Saturday, September 1, 2012

GERAM BLOGGER NI MENGHINA CIKGU2..

Assalamualaikum..
Alhamdulillah..Akhirnya aku dapat jugak meringankan jari jemariku untuk menaip blog ini..Ini pun gara2 seorang blogger yang telah menghina cikgu melalui postingnya bertarikh 28 november 2011..Ohh dah lama rupanya posting ni..Tapi baru malam ni aku rasa hot spicy sebab ada yang post kat fb..

Sebenarnya aku bukanlah cikgu..Tapii aku rasa geram bila ada yang menghina tugas cikgu ni.Aku bekerja di PPD dan aku memahami situasi seorang guru.Memang dari mata kasa jadi cikgu ni mudah..Ramai yang kata masuk pukul 7 pukul 2 dah boleh balik..Gaji pulak banyak..Tapi yang tak duduk dalam situasi seorang cikgu korang memang tak faham..Aku bekerja di PPD aku tau macam mana jadi cikgu..Pegawai2 aku semuanya cikgu dan yang mai berurusan dengan aku pun ramai yang cikgu.Tak payahla aku nak ceritakan satu persatu.

Kat bawah ni aku copy posting dari blog dia yang aku rasa ramai cikgu2 yang marah dengan dia melalui ruangan chat di blog.




Untung laa sape jadi cikgu

assalamualaikum
entry kali ini mungkin akan menyebabkan aku akan dicemuh masyarakat. tapi ini adalah pendapat peribadi aku dan aku rasa bukan setakat aku je rasa menda ni. 
kerja as a cikgu. of course la dihormati.tapi bagi aku.. kalau cikgu tu betul-betul berkualiti barulah wajar dihormati.
"eh yana, kurang ajar la ang...dulu kalau ang tak sekolah, belum tentu ang boleh jadi engineer sekarang ang tau dak?"
-yup, memang kalau aku tak pergi sekolah dulu, takde cikgu yang mengajar semua..belum tentu aku jadi engineer sekarang tapi disini, apa yang aku nak tekankan adalah...
betapa beruntungnya menjadi seorang cikgu

1. gaji basic je dah almost 2K, tu pun paling sikit la kot, tak termasuk elaun-elaun tambahan lagi. seriously untung. kerja masuk pukul 7.30 pagi balik pukul 4.30 petang (tu pun paling lambat la tu) selalu pukul 2 je cikgu-cikgu dah balik. takde kerja dah nak buat.kalau nak di bandingkan dengan operator kilang yang kerja 8jam or 12 jam, 7pagi masuk, pukul 7 malam baru nak balik..gaji? basic 7ratus...plus overtime dapat la hampir 1.6K. untunglaa sapa jadi cikgu..oh, aku banding dengan operator ok..bukan dengan engineer mahupun manager...yang tu pergi gelap, balik pun bergelap jugak!

2. cuti berlambak+kerja half day. tu pun cikgu-cikgu ada annual leave lagi. kursus pulak dijalankan pada hari persekolahan. isk, untung ye jadi cikgu? dah la kerja setengah hari je. cuti banyak, gaji masyuk. cuti ujung tahun..gaji jalan..wahh..tu pun ade jugak la cikgu-cikgu yang memberontak bila timbalan menteri pelajaran, Datuk Wee Ka Siong bagi cadangan guru kerja 9jam..adoyai...cikgu-cikgu ni sebenarnya ikhlas ke tidak bekerja ni..."aip, ceyana, keihlasan seorang guru tak boleh dipertikaikan, kang cikgu tak halalkan ilmu yang dia bagi baru tahu!"
-aku nak bidas, kalau tak nak halalkan..nampak sangat dah mengajar tu tak ikhlas.

3. cikgu cikgi ni siap mengupdate blog, jual barang online, bukak bisnes sana sini, bukak butik and macam-macam lagi..and yang paling tak boleh blaaahhhhhhhhhhhhh...cikgu-cikgu bukak pusat tuisyen sendiri. ok, yang ini paling tak best bagi aku. ye la..kalau kat sekolah, kenapa tak nak bagi all out?kenapa hanya 5-10 orang student je yang dapat skor subjek yang kau bukak kelas tuisyen tu and kenapa untuk budak-budak tuition ekau, dorang boleh score (most budak tuition datang dari sekolah-sekolah yang berbeza kan?). dan selalunya secara keseluruhan, budak-budak tuition ni susah nak fail exam dowang, tapi student dalam sekolah..ada je yang fail..tambah-tambah subjek add maths?! adakah itu taktik pemasaran?sangat teruk kan cikgu-cikgu ni?
dulu masa aku student, mana nak realize sangat dengan semua ni.. minda seorang student hanya nampak cikgu je sebagai idol. "wah...terer gila cikgu ni selesaikan masalah add maths ni", wah...cikgu ni pandai la manipulate ayat", "cikgu ni pandai la selesaikan masalah fizik ni' blablabla...but, now bila aku dah kenal erti duit, dah kenal erti masa..baru aku sedar.."wah, untungnya jadi cikgu, kerja senang, gaji banyak, orang kagum, disegani".."soklan add maths ni lagi senang kalau kita guna kaedah ni, fizik ni lagi mudah kalau guna cara ni..sains ni fakta, maths ni banyak buat latihan, kau dah boleh paham. sejarah ni kau kena rajin membaca, bahasa melayu ni kau kena baca selalu..semua ni ada kat sekeliling kita. "

mungkin ramai cikgu-cikgu yang kata mana ada kerja kami senang?
"Malahan guru sudah menjadi ‘multi purpose’ kerana semua perkara guru terpaksa lakukan.

“Guru juga pemandu Ambulan jika pelajar sakit, menjadi polis trafik ketika pelajar keluar sekolah, pengawal disiplin, pegawai kewangan kalau ia guru kelas, menjadi kerani untuk masuk markah,"
 kata ahli jawatankuasa PAS, Idris Ahmad dalam satu kenyataan media.   sumber

multi purpose? iye ke? kalau bab hantar murid ke hospital tu, aku rasa semua cikgu berlumba-lumba nak tolong menghantar..ye la, nanti dapat skip kelas, tak payah nak mengajar..manjadi polis trafik? setakat setengah jam selepas waktu persekolahan, takkan tu pun nak berkira and tak salah aku, banyak sekolah sekarang dah ada pak guard dan pak guard ni yang bekerja sebagai polis trafik.
pegawai kewangan?ehem-ehem..kalau duit kelas, ketua bendahari yang jaga..tu pun student sendiri, kalau nak kata duit yuran...yuran persekolahan dan yuran peperiksaan dah pun dimansuhkan..menjadi kerani untuk masukkan markah???aku sendiri as a student pernah buat kerja ni..cikgu suruh..so what?maknanya cikgu aku dulu?curi tulang?ermmm..ye la,,beliau curi tulang dan student still anggap cikgu mereka cikgu terbaik..padahal.......!@#$%^

banyak benda yang aku rasa cikgu ni snagat beruntung. so para cikgu sekalian, tolonglah bagi yang terbaik kepada anak bangsa ye..

aku sangat salute kalau cikgu tu menjadi seorang cikgu disebabkan oleh minat dia yang mendalam.dimana dia sedar akan tanggungjawab dia, mengajar sampai budak yang tak minat belajar jadi rajin dan pandai. budak yang bodoh jadi cerdik, budak yang asalnya keluarga miskin tapi berjaya tanggung keluarga, budak yang terbela nasibnya kerana cikgu fightkan biasiswa untuk pelajar tu, budak yang bermasalah menjadi seorang yang berdisiplin, budak yang lemah dibimbing menjadi perkasa, budak yang lembab dapat menguasai ilmu teknikal, budak yang hilang akhlak jadi manusia bertakwa. yes. yang ni betul seorang guru.

kepada guru-guru sekalian, please la..stop baca blog, stop main facebook, stop buat tuition kalau niat nak cari wang tambahan dan bukannya nak memajukan anak bangsa, stop la jual shawl, jual supplement bagai...jadilah cikgu yang terbaik...

isk, kalau nak complain pasal kerja cikgu pulak..aku rasa lagi panjang la entry ni..

Antara komen yang diberikan kepada penulis blog ni..
"untung2: nanti dia akan menyesal dan terkena batang hidung sendiri bila husband dia cikgu atau anak dia ciikgu... baru tau.. 

"akanjadicikgu: tiada cikgu, engineer pom xde kot. jgn la judge keje org, masing3 ada susah sng keje sendiri. awk ni mcm xbsyukur, da ada keje, gaji halal, xyh la nk banding3 kje org lain. klu sume sng, xde la yg ssh

"kauengineerbodoh!:: aku pon engineer.tapi x se'typical' kau yg sngt proud jdk enginner smpai rase nak kutuk pekerjaan lain!open your mind la perempuan!


bakal cikgu: entri ko jelas membuktikan mak ayah ko adalah cikgu yang gagal mendidik ko
1 Sep 12, 11:07 PM
Bukan Cikgu: CIKGU Wannabe ni sebenarnya ko ke Cik Engineer? bukan semua yg bagi komen dekat sini cikgu.. aku bukan cikgu tapi aku pun tak setuju dengan komen ko yg tak sedar diri ni...
"
mindurwords: bagaimana kalau suatu hari nanti Allah tarik semula nikmat anda kerana mungkin perasaan tidak bersyukur anda itu bakal mengecilkn hati2 guru yang membacanya.. tak berkat ilmu klu menghina pendidik
1 Sep 12, 11:06 PM
me: try being a teacher and u will know how UNTUNG they are. ingat cikgu2 nak sangat ke gi anto bebudak gi ospital, tunggu berjam2? baik la dok sek. banyak bnde lain lagi bleh setel.try being a teacher k?
1 Sep 12, 11:06 PM
umi: haha..sengal la...ade ke samekn kje cikgu ngn operator kilalng..kami belaja kat ipg 5 thn setengah..ade ke patot smekn ngn operaor kilang??? haha...gune hak brfikir sblm hak brsuara..
1 Sep 12, 11:06 PM
wellakuponcikgu: oh ye ceyana, mne ko tnggal? sg petani? owh dekat sgt la tu dgn skolah aku..aku ni bkn org kedah tp ngajar kt cni. ko jgn branak ye ceyana. nanti aku x iklas plak nk ajar ank ko
1 Sep 12, 11:06 PM
Kisah yana di catatkan: sy harap Cik liyana minta maaf dgn semua guru di Malaysia krn dia telah tujukan penulisan itu kpd semua guru bkn nye segelintir...baik minta maaf melalui akhbar atau apa2 cara sekali pun..
1 Sep 12, 11:05 PM
mindurwords: maaf la yana saya seorang guru... janganlah sampai bagitu... kenanglah jasa guru walau sedikit.. tanpa guru... mungkin tak kita kenal ABC, 123.. hari ini Allah bg anda nikmat itu semua
1 Sep 12, 11:05 PM
guru muda: andai dikata tugas sorang guru tu mudah..cuba try jd guru utk seminggu..pe yg anda sume akn rasa..mungkin ada setengah guru yg kurang dlm etika keguruan tp itu bukan sume guru kerana sy juga adalah se
1 Sep 12, 11:04 PM
wellakuponcikgu: cikgu wannabe tu tah2 si yana ni . mnyamar. lol
1 Sep 12, 11:04 PM
jubei: die jelez sbb cikgu cantik2 kew? keke lawak ko minah..
1 Sep 12, 11:03 PM
iamanenglishteacher: dah posting nanti aku xnak ajar anak kau. nanti kang xikhlas plak. and 1 more thing, kalau anak kau xberapa cerdik nanti jangan terkejar-kejar cari cikgu tuisyen pulak taw. ehem2, psnan khdmat msyrkt

Selepas ni kalau nak tulis apa sekalipun berfikirlah dulu..

18 comments:

Ateyn Bella said...

saya sebagai bakal cikgu sgt2 sentap bila bace entry pompuan ni. aihh sba je laaa.

piNky LuCiA said...

hmm.. Bagus dapat anak murid macam ni. Banyak pahala cikgu. (Sambil kancing gigi.) Hahahaha

aisya said...

saye adelah seorg guru..n rasa marah biler baca blog tue.. ingat senang ke jadik cikgu nie..

Anonymous said...

teronya laa orang macm ni..kalau bukan cikgu2 yg bagi ilmu dekat dia..boleh ke dia jadi engineer??baghal sangat...suatu hari kalau Allah tarik balik semua kesenangan dia..ilmu dia...baru dia tahu...

keluarga saya semua cikgu..dan saya faham macam mana susahnyaa kerja as cikgu...

yu ya said...

saya sebagai bakal guru, sudah sangat2 terasa hati dengan post blogger tersebut, apatah lagi guru2 yang sedia ada. kami ni walaupun masih lagi pangkat guru pelatih dah rasa penat lelah jadi guru. siapa cakap cikgu habis masa ngajar boleh goyang kaki? untuk guru kerja x ikhlas mungkin, tapi untuk jutaan guru yang lain yang mempunyai minta yang mendalam thdap profesion perguruan, kami sama sekali membangkang perkara tersebut! kerja guru 24jam! guru kat rumah pun masih kena fikirkan hal budak2.. fikir apa nak ajar esok, nak guna bahan bantu ngajar apa, apa nak buat kalau pelajar nakal, dll.. banyak benda. jangan terlalu fokus kpd perkara yang nampak shj. orang tak nampak benda2 ni sebab guru2 jarang yg merungut tentang perihal sekolah kpd umum. means, kebanyakan guru ikhlas mengajar dan mendidik.

cik chinta said...

xbaik je hina keje org. nti dptla balasan dia tu.

Nick Nashram said...

memang sakit hati bila ade orang kata camni..bukan nak suruh hormat tapi at least fahami perasaan dan penat lelah cikgu ni ajar anak orang..bukan mudah tu.

Penjelasan Kepada Blogger Yang Hina Kerja Cikgu

syedzanina said...

well...saya cabar ceyana utk bergelar pendidik barang sehari.keluar seawal jam enam dan pulang tika mentari dah di ufuk barat.tak berhenti walaupun dah tengah malam...sibuk merancang pengajaran, membina item peperiksaan, menjana latihan, menganalisa keputusan pelajar, memastikan kecemerlangan pelajar secara all-rounded termasuklah dalam bidang ko-k.jangan menilai cuti tahunan yang hanya tujuh hari setahun...cuti sekolah panjang yang dipenuhi dengan kunjungan ke sekolah untuk menyelesaikan tugasan...jadi driver pelajar ke hospital atau ke mana2 yang diperlukan...ingat seronok sangat ke nak tinggalkan pengajaran di sekolah?ibarat kerja yang tertunggak...nak kena catch up dua kali ganda!jangan salahkan guru kalau pelajar tak perform di sekolah...asyik bersembang...tidur 24 jam sebab bukan mereka yang bayar gaji kami directly.tp bila ke kelas tuition...kena bayar sebab tu 101% bagi komitmen.kalau kami tak ikhlas...ramai dah yang gagal termasuklah ceyana.bersyukurlah kerana ada insan yang sanggup membimbing dan berkongsi ilmu agar ceyana jadi engineer sekarang.dan ingatlah...guru jutawan akhirat!

Anonymous said...

baru brp tahun keje engineer menyombong tak pasal.. engineer taik kucing

Anonymous said...

apa yg dia ckp ada btolnya...tp jgnla smpai mengutuk ckgu..siap meninggi diri plak tu....klo keje cgu ni sng dah lama aku pon apply ckgu....aku admit guru adalah pkrjaan yg MULIA..sbb tu aku xbrani/xminat nak jd ckgu sbb aku blom ckup MULIA utk jd sorg guru..

p/s: klo xde guru, cmne ko bleh jd engineer??? klo ko blajar sndri..aku salute!!!!

Anonymous said...

ade sedikit sbyk btol gak ape dia ckp..jgn marah x tentu psl dlu..cikgu dulu dgn cikgu skrg ni dh lain..aku hormat dgn cikgu2 aku dlu sme cm hormat mak ayah aku..aku rse ape yg nk dismpaikan tu salah je..len kali pikir dlu sblum tulis..

siti hazreen said...

saya maafkan dia ^_^

Nanun Nightray said...

Kami juga seorang jurutera. Jurutera bangsa. :)

Badrina Ibtisam said...
This comment has been removed by the author.
Anonymous said...

Sabar je la..
Ingat jadi guru senang ke?
Banyak kerja yg kami kena setle, bukan stkt kena fikir RPH, kena fikir juga prog2 kat sek, mcm2 lagi. Bila dah jadi guru baru saya sedar, betapa SUSAHnya jadi guru.

E'in said...

bdk xmengenang jasa baik guru..

ana ifa said...

Saya bukan guru tetapi post ini sangat tidak baik.
Kalau bukan guru, kita tidak kenal huruf & nombor.
Berkenaan suka hantar murid ke sana -sini kerana boleh skip kelas, apa punya kenyataan ni?

Bawa mengucap...

Warna Kehidupan said...

Mai sekolah kami jd CIKGU dok dlm sebulan..kami kerja guna fresh air..rasala nk kejar ms kelas turun naik bangunan 3 ke bangunan 4 tingkat..tawaf 1 sekolah..xmasuk lg karenah pelajar..kot kot xdan sehari cabut lari..