Tuesday, June 19, 2012

3 TAHUN SUDAH BISNESKU INI.SUKA,DUKA,PAHIT,MANIS SEMUANYA ADA.

Assalamualaikum..


Hari ini genap 3 tahun aku bisnes online menjual shawls/tudung.Sama tahun dengan usia perkahwinan aku dengan encik suami.
Sebenarnya bisnes ni seronok dan banyak yang aku belajar dan temui bila aku masuk bidang bisnes ni.Mungkin darah bisnes ni diwarisi oleh abah aku.Nak p kemana kalau tidak mengalir dalam darah keturunan aku.

Jun 2009
Aku bekerja di KL dan meninggalkan suamiku di Kedah.Kehidupan aku yang hidup keseorangan di KL membuatkan aku tidak tentu arah dan rasa sangat sunyi.Tinggal bersama seorang kawan di Ampang tapi kawan aku tu asyik keluar je..Tak pernah nak duk rumah.Sangat bosan ok.
Suatu hari aku terfikir untuk bisnes online.Masa tu tak banyak lagi orang buat bisnes online.Dan masa tu facebook masih belum berkembang.Permulaan aku belajar buat blog.Aku main belasah je buat.Tak lama lagi gaji..bolehla aku buat modal.
Sebelum tu setiap hari aku akan ke jalan tar untuk tengok koleksi tudung terkini.

Hari Gaji
Terus aku ambik gaji aku rm500 untuk buat modal beli tudung.Dengan permulaan bermodalkan rm500 banyak jugak shawls yang aku dapat.Aku sorang-sorang jalan ke jalan tar untuk tengok tudung yang cantik2.Sesampai dirumah aku terus tangkap gambar.Aku guna camera henfun je tangkap..Tak tau nak tangkap macam mana.Aku letak atas lantaila,pakai then tangkap sendiri.Nasibla gambar clear.Masa tu shawls x banyak pilihan lagi.Hanya shawls biasa saja.

Bila semua dah siap aku pun upload kat blog yang aku dah buat.Yeayy berjaya jugak akhirnya..Eh senang je nak buat blog ni rupanya.Semalaman aku tak tidoq sebab duk upload dan edit gambaq tudung.

Dua Bulan selepas itu
Tak de pun orang beli.Sedih sangat masa tu.Masa ni fb kan x maju lagi so aku promote kat myspace.Myspacelah menjadi medan aku beriklan.Tapi dari hari ke hari macam x de orang beli pun.Aku pun balik kedah jumpa suami tercinta."Abang..x dak orang belipun..:(" En suami aku beri kata semangat kat aku.."Tak palah..nanti adala rezeki tu.."

Suatu hari aku p city plaza dengan en suami..balik je nak p kat kereta aku dapat satu sms yang menggembirakan aku.."Akak saya nak beli shawls.."Alhamdulillah..Customer pertama selepas 2 bulan aku mula bisnes.Bukan senang nak senangkan..

Dan dari hari kehari Alhamdulillah ada customer yang nak beli.Aku seronok sangat sebab aku dapat jual shawls terkini dekat customer.

Cabaran dan Dugaan
Sebenarnya tak semua yang kita impi dan inginkan akan membuatkan hati kita gembira.Begitu jugak dalam bisnes.Segalanya kena kuat.Dari segi fizikal dan mental.Customer is no 1 dalam apa jua bisnes.Dalam online bisnes memang banyak cabarannya.Sampaikan kadang-kadang aku jadi give up dan menangis.Nasiblah ada en suami yang memahami.Dialah menjadi pendorong semangat aku untuk terus berada dibidang ini.

Sepanjang bisnes aku tahu dari pihak aku sendiri ada melakukan kesilapan dekat customer.Terlupa letak baki,tersalah hantar,barang tak cukup,barang itu barang ini..Tapi aku terima dengan hati terbuka.aku tak tahulah online shop yang lain.
Paling aku sedih ada orang cakap aku penipu dan letak nama Shawls@AYUCINTA dekat Kami Benci Online Shop Penipu.Aduhh..sadis sungguh masa tu..Nasib ada yang bagitahu kat aku.Masalah kecil dibesar2kan..Aku menangis sepuas hati aku.Alhamdulillah ramai yang sokong dan bagi kata-kata semangat kat aku.Terima kasih kawan2 dan customer yang pernah berurusan dengan aku dan bagi kata-kata semangat itu.

Jadual sebenar aku
Kehidupan aku 24 jam sangatlah tak cukup.Kalau ada lebih jam ingin aku tambah.huhu..Sebenarnya aku melakukan seorang diri dalam bisnes ni.Semak oder,reply oder,kewangan dan packing parcel customer.Dibantu en suami aku untuk pos barang2 customer.

Pagi aku ke opis.aku bekerja full time di ppd..balik kerja pukul 5 petang..sampai rumah aku kena cek stok customer.Kalau tak dak aku kena p ambik kat supplier.Malam pukul 8 lebih macam tu sampai rumah.Selepas solat isyak barulah aku cek oder untuk dipacking.Dalam sehari paling banyak barang pun aku mampu packing dalam 30 parcel.Itupun kadang2 x sempat.Pukul 12 aku dah setkan aku perlu tidoq sebab esok pukul 6 pg aku kena bangun pergi kerja.Kerja perlu diutamakan sebab bisnes hanya part time.Barang2 yang aku packing ikut turn bayaran.Siapa bayar dulu aku packing dan pos.

Kadang2 ada customer yang dah bertanya kenapa barang tak sampai..Sebab tu bila aku reply oder dekat bawah sekali aku akan tulis setiap barang yang dioder akan dapat 3-4 hari selepas bank in.
Alhamdulillah..dari hari ke hari ramai customer yang oder..Yang suka..yang tak suka..semua ada..hehe..Aku makin mengenali sikap seseorang itu.

Dalam bisnes jugak aku kenal ramai kawan yang sama2 buat online bisnes ni..Dan dari hari ke hari banyak online shop yang wujud.Sehinggalah berlakunya perang harga.Ada yang baru buat online shop ni depa tak faham atau tak untuk letak harga dekat shawls yang dijual.Tapi apapun setiap rezeki dah ditetapkan oleh Allah Swt..Kalau ada rezeki untuk kita insyaallah ada.

Kepada semua customer yang pernah membeli shawls kat aku,aku nak ucapkan terima kasih banyak2..Tanpa kalian siapalah aku..:)

Kepada yang baru nak berjinak2 dalam bisnes online Selamat menceburi bidang bisnes online dan semoga success..I support u allz..:)

Hari Ini alhamdulillah..Aku tahu aku tak sehebat mereka yang lain..Tapi aku bersyukur dari hari ke hari ada customer yang oder dan beli dengan SAC.Aku jugak terharu bila ada yang bagi testimoni positif mengenai SAC dan kebanyakan shawls aku hari ini adalah customade dan ada label Shawls@AYUCINTA.Alhamdulillah..

Kepada korang semua janganlah malu dan segan untuk klik blogshop aku : > Shawls@AYUCINTA

3 comments:

baby lydia said...

tahnias ,lydia ucap kan..dh maju dgn biz tue,teruskan iyer,,ayu x de update shwal terbaru k?

Anonymous said...

Ce post est ѵraiment plein de conseils

Here is my web blog - salope asiatique

miasaraa azman said...

Assalam kak. tahniah ye sbb bsns akak bertambah maju. btw, boleh x kak email saya kt mane kak tempah jahit brand kt tepi selendang tu.brp ye.? ade org ckp kt kedai plasic kan? tapi saya tak tahu rate dia berapa, so takutlah kene ketuk nnti kan. haha. biasa la. bru nak berjinak2. harap kak dapat la kongsi pengalaman dan tips dgn saya. thanks.

ni email saya miasaraa91@gmail.com