menanggung kos penghantaran semula item yang baharu.
  • Semua barangan yang telah dijual tidak boleh ditukar dan wang tidak akan dikembalikan.


Untuk pendaftaran agen, sila WHATSAPP ke no 017-448 2515

Sila sertakan maklumat berikut :
NAMA
NAMA ONLINE SHOP (INSTAGRAM)
NO HP
ALAMAT

Thursday, September 18, 2014

KALAU AKU K A Y A

Assalamualaikum..
adoii..boringla..x tau nak buat apa ni..
nak buat kerja semua da siap..emm..

kepala otak ni kan macam2 duk pikir nak rebranding aku punya jenama.tapi semua perlukan kos.kalaulah aku kaya..kalau aku kayaaaa...
macam2 aku boleh buatkan..
-boleh ambik duta orang popular
-boleh masuk tv/radio
-boleh buat iklan kt tv/radio
-buka butik

tapi semua tu perlukan modal yang besaq..macam mana ek aku nak buat semua tu??
nak buat loan ke?duit dalam bank ada..tapi x cukup..waaaa...

selalu pk kalau aku labur duit bisnes aku selama ni boleh dapat pulangan ke?
kalau nak buat loan untuk bisnes nak buat kat mana??
TEKUN??PUNB??BANK??

EMmm..plzz help me..
Banyak strategi dalam kepala otak ni..tapi bila duit x dak seqot dulu..

Okla..nak sambung berangan sat..

Tq sudi baca..

Thursday, September 11, 2014

AKU GILA SUSUN ATUR

Assalamualaikumm..

Di petang hari yang indah ni aku nak habaq kat semua yang aku dah gila SUSUN ATUQ rumahku..kepala otak ni duk pikir macam2 nak make over rumahku bagi cantik..oh duitt..eh duit pulak..oh rumahh...
Ni x sabaq nak tunggu pukul 3.30 petang..nak balik..sementara tunggu en suami balik kerja bolehla aku kemas almari baju.lepas tu boleh ajak dia p Giant N Romantica sat p perabih duit kat sana..haha..
Semalam en suami dah sound kat aku.."Daqi nak kemas satgi penuh pulak dengan bekas plastik."hahah..
okla cik abang.nak bagi cantik rumah ni untuk abang jugak..

Okla..nanti da settle semua aku up gambaq kat sini..
Jangan lupa qajin usha blog ni..erk..:)

Teringat bila first time dapat kunci posing depan rumah.
La da masuk 3 tahun kami duk sini..
Alhamdulillah..

Thursday, May 15, 2014

PENGALAMAN MELAHIRKAN NUR IMAN SUMAYYAH SECARA INDUCE.

Assalamualaikum..
Ya Allah..lamanya kami x update blog..semuanya sebab tiada masa yang sesuai untuk kami update.
Alhamdulillah..kami dah selamat melahirkan seorang lagi khalifah Allah di dunia ini..
Tanggal 6 Mac 2014 lahirlah seorang bayi perempuan yang diberi nama Nur Iman Sumayyah bt Mohd Faizal.Anugerah dari Allah SWT selamat 4 tahun yang dinantikan.

Kat sini nak ceritalah sikit pengalaman kami bersalin bb Iman Sumayyah ni..Semoga anak ummi nanti bolehla baca pengalaman yang begitu indah ini.

4 Mac 2014
38w3d
Seperti biasa kami ada check up di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB).Disebabkan kami buat IUI so setiap bulan selain check up di KK kami kena check up di HSB.Selepas nama dipanggil doktor cek dan tibalah masa nak scan..masa scan tu macam biasalah tanya doktor itu ini..dan tiba2 doktor macam panik sat..dia cakap air ketuban kami kurang..kami pun duk blurr lagi..ish bahaya ke air ketuban kurang ni??hhihihi..
then doktor suruh ke blilik sebelah nak scan sekali lagi..confirm dia cakap air ketuban kurang..so dia suruh kami masuk wad petang tu..tapi kami cakap kat doktor..boleh tak mai esok pagi je..pukul 8 pagi kami mai..doktor cakap ok boleh..tp awak kena masuk wad esok jugak..

baru kami teringat dengan member yang buat IUI jugak..dia cakap kena masuk wad 5 Mac..kami pun sms dia tanya esok p pukul berapa..hehe..macam nak buat date pulak..member IUI ni pun kami x pernah jumpa..kenal kat FB je kat satu group ni..

5 Mac 2014
38w4d
Pukul 8 pagi baru kami keluaq rumah..kami p hantaq abang aiman kat rumah tok dulu..sedih pulak nak tinggal abang aiman..kami menangis dalam hati je.tak lama lagi aiman akan jadi abang...
kami dengan suami pun bertolak ke HSB..dupdapdupdap..macam2 duk pk..odw p HSB kami sekali lagi mintak maaf kat suami..halalkan segalanya..doakan kami supaya senang bersalin.

Sampai kat PAC kami nampak member yang buat IUI sekali.kami pun sembang ramah macam x da masalah..haha..masa tu tangan dia da kena cucuk dah..yang kami ni duk tunggu turn nurse panggil..bila nama dipanggil kami kena buat CTG dulu..huhu..lama jugak sampai lenguh pinggang..last2 kami duk mengiring..nurse mai ja cpt2 kami baring balik..

lepas tu pukul 12 lebih doktor  lelaki india mai..dalam hati alamak doktor ni ka nak cek bukaan kami..Ya Allah..masa dia buat VE tu ya Allah sakit sangat..first time kami rasa.dengaq dia cakap kt dok pelatih baru 1cm.Kami kena Induce.
macam2 dia habaq pasai kebaikan dan keburukan Induce ni..tepat pukul 1pm ubat pun dimasukkan.Ya Allah sakit sangat.Doktor India tu cakap ubat ni akan dimasukkan 3 biji saja selama 3 hari.Kalau 1 biji dimasukkan x sakit esok pulak akan masuk sebiji lagi..Dalam hati kami berdoa cukupla sebiji Ya Allah..

Pukul 2 pm macam tu kami ramai2 berjalan masuk wad..macam p berkelah pulak dengan masing2 husband bawak beg dan bekal makanan..da siap2 tukaq baju semua suami pun balik..petang tu suami mai dengan mak dan abah..time melawat pukul 4..time tu rasa sakit sikit2..okla lagi..duk sembang gelak lagi..yang memberi IUI sekali duk depan katil kami da sakit da..tunggu nak tolak masuk LR..habis time melawat kami p mandi n solat..pukul 8pm macam tu kami da start sakit..masih boleh bangun bancuh ayaq milo dan makan kurma..duk lama sat makin sakit..kami pun buka surah maryam yang dalam phone kami baca..time contraction ja kami stop sat..lepas tu sambung balik baca..tangan dah sejuk..Ya Allah sakitnya..Alhamdulillaah..berjaya jugak kami habiskan Surah Maryam..pukul 12am kami dah x tentu arah dah..kami jalan p kat kaunter cakap sakit sangat.Doktor pun buat VE dan terbuka 3cm lagi.sebelum tu pukul 8pm buat ve terbuka 3cm.
Aduhh balik kt katil kami dah x boleh baring.kami duk atas kerusi tarik nafas..contraction mai 2 minit sekali.lepas tu sister yang berbaju biru tu mai kat kami tanya x boleh tidur ka?kami cakap sakit sangat nurse.dia suruh masuk bilik dan buat VE sekali lagi..dia cakap dia cubat buat bukaan jadi 4cm..Ya Allah time ni sakit sangat.Mana dengan contraction..mana dengan dia buat VE bagi buka 4cm..lepas tu pukul berapa x ingat lepas balik ke katil air ketuban beserta darah turun.Doktor buat VE da 4.5cm.Kami ditolak ke LR.Suami da sedia menunggu di depan LR sebab dia akan masuk bersama kami.

6 Mac 2014
38w5d
Time ni masuk LR depa tukaq semua baju kami..time ni sakit ya amat..Hanya Tuhan yang tahu..Suami yang ada kat sebelah menjadi mangsa.kami cengkam tangan dia..time contraction je kami jerit abanggg sakitttt sambil cengkam tangan suami.contraction mai x sampai seminit sakit balik..ya Allah..suami mmberi kata semangat..bila dia gosok kepala kami..kami tepis..Nurse saya nak terberak ni..doktor cek bukaan baru 7cm mcm tu..adoii lama lagika..bilik yang kami duk tu makin ramai..dalam duk sakit kami dengaq depa kata ni bilik last so depa mai nak bagi sokongan..cehh kami yang duk sakit ni depa mai nak bersorak pulak..
Nurseee nak ubat tahan sakit..saya da tak tahan da ni..Nurse pulak kata x boleh sebab da 7cm..kami dibagi sedut gas ja..sedut gas pun x rasa apa dah..sakit sangat..mulut ni hanya doa Nabi Yunus saja duk baca selain sebut Allah..Allah..
"Laa ilaha illa Anta, Subhanaka inni kuntu minadh zhaalimin"

Masanya sudah tiba..ramai2  nurse yang ada dah berada didepan kami..masing2 suruh kami push..pakat duk sorak macam tengok bola pula..Abangg ayu x boleh da..x larat dah ni..Salah sorang nurse kt situ marah..Ni yang kami x mau dengaq ni..perkataan x boleh kami cukup anti.boleh..kuat lagi..Jangan angkat pung..kami dah x bermaya..dah x tau berapa kali dah kami push..masih x boleh sebab kami x pandai nak curi nafas.nurse suruh suami sapukan air zamzam yang kami bawak masuk td.Heran air mata langsung x keluar bermakna kami x nangis..kami cuma tahan sakit ja..
Seorang nurse cakap cepat dik..push..sian kat baby nak keluaq tu..Kami push masih x boleh..tiba2 mesin CTG da berbunyi menandakan jantung baby da turun..Ya Allah..suamiku dah hilang..Bila dengaq ja bunyi mesin CTG tu dan time tu Azan subuh berkumandang..dengan penuh semangat kami push.Nurse yang sambut baby cakap hang buat p la macam mana pun..cepat..
kami pushhh dan habis je azan subuh tepat 6.21am lahirlah seorang bayi perempuan.Alhamdulillah Ya Allah..
Kami x sempat nak tengok baby sebab baby x nangis..lepas je depa bagi baby nangis cepat2 baby kena tolak ke NICU..

Huhh rasa lega sangat..time utk jahit pulak..Kami kena cucuk apa x tau kat paha..sambil lali2 dan nurse jahit macam2 kami tanya..macam orang x betul..masa jahit tu x sakit sbb dah letak ubat bius..tapi dengaqla jarum dan benang bersatu..:)

Pukul 8am kami dah ditolak masuk ke wad..nampak en suami kat kerusi menunggu LR..Sampai kat wad nampak member yang buat IUI sekali..dia dah lahirkan baby pukul 4am mcm tu..hihi..sama usia anak kami..anak dia pun baby girl..

Petang tu jugak boleh balik.Tapi baby kena tahan sehari kat NICU.

Itulah pengalaman bersalin yang x mungkin dilupakan.Masih terasa kesakitan sehingga hari ini..siapa kata wanita tidak kuat..wanita kuat sebab bertarung nyawa melahirkan khalifah Allah di bumi ini.

 Nur Iman Sumayyah binti Mohd Faizal nama diberi
Semoga menjadi anak yang solehah sayang.
Selama 4 tahun ummi menunggu kehadiranmu..
Alhamdulillah inilah pinjaman Allah yang cukup bermakna buat ummi dan abah.
 Ummi dan Iman Sumayyah

 abang aiman dan adik iman

 Abang aiman jeles abah dukung adik iman.
One Happy Family.
Insyaallah..