Monday, June 4, 2012

KISAH SEHARI DI HOSPITAL

assalamualaikum..

Seperti biasa aku bangun solat subuh dan kejutkan suamiku..Ishh pagi ni rasa sungguh takut sebab aku ada appoinment dengan doktor pakar di Hospital Sultanah Bahiyah.Macam2 yang difikirkan..Emm tapi dalam hati aku berkata..biaqla nak buat apa pun janji aku dapat anak.

Sesampai di hospital alamak jem gila nak masuk..Nak cari parking pun jenuh..En suami pun parking di belakang dekat wad diraja..X la jauh sangat nak berjalan ke wad o&g..
Sampai2 je kat kaunter pertanyaan aku bagitau dekat nurse yang jaga bahagian depan tu..
Aku : Assalamualaikum nurse.emm saya ada appoinment dengan doktor.
Nurse: Letak kad kat situ.(Sambil tunjuk dan cakap pun lebih kurang je)
Aku : Saya x dak kad..
Nurse : X dak kad macam mana nak jumpa doktor..Pernah mai x sebelum ni..
Aku  : Aku pun tunjukkan kertas kecik yang ditulis kepadaku..
Nurse  :aishhh x kan x dak kad kecik..Saya x mau yang ni.(kertas kecik)

EEeee nurse ni cakapla elok2..pagi2 dah buat aku hilang mood..

Nurse : P masuk bilik no 45 jumpa kak hajjah..Tanya dia.
Aku dan suami pun masuk dan tanya.Lepas tu kak hajjah tu tengok aku bawak keluaq segala mak nenek surat dari sampul sebab aku cakap aku x dapat kad.

Kak Hajjah : Ni la bagi kat dia..
Kak Hajjah menunjukkan surat refer doktor dari klinik swasta.Klinik yang menyuruh aku datang hospital.

Aku  :Laaa yang ni ka..habaqla surat dari klinik.ni habaq kad memangla x jumpa..

Aku pun p kekaunter tu balik dan bagitau kat nurse tu.

Nurse : Yang ni la..
Aku : bagitaula surat bukan kad..kalau macam ni sampai esok pun x jumpa.(Aku sindir sikit dia)
Nurse yang rasa bersalah tiba2 cakap elok dengan aku..Dia tanya aku mahal x ambik darah segala kat luar..Aku kata murah je.emm..dia suruh aku letak segala keputusan ujian darah dan surat ke dalam bekas yg ada atas meja tu.

Lama jugak nak tunggu masuk dalam tu..Sebelum tu aku dipanggil untuk timbang berat,ukur tinggi dan cek darah.Alhamdulillah semuanya ok..
Lebih kurang dua jam tunggu no aku dipanggil..
Nurse : Puan da kencing ke?
Aku  :Belum..
Nurse : Kalau belum p kencing dulu.
Dan selepas itu aku pun baring atas katil dan mulalah buat pap smear dan cek ovari aku..adoii..sakit jugak..rasa macam nak tercirit pun ada masa alat tu dimasukkan..Huuhhuhu..cepatla siap..

Selepas siap..doktor pun tunjuk gambar yang diprint tu..gambar tu macam gambar kita scan anak..Alhamdulillah semuanya OK..Dan doktor pun tengok keputusan ujian darah aku dan ujian sperm suami dan Semuanya ok.tak dak masalah.Alhamdulillah sekali lagi..

Sambil doktor menceritakan kat aku pasal semua ni ada pasangan masuk dan jumpa doktor yang satu lagi..So aku pun curi dengarlah apa masalah depa.Pasangan tu dah pernah buat iui dan bila doktor tengok ujian sperm suami dia ada masalah terus doktor sarankan buat ivf..iui dah x boleh buat dah..Kos untuk IVF rm5k ke atas..Tenang je aku tengok suami dia bila tau dia ada masalah..

Berbalik pada aku doktor pun menceritakan padaku prosedur membuat iui bagai..dan last sekali baru IVF..itupun kalau iui x berjaya.Tapi sebelum tu jugak aku kena makan clomid dulu iaitu ubat kesuburan pada hari kedua period.
Kalau clomid x jadi jugak baru buat iui..emm banyaknye proseskan..Sebab tu la ada yang nak buat prosedur ni mengambil masa bertahun-tahun lamanya.

Aku berserah je lah..Kalau atas usaha ini ada rezekiku Alhamdulillah..Selepas ni aku akan kerap berulang ke hospital.

14 comments:

Fiza Z. Abidin said...

semoga usaha Ayu berhasil suatu hari nanti...sy doakan, insy'allah. jgn putus asa yer :)

Anonymous said...

buat pap smear pakaiannya camna?

EvisuKyme said...

usaha selagi boleh ayu.....
usaha tangga kejayaan....jgn mudah putus asa ye......ramai yg sokong
dan doakan supaya apa yg diinginkan
termakbul :)

**pst...mmg ade misi yg lebey kureng...masa sy peknen,smpai sy pengsan..kwn sy dtg jerkah kat spital (sib dia berjawatan..masa tu suami jauh PJJ la katakan..) baru terhegeh²...rupnya buku merah sy tercicir....boleh?

Hanys Jehari said...

Ayu... Jgn berhenti usaha.. Insya allah...

shes0eira said...

Hi Ayu, I came across with your blog sbb google about pregnancy.. Apparently because I pon trying to get pregnant. Just got married for 5 months but seriously wanted children :)

Mari bersama-sama berusaha! :)

Shawl's@ayucinta said...

Insyaallah..ayu x kan berhenti untuk berusaha dan moga suatu hari nanti Allah memberi rezeki pada ayu dan suami..

Anonymous said...

Kak Ayu nama saya anis. saya selalu baca blog akak, kebetulan saya sndri tgh berusaha nak pregnant, bln ni genap la setahun 6 bln kahwin..skrang dalam proses nak wat iui kat hospital sultanah bahiyah. Sebelum ni pernah buat iui di KMC tapi tak berjaya.Sama-sama la kita berusaha..

Norhanita said...

InsyaAllah jgn putus asa. Mohon pd Allah.

Norhanita said...

InsyaAllah jgn putus asa. Mohon pd Allah.

Nur Izzaty said...

assalamualaikum ayu..sy 4thn baru dpt baby..lahir pada 12.12.12..mcm2 dah sy bt..iui dah bt..hsg dah bt..sakit sgt..huhu..insyallah sy blh kongsi gan ayu apa yg saya amalkan..tp yg penting usha k..

Ayu Cinta said...

Nur Izzaty amalkan apa..plzz share..

Anonymous said...

Salam ayu,akak br deliver baby ivf hjg bln 12 2012 buat kt HSB jg.Buat ivf smpai 3kali br bjaya.iui pn dhbeberapa kali.ulang alik HSB dr 2009 lg.Yg penting jgn putus asa dan percayalh Allah Maha Adil.Alhamdullilah berkat kesabaran kami tahun ke 7 pkahwinan Allah kurniakn jua permata hati kami melalui ivf.All the best to you:)

Nur syahida said...

salam sis..sy skrg menerima rawatan under lppkn kl..kalau boleh sy nak buat rawatan ivf di hsb alor setr kedah...dgr kata di sana lebih murah harga 5k..betul ke..kalau d lppkn 8k ke 13 k..bgantung oada ubat..

Lucy Saputri said...

cerita lucah di hospital