Friday, November 2, 2012

AKHIRNYA AKU BUAT HSG.

Assalamulaikum..
Semalam balik dari buat HSG terus aku nak update pasal ni tapi disebabkan aku tak tahan sakit terpaksla aku tunda ke malam ni..Ini pun sebab rajin je..huehuehue..

Apa itu HSG..?
Ramai yang inbox aku tanya HSG tu apa??Aku pun x pandai sangat..Sat aku nak google..
HSG adalah ujian yang digunakan untuk mengesan kesihatan rahim dan salur peranakan. Ia mengunakan teknologi x-ray yang dapat memberikan gambaran bentuk rahim dan salur peranakan. Semasa ujian ini, dye berwarna akan disuntik kedalam rahim dan ia akan mengalir kedalam salur peranakan dan seterusnya kedalam ruang pelvis. HSG akan memberikan maklumat kepada pakar radiologi untuk memastikan samada terdapat kerosakkan pada sistem peranakan anda.

Ok tak jawapan kat atas??
Jom aku nak story pengalaman aku kat sini.Sebenarnya dah lama doktor suruh aku buat HSG ni..sejak aku mula nak buat appoinment dengan hospital.Tapi disebabkan aku contact si nurse yang bagi phone number tu x dapat aku pun x buat.Aku just p hospital saja.Dan doktor Murizah (pakar gynea) dia cakap x payah buat lagi.Kita try makan clomid dulu.Tapi setelah dos aku dinaikkan dan telur masih kecik aku disarankan untuk buat IUI.

Pagi semalam aku p cek dan buat TVS telur aku masih kecik.So doktor cakap lepas ni kena buat IUI sebab aku makan clomid pun tak jalan.Dan doktor cakap kena p buat HSG dulu.
Sebenarnya HSG ni kena buat selepas hari ke 9 or 10 period.Tapi disebabkan aku nak cepat aku nak buat jugak semalam.Semalam x silap aku dah hari ke 19 period mcm tu.Aku yakinkan pada doktor x ray yang aku x pregnant.Sebenarnya depa suruh buat hari ke 9 or 10 tu sebab kalau atas pada tu depat takut ada janin.X ray kan x boleh untuk orang hamil.Bahaya.Tapi aku yakinkan jugak.Aku tak hamil sebab pagi tadi dah buat TVS x dak apa.

Akhirnya depa akur dengan kehendak aku.Hehehe..petang pukul 3 aku pun ke PMC.aku buat kat PMC sebab kalau buat kat hospital mungkin sebulan dua lagi baru aku boleh buat.So aku ambik keputusan biaqla bayaq sikit.

Bila sampai saja aku dan en suami naik tingkat 1.Dan tiba2 saja muka aku jadi pucat lesi.Aku takut..huhuhu..Sejuk habis kakitangan.Apabila nama aku dipanggil lagila ketaq.Aku masuk dan salin baju dan pembantu x ray tu cakap doktor yang nak buat tu lelaki.Ya Allah..lagila ketaq kecut perot segala.Malu cek..

Aduss sakit jugak buat HSG ni..rasa senak macam nak tercirit..Teringat pulak masa tu aku minum d'herbs.Macam tu la rasa sakit memulas.Adoii cepatla doktor..aku da tak tahan malu dan sakit ni..Dan bila doktor cakap siap..cepat2 aku salin baju dan keluaq.Aku cakap kat en suami lepas ni x mau mai dah PMC sebab malu..hehehe..

Dan aku pun dapat keputusan.Alhamdulillah..Kiri dan kanan aku normal.Tak de blok apa2..Tiub aku ok..Syukur sangat2..

Aku ingat masa p hospital pagi semalam..
Doktor : Ajratul u have very good result..X dak masalah.Suami pun x dak masalah.Cuma tak tahu kaedah mana yang boleh awak pregnant.Insyaallah next step IUI awak pregnant.Sama2 kita berdoa.

Baik betul doktor Murizah ni..Emm..Syukurla doktor cakap macam tu.Lega hati bila dengaq yang positif.
Selepas ni aku kena kol O&G hari period pertama dan bawak p result.Semoga selepas ni IUI aku berjaya.Aminn..

Bagi mereka yang mengalami masalah infertiliti, mereka terpaksa melalui pelbagai ujian untuk mengetahui punca atau sebab mengapa mereka gagal hamil. HSG adalah ujian yang kerap dilakukan dan ia boleh menolong menjelaskan masalah rahim dengan lebih jelas dan juga boleh menolong membuat keputusan tentang rawatan yang terbaik.

Apa itu HSG?

HSG adalah ujian yang digunakan untuk mengesan kesihatan rahim dan salur peranakan. Ia mengunakan teknologi x-ray yang dapat memberikan gambaran bentuk rahim dan salur peranakan. Semasa ujian ini, dye berwarna akan disuntik kedalam rahim dan ia akan mengalir kedalam salur peranakan dan seterusnya kedalam ruang pelvis. HSG akan memberikan maklumat kepada pakar radiologi untuk memastikan samada terdapat kerosakkan pada sistem peranakan anda.

Apa yang boleh dikesan oleh HSG?

Secara umumnya, HSG digunakan untuk mengesan ketidaknormalan pada rahim dan salur peranakan. Ia boleh mengesan kerosakan dan penyumbatan pada pada salur peranakan dan juga boleh memberikan maklumat tentang bentuk dan saiz rahim anda. Walaubagaimanapun ia juga boleh mengesan fibroid atau polip dalam rahim dan juga memberi idea tentang kewujudan parut disekitar ruang pelvis

HSG dan kehamilan

Disamping berupaya untuk mencari masalah salur peranakan dan rahim, ia juga didapati meninggikan kadar kehamilan bagi sesetengah wanita. HSG kadang-kadang menolong menghilang debu dan penyumbatan tidak serius pada salur peranakan. Ini membolehkan mereka yang mengalami masalah infertili menjadi hamil selepas HSG.

Prosedur HSG

  1. Anda akan berbaring diatas meja x-ray dengan lutut membengkok keatas.
  2. Spekulum akan diletakan didalam faraj untuk mendedahkan serviks ( pangkal rahim)
  3. Satu tiub plastik akan dimasukkan ke dalam rahim melalui liang serviks.
  4. Dengan perlahan-lahan dye akan disuntik melalui tiub tadi kedalam ruang rahim
  5. Beberapa gambar x-ray akan diambil semasa proses aliran dye tersebut.
  6. Untuk proses terakhir, anda akan di minta untuk mengiring dan gambar x-ray akan diambil sekali lagi.
Selepas x-ray terakhir diambil, anda akan diminta untuk berbaring selama beberapa minit. Mungkin anda akan terasa sedikit kejang pada perut tetapi tidak lama. Selepas beberapa minit, anda akan diminta untuk menukar pakaian dan keputusan selalunya akan tersedia 15-20min selepas itu.


Kepada kawan2 dan pembaca2 perempuan saya, just to let you know that inilah roper paras harta terpenting kat dlm badan kita ye :)

Kaedah yang digunakan.
Nampak kecik tapi bila radiologist masukkan pressure...perghhh mmg sakit dia tu...Tuhan je yang tahu

Lebih kurang macam ni la..Kena baring..Ish minah ni boleh pulak senyum.Aku time ni da pucat lesi ma..

7 comments:

onie said...

hehe,serius kalau onie pun malu...tapi terpaksa.... tahniah akak :)

pinkcolour82 said...

cikmala pon dah buat sekali.memang sakit.yg jadi mangsa tgn nurse tue yg cikmala pegang.sama2 la kita berdoa mudah2an ada rezeki kita lepas nie erk ^_^

eyza said...

Ayu, masa eyza buat hr tu x sakit.. cuma senak jap... pastu ok, siap bole pg shopping lagi pastu.. eyza buat kat Hospital Tawakal... x per, sekurang-kurangnya awak dah tau yg xde blocking..pasni, bole teruskan dengan next step pulak..

NaZiRaH... said...

salam akak, maaf saya nak tanya, akak ada masalah senggugut tak sebelum ni?

Anonymous said...

SALAM....

saya cadangkan awak beli krim lumiglow, saya pernah cuba xsmpai seminggu sebelum saya disahkan pregnant...alhamdulillah, kuasa Allah....cubalah, mane tau ade rezeki....:)

ayucinta said...

cik anon : da pakai..:)
p x de rezeki jugak..

Adriana said...

Alhamdulillah semua xdek pape...InsyAllah rezeki tu akan dtg