Friday, June 1, 2012

LUARAN TERSENYUM TAPI DIDALAM...

Assalamualaikum..
Jumaat sudah..Cuti seminggu aku pun akan berakhir hari sabtu ni..Maka bermulalah kembali kerja2 yang banyak di office..huhuhu..Tak tahulah p hari ahad ni mejaku jadi macam mana..Tapi aku dah sediakan kotak untuk surat untuk perhatianku..
Sebenarnya aku pun tak faham perasaan aku sekarang ni.Bila kawan2 kat fb tulis status pregnant,dah berapa minggu dan segala mengenai anak aku tak tahu aku sedih ke tak.Aku rasa setiap hari hingga ke saat ini aku bersedih.Tapi aku kuatkan jugak diri untuk buat tak tahu je.Aku rasa aku dah boleh menerima hakikat yang Allah SWT masih belum mahu memberikan rezeki untukku dan suami.
Selama 3 tahun berkahwin aku dah puas menangis.Hingga hari ini dah x de air mata untuk aku keluarkan.Aku menangis menadah tangan pada Allah Yang Maha Esa.Aku menangis dikala aku melihat rakan2ku yang lain disahkan hamil.Menangis kerana gembira mendengar berita itu dan menangis kerana aku bukan insan terpilih seperti mereka.
Kini 3 tahun aku bersama suamiku..susah senang kami bersama..gelak tawa..bertengkar asam garam rumah tangga.Aku mampu tersenyum kini..Suamiku yang banyak memberi sokongan kepadaku untuk menjalani kehidupan ini.
Sudah banyak tempat aku pergi.Dari bidan kampung hinggalah hospital.Dan kini mulai hari ini aku akan kerap ke hospital kerana aku dan suami tiada masalah..Makanya akulah yang akan berubat hingga diberi rezeki.Emmm aku hanya berusaha untuk semua ini.Hanya DIA yang maha berkuasa memberikan aku segalanya.
Semoga Allah SWT memakbulakn doaku dan suami.

8 comments:

Farhana IezAna said...

Sedihnya cite akk..
insyallah nanti ada rezeki akk dgn suami tu..

Faqihah Husni said...

Sabar eh akak.. Mungkin Allah nak menguji tahap kesabaran akak.

Insyallah, akak mesti dapat anak juga. Cuma masa itu samada lambat atau cepat. :)

Yana Libra said...

sabarlah..insya'Allah, pasti akan ada nanti.. :)

nanieybarnieylurviey said...

Allah sedang menguji hambanye.. Pray for you kak ayu.. InsyaAllah akan sampai masanye :)

Anonymous said...

Mesti ada hikmahnya..Sabar dan terus berdoa k... Saya setuju dengan komen semua diatas... Allah nak menguji hamba2 nya...

Lil'Qarmaa said...

insyallah kak ayu...mudah-mudahan ada rezeki nnti kak ayu..kak ayu kena kuat dan terus berdoa...

fatin anisah nor azman said...

kak ayu....sabar byk2 taw..
sy tgk Al-Kuliyyah ptg td psal zuriat...Dalam perubatan islam ada syorkan suami isteri minum susu kambing dicampur dgn kurma tanpa bijik...blend dlu...and suami minum secawan isteri mnum secawan...ustz tuu ckp insyaAllah akn dpt zuriat...tp tu brgantung pd rezeki dr Allah jugak....sy sekadar brkongsi apa yg sy tgk kat tv td...

amal said...

Salam kenal, jalan2 terjumpa blog ni.. comel :) sbar ye sis.. Insyaallah nanti ada rezeki buat sis n suami. Percayalah, Allah pasti mempunyai rancangan yang terbaik buat hamba-Nya. Banyakkan berdoa, berusaha dan sabar. :)