Thursday, September 19, 2013

PETUA ISTIMEWA UTK IBU YANG BARU HAMIL DARI KAMI.PETUA APA TU??


Assalamualaikum..
Amboi2..panjang betoi tajuk kami kat atas tu..Sebenaqnya da lama kami nak update pasai ni tapi malas..hihi..
Sapa yang pernah hamil taula kan macam mana permulaan hamil..tapi x semua yang loya2 macam kami ni..Kami ni bukan x boleh makan..makan boleh tapi lepas makan mesti nak keluaq balik..lidah dan anak tekak ni rasa semacam ja.rasa yang memang nak keluaq balik..pernah satu hari tu kami sampai lembik..makan muntah..makan muntah..almaklumla anak first..tak tau petua apa yang boleh hilangkan loya kami ni..

kami pun postla status kat facebook "nak makan apa bagi hilang loya"..ramaila yg komen bagi petua macam2..dan yang paling kami tertarik suruh minum jus pati delima gulsan.ok..jus tu da ada dalam peti sejuk kami..sebab sebelum ni kami minum yang tu utk dapatkan zuriat.
Bila kami tanya mr google pasal jus delima ni rupanya salah satu utk hilangkan loya bagi ibu hamil dan memberi tenaga..
Tanpa membuang masa masa sahur kami pun minum jus ni..dan Alhamdulillah..lepas ja minum bila kat opis kami da hilang rasa loya..tapi awai2 tu x la semua loya tu hilang..tapi x la seteruk masa kami x minum jus tu.kami pun rasa bertenaga sangat nak buat kerja..kalau x nak sembang dengan member pun x larat..yang kami tau p surau tidoq..
Tapi kami minum ni pagi..pernah sekali tu minum time nak tidoq..alamak sampai pukul 3 pagi kami x boleh lena..start tu da x minum malam..la ni sebelum p kerja kami minum...kat opis barula best sikit nak buat kerja..da x lesu macam dulu..
Kami bukan nak promote sebab kami pun x juai Pati Delima ni..kami beli kat Istafa..harga macam2..tp yang kami beli ni RM15..ada yang beli sebotol RM10 saja..tengok tempatla kot.
Cara nak minum pun ada banyak cara..ada yang bancuh dengan air suam.buh madu..tapi kami senang saja..minum macam tu saja..buh atas camca makan..sedap tapi masam sikitla..
Sebenaqnya jus ni banyak kelebihan dia selain bagi hilang loya..Kalau nak tau try google..hehe..

Okla..tu la petua kami..hehe..kepada yang rasa loya2 tu cepat2la p cari Jus Pati Delima Gulsan.:)

Tuesday, September 17, 2013

BLEEDING :(

Assalamualaikum..
Tinggai lama blog personal ni..Maafla kawan2..sejak dapat tau kata preggy aritu kami sangat2 x sihat..nak buat apa semua malas..dan yang paling penting kami loya teruk..
Alhamdulillah now da nak masuk 4 bulan aka 16w kami da sihat sikit..loya2 pun da berkurang..maybe sebab kami minum pati delima gulsan sama.kami google2 depa kata minum pati delima gulsan tu boleh hilangkan rasa loya..Alhamdulillah kami minum tu hilang loya..

Berbalik pada tajuk kat atas..BLEEDING..sapa2 yang di awal pregnant mesti takut dengan perkataan tu kan..macam tu  la jugak aku..masa di awal kehamilan lebih kurang dalam 2-3w macam tu kami bleeding..tp x la banyak..hanya setitik dua saja..kami pun rajinla google2 pasal bleeding di awal pregnant ni..semua cerita buatkan kami takut..dan masa hari pertama bleeding tu kami terus kol hospital sebab kami kan buat IUI so nurse da nasihat da if bleeding kol depa terus.so bila kol depa trus segera ke sana.
Kami pun pergi dengan hati yang gementar..kat mulut ni terkumat kami baca doa untuk elakkan keguguran dan zikir..Ya Allah selamatkanla janin dalam rahimku ini..

Dan bila namaku dipanggil untuk masuk ke dalam jumpa doktor seperti biasa kami kena scan kut bawah.Kami dah mangli scan kot bawah sebab selama ulang alik hospital nak scan kami scan kot bawah..tapi tengok pada doktor jugak yang buat..kalau kasaq sakitla..kalau kena doktor yang lembut x rasa apa pon..:)

Dan bila scan syukur sangat2 janin kami sihat dan penjelasan doktor bagitahu ada pendarahan di bahagian tepi rahim..sebab tu bleeding..Alhamdulillah..Dan kami pun kena cucuk kat bon...adoii sakit jugak cucuk bagi kuat rahim ni..dan yang best kami dapat MC 3 hari..Bolehla bed rest..doktor x bagi buat kerja2 berat.

Balik rumah je kami berhati2 dalam semua perkara..dan kami jugak tak dapat nak dukung bb aiman..kesian kat bb aiman..tp kami curi2 dukung jugak..kalau en suami nampak dia marah..

Dan bleeding kami lebih kurang 2 minggu..Ya Allah masa tu kami tertanya2 lagi kenapala x stop2 darah ni..dan yang paling takut bila buang air kecik pun ada lendir macam darah..bila google2 macam2 yang kami baca buatkan kami takut..last2 hati kami berbisik.."lantakla..aku malas nak fikir da pasai ni.."dan akhirnya bila kami buat tak tau saja Alhamdulillah bleeding aku stop..
Tapi sampai harini kami jadi fobia kalau masuk toilet..fobia nak tengok S sebab takut ada darah..aduhhh...

Itula pengalaman kami di awal pregnant..Kepada yang baru pregnant dan tak da pengalaman macam kami ni kalau bleeding cepat2 p hospital..jangan duk google saja..x semua benda bleeding ni boleh buat kita gugur..Kadang2 bleeding ni ada banyak penyebabnya..Salah satunya macam kami ada pendarahan kat tepi rahim..tapi bila kita baca kat blog orang kita jadi takut dan time tu la pk macam2..so jalan penyelesaiannya pergila ke klinik berhampiran.

Thursday, July 4, 2013

PERJALANAN IUI KU..

Assalamualaikum..
Rasanya da lama tak update kat personal blog ni..bz sangat sejak akhir2 ni..

Berbalik pada tajuk di atas..aku nak storyla sikit pasal perjalanan iui ku sepanjang dua tahun lebih ni..Bermula ketika mana x silap aku awal tahun 2011..disebabkan period aku yang tak teratur aku pun ke klinik pakar puteri kat tandop untuk dapatkan ubat turun darah..dan suatu hari masa aku p klinik tu aku pun tanya doktor..boleh ka doktor buat surat refer hospital pasal masalahku ini??
Sebelum tu kakak kat opis yang pernah buat iui ada bagitau..kalau nak cepat dan hospital layan suruh swasta buat surat refer ke hospital gov..tp kalau yang berduit tu nak buat kt swasta pun ok jugak.

Selepas period pertama tak silap aku..aku pun pergi ke hospital sultanah bahiyah bersama suamiku..sampai je aku tunjuk surat dari klinik swasta dan bila nombor giliranku dipanggil aku pun berjumpa dengan nurse.ye lakan..x kan nak jumpa cikgu pulak..huahua..
nurse tu pun bagi tarikh sekian sekian untuk aku ambik darah bagai..Aku pun da x ingat hari ke berapa..yang aku ingat p ambik kat bp lab.bukan kita sorang je bekerja..suami pun perlu bekerja..hihi...

dan selepas dapat result..Alhamdulillah..semuanya ok..x dak masalah apa..husband punya pun ok..:)aku dan en suami ke hospital balik dan bagi semua result..bermula dari situla mulanya proses untuk membuat iui..

Hari period pertama ja mesti kena p hospital..Tapi doktor asyik bagi makan clomid dan asid folic..bila mai cek x dak yang besaq..sampaila habis tahun 2012..duk ulang bagi yang tu..tension jugak..tiba2 period aku x mai dekat 3 bulan..bila aku cek upt -ve manjang..malas da nak mengharap..Aku pun ammbik keputusan p pakar puteri balik..dia pun scan perut aku dan cakap aku x pregnant..okla selamat sikit bila da confirm..bolehla aku minta ubat turun darah..

dan selepas seminggu lebih macam tu aku makan period aku mai dengan jayanya..aku pun ambik keputusan kol hospital selepas delay panjang..depa suruh p esok tu dan aku pun bawak result hsg aku..kalau semua nak tau sebelum buat iui kita kena ambik darah,buat hsg dan pap smear.kalau nak tau hsg tu apa boleh baca kat entry aku yang lepas..klik SINI.dan satu lagi nak bagitau sepanjang nak buat iui ni kita kena p jumpa doktor dan setiap kali jumpa kena buat TVS..jangan takut tau..sebelum buat TVS kena kencing dulu supaya bila scan x dak air kencing.

Dan bila doktor cakap next week boleh buat IUI ya Allah..hanya Tuhan yang tahu..dekat 2 tahun ulang alik hospital barula nak merasa buat IUI...aku diberi dua set alat untuk cucuk sendiri yang dipanggil Gonal -F..Ada cara jugak nak cucuk sendiri tu..kena letak dua jari dari pusat dan cucuk..ikutla nak buat kiri ke,kanan,atas atau bawah..mula tu aku buat kiri,kanan dan atas..sekali buat kat atas rasa sakit..last2 aku buat kiri kanan sampai 8 hari..habis tu aku kena p cucuk dekat wad untuk bagi telur pecah..esok tu aku kena pergi hospital balik dan akan bermulala proses IUI ku..

Sebelum tu en suamiku kena 'bekerja' dulu..dan lepas tu doktor suruh aku dan en suami rehat 2 jam sebelum masukkan sperm ke dalam rahimku..dalam tempoh tu aku x boleh kencing..selepas 2 jam..dup dap2..sambil tunggu namaku dipanggil macam2 doa yang aku baca..selepas nama dipanggil aku pun baring atas katil macam buat tvs...ishh lambatla doktor ni..kakitangan semua da sejuk..mulut aku terkumat kami dengan doa..bila doktor masuk dia cakap da ready ye sayang..nasibla doktor perempuan..x la malu..masa proses nak masukkan alat untuk bukaan serviks tu aku rasa sakit sangat..tapi sakit lagi buat HSG..masa tu aku pun x tau da doa apa yang aku baca..yang aku tau aku tahan sakit nak buh alat tu..x sampai 10 minit doktor cakap da siap..dan aku berbaring ke kiri sebab telor aku yang besaq belah kiri..lebih kurang 15 minit nurse cakap ok dah boleh turun..

Masa doktor masukkan sperm suamiku..hati sebak sangat..terus wajah suami dan aiman muncul dalam kepala ku..terbayang wajah mereka berdua..

Nurse bagitau suruh tunggu 14 hari..detik 14 hari membuatkan aku takut dan berdebar..aduhh..nurse cakap kalau lepas 14 hari period x mai bermakna aku pregnant..dalam setiap langkahku aku berjaga2..aku x makan durian,laksa,nanas,ayaq nyioq dan benda2 yang boleh memudaratkan aku..ikut pada kiraan di kalendar aku dijangka period 30 jun 2013..bila tarikh tu berlalu aku masih x mai period..tp perot aku sakit macam nak mai period..

1 Julai 2013..
Masa aku p toilet kat opis aku terkejut tengok ada darah macam period..Ya Allah..hancur luluh hatiku masa tu..Tapi tak pa la ..x dak rezeki...maafkan ayu abang..

2 Julai 2013..
period da x dak..aku tunggu dan tunggu..ikutkan 3hb aku kena cek upt sebab cukup 14 hari..aku pun research pasal pendarahan di awal kehamilan..ish..adakah..emm x pala..biaq aku beli upt test tengok..tapi x dak semangat pulak nak buat..takut ada,kecewa pun ada..

3 Julai 2013..
Seperti biasa tiada apa yang keluar..hati aku berbunga2..dan tiba2 en suami cakap dia nak trmuntah dan loya..hihi...

4 Julai 2013..
Masa masuk toilet baru aku teringat upt test dalam beg..Aku keluar dan ambik..bila aku buat tiba2 naik 2 line..satu line tu kabur..Ya Allah..aku menjerit dan kejut suami aku yang sedang tidur..suamiku dengan menggosok mata dan tengok upt tu..Aku tanya abg nampak x??ka aku sorang yang nampak..
Aku kol hospital dan sekali lagi aku diminta ke sana segera..dengan penuh semangat aku pun ke sana bersama suamiku..
Bila doktor cek cakap x nampak lagi sebab baru 4 minggu..Doktor suruh p balik 2 minggu lagi..Ya Allah..jika benar ia rezekiku bersyukur padamu..
Siang malam aku berdoa..merayu dan bermohon padamu..Selama 4 tahun aku kawen ni la first time upt jadi double line..x pernah lagi aku tengok..aku teruja sangat..

Semoga semuanya selamat dan ia menjadi rezekiku..Rezeki bulan Ramadhan yang penuh barakah..
Kepada suamiku..terima kasih sayang kerana sentiasa bersamaku dikala ku susah dan senang..dikala ku sedih dan berduka..betul kata abang..semua ini ada hikmahnya..Allah swt da aturkan setiap perancangan dalam hidup kita sejak kita dari dalam rahim ibu lagi..
Kepada anakku AIman Syafiq..Umi takkan pernah lupakan Aiman..disebabkan Aiman jugak la umi mendapat rezeki ini..Umi sayang sangat2 kat AIman..Umi harap Aiman doakan umi dapat adik tau..Nanti Aiman ada kawan..:)

Kepada mak dan abah aku yang banyak berdoa untuk anak sulongmu ini..terima kasih sangat2..seronok sangat tadi bila mak cakap Alhamdulillah...Mak seronok sangat..Doakan Ayu na mak..:(

Kepada kawan2 xkirala kat fb,blog,kat luar dan mana2 yang banyak memberi semangat padaku terima kasih ku ucapkan..

P/S : Kepada yang kerja goverment..kalau nak buat IUI bawa GL tau..
untuk first IUI hanya bayar untuk alat saja RM120.

Kalau x berjaya kali kedua kena RM450 untuk sekotak GONAL-f tu..

Aku buat kat Hospital Sultanah Bahiyah Alor Setar.Sapa2 nak buat bolehla cuba kat sini..Insyaallah.

Monday, June 3, 2013

ANAK UMI DAH BESAQ..:)

Assalamualaikum..
Rasanya da lama kami nak upload gambaq si kecik kami ni..baru hari ni kami berkesempatan utk upload gambaq bb aiman..
Sat saja masa berlalu..Bb aiman pon da nak masuk 7 bulan..6.6.2013 ni genapla 7 bulan anak umi ni..sama dengan tarikh anniversary kami dan suami..Alhamdulillah..kami rasa sungguh bahagia sejak hadirnya bb aiman dalam hidup kami dan suami..Semoga bb aiman membesar dengan sihat,cerdik dan menjadi anak yang soleh..


 Masa ni bb aiman baru berusia beberapa hari..kami pon da x ingat.
 kami paling suka tengok gambaq ni..:)




















Umi dan abah sayang aiman sangat2..:)

Tuesday, April 16, 2013

Cantik Laman Rumah Siti Nurhaliza

Assalamualaiku..
Post saja nak tunjuk laman qumah CTDK..cantik gila..tenang saja kalau tengok ni haqi2..:D

Duei (buai) tu cantik sangat..

ok..
mood : bosan nak update personal blog.setakat ni sajala..:)

Monday, January 14, 2013

CANTIKKAN SITI NURHALIZA BERTUDUNG.

Assalamualaikum..
Apa habaq semua..qasanya dah lama aku x hupdate blog personal ni.Aku amat sibuk dan sibuk..sibukla sangatkan..
Dan dengan berita gembira Dato' Siti Nurhaliza dah bertudung aku pun dengan senang hati nak hupdate blog ni.Bukan apa cantik sangat aku tengok ctdk ni pakai tudung.berseri2 je..ditambah pulak nampak beliau makin kurus lagilah bertambah kecomelan ctdk ni.
Kat sini aku ada update beberapa keping gambaq ctdk yang aku suka tengok..Semua ni aku hambek dari fb kakak ipaq ctdk..Jangan marah ye kak..sy mintak izin ni..:)






  






Semoga ctdk kekal bertudung macam ni tau..Kepada hampa2 semua yang nak beli tudung nak bergaya macam ctdk ni bolehla jenguk blogshop aku.

BLOGSHOP : Shawls@AYUCINTA
Like FACEBOOK : Shawls@AYUCINTA