Wednesday, June 6, 2012

SELAMAT ULANGTAHUN PERKAHWINAN YANG KE 3 SAYANG..

Assalamualaikum..

6.6.2012 Tarikh yang aku ingati hingga ke hari ini...Alhamdulillah hari ini genaplah 3 tahun aku mendirikan rumahtangga bersama suamiku..
Imbas kembali kenangan dulu..

Zaman sekolah tahun 2001 Tingkatan 5.

Suatu hari member aku Shida ajak aku p jumpa member dia kat pacific.Aku dengan sukanya ikut je lah sebab masa sekolah aku ni jarang keluar dengan member.Bila sampai je kat food court pacific aku terkejut jugak sebab kawan-kawan dia semua lelaki.Memandangkan aku ni tak pernahlah sekolah dengan lelaki dari darjah 1 hingga tingkatan 5 aku malula sangat.Bila member aku tu p sembang dengan member dia aku duk sorang-sorang kat meja.Tetiba je ada sorang mamat ni mai kat aku dan cakap ada orang nak kawan.ehh apa pulak ni..Tak maulah aku..nak kawan2 pulak..Tangan aku sejuk gila masa tu..Aku takut..Lepas tu aku tanya sapa..Dia tunjuk sorang mamat kat meja sebelah..Dia senyum kat aku..Aku pun membalas senyuman kelat kat dia.Dan bila nak balik je x silap aku dia bagi no phone kot..no rumah..

Dan bermulalah member aku menjadi posmen karat..Pos surat2 aku..setiap petang aku p public kol dia..Ingat lagi dia sanggup naik motor dengan member2 dia lalu depan rumah aku.Dan aku dapat hadiah pertama dari lelaki iaitu pasu dan bunga kaca..warna biru pulak tu..aku sembunyi dari mak aku..Nak mampus..kalau mak aku tau naya..

2004-2008
Aku masuk politeknik dan aku jumpa lelaki lain..Aku pun dah lupa dengan lelaki yang aku kenali masa form 5 tu..Aku lost contact dengan dia..Jahatkan aku..Ni semua gara2 aku jumpa kawan lelaki satu kelas di Poli..Tak maula story pasal lelaki kat poli ni..

2007
Aku putus cinta dengan lelaki politeknik tu dan aku berkawan dengan sorang lelaki dari aloq stuck..Tak silap aku aku kenal dia melalui myspace..Aku ni kan cepat suka kat orang..Masa ni aku dah kerja dengan Belia dan Sukan.Masa aku kawan dengan laki ni aku sayang gila kat dia..Aku asyik beli benda ja..Beli ni semata2 aku nak jumpa dan keluaq dengan dia..Kalau harap nak jumpa tanpa bagi alasan nak bagi benda confirm dia x mau keluaq dengan aku.Member aku nasihat kat aku hang ni da pkiaq ka..Kalau dia ikhlas dengan hang dia x jumpa dengan hang semata2 nak ambik benda yang hang bagi..Emm..aku buat bodo je..Almaklumlah hati dah sayang..Tup..tup aku dapat tau dia sebenarnya tak sayang kat aku..Aku ni yang bodoh..Dan mulai saat itu aku dah x percaya pada lelaki..Aku tensen gila..Aku anggap lelaki semua sama.Aku memang dah x percaya pada lelaki..

Suatu hari aku bagitau kat mak dan abah aku..kalau ada sapa2 nak masuk minang mak terima je lah..juai ikan ka apa ka..huhu..

DISEMBER 2008
Suatu malam yang hening aku bangun untuk solat istikharah dan hajat.Dengan lampu yang samar2 dari dapur(aku tak buka lampu bilik)..Aku berdoa dengan sepenuh hati supaya aku diberikan seorang lelaki yang  akan menjadikan aku isteri..Aku dah tak mahu bercinta lagi..Dengan esakan tangis aku tak tahula mak aku dengaq ke tak..

Malam tu aku bermimpi yang sangat indah..Seorang lelaki yang pernah aku sayang muncul dalam mimpiku..Dia bagi banyak sangat mawar merah dan aku sangat bahagia..

Esok tu aku terjaga dan terus kol member aku shida..aku tanya hang ada x no faizal kuala kedah.Sebab semalam aku mimpi dia mai bagi bunga kat aku.Aku nak cari dia.
Member aku bagi jawapan yang menghampakan.Dia cakap x dak..EMmm x pelah..Aku pun selongkar nombor2 dalam henfunku..active 5 maxis semua aku cek balik..X dak jugak..Aku punggah buku2 phone kecik2 yang lama pun x dak..ADoiii..x palah..dah x dah nak buat macam mana..bukan rezeki aku nak jumpa no dia.

3 minggu selepas tu balik dari kerja tak silap aku dalam pukul 8 lebih aku balik rumah..Tup..tup aku dapat sms dari seseorang yang tidak aku kenali..

Haii kenal lagi tak??

Uitt sapa ni..Aku pun sms balik..Sapa ni??
Dia balas..Takkan x kenai ni Faizal kola kedah..

Apaa??Ya Allah aku macam x percaya..Aku sms balik tanya betoi ka ni??Dia cakap betoi..Ya Allah..aku macam nak menangis masa tu..Orang yang aku cari selama ni selepas mimpi tu dia yang cari dan sms aku..Ya Allah..Malam tu aku tak tidur..Aku sms dengan dia..Aku cakap aku masih x percaya..Tup..tup..dia kol aku..Aku menitiskan air mata kerana betullah dia..Ya Allah..Bila sambung sms dalam hati aku cakap ajaklah aku keluaq..emmm takkan aku nak ajak dia keluar..sms selepas itu dari si dia : KITA JUMPA NAK??
yeayyy..aku pun terus reply..boleh2..
Ok..hari sabtu ni kita jumpa..faizal p ambik kat rumah..
Dalam hati..haa..biaq betoi faizal ni..dia da x macam dulu dah..da berani..

Tak sabaq nak tunggu hari sabtu..Dia pun mai rumah ambik aku..Siap mai mintak izin kat mak dan abah aku..Aku malu gila masa tu..Dah lebih 4 tahun aku tak jumpa..tup tup aku naik kereta dengan dia.Aku p pacific tempat kami mula2 bertemu dulu.Aku malu masa tu..

Seminggu selepas itu dia ajak aku p rumah dia jumpa mak dia..Aku mahu tapi malu..Dan akhirnya aku pun p jugak..Sampai je kat rumah dia masyaallah..ramainya..macam kenduri sambut menantu pulak..semua adik beradik dia ada..Memandangkan dia anak bongsu 9 beradik maka ramailah rumah itu..semua ada..semuanya nak tengok aku..hehehe..malu gila masa tu.

JANUARI 2009


Aku dan dia tidak mengambil masa yang lama untuk bercinta.Selepas lebih kurang sebulan x silap kami bertemu kembali aku dan dia mengambil keputusan untuk bertunang..Tanggal 10 januari 2009 aku dan dia bertunang..Dalam gembira ada sedihnya..pekerjaan aku di belia dan sukan sudah pun tamat.Memandangkan aku kontrak maka tamatlah kontrakku.Aku sedih masa tu..Selepas bertunang je aku berhenti kerja.Aku mencari kerja yang lain..Pening memikirkan masa da semakin suntuk untuk mengumpul duit.Selepas tu aku mendapat kerja swasta di alor star..Dengan gaji yang hanya rm500 saja x potong kwsp lagi tu..Macam manalah nak kawen..Aku nak ringankan beban mak dan abah aku..Kami bukan dari keluarga yang senang.Bulan April 2009 balik dari kerja aku dapat surat tawaran kerja dari KEMENTERIAN KERJA RAYA.Juruteknik Senibina J17 Kontrak.Dengan gaji yang sekali ganda dari swasta aku pun suka sangat..Walaupun penempatan di KL aku pergi juga bersama tunang untuk melapor diri.

6.6.2009




Aku dinikahkan dengan insan yang aku sayang.Aku terharu sangat sebab Allah dah makbulkan doaku.Allah mendengar rintihanku..Alhamdulillah..Insan yang aku cari selama ini sudah menjadi milik aku yang sah.

SEPTEMBER 2009



First time hari raya sebagai suami isteri.

Kenduri kahwin tak silap hari raya keempat dirumah aku dan suami..Kami buat sama sehari senang..Sekali harung je..:)

OKTOBER 2009
Aku dapat jawatan tetap di JKR..aku mintak apply balik kedah tapi tak dapat..Setiap minggu aku berulang dari KL-Kedah..Kedah-KL..sampaikan orang bas pun dah kenal aku.

DISEMBER 2009
Suatu hari aku ajak suami aku p syarikat perumahan..Sajalah nak tengok rumah..Dan ada satu taman tengah dalam pembinaan di Kuala Kedah..Macam menarik..Aku dan suami tanyalah kerani tu dia cakap masih ada 3 lagi kekosongan..Wahhh ini menarik..Dia pun ceritalah prosedur membeli rumah bagai..Aku dan suami bayar deposit rm500 untuk booking..

FEBRUARI 2010
Pihak bank kol cakap loan dah lulus.Alhamdulillah..Loan rumah dah lulus..

APRIL 2010
Memandangkan aku tak boleh nak transfer ke Kedah sebab post aku tak dak di JKR kedah aku pun ambik keputusan untuk resign..Sebelum tu aku dapat kol dari mak yang aku dah dapat tawaran kerja di kedah iaitu dari Kementerian Pelajaran Malaysia..Alhamdulillah..Aku dah berjaya dalam interview sebelum ni..

APRIL 2010
Aku lapor diri di Pejabat Pelajaran sehinggalah sekarang.
Kehidupan aku dan suami Alhamdulillah bahagia..Setiap bulan kami selalu menunggu berita gembira..Tapi hampa..Tiada apa2 yang gembira dariku untuk disampaikan pada suamiku..
Bila dah kat kedah ni setiap petang aku dan suami p tengok rumah kami yang dalam pembinaan tu.Tak sabar nak duduk.


Sepanjang tahun 2010 aku bahagia dengan suami aku..Almaklumlah sebelum kahwin tak bercinta pun..So lepas kahwin kami macam dalam percintaan..P mana pun orang asyik pandang pandang jeling jeling je..Uiitt kami dah kawenla..

JULAI 2011
Cf rumah dah dapat bermakna kami dah boleh pindah duduk dirumah sendiri..Yeayyy..Tak sabaq nak p kedai perabot nak beli itu nak beli ini..hihi..



NOVEMBER 2011
Sekali lagi Allah beri rezeki pada aku dan suami.Dengan hasil titik peluh kami berdua dapat membeli sebuah lagi kereta untuk kegunaan kami.

Sepanjang 2011 banyak suka dan duka aku dan suami..Dari mencari bidan kampung hinggalah ustaz2 yang boleh berubatkan kami untuk mendapat cahaya mata.Tapi masih belum ada rezeki.Kami berdua tak putus-putus berdoa supaya diberikan rezeki.

Januari 2012- Mei 2012
Seperti tahun sebelum ni banyak suka duka kami lalui bersama.Aku bahagia dengan suami ku..Aku dah mula memahami perangai suamiku.Dia paling tak suka aku lambat solat.Mesti dia bising..Kalau dia nak makan aku masak dia mesti suka.Kalau dia suruh aku masak tapi aku ajak makan kat luar confirm dia tarik muka.Kalau dia tengah marah atau dia marah kat aku mesti dia diam..kalau duk dalam kereta kami keluar berdua tapi dia x cakap dengan aku pasti dia tengah marah atau lapar atau letih.Bila dia diam macam tu aku selalu tanya.."Abang marah kat ayu ka??abang tak sayang kat ayu ka??"
Sepanjang aku bersama dia aku dah tahu dia seorang yang kemas dan wangi selalu.Tak suka comot-comot..Suka bercucuk tanam.Kalau dia tanam semua pokok pasti hidup..Pernah aku tanam satu pokok ni..Mati..sekali dia gembur balik tanah tu dan tanam lain pokok tu hidup dengan subur dan gembiranya..Dia sayangkan binatang.Arnab yang dibeli sedari kecil menjadi gemuk dan sihat..Memang menjadi tangan suami aku ni..

6.6.2012
Hari ini tanggal 6.6.2012 hari Rabu adalah ulangtahun perkahwinan kami yang ketiga.Aku ada suprise untuk dia..opss..hope janganlah dia baca entry ni..hehe..

"SELAMAT ULANGTAHUN PERKAHWINAN YANG KE 3 SUAMIKU..SESUNGGUHNYA KAULAH LELAKI YANG PALING AKU SAYANGI DIDUNIA INI..SUSAH SENANG SEDIH GEMBIRA TAWA MENANGIS KITA BERSAMA.AKU BERSYUKUR KERANA MENDAPAT SUAMI SEPERTI MU..KAU PATUH PADA AGAMA DAN MENYAYANGI DIRI INI..WALAUPUN SELAMA 3 TAHUN KITA HIDUP BERSAMA TANPA DIKURNIAKAN ZURIAT DARI ILAHI TAPI AKU TETAP BERSYUKUR KERANA KAU TELAH MERAWAT DUKAKU DIKALA KU KESEPIAN..DIKALA KU MENANGIS..DIKALA KU GEMBIRA.KAULAH SEGALANYA BAGIKU.MAAFKAN DIRI INI ANDAINYA SELAMA AKU HIDUP BERSAMAMU AKU MELAKUKAN KESILAPAN DAN MEMBUATKAN DIRIMU MARAH PADAKU.AKU AMAT MENYANYANGIMU Mohd Faizal"

Ehhh kalau nak tahu siapa lelaki yang aku mula2 kenal masa aku form 5 tu dialah suamiku..
JODOH DI TANGAN TUHAN..SIAPA SANGKA LELAKI PERTAMA YANG AKU SAYANG DAN CINTA DAH JADI SUAMIKU.

Terima kasih Ya Allah kerana mendengan keluh kesahku selama ini.
Terima kasih Ya Allah kerana Engkau membahagiakan ku..
Dan Kau kekalkanlah hubungan ku dan suami hingga keakhir hayat.
Dan kurniakanlah aku dan suami rezeki dan zuriat penyambung seri rumahtangga ini.

13 comments:

waniey20~ said...

pehh...meremang bulu roma n hampir menitis airmata baca entry nih . kekuasaan Allah , sape boleh halang kan.. selamat ulang tahun ke 3 kak ayu :) hope di murahkan rezeki akak n suami , di kurniakan anak yang soleh n solehah :)

suke lah entry nih , happy ending , huhu

N.Aima K said...

Happy Anniversary dear ;)

ayucinta said...

Alhamdulillah..tq waniey20..

ayucinta said...

tanx n.aima k...

Farhana IezAna said...

happy annyvesary sis.
Hope jodoh berkekalan dan dikurniakan zuriat.

miza kimbum said...

tahniah and happy annivesary akk (:
semoga berkekalan hingga ke Sana ^^

JIVEBUMZ said...

the best entry!
hepi anniversary ke 3 ayu.. semoga hubungan kalian sentiasa bahagia hingga ke akhir hayat...

dan Allah kurniakan cahayamata kepada kalian.. amin... yarabbalalamin...

Shawl's@ayucinta said...

tq semua..Insyaallah..doakan ayu ye..

Faqihah Husni said...

Wah.. Bestnya! Moga kekal hingga ke akhir hayat dan dapat cahaya mata :)

yuni aisyah said...

terharunya baca....best sgt..(: tumpang hepi buat kamu dear...moga hidup kalian diberkati dan dilimpahkan kebahagian....Amin..

Shawl's@ayucinta said...

tanx yuni n qihah..Insyaallah..

Black N White said...
This comment has been removed by the author.
Black N White said...

alhamdulilah, terharu membacanya.. untung la kakak & abang ni :)
semoga bahagia selalu :D