Thursday, July 4, 2013

PERJALANAN IUI KU..

Assalamualaikum..
Rasanya da lama tak update kat personal blog ni..bz sangat sejak akhir2 ni..

Berbalik pada tajuk di atas..aku nak storyla sikit pasal perjalanan iui ku sepanjang dua tahun lebih ni..Bermula ketika mana x silap aku awal tahun 2011..disebabkan period aku yang tak teratur aku pun ke klinik pakar puteri kat tandop untuk dapatkan ubat turun darah..dan suatu hari masa aku p klinik tu aku pun tanya doktor..boleh ka doktor buat surat refer hospital pasal masalahku ini??
Sebelum tu kakak kat opis yang pernah buat iui ada bagitau..kalau nak cepat dan hospital layan suruh swasta buat surat refer ke hospital gov..tp kalau yang berduit tu nak buat kt swasta pun ok jugak.

Selepas period pertama tak silap aku..aku pun pergi ke hospital sultanah bahiyah bersama suamiku..sampai je aku tunjuk surat dari klinik swasta dan bila nombor giliranku dipanggil aku pun berjumpa dengan nurse.ye lakan..x kan nak jumpa cikgu pulak..huahua..
nurse tu pun bagi tarikh sekian sekian untuk aku ambik darah bagai..Aku pun da x ingat hari ke berapa..yang aku ingat p ambik kat bp lab.bukan kita sorang je bekerja..suami pun perlu bekerja..hihi...

dan selepas dapat result..Alhamdulillah..semuanya ok..x dak masalah apa..husband punya pun ok..:)aku dan en suami ke hospital balik dan bagi semua result..bermula dari situla mulanya proses untuk membuat iui..

Hari period pertama ja mesti kena p hospital..Tapi doktor asyik bagi makan clomid dan asid folic..bila mai cek x dak yang besaq..sampaila habis tahun 2012..duk ulang bagi yang tu..tension jugak..tiba2 period aku x mai dekat 3 bulan..bila aku cek upt -ve manjang..malas da nak mengharap..Aku pun ammbik keputusan p pakar puteri balik..dia pun scan perut aku dan cakap aku x pregnant..okla selamat sikit bila da confirm..bolehla aku minta ubat turun darah..

dan selepas seminggu lebih macam tu aku makan period aku mai dengan jayanya..aku pun ambik keputusan kol hospital selepas delay panjang..depa suruh p esok tu dan aku pun bawak result hsg aku..kalau semua nak tau sebelum buat iui kita kena ambik darah,buat hsg dan pap smear.kalau nak tau hsg tu apa boleh baca kat entry aku yang lepas..klik SINI.dan satu lagi nak bagitau sepanjang nak buat iui ni kita kena p jumpa doktor dan setiap kali jumpa kena buat TVS..jangan takut tau..sebelum buat TVS kena kencing dulu supaya bila scan x dak air kencing.

Dan bila doktor cakap next week boleh buat IUI ya Allah..hanya Tuhan yang tahu..dekat 2 tahun ulang alik hospital barula nak merasa buat IUI...aku diberi dua set alat untuk cucuk sendiri yang dipanggil Gonal -F..Ada cara jugak nak cucuk sendiri tu..kena letak dua jari dari pusat dan cucuk..ikutla nak buat kiri ke,kanan,atas atau bawah..mula tu aku buat kiri,kanan dan atas..sekali buat kat atas rasa sakit..last2 aku buat kiri kanan sampai 8 hari..habis tu aku kena p cucuk dekat wad untuk bagi telur pecah..esok tu aku kena pergi hospital balik dan akan bermulala proses IUI ku..

Sebelum tu en suamiku kena 'bekerja' dulu..dan lepas tu doktor suruh aku dan en suami rehat 2 jam sebelum masukkan sperm ke dalam rahimku..dalam tempoh tu aku x boleh kencing..selepas 2 jam..dup dap2..sambil tunggu namaku dipanggil macam2 doa yang aku baca..selepas nama dipanggil aku pun baring atas katil macam buat tvs...ishh lambatla doktor ni..kakitangan semua da sejuk..mulut aku terkumat kami dengan doa..bila doktor masuk dia cakap da ready ye sayang..nasibla doktor perempuan..x la malu..masa proses nak masukkan alat untuk bukaan serviks tu aku rasa sakit sangat..tapi sakit lagi buat HSG..masa tu aku pun x tau da doa apa yang aku baca..yang aku tau aku tahan sakit nak buh alat tu..x sampai 10 minit doktor cakap da siap..dan aku berbaring ke kiri sebab telor aku yang besaq belah kiri..lebih kurang 15 minit nurse cakap ok dah boleh turun..

Masa doktor masukkan sperm suamiku..hati sebak sangat..terus wajah suami dan aiman muncul dalam kepala ku..terbayang wajah mereka berdua..

Nurse bagitau suruh tunggu 14 hari..detik 14 hari membuatkan aku takut dan berdebar..aduhh..nurse cakap kalau lepas 14 hari period x mai bermakna aku pregnant..dalam setiap langkahku aku berjaga2..aku x makan durian,laksa,nanas,ayaq nyioq dan benda2 yang boleh memudaratkan aku..ikut pada kiraan di kalendar aku dijangka period 30 jun 2013..bila tarikh tu berlalu aku masih x mai period..tp perot aku sakit macam nak mai period..

1 Julai 2013..
Masa aku p toilet kat opis aku terkejut tengok ada darah macam period..Ya Allah..hancur luluh hatiku masa tu..Tapi tak pa la ..x dak rezeki...maafkan ayu abang..

2 Julai 2013..
period da x dak..aku tunggu dan tunggu..ikutkan 3hb aku kena cek upt sebab cukup 14 hari..aku pun research pasal pendarahan di awal kehamilan..ish..adakah..emm x pala..biaq aku beli upt test tengok..tapi x dak semangat pulak nak buat..takut ada,kecewa pun ada..

3 Julai 2013..
Seperti biasa tiada apa yang keluar..hati aku berbunga2..dan tiba2 en suami cakap dia nak trmuntah dan loya..hihi...

4 Julai 2013..
Masa masuk toilet baru aku teringat upt test dalam beg..Aku keluar dan ambik..bila aku buat tiba2 naik 2 line..satu line tu kabur..Ya Allah..aku menjerit dan kejut suami aku yang sedang tidur..suamiku dengan menggosok mata dan tengok upt tu..Aku tanya abg nampak x??ka aku sorang yang nampak..
Aku kol hospital dan sekali lagi aku diminta ke sana segera..dengan penuh semangat aku pun ke sana bersama suamiku..
Bila doktor cek cakap x nampak lagi sebab baru 4 minggu..Doktor suruh p balik 2 minggu lagi..Ya Allah..jika benar ia rezekiku bersyukur padamu..
Siang malam aku berdoa..merayu dan bermohon padamu..Selama 4 tahun aku kawen ni la first time upt jadi double line..x pernah lagi aku tengok..aku teruja sangat..

Semoga semuanya selamat dan ia menjadi rezekiku..Rezeki bulan Ramadhan yang penuh barakah..
Kepada suamiku..terima kasih sayang kerana sentiasa bersamaku dikala ku susah dan senang..dikala ku sedih dan berduka..betul kata abang..semua ini ada hikmahnya..Allah swt da aturkan setiap perancangan dalam hidup kita sejak kita dari dalam rahim ibu lagi..
Kepada anakku AIman Syafiq..Umi takkan pernah lupakan Aiman..disebabkan Aiman jugak la umi mendapat rezeki ini..Umi sayang sangat2 kat AIman..Umi harap Aiman doakan umi dapat adik tau..Nanti Aiman ada kawan..:)

Kepada mak dan abah aku yang banyak berdoa untuk anak sulongmu ini..terima kasih sangat2..seronok sangat tadi bila mak cakap Alhamdulillah...Mak seronok sangat..Doakan Ayu na mak..:(

Kepada kawan2 xkirala kat fb,blog,kat luar dan mana2 yang banyak memberi semangat padaku terima kasih ku ucapkan..

P/S : Kepada yang kerja goverment..kalau nak buat IUI bawa GL tau..
untuk first IUI hanya bayar untuk alat saja RM120.

Kalau x berjaya kali kedua kena RM450 untuk sekotak GONAL-f tu..

Aku buat kat Hospital Sultanah Bahiyah Alor Setar.Sapa2 nak buat bolehla cuba kat sini..Insyaallah.