Wednesday, October 3, 2012

Bagaimana prosedur untuk buat rawatan di hospital?

Assalamualaikum..
Ramai yang bertanyakan aku macam mana aku mulakan rawatan di hospital.Ya..dulupun sebelum aku buat rawatan aku tak tau sangat pasal benda ni..Aku dengan ramai yang cakap susah untuk dapatkan rawatan di hospital.macam2 prosedur depa nak.Bila dengar cakap2 tu aku rasa malas sangat..Tapi aku fikir sampai bila.Kakak kat opis ni cakap kalau nak buat rawatan hospital seeloknya bila usia perkahwinan dua tahun ke atas..kalau bawah pada tu rasanya tak dilayan.

Dan bila usia perkahwinan aku mencapai usia 3 tahun aku tidak teragak2 untuk cek di hospital.Tapi sebelum tu aku p cek dulu kat klinik pakar swasta.Macam aku di alor star ni aku p ke klinik pakar puteri kat simpang kuala.So masa mula aku p aku duk karang ayat apa aku nak cakap kat doktor ni..Then bila sampai klinik aku pun cakap kat doktor period aku tak stabil.Dan aku inginkan anak.Lebih kurang 3-4 kali jugak aku ulang alik klinik pakar ni.Sebabnya setiap bulan aku kna makan clomid.So bila hari period saja doktor suruh p klinik ambik ubat.Tapi dah banyak aku makan masih x de apa2.Aku pun suruh doktor buat surat refer ke hospital kerajaan.Maybe disebabkan aku kerja gomen so aku rasa senang kalau ke hospital.Ada GL dan tunjuk je.

Aku diarahkan oleh doktor klinik pakar ke bahagian O&G di hospital.First aku p rasanya dalam bulan 4 ke 5 macam tu tahun ni..Tapi tak ingatla..Dan permulaan appoinment aku disuruh oleh nurse disitu untuk ke BP Lab di jalan teluk wanjah untuk cek darah.Dua kali kena cek.Aku dah lupa hari keberapa.Tapi kalau hampa p nanti nurse akan tulis kat satu note kena p hari ke berapa.Lepas tu sperm suami kena bawak ke BP Lab jugak untuk dikaji.Aku jugak disuruh untuk buat HSG di PMC.Tapi sampai sekarang aku x buat lagi.First aku p PMC nak buat doktor cakap hari period ke 15 dah x boleh buat.Takut nanti ada janin.Seeloknya HSG dibuat pada hari ke-10 selepas period.HSG ni lebih kurang X-ray bahagian dalaman kita.Dan bulan berikutnya aku nak buat miss P aku tak datang sampai 2 bulan..adoii..Dan bilan miss P datang bulan posa pulak..haiiissshh..dugaan betoi..Lastly aku ambik keputusan lepas raya untuk buat HSG..Satgi aku sambung pasal HSG aku kat bawah.

Dan bila semua da siap dan selepas seminggu result pun dapat aku pun pergi balik ke hospital.Bila kat sana baru aku tahu bukan aku sorang je yang alami nasib ni..Masih ramai lagi yang senasib denganku..Ada satu kapel tu masalah dari suami dia dan doktor sarankan untuk buat IVF terus.Sebabnya kalau buat IUI pun x dak apa2 harapan sebab suami yang bermasalah..Ya ALllah takutnya aku dengar masa tu..Untuk pengetahuan masa aku masuk bilik doktor tu aku dan suami dan sepasang lg suami isteri.So bila doktor cakap kat pasangan tu aku dapatlah dengar.dan bila tiba turn aku doktor cek semua result dan Alhamdulillah..aku dan suami tiada masalah.macam2 ditanya masa tu.Dan disebabkan kedua2 x dak masalah so proses seterusnya akulah yang kena buat semua ni..hehe..redha je lah walaupun takot..First time buat TVS aduhh..sakit gila..Nasibla baik je doktor tu..

Berbalik pada HSG sampai sekarang aku masih x buat..Dan akhir jumpa doktor baru ni dia cakap aku tak payah buat lagi..hahaha..selamat..So x payahla buat lagi..

Begitulah prosedur dan permulaan aku ke hospital..Buat masa ni aku masih lagi on clomid dan if miss P datang next month depa nak tengok tarikh utk buat IUI..Tapi doktor tu bagi pengharapan yang next month aku tak payah datang jumpa depa lg sbb aku pregnant..Ya ALlah kalaula masin mulut doktor tu.Dia cakap macam tu sebab dia tengok telur aku hasil TVS besar dan elok...:)

2 comments:

eyza said...

takpe la ayu.. kita ni insan terpilih oleh Allah untuk diuji sebegini... eyza dah buat HSG.. x sakit.. cuma mula2 rs senak jer.. pastu ok... kalau ayu x payah buat..Alhamdulillah... semoga usaha ayu berhasil.. sama2 la kita berdoa agar semua usaha kita berjaya... Amin..

Yuni Aisyah said...

semoga segala usaha ayu akn dipermudahkan...jgn berhenti berharap dan berusaha....sentiasa doa+usaha+ikhtiar+tawakal....DUIT..