Wednesday, October 24, 2012

ADAKAH ANAK ITU AKAN MENJADI MILIKKU DAN SUAMI?

Assalamualaikum..


Perjalanan hidup kita ditentukan oleh Allah SWT..Kita tak tahu apa yang bakal terjadi kehidupan kita dimasa hadapan..Kita hanya mampu merancang dan berangan2 dan berdoa..tp Dialah penentu segalanya.

Siapa sangka perkahwinanku dengan suami yang dah masuk 3 tahun ni x dak zuriat lagi??Orang lain yang kawen sebulan,dua bulan,setahun dah pregnant..Tapi aku masih tak dapat lagi nak merasai pengalaman pregnant.Dah bermacam cara aku dan suami buat tp rezeki masih belum memihak kepada kami.Dan sekarang aku masih teruskan dengan rawatan hospital.Doaku moga IUI pertama nanti yang aku akan buat dapatlah aku preggy..

Bulan april 2012 hari tu ada orang nak bagi anak.abang ipar yang duk kat perlis bagitahu..aku seronok sangat..Tup2 abang ipar bagitahu anak tu dah ada orang nak ambik.Sedihla jugak masa tu sebab dah macam2 yang aku angan..Tapi x pela x dak rezeki aku dengan anak tu..

Dan dua minggu lepas masa aku mandi terdetik di fikiran sanubari aku ni "Ishh kalaula aku jaga baby tu yang lahir bulan 4 tu bulan ni dah 6 bulan aku jaga..emm x dak ka orang nak bagi anak kat aku.."Itulah yang bermain dibenak fikiranku..

Dan bila aku keluar dari toilet en suami masuk nak solat dia terus bagitahu aku.."Tadi pak caq kol (pak caq tu abang suami aku) dia kata ada orang nak bagi anak..

Haa..tergamam aku seketika..baru td dalam toilet aku duk cakap dengan hati x dak ka org nak bagi anak..sekalau en suami bgtau yang ada orang nak bagi anak..
Ya allah..terus aku cakap NAK..aku suruh suami sms pak caq dan bagitahu aku nak.Esok tu bila balik opis en suami cakap dah ada orang nak ambik baby tu..Apa??Ya Allah terus aku terdiam..Dan masa solat maghrib aku berdoa kepada Tuhan kasihanilah aku..berilah anak itu kepadaku..aku menangis teresak esak dengan tidak semena-mena..(apa ayat ni)..tup2 sepupu en suami kol bagitahu pompuan tu tak jadi bagi anak dia kat org tu sebab orang tu dah jaga 4 orang anak angkat..Ya Allah terima kasih kerana mendengar doaku.Dan aku bercakap dengan pompuan tu..

Esok tu masa kat opis aku sms en suami.."Abang..minggu ni kita p KL..Kita p jumpa dengan pompuan tu"..en suami pun kata ok..bestnya..

Aku pun bertolak ke kl hari khamis dengan en suami menaiki bas..Kesian pulak nak suruh en suami drive..Dan bila sampai sana esok tu aku pun p la jumpa pompuan tu dengan en suami dan abg ipar.Sebenarnya pompuan ni dah ada 4 orang anak..dan anak yang dikandungnya adalah anak ke lima..masa aku p ada seorang saja anak dia yang no 3..umur 4 tahun..terus bergenang air mata aku mengenang nasib ibu dan anak ni..Nama pompuan ni Shafni..Shafni ni ditinggalkan suami dan masa mengandung ni dia terpaksa menyewa di bilik kat flat apa entah..duk tingkat 4..Dan seminggu sebelum tu dia di halau oleh orang dalam rumah tu..orang indon pulak tu..sebab2nya kan shafni ni bawak anak..biasalah budak umoq 4 tahun kan lasak..nasibla sepupu suami yang jumpa..tengah menangis di tangga sambil memeluk anak dia..

Aku pun tanyalah confirm ke nak bagi anak tu?Dia cakap confirm..3 hari berturut2 dia fikir..Dia cakap kalau dia jaga tak tau mcm mana nasib anak tu lepas ni..Buat masa sekarang dia tengah tumpang dalam bilik sepupu.Nak tunggu bersalin je..Lepas tu maybe dia akan keluar dari bilik tu dan cari tempat berteduh yang lain..Aku sangat2 simpati dengan nasib Shafni..Apa yang diceritakan kepadaku harap adalah cerita benar dan bukan rekaan.Yelah manusia kan..siapa tahu..Biarlah kalau dia bohong aku dan suami antara dia dengan Allah saja.

Mengikut apa yang dia cakap dia due date 23hb Oktober baru2 ni..Tapi sepupu dah bawak dia ke hospital doktor suruh balik dulu..Maybe 29hb ni pulak lepas raya..
Emm bagiku penantian satu penyeksaan..Dan aku ada baca kisah mereka2 yang ambik anak angkat ni ada yang positif dan negatif..Takut dan ngeri aku bila baca yang negatif..huhuhu..Semoga Kau milikku anakku..

Terima kasih aku nak ucapkan kepada semua yang bantu aku di fb..message aku mengenai cara2 ambik anak angkat yang betul..Dari lahir hinggalah ke jpn dan akuan sumpah..Terima kasih ye kawan2..Tanpa kalian yang bagitau semua ni maybe aku masih blur lagi prosedur nak ambik anak angkat ni..

Cuma aku nak mintak doa dari kawan2 yang baca entry ni supaya Anak itu akan menjadi milikku dan suami.

psstt: 29 hb ni aku kena p hospital balik utk buat TVS dan tarikh tu jugak Shafni bakal lahirkan baby..:)


10 comments:

Anonymous said...

Assalamualaikum kak ayu,

Setahu ira produk Biodex bgus untuk wanita yang dah kahwin tetapi masih gagal hamil..saya tahu pon melalui ikhlan dalam tv
Kak try lar produk tersebut kalau mahu mencuba sebab bnyak testimoni yang dah berjaya..dik sekadar bagi cadangan :)

Rara Nasiha said...

Insyallah. mudah-mudahan baby tu jadi milik you dgn suami nanti. teruskan berdoa, jangan putus asa ya. :)

EvisuKyme said...

InsyaAllah.....kalau sudah ketentuan Nya...bayi itu akan jadik milik ayu dan suami....saya doakan yg terbaik buat ayu dan suami dn becoming baby,InsyaALLAH.....jgn lupa suntik hormon tau...bley susukan baby tu :) dah HALAL dgn kita :)
i'm happy for u!hope saya balik Pokok Sena nanti boleh lawat ayu dan buah hati baru :)

take a good care!

Zuhraiqi said...

SALAM KAK!

SEMOGA SEMUANYA BJALAN LANCAR...INSYAALLAH SEGALANYA DIPERMUDAHKAN...SEMUA YG TJADI PASTI ADA HIKMAHNYA

ZUHRA DOAKAN YG TERBAIK BUAT AKK DAN SUAMI..

ZUHRA@COSMOLADIESS.COM

Puan K said...

Semoga Allah SWT permudahkan urusan awak... Kalau that girl tak under age, rasanya tak susah nak adopt baby tu.. Apa2 pun K doakan baby tu akan jadi rezeki ayu dgn suami, dah tau jantinanya ke? :) K lak, yang teruja.. hehe~ Oh ya, kalau ayu plan nak susukan baby tu,k rasa sekarang dah boleh pergi klinik tanya what to do..kalau nak tanya apa2 kat K pasal angkat sumpah or anything, singgah blog K drop komen K? :)

cik chinta said...

smoga segala urusan dipermudahkn (:

❤❤dyansayangidris❤❤ said...

Cuba tanya pihak hospital atau yg berpengalaman tentang penyusunan bayi...Insyaallah dengan suntikan atau makan ubat,kita boleh menyusukan anak angkat kita dan halal bg kita...Dyan baca dr pengalaman seseorang kat majalah wanita...Dyan pun tgu 2 tahun masih belum ade rezeki..mgkin rezeki padi perniagaan yg baru ade skrg ni...usaha n tawakal...

zaren said...

hye awak..salam kenal, ttibe rase nak comment
sy pon da 3taun 3bulan kawen..tapi maseh blom ade rzeki..
sy doakan awk dapat anak tu k.. insyaAllah ade rzeki utk awk tu..
bg sy pulak, maseh blom tbuka utk amek anak angkat, sbb sy kena kuatkan fizikal&mental dulu kot..
papepon, smoge kita sama2 diberikan zuriat dr Allah swt..insyaAllah
take care ayu =)

piNky LuCiA said...

Hehehe. Samalah kita.. Sy sekarang dah 2 tahun kawin, masih tak de rezeki.. Harap rezeki murah laa lepas2 ni.. :D

Harap semua perancangan u didengar oleh Allah dan di mudahkan urusannya.. Amin.

Bunga Lily said...

mcm mane?da ambil tak bb tu.tak sabarnye nk tgk gmbr bb awak tuh.tahniah!