Friday, June 22, 2012

USAHA DAN IKHTIAR UNTUK MENDAPATKAN ZURIAT.BUAT SEMENTARA WAKTU INI SAJA YANG MAMPU.

Assalamualaikum.
Pejam celik pejam celik dah masuk bulan Syaaban..Sebulan saja lagi umat Islam akan menyambut kedatangan bulan yang paling barakah iaitu bulan Ramadhan.
Pejam celik pejam celik juga dah 3 tahun aku berkahwin dan 3 tahun jugak aku masih belum dikurniakan zuriat.Mungkin masih belum ada rezeki lagi.

Sebenarnya sepanjang perjalanan hidup menjadi isteri selama 3 tahun bermacam usaha yang aku dah buat untuk dapatkan zuriat..Aku seronok tengok orang yang senang dapat anak..tup..tup..pregnant..On je pregnant..Tapi aku on off on off x pregnant pun..hihi..opss..

Tak pelah..mungkin bukan masanya lagi untuk Allah memberikan aku zuriat..Janji Allah swt tiada siapa yang tahu..betul x??Tetapi kita x bolehla duk diam aje..Kenalah ada usaha dan ikhtiar.Allah nak tengok sejauh mana usaha yang telah kita buat.Dan paling penting kenalah berdoa kepada Allah SWT..DIA Maha Mengetahui dan Memberi.

Sekarang ni aku dah ada appoinment dengan hospital.So aku tak pergi dah ke rumah bidan atau mana2 yang orang bagitau..Sebabnya biarlah aku jalani rawatan moden ni pulak.Bukan aku tak pergi.Sebelum ni pun dah banyak bidan dan rawatan tradisional yang dah aku buat.Dari mengurut sampailah minum air kulit durian yang berusia 30 tahun.Semua dah aku buat.Minyak tanak aku sapu kat perut..Sirih aku makan dan sapu kat perut..Tapi masih belum ada rezeki..

Dan hari ini salah satu ikhtiar aku selain rawatan di hospital aku mencuba minuman jus delima dan susu kambing.Sebelum aku minum semua ni aku researh dulu keberkesanan semua minuman ni.Bukan main minum je.Nanti jadi apa2 aku yang susah..huhu..

 Bukan untuk dijual..:)
Ini adalah antara produk yang aku cuba.
Aku beli kat kedai Istafa kat Bank islam jalan sultanah.RM7 sahaja.

 Susu kambing..Alhamdulillah..Akhirnya aku dah jumpa susu kambing segar yang aku cari selama ini.Aku sebenarnya x lalu nak minum susu kambing ni.Tapi demi untuk mencapai satu harapan dan impian akan aku gagahi jugak untuk minum.Emm bukan minum macam ni saja tau.Susu ni akan diblend bersama kurma.Tadi aku p kedai Istafa dan beli buah kurma Yusuf Taiyoob..Hehe..
Nak blend pun ada cara2 nya tau :
-Suami ambil segenggam kurma
-Isteri ambil segenggam kurma
-Masukkan dalam susu kambing dan blend.
-Minum dari gelas yang sama sekali seumur hidup.

Petua ni aku dapat dari Rancangan Al Kuliyyah kat tv3.

Selain tu kat bawah ni ada petua dari kakak ni yang aku copy dari forum :
Salam...

Mummy pun minum susu kambing juga. Petua tu diberi oleh kawan mak dan mummy pun pernah terdengar kat TV petua ni. Katanya petua orang Arab lama....
Cara:

1. Amik segenggam kurma.
2. Campurkan ngan segelas susu kambing (mummy pakai paket punya jek tapi Mummy guna Honey Goat keluaran dHatiku).
3. Blend.
4. Minum.

Buat selama 7 hari berturut-turut. 

Selepas 7 hari, amalkan minum susu kambing bersama 7 biji kurma. Tapi Mummy tak berapa suka makan kurma, so Mummy blend juga. 

Mummy amalkan bermula dari bulan Ogos 2010, Alhamdulillah bulan Disember 2010, rezeki Mummy pun sampai. Until now mummy masih amalkan minum susu kambing & kurma. 

Tapi memang tak dinafikan la.... loya beb! Hari-hari dok telan benda tu je. Masa pregnant, ada gak hari-hari yang Mummy takleh telan. Dah telan, terkeluar balik! Hehehe..... Tapi skang Mummy ngelat.... letak air banyak-banyak & kurangkan kurma. So benda tu cair sket. Kalau tak, pekat!!! Macam minum quaker oat pulak. Dah tu campur kurma, manisssss giler... Hehehe....

Saiz baby.... memula besar! Masa 17 weeks, doktor kata baby terlebih 40g. Ukur perut pun 21cm, terlebih 2cm. Skang dah 5 bulan, masa scan hari tu ok je berat dia....375g. Tapi perut lum ukur lagi.... Tunggu appointment hospital gomen lak 14 April nih.

Panjang pulak....terlebih suda..... hehehe.... Selamat mencuba kengkawan!!!

 Aku juga minum air rebusan buah zuriat.Buah ni tak dak jual kat Malaysia.Buah ni dari Makkah dan diberi kepada aku oleh Ezmaliza dan kawan aku Maz.Mak depa p buat umrah jadi aku pun oder buah ni.
Cara makan dia banyak.Dan salah satu yang aku tau dan buat suami aku belah dua dan rebus.Minum air dia.Boleh diulang2 minum sebab x basi dan berbau.Buah ni keras sangat.Kalau guna pisau tu memang x terbelahla.
 Dua botol kecil yang comel di atas adalah serbuk kurma dan serbuk jelly.Serbuk jelly tu aku rasa dari madu.Khas untuk suami.Yang serbuk kurma tu untuk aku lahhh..
Cara makan dia senang je..Kalau nak minum dalam gelas tuang air masak dan masukkan sedikit serbuk kurma/jelly dan minum..Kena kacau kuat sikit sebab dia x mudah larut.Kalau x nak minum macam tu letakkan je air sedikit atas sudu dan letakkan serbuk ni atas sudu yang ada air tadi dan makan.
 Yang ni aku baru tau je.Pati Delima Gulsan.Rupanya bagus untuk orang yang inginkan zuriat macam aku.ANtara testimoni dan di forum aku baca ramai yang ambik minuman ni dan ada hasilnya dengan izin Allah.
Dibawah ni antara yang berjaya hasil minum Pati Delima Gulsan.
"sebelum pregnant ni ada amalkan jugak pati delima ni. tak sempat nak habis sebotol pun.alhamdulillah dah rezeki Allah nak bagi...tp itu salah satu usaha kan..
apa yg penting setiap usaha tu, kita doa banyak2...selebihnya kita serahkan pada Allah..."

Kat bawah ni adalah khasiat pati delima Gulsan :
  • Melawan penyakit gout
  • Mengurangkan batuk dan menghilangkan kahak
  • Merawat ‘sinus’
  • Meningkatkan tenaga
  • Menguatkan sistem penghadaman, membersihkan usus dan mengeluarkan keracunan badan
  • Mengatasi penyakit anemia dengan membekalkan zat besi yang secukupnya
  • Menormalkan fungsi hati
  • Menstabilkan peredaran darah
  • Merawat cirit birit, sakit telinga, pandangan kabur, sakit gusi
  • Mencuci darah kotor
  • Antioksida yang tinggi
  • Menstabilkan paras kolesterol
  • Mencegah penyakit jantung
  • Mencegah penyakit barah
  • Merangsang tenaga batin
Insyaallah..Minumlah tanpa rasa was2..Sedap sangat tau..Rasa masam2 macam buah prune..
Cara minum ikut kitalah..nak minum macam tu saja atau boleh dibancuh seperti kita buat air ribena.
 Gambaq atas ni minuman en suami ku..Aku pun boleh minum tapi sekali ja aku minum lepas tu x minum dah..huhu..Cuka Kurma.Suami aku beli kat Ustaz Jamil..Ustaz yang aku p berubat.Suami aku minum dan dia cakap rasa bertenaga dan x letih.Bagus cuka kurma ni kalau diamalkan.Harga RM70 tak silap aku.
Jeng..jeng..Nilah fibre yang aku pernah cerita dan post kat facebook tu.Dah lama nak tangkap gambaq akhirnya berjaya jugak..Kepada yang rasa badang berat dan banyak lemak bolehla amalkan fibre dari D'Herbs ni..Insyaalah..Aku terpaksa stop buat sementara waktu sebab aku tengah ada rawatan dengan hospital.Bukan aku tak nak minum tapi bila minum aku asyik membuang je..Sehari 5,6 kali..Yang tak tahan tu dia memulas2 macam orang perah kain perut kita ni..So aku stop dulu..
 Ni aku baru beli tadi..Khas untuk lelaki.Aku tak taulah macam mana kesannya nanti..:)
 Perawan Herbal Wash..Juga produk D herbs.Aku sukalah produk ni..Tak tau kenapa..Dari apa yang aku baca di forum memang bestlah produk ni..So tunggu aku pakai dulu baru aku boleh story mori..hehe..
Jus Perawan ni aku baru beli tadi.Dari ekstrak buah delima jugak.Kat bawah ni adalah khasiat jus bila kita minum :

Juice Perawan 
Khasiat Juice Perawan D'Herbs :

1) Merawat masalah keputihan & haid yang tidak teratur.

2) Menaikkan tulang punggung & payudara wanita agar lebih montok & anjal.

3) Menyuburkan rahim & peranakkan wanita ( baik untuk wanita yang sukar mendapatkan zuriat).

4) Menegang & mencerahkan kulit.

5) Melambatkan proses monopous.

6) Memberikan tenaga dalaman wanita.

7) Meningkatkan sistem imunisasi.

8) Mengurangkan senggugut.

9) Menambahkan keinginan seksual wanita & mengeratkan hubungan suami isteri

10) Sesuai untuk gadis & wanita yang sudah berumahtangga. 
Kandungan Juice Perawan D'Herbs:

Kacip Fatimah, Manjakani, Pueraria Mirifica, Acai Berry, Kurma, Madu, Roselle, Delima, Kolagen & Air Bertapis.

Cara penggunaan Juice Perawan D'Herbs:
1) Ambil 2 sudu setiap pagi & malam. Minum banyak air putih.

2) Tidak digalakkan bagi wanita yang sedang mengandung & ketika dalam haid.

3) Simpan di tempat sejuk selepas dibuka.

Semua yang aku cuba ni adalah hasil kajian aku di blog dan forum tau..

"Dear..i berjaya pregnant pas amik jus perawann ni...telah ramai yg berjaya.  Try survvey testimoni jus perawan ni. Kt fb pon de"

"assalam..jaz tumpang bercerite....sebelum ni saye pernah sarankan sahabt saye untuk amalkan jus dherbs...bcoz die kawen hampir 2 tahun masih belum dikurniakan cahaya mata..baru2 ni die inform saye yg die dah delay period 2mgu and alhamdulillah die positif prgnant..syukur alahmdulillah..kwn2 yg lain jgn putus as ye...:)"

Antara kata2 yang membuatkan aku membeli jus perawan ni..
Tapi semua ni atas Kehendak Yang Maha Esa.Kita hanya mampu berusaha dan berserah padaNYA.tak salah untuk kita berikhtiar.Betul x??
Dibawah ni ada cerita rakan2 yang berjaya mendapatkan zuriat hasil usaha dan ikhtiar mereka..Seronok baca.

salam kwan2..saya nk share prtama kali saya mengandung..mase tu saya ade buat rawatan kt klinik pakar..kebetulan mase tu dekat dgn bulan ramadhan..dlm bulan ramadhan tu sempat saya period sekali sebelum pregnant..dlm bulan ramadhan..org kate semua doa2 kite n hajat kite akan dimakbulkan..saya n suami bersungguh2 doa n g terawih same2..sembahyang jemaah same2..n setiap kali lepas terawih kt masjid..saya doa n solat  sungguh2 supaya saya mengandung kali ni..Alhamdulillah dlm bulan syawal saya disahkan mengandung..n saya n suami percaya yg itu juge adalah berkat dr bulan ramdhan...xsangka n terkejut setelah 2tahun tggu saat tu..tp xlme sbb saya gugur lepas tu kandungan berusia 5bulan..apa yg saya ingin katakan di sini ialah kite dah usaha untuk pregnan,,tp dlm mase yg same kite jgk perlu berdoa sungguh2..twakal..nanti bulan ramadhan akan tibe..jd gunekan peluang tu sebaik mungkin ye kawan2..manela tahu pd bulan ramadhan yg mulia bakal tibe nanti..Allah memakbulkan segala permintaan n hajat kite..amin...

1)amik asid folik
2)amik pati delima
3)berpantang tak makan fast fud

Alhamdulillah..mase ari 1st anniversary sah peknen 5minggu...papepun...yang paling penting doa yang tak putus2 padaNya 
;)


Salam semua,

Akak nak share jugak usaha yang dibuat sebelum di sahkan hamil, tak banyak pun usaha rasanya berbanding orang lain, tapi share jugak kot-kot ada yang nak buat sama...

1) Ambil madu dan habbatus sauda bersama-sama suami
2) Pantang fastfood
3) Banyakkan makan taugeh, cuba gak air rebusan kacang hijau tu tapi bila ternak tak naik-naik taugehnya...silap cara ni..suami ambil kacang botol dan bendi... (pemakanan yang menyumbang kesuburan akak cuba sebab dah berusia..almaklumla kan)
4) Minum air buah delima.
5) Ambil asid folic

Ustaz kata rezeki ni adalah sesuatu yang bermanafaat kepada kita, seperti harta, anak2, kesihatan, udara...apa2 saja yang bermanafaat pada kita, jadi sambil usaha tu jangan lupa berdoa pada Allah agar dikurniakan rezeki.

Amalkan baca Al-Quran, buat sikit-sikit dulu.

Amalkan solat dhuha, waktu sujud akhir baca "ya wahhab", 40 kali. lepas bagi salam baca "Al Basith" 10 kali, kemudia doa solat dhuha.

Setiap pagi baca surah yassin, Imam ad-Darimi meriwatkan bahawa Atha bin Abi Rabah berkata rasulallah bersabda :"Sesiapa yang membaca surah yaasin di permulaan hari akan ditunaikan hajat-hajatnya."

Setiap malam baca Surah Al-Waqiah, doa surah al-waqiah dan Surah Al -Mulk.

Banyakkan istigfar kerana banyak kebaikannya, hati tenang dan rasa dekat dengan Allah. Sabda Nabi s.a.w: Sesiapa yang selalu beristighfar, nescaya Allah akan menjadikan baginya kemudahan bagi setiap kesempitan, kesenangan bagi setiap kesedihan dan memberinya rezeki tanpa diduga olehnya.


Amalkan selawat khitab, sebaik-baiknya 100 kali lepas solat fardhu..

Pagi dan petang baca Penghulu istigfar.


Buat sikit dulu pun takpe, yang penting istiqomah, baiki diri dan muhasabbah diri.kadang-kadang allah bagi dugaan untuk kita dekat padanya. Sekarang rasa bersyukur bila mengenangkan apa yang dilalui banyak ubah akak untuk membaiki diri. Tanpa dugaan akak rasa akak dah hanyut. Sebaik-baik kita merancang, sesungguhnya Allah lebih hebat rencanaNya untuk kita kerana hanya Allah mengetahui apa yang terbaik untuk hambanya. Setiap usaha, kesabaran , doa kita terselit ganjaran. Semoga semuanya dikurniakan zuriat dan dimakbulkan apa yang dihajati..Insya allah..



Tuesday, June 19, 2012

3 TAHUN SUDAH BISNESKU INI.SUKA,DUKA,PAHIT,MANIS SEMUANYA ADA.

Assalamualaikum..


Hari ini genap 3 tahun aku bisnes online menjual shawls/tudung.Sama tahun dengan usia perkahwinan aku dengan encik suami.
Sebenarnya bisnes ni seronok dan banyak yang aku belajar dan temui bila aku masuk bidang bisnes ni.Mungkin darah bisnes ni diwarisi oleh abah aku.Nak p kemana kalau tidak mengalir dalam darah keturunan aku.

Jun 2009
Aku bekerja di KL dan meninggalkan suamiku di Kedah.Kehidupan aku yang hidup keseorangan di KL membuatkan aku tidak tentu arah dan rasa sangat sunyi.Tinggal bersama seorang kawan di Ampang tapi kawan aku tu asyik keluar je..Tak pernah nak duk rumah.Sangat bosan ok.
Suatu hari aku terfikir untuk bisnes online.Masa tu tak banyak lagi orang buat bisnes online.Dan masa tu facebook masih belum berkembang.Permulaan aku belajar buat blog.Aku main belasah je buat.Tak lama lagi gaji..bolehla aku buat modal.
Sebelum tu setiap hari aku akan ke jalan tar untuk tengok koleksi tudung terkini.

Hari Gaji
Terus aku ambik gaji aku rm500 untuk buat modal beli tudung.Dengan permulaan bermodalkan rm500 banyak jugak shawls yang aku dapat.Aku sorang-sorang jalan ke jalan tar untuk tengok tudung yang cantik2.Sesampai dirumah aku terus tangkap gambar.Aku guna camera henfun je tangkap..Tak tau nak tangkap macam mana.Aku letak atas lantaila,pakai then tangkap sendiri.Nasibla gambar clear.Masa tu shawls x banyak pilihan lagi.Hanya shawls biasa saja.

Bila semua dah siap aku pun upload kat blog yang aku dah buat.Yeayy berjaya jugak akhirnya..Eh senang je nak buat blog ni rupanya.Semalaman aku tak tidoq sebab duk upload dan edit gambaq tudung.

Dua Bulan selepas itu
Tak de pun orang beli.Sedih sangat masa tu.Masa ni fb kan x maju lagi so aku promote kat myspace.Myspacelah menjadi medan aku beriklan.Tapi dari hari ke hari macam x de orang beli pun.Aku pun balik kedah jumpa suami tercinta."Abang..x dak orang belipun..:(" En suami aku beri kata semangat kat aku.."Tak palah..nanti adala rezeki tu.."

Suatu hari aku p city plaza dengan en suami..balik je nak p kat kereta aku dapat satu sms yang menggembirakan aku.."Akak saya nak beli shawls.."Alhamdulillah..Customer pertama selepas 2 bulan aku mula bisnes.Bukan senang nak senangkan..

Dan dari hari kehari Alhamdulillah ada customer yang nak beli.Aku seronok sangat sebab aku dapat jual shawls terkini dekat customer.

Cabaran dan Dugaan
Sebenarnya tak semua yang kita impi dan inginkan akan membuatkan hati kita gembira.Begitu jugak dalam bisnes.Segalanya kena kuat.Dari segi fizikal dan mental.Customer is no 1 dalam apa jua bisnes.Dalam online bisnes memang banyak cabarannya.Sampaikan kadang-kadang aku jadi give up dan menangis.Nasiblah ada en suami yang memahami.Dialah menjadi pendorong semangat aku untuk terus berada dibidang ini.

Sepanjang bisnes aku tahu dari pihak aku sendiri ada melakukan kesilapan dekat customer.Terlupa letak baki,tersalah hantar,barang tak cukup,barang itu barang ini..Tapi aku terima dengan hati terbuka.aku tak tahulah online shop yang lain.
Paling aku sedih ada orang cakap aku penipu dan letak nama Shawls@AYUCINTA dekat Kami Benci Online Shop Penipu.Aduhh..sadis sungguh masa tu..Nasib ada yang bagitahu kat aku.Masalah kecil dibesar2kan..Aku menangis sepuas hati aku.Alhamdulillah ramai yang sokong dan bagi kata-kata semangat kat aku.Terima kasih kawan2 dan customer yang pernah berurusan dengan aku dan bagi kata-kata semangat itu.

Jadual sebenar aku
Kehidupan aku 24 jam sangatlah tak cukup.Kalau ada lebih jam ingin aku tambah.huhu..Sebenarnya aku melakukan seorang diri dalam bisnes ni.Semak oder,reply oder,kewangan dan packing parcel customer.Dibantu en suami aku untuk pos barang2 customer.

Pagi aku ke opis.aku bekerja full time di ppd..balik kerja pukul 5 petang..sampai rumah aku kena cek stok customer.Kalau tak dak aku kena p ambik kat supplier.Malam pukul 8 lebih macam tu sampai rumah.Selepas solat isyak barulah aku cek oder untuk dipacking.Dalam sehari paling banyak barang pun aku mampu packing dalam 30 parcel.Itupun kadang2 x sempat.Pukul 12 aku dah setkan aku perlu tidoq sebab esok pukul 6 pg aku kena bangun pergi kerja.Kerja perlu diutamakan sebab bisnes hanya part time.Barang2 yang aku packing ikut turn bayaran.Siapa bayar dulu aku packing dan pos.

Kadang2 ada customer yang dah bertanya kenapa barang tak sampai..Sebab tu bila aku reply oder dekat bawah sekali aku akan tulis setiap barang yang dioder akan dapat 3-4 hari selepas bank in.
Alhamdulillah..dari hari ke hari ramai customer yang oder..Yang suka..yang tak suka..semua ada..hehe..Aku makin mengenali sikap seseorang itu.

Dalam bisnes jugak aku kenal ramai kawan yang sama2 buat online bisnes ni..Dan dari hari ke hari banyak online shop yang wujud.Sehinggalah berlakunya perang harga.Ada yang baru buat online shop ni depa tak faham atau tak untuk letak harga dekat shawls yang dijual.Tapi apapun setiap rezeki dah ditetapkan oleh Allah Swt..Kalau ada rezeki untuk kita insyaallah ada.

Kepada semua customer yang pernah membeli shawls kat aku,aku nak ucapkan terima kasih banyak2..Tanpa kalian siapalah aku..:)

Kepada yang baru nak berjinak2 dalam bisnes online Selamat menceburi bidang bisnes online dan semoga success..I support u allz..:)

Hari Ini alhamdulillah..Aku tahu aku tak sehebat mereka yang lain..Tapi aku bersyukur dari hari ke hari ada customer yang oder dan beli dengan SAC.Aku jugak terharu bila ada yang bagi testimoni positif mengenai SAC dan kebanyakan shawls aku hari ini adalah customade dan ada label Shawls@AYUCINTA.Alhamdulillah..

Kepada korang semua janganlah malu dan segan untuk klik blogshop aku : > Shawls@AYUCINTA

Sunday, June 10, 2012

SIAPA PERNAH JADI MODEL SHAWLS@AYUCINTA??

Assalamualaikum..
Dah lama sebenarnya aku nak post entry ni tapi saja aku nak tunggu berapa ramai lagi yang jadi model untuk blogshop aku Shawls@AYUCINTA.hehehe..
Actually blogshop aku ni tak de model tetap..model dan merangkap DUTA SAC..disebabkan itu ramai model yang telah aku pilih untuk menggayakan shawls aku.Alhamdulillah nasibla depa ni pun berminat nak menggayakan shawls aku..Kalau nak harapkan aku pakai huhu aku x cantik.sebab tu aku x mau..
Nak tau tak sapa yang pernah jadi model SAC??jom kita tengok kat bawah.

 1.Nurul Badiah Lai.
Aku mengenali si cantik ni melalui blog yang ditulis.Jadi aku berhubung melalui FB untuk ambik dia jadi model shawls aku.
 2.Ezmaliza Ezrik
Adik sayang ni aku kenal melalui blog jugak..Kalau x silapla..Gambar ni first time aku berjumpa dengan ezma.Baik je orangnya..Suka sangat kat dia ni..:)
 3.Sheila eila ni aku kenal dah lama.Tapi aku baru panggil dia jadi model shawls aku.HEHehe..
 4.Eyma
Eyma ni aku kenal dalam facebook.Dia salah seorang customer aku.Bila aku tengok facebook dan blog dia,dia sangat kreatif bila ambik gambar.So aku pelawa dia jadi model shawls terbaru aku.Cantik adik ni.
 5.Syuhada Nabila
Aku kenal dia melalui facebook.Bila tanya duk kat aloq stuck..Ok senangla aku nak shoot.Comel..
 6.Ima Sahaja
Adik manis ni pun aku kenal melalui facebook.Dia ni sangat pandai menggayakan shawls.Mudahla bekerja dengan dia.Lilit sana lilit sini dah jadi shawls dia pakai.Nex wik aku akan shoot tudung dengan dia khas untuk hari raya..yeayy..
 7.Nadeya Azmi
Si kecil molek ni berasal dari peneng..Aku kenal pun melalui FB..comel dan peramah dia ni.Pandai posing dan senang nak shoot..
 8.EYFA AZMI
Si cantik ni punnn aku kenal dari FB..boleh dikatakan semua aku kenal melalui FB..FB ni ada kebaikan dan keburukannya kan..Kalau baik boleh dapat ramai kawan..:)
 9.Ara Lee
Sape x kenal dengan model ni memang x akTIF FB..hehe..boleh gitu..Suka sangat sebab Ara sudi jadi moedel untuk shawls aku..
 10.Yang ni sape ek??Alamak..aku da lupa la..huhu..maaf ek..
 11.Aida Albakri
Aida ni tinggi dan cantik.Pandai posing dan senang bekerjasama.
Haii aidaaa..:)
12.Yuyu Zulaikha
Ok..ni tak perlu diperkenalkan lagi..Aku tau sapa yang ada blog dan fb confirm kenal adik manis ni..
Tanx yuyu sudi jadi model akak..Maafla shawls akak x lawa..huhu
Last sekali aku kenal sangat..Dialah aku..hehe..nak jugak tempek gambaq..

Emm sebenarnya model2 sac ni duk di serata negeri..Nak cari model yang ada talent kat aloq stuck ni macam susah sikit.Ehh ada sape2 nak jadi model SAC x??Yang duk area alor star/cantik dipandang/dan ada lesen..hehe..senang nak mai photoshoot.Kalau ada yang nak boleh emel kat ayu ye..
shawlsayucinta@gmail.com

Wednesday, June 6, 2012

SELAMAT ULANGTAHUN PERKAHWINAN YANG KE 3 SAYANG..

Assalamualaikum..

6.6.2012 Tarikh yang aku ingati hingga ke hari ini...Alhamdulillah hari ini genaplah 3 tahun aku mendirikan rumahtangga bersama suamiku..
Imbas kembali kenangan dulu..

Zaman sekolah tahun 2001 Tingkatan 5.

Suatu hari member aku Shida ajak aku p jumpa member dia kat pacific.Aku dengan sukanya ikut je lah sebab masa sekolah aku ni jarang keluar dengan member.Bila sampai je kat food court pacific aku terkejut jugak sebab kawan-kawan dia semua lelaki.Memandangkan aku ni tak pernahlah sekolah dengan lelaki dari darjah 1 hingga tingkatan 5 aku malula sangat.Bila member aku tu p sembang dengan member dia aku duk sorang-sorang kat meja.Tetiba je ada sorang mamat ni mai kat aku dan cakap ada orang nak kawan.ehh apa pulak ni..Tak maulah aku..nak kawan2 pulak..Tangan aku sejuk gila masa tu..Aku takut..Lepas tu aku tanya sapa..Dia tunjuk sorang mamat kat meja sebelah..Dia senyum kat aku..Aku pun membalas senyuman kelat kat dia.Dan bila nak balik je x silap aku dia bagi no phone kot..no rumah..

Dan bermulalah member aku menjadi posmen karat..Pos surat2 aku..setiap petang aku p public kol dia..Ingat lagi dia sanggup naik motor dengan member2 dia lalu depan rumah aku.Dan aku dapat hadiah pertama dari lelaki iaitu pasu dan bunga kaca..warna biru pulak tu..aku sembunyi dari mak aku..Nak mampus..kalau mak aku tau naya..

2004-2008
Aku masuk politeknik dan aku jumpa lelaki lain..Aku pun dah lupa dengan lelaki yang aku kenali masa form 5 tu..Aku lost contact dengan dia..Jahatkan aku..Ni semua gara2 aku jumpa kawan lelaki satu kelas di Poli..Tak maula story pasal lelaki kat poli ni..

2007
Aku putus cinta dengan lelaki politeknik tu dan aku berkawan dengan sorang lelaki dari aloq stuck..Tak silap aku aku kenal dia melalui myspace..Aku ni kan cepat suka kat orang..Masa ni aku dah kerja dengan Belia dan Sukan.Masa aku kawan dengan laki ni aku sayang gila kat dia..Aku asyik beli benda ja..Beli ni semata2 aku nak jumpa dan keluaq dengan dia..Kalau harap nak jumpa tanpa bagi alasan nak bagi benda confirm dia x mau keluaq dengan aku.Member aku nasihat kat aku hang ni da pkiaq ka..Kalau dia ikhlas dengan hang dia x jumpa dengan hang semata2 nak ambik benda yang hang bagi..Emm..aku buat bodo je..Almaklumlah hati dah sayang..Tup..tup aku dapat tau dia sebenarnya tak sayang kat aku..Aku ni yang bodoh..Dan mulai saat itu aku dah x percaya pada lelaki..Aku tensen gila..Aku anggap lelaki semua sama.Aku memang dah x percaya pada lelaki..

Suatu hari aku bagitau kat mak dan abah aku..kalau ada sapa2 nak masuk minang mak terima je lah..juai ikan ka apa ka..huhu..

DISEMBER 2008
Suatu malam yang hening aku bangun untuk solat istikharah dan hajat.Dengan lampu yang samar2 dari dapur(aku tak buka lampu bilik)..Aku berdoa dengan sepenuh hati supaya aku diberikan seorang lelaki yang  akan menjadikan aku isteri..Aku dah tak mahu bercinta lagi..Dengan esakan tangis aku tak tahula mak aku dengaq ke tak..

Malam tu aku bermimpi yang sangat indah..Seorang lelaki yang pernah aku sayang muncul dalam mimpiku..Dia bagi banyak sangat mawar merah dan aku sangat bahagia..

Esok tu aku terjaga dan terus kol member aku shida..aku tanya hang ada x no faizal kuala kedah.Sebab semalam aku mimpi dia mai bagi bunga kat aku.Aku nak cari dia.
Member aku bagi jawapan yang menghampakan.Dia cakap x dak..EMmm x pelah..Aku pun selongkar nombor2 dalam henfunku..active 5 maxis semua aku cek balik..X dak jugak..Aku punggah buku2 phone kecik2 yang lama pun x dak..ADoiii..x palah..dah x dah nak buat macam mana..bukan rezeki aku nak jumpa no dia.

3 minggu selepas tu balik dari kerja tak silap aku dalam pukul 8 lebih aku balik rumah..Tup..tup aku dapat sms dari seseorang yang tidak aku kenali..

Haii kenal lagi tak??

Uitt sapa ni..Aku pun sms balik..Sapa ni??
Dia balas..Takkan x kenai ni Faizal kola kedah..

Apaa??Ya Allah aku macam x percaya..Aku sms balik tanya betoi ka ni??Dia cakap betoi..Ya Allah..aku macam nak menangis masa tu..Orang yang aku cari selama ni selepas mimpi tu dia yang cari dan sms aku..Ya Allah..Malam tu aku tak tidur..Aku sms dengan dia..Aku cakap aku masih x percaya..Tup..tup..dia kol aku..Aku menitiskan air mata kerana betullah dia..Ya Allah..Bila sambung sms dalam hati aku cakap ajaklah aku keluaq..emmm takkan aku nak ajak dia keluar..sms selepas itu dari si dia : KITA JUMPA NAK??
yeayyy..aku pun terus reply..boleh2..
Ok..hari sabtu ni kita jumpa..faizal p ambik kat rumah..
Dalam hati..haa..biaq betoi faizal ni..dia da x macam dulu dah..da berani..

Tak sabaq nak tunggu hari sabtu..Dia pun mai rumah ambik aku..Siap mai mintak izin kat mak dan abah aku..Aku malu gila masa tu..Dah lebih 4 tahun aku tak jumpa..tup tup aku naik kereta dengan dia.Aku p pacific tempat kami mula2 bertemu dulu.Aku malu masa tu..

Seminggu selepas itu dia ajak aku p rumah dia jumpa mak dia..Aku mahu tapi malu..Dan akhirnya aku pun p jugak..Sampai je kat rumah dia masyaallah..ramainya..macam kenduri sambut menantu pulak..semua adik beradik dia ada..Memandangkan dia anak bongsu 9 beradik maka ramailah rumah itu..semua ada..semuanya nak tengok aku..hehehe..malu gila masa tu.

JANUARI 2009


Aku dan dia tidak mengambil masa yang lama untuk bercinta.Selepas lebih kurang sebulan x silap kami bertemu kembali aku dan dia mengambil keputusan untuk bertunang..Tanggal 10 januari 2009 aku dan dia bertunang..Dalam gembira ada sedihnya..pekerjaan aku di belia dan sukan sudah pun tamat.Memandangkan aku kontrak maka tamatlah kontrakku.Aku sedih masa tu..Selepas bertunang je aku berhenti kerja.Aku mencari kerja yang lain..Pening memikirkan masa da semakin suntuk untuk mengumpul duit.Selepas tu aku mendapat kerja swasta di alor star..Dengan gaji yang hanya rm500 saja x potong kwsp lagi tu..Macam manalah nak kawen..Aku nak ringankan beban mak dan abah aku..Kami bukan dari keluarga yang senang.Bulan April 2009 balik dari kerja aku dapat surat tawaran kerja dari KEMENTERIAN KERJA RAYA.Juruteknik Senibina J17 Kontrak.Dengan gaji yang sekali ganda dari swasta aku pun suka sangat..Walaupun penempatan di KL aku pergi juga bersama tunang untuk melapor diri.

6.6.2009




Aku dinikahkan dengan insan yang aku sayang.Aku terharu sangat sebab Allah dah makbulkan doaku.Allah mendengar rintihanku..Alhamdulillah..Insan yang aku cari selama ini sudah menjadi milik aku yang sah.

SEPTEMBER 2009



First time hari raya sebagai suami isteri.

Kenduri kahwin tak silap hari raya keempat dirumah aku dan suami..Kami buat sama sehari senang..Sekali harung je..:)

OKTOBER 2009
Aku dapat jawatan tetap di JKR..aku mintak apply balik kedah tapi tak dapat..Setiap minggu aku berulang dari KL-Kedah..Kedah-KL..sampaikan orang bas pun dah kenal aku.

DISEMBER 2009
Suatu hari aku ajak suami aku p syarikat perumahan..Sajalah nak tengok rumah..Dan ada satu taman tengah dalam pembinaan di Kuala Kedah..Macam menarik..Aku dan suami tanyalah kerani tu dia cakap masih ada 3 lagi kekosongan..Wahhh ini menarik..Dia pun ceritalah prosedur membeli rumah bagai..Aku dan suami bayar deposit rm500 untuk booking..

FEBRUARI 2010
Pihak bank kol cakap loan dah lulus.Alhamdulillah..Loan rumah dah lulus..

APRIL 2010
Memandangkan aku tak boleh nak transfer ke Kedah sebab post aku tak dak di JKR kedah aku pun ambik keputusan untuk resign..Sebelum tu aku dapat kol dari mak yang aku dah dapat tawaran kerja di kedah iaitu dari Kementerian Pelajaran Malaysia..Alhamdulillah..Aku dah berjaya dalam interview sebelum ni..

APRIL 2010
Aku lapor diri di Pejabat Pelajaran sehinggalah sekarang.
Kehidupan aku dan suami Alhamdulillah bahagia..Setiap bulan kami selalu menunggu berita gembira..Tapi hampa..Tiada apa2 yang gembira dariku untuk disampaikan pada suamiku..
Bila dah kat kedah ni setiap petang aku dan suami p tengok rumah kami yang dalam pembinaan tu.Tak sabar nak duduk.


Sepanjang tahun 2010 aku bahagia dengan suami aku..Almaklumlah sebelum kahwin tak bercinta pun..So lepas kahwin kami macam dalam percintaan..P mana pun orang asyik pandang pandang jeling jeling je..Uiitt kami dah kawenla..

JULAI 2011
Cf rumah dah dapat bermakna kami dah boleh pindah duduk dirumah sendiri..Yeayyy..Tak sabaq nak p kedai perabot nak beli itu nak beli ini..hihi..



NOVEMBER 2011
Sekali lagi Allah beri rezeki pada aku dan suami.Dengan hasil titik peluh kami berdua dapat membeli sebuah lagi kereta untuk kegunaan kami.

Sepanjang 2011 banyak suka dan duka aku dan suami..Dari mencari bidan kampung hinggalah ustaz2 yang boleh berubatkan kami untuk mendapat cahaya mata.Tapi masih belum ada rezeki.Kami berdua tak putus-putus berdoa supaya diberikan rezeki.

Januari 2012- Mei 2012
Seperti tahun sebelum ni banyak suka duka kami lalui bersama.Aku bahagia dengan suami ku..Aku dah mula memahami perangai suamiku.Dia paling tak suka aku lambat solat.Mesti dia bising..Kalau dia nak makan aku masak dia mesti suka.Kalau dia suruh aku masak tapi aku ajak makan kat luar confirm dia tarik muka.Kalau dia tengah marah atau dia marah kat aku mesti dia diam..kalau duk dalam kereta kami keluar berdua tapi dia x cakap dengan aku pasti dia tengah marah atau lapar atau letih.Bila dia diam macam tu aku selalu tanya.."Abang marah kat ayu ka??abang tak sayang kat ayu ka??"
Sepanjang aku bersama dia aku dah tahu dia seorang yang kemas dan wangi selalu.Tak suka comot-comot..Suka bercucuk tanam.Kalau dia tanam semua pokok pasti hidup..Pernah aku tanam satu pokok ni..Mati..sekali dia gembur balik tanah tu dan tanam lain pokok tu hidup dengan subur dan gembiranya..Dia sayangkan binatang.Arnab yang dibeli sedari kecil menjadi gemuk dan sihat..Memang menjadi tangan suami aku ni..

6.6.2012
Hari ini tanggal 6.6.2012 hari Rabu adalah ulangtahun perkahwinan kami yang ketiga.Aku ada suprise untuk dia..opss..hope janganlah dia baca entry ni..hehe..

"SELAMAT ULANGTAHUN PERKAHWINAN YANG KE 3 SUAMIKU..SESUNGGUHNYA KAULAH LELAKI YANG PALING AKU SAYANGI DIDUNIA INI..SUSAH SENANG SEDIH GEMBIRA TAWA MENANGIS KITA BERSAMA.AKU BERSYUKUR KERANA MENDAPAT SUAMI SEPERTI MU..KAU PATUH PADA AGAMA DAN MENYAYANGI DIRI INI..WALAUPUN SELAMA 3 TAHUN KITA HIDUP BERSAMA TANPA DIKURNIAKAN ZURIAT DARI ILAHI TAPI AKU TETAP BERSYUKUR KERANA KAU TELAH MERAWAT DUKAKU DIKALA KU KESEPIAN..DIKALA KU MENANGIS..DIKALA KU GEMBIRA.KAULAH SEGALANYA BAGIKU.MAAFKAN DIRI INI ANDAINYA SELAMA AKU HIDUP BERSAMAMU AKU MELAKUKAN KESILAPAN DAN MEMBUATKAN DIRIMU MARAH PADAKU.AKU AMAT MENYANYANGIMU Mohd Faizal"

Ehhh kalau nak tahu siapa lelaki yang aku mula2 kenal masa aku form 5 tu dialah suamiku..
JODOH DI TANGAN TUHAN..SIAPA SANGKA LELAKI PERTAMA YANG AKU SAYANG DAN CINTA DAH JADI SUAMIKU.

Terima kasih Ya Allah kerana mendengan keluh kesahku selama ini.
Terima kasih Ya Allah kerana Engkau membahagiakan ku..
Dan Kau kekalkanlah hubungan ku dan suami hingga keakhir hayat.
Dan kurniakanlah aku dan suami rezeki dan zuriat penyambung seri rumahtangga ini.

Monday, June 4, 2012

KISAH SEHARI DI HOSPITAL

assalamualaikum..

Seperti biasa aku bangun solat subuh dan kejutkan suamiku..Ishh pagi ni rasa sungguh takut sebab aku ada appoinment dengan doktor pakar di Hospital Sultanah Bahiyah.Macam2 yang difikirkan..Emm tapi dalam hati aku berkata..biaqla nak buat apa pun janji aku dapat anak.

Sesampai di hospital alamak jem gila nak masuk..Nak cari parking pun jenuh..En suami pun parking di belakang dekat wad diraja..X la jauh sangat nak berjalan ke wad o&g..
Sampai2 je kat kaunter pertanyaan aku bagitau dekat nurse yang jaga bahagian depan tu..
Aku : Assalamualaikum nurse.emm saya ada appoinment dengan doktor.
Nurse: Letak kad kat situ.(Sambil tunjuk dan cakap pun lebih kurang je)
Aku : Saya x dak kad..
Nurse : X dak kad macam mana nak jumpa doktor..Pernah mai x sebelum ni..
Aku  : Aku pun tunjukkan kertas kecik yang ditulis kepadaku..
Nurse  :aishhh x kan x dak kad kecik..Saya x mau yang ni.(kertas kecik)

EEeee nurse ni cakapla elok2..pagi2 dah buat aku hilang mood..

Nurse : P masuk bilik no 45 jumpa kak hajjah..Tanya dia.
Aku dan suami pun masuk dan tanya.Lepas tu kak hajjah tu tengok aku bawak keluaq segala mak nenek surat dari sampul sebab aku cakap aku x dapat kad.

Kak Hajjah : Ni la bagi kat dia..
Kak Hajjah menunjukkan surat refer doktor dari klinik swasta.Klinik yang menyuruh aku datang hospital.

Aku  :Laaa yang ni ka..habaqla surat dari klinik.ni habaq kad memangla x jumpa..

Aku pun p kekaunter tu balik dan bagitau kat nurse tu.

Nurse : Yang ni la..
Aku : bagitaula surat bukan kad..kalau macam ni sampai esok pun x jumpa.(Aku sindir sikit dia)
Nurse yang rasa bersalah tiba2 cakap elok dengan aku..Dia tanya aku mahal x ambik darah segala kat luar..Aku kata murah je.emm..dia suruh aku letak segala keputusan ujian darah dan surat ke dalam bekas yg ada atas meja tu.

Lama jugak nak tunggu masuk dalam tu..Sebelum tu aku dipanggil untuk timbang berat,ukur tinggi dan cek darah.Alhamdulillah semuanya ok..
Lebih kurang dua jam tunggu no aku dipanggil..
Nurse : Puan da kencing ke?
Aku  :Belum..
Nurse : Kalau belum p kencing dulu.
Dan selepas itu aku pun baring atas katil dan mulalah buat pap smear dan cek ovari aku..adoii..sakit jugak..rasa macam nak tercirit pun ada masa alat tu dimasukkan..Huuhhuhu..cepatla siap..

Selepas siap..doktor pun tunjuk gambar yang diprint tu..gambar tu macam gambar kita scan anak..Alhamdulillah semuanya OK..Dan doktor pun tengok keputusan ujian darah aku dan ujian sperm suami dan Semuanya ok.tak dak masalah.Alhamdulillah sekali lagi..

Sambil doktor menceritakan kat aku pasal semua ni ada pasangan masuk dan jumpa doktor yang satu lagi..So aku pun curi dengarlah apa masalah depa.Pasangan tu dah pernah buat iui dan bila doktor tengok ujian sperm suami dia ada masalah terus doktor sarankan buat ivf..iui dah x boleh buat dah..Kos untuk IVF rm5k ke atas..Tenang je aku tengok suami dia bila tau dia ada masalah..

Berbalik pada aku doktor pun menceritakan padaku prosedur membuat iui bagai..dan last sekali baru IVF..itupun kalau iui x berjaya.Tapi sebelum tu jugak aku kena makan clomid dulu iaitu ubat kesuburan pada hari kedua period.
Kalau clomid x jadi jugak baru buat iui..emm banyaknye proseskan..Sebab tu la ada yang nak buat prosedur ni mengambil masa bertahun-tahun lamanya.

Aku berserah je lah..Kalau atas usaha ini ada rezekiku Alhamdulillah..Selepas ni aku akan kerap berulang ke hospital.

Sunday, June 3, 2012

JOM MINUM DHERBS.CONFIRM BERAT TURUN U OLLS.



Assalamualaikum..

Wahh x pernah pernah aku nak post entry pasal berat badan ni..huihui..almaklumlah berat badan selepas kahwin masyaallah..comel je..Dah banyak kali percubaan diet aku dah buat tapi hasilnya tidak berjaya.Macam manala nak berjaya kalau lepas makan..makan..lepas makan tidoq..hehe..

Bulan lepas anak sedara aku ada tanya..
Anak Sedara (AS) : Mak su x try ka minum dherbs..Mak teh minum nak kurus tup2 dia lekat..
Mak teh tu biras aku..:)
Aku : Sedap ka dherbs tu..berak x?kalau berak tu x laratla..(ops..buat2 x nampak ek ayat ni)
AS: Sedap jugak dia rasa nak oren mcm tu..Cek minum x larat p toilet..
Aku : Alaa tu yang malas tu..jenuh nak p toilet..

Pengalaman aku minum teh orang kampung yang asyik nak membuang je menjadikan aku takut dan malas nak minum minuman macam tu..

Aku : Berapa kak ti?Nak try jugakla kot2 maksu minum lekat macam mak teh..
AS:Tryla maksu..kawan cek yang kerja sekalipun minum2 tu terus lekat.Maybe sebab dia cuci lemak2 yang ada kat perut tu.
Aku : Okla..esok mak su p beli..

Keesokan harinya aku dengan semangat ajak en suami p tesco dan cari anak sedara aku.Dia yang nak tunjuk kat aku beli kat mana.Rupanya kat depan kedai dia ja..
Malam tu tepat pukul 12 aku pun minum..awai tu minum macam x boleh nak masuk anak tekak je..aku gagahkan diri jugak minum habis segelas..Dengan perasaan yang sombong aku pun cakap dalam hati..eleh x dak apa pun..x berak pun..aku pun masuk tidoq..emm..nyaman je tidoq..lena..x dak gangguan kat dalam perut..

Jeng.jeng..tepat pukul 6 lebih..tiba2 perut aku memulas2 seperti diperah2..adoii..aku bangun sepantas kilat p toilet..adoiii sakitnya perut aku..pulas2 macam perah kain..bayangkanlah..dalam setengah jam aku duk toilet..sampai lengah dan kebas kaki2 aku..

Lepas tu habis je mandi adoiii sakit balikk...x sempat nak solat subuh aku p buh sekali lagi..cis..ni penangan minum dherbs..adoii...

Sampai kat opis aku p kantin makan..tup2 x sempat nak habis dia sakit sekali lagi..Aku pun berlari p toilet..nasib sempat..haha...itulah hari pertama aku minum..

Lepas minum diherbs ni dia proses 6 jam..Dan selepas tu kita akan berak dan berak..Tapi untuk pengetahuan semua aku rasa puas sangat..Rasa macam kosong je perut tu..Tapi bukanlah sepanjang hari aku membuang..Contoh aku minum pukul 12 t.mlm..aku sakit perut pukul 6 pagi macam tu..dan selepas pukul 11 sakit perut pun hilang..Korang akan rasa relax dan nyaman je perut ni..Kalau korang yang ada sembelit tu amat sesuai minum ni..Tapikan yang sakit perut ni ikut pada orang yang minum jugak kot..sebab member kat opis ni minum dia cakap x sakit pun perut..Dah habis sekotak minum..

Sepanjang aku minum ni berat aku pasti akan turun sekilo setiap hari..Lepas tu aku stop sat..Ni semalam aku start minum balik dan pagi ni aku timbang dah turun sekilo..kalao last week dalam 67.8 mcm tu..tadi timbang dah 65.7..Dan nafsu makan pagi aku pun kurang..Kalau tak pukul 8 pagi dah lapaq..Tadi pukul 11 pagi baru aku makan..

Ehh korang cubalah..Mana tau berat badan korang boleh turun..Ni bukan minuman diet tau..ni minuman fiber yang membuang lemak2 didalam perut..Bagi korang yang rasa perut buncit bolehla try minum ni..

Kat bawah ni ada beberapa lagi khasiat Dherbs ni :

  • Membuang lemak yang tidak diperlukan badan
  • Antioksidan dan menyahtoksik dalam sistem pencernaan
  • Sesuai untuk kegunaan lelaki dan wanita
  • Simpan di tempat yang kering pada suhu bilik
  • Tidak digalakkan bagi wanita yang hamil
  • Mengurangkan selera makan dan memberikan rasa kenyang sepanjang hari
  • Membantu mengecilkan lengan, pinggang, punggung dan peha
  • Membantu mengempiskan perut yang buncit
Bagi korang yang nak cuba bolehla bagitahu kat ayu..Kot2 korang susah nak dapatkan dherbs ni bolehla ayu tolong belikan..:)

Harga DHERBS ni RM38 sekotak..

Friday, June 1, 2012

LUARAN TERSENYUM TAPI DIDALAM...

Assalamualaikum..
Jumaat sudah..Cuti seminggu aku pun akan berakhir hari sabtu ni..Maka bermulalah kembali kerja2 yang banyak di office..huhuhu..Tak tahulah p hari ahad ni mejaku jadi macam mana..Tapi aku dah sediakan kotak untuk surat untuk perhatianku..
Sebenarnya aku pun tak faham perasaan aku sekarang ni.Bila kawan2 kat fb tulis status pregnant,dah berapa minggu dan segala mengenai anak aku tak tahu aku sedih ke tak.Aku rasa setiap hari hingga ke saat ini aku bersedih.Tapi aku kuatkan jugak diri untuk buat tak tahu je.Aku rasa aku dah boleh menerima hakikat yang Allah SWT masih belum mahu memberikan rezeki untukku dan suami.
Selama 3 tahun berkahwin aku dah puas menangis.Hingga hari ini dah x de air mata untuk aku keluarkan.Aku menangis menadah tangan pada Allah Yang Maha Esa.Aku menangis dikala aku melihat rakan2ku yang lain disahkan hamil.Menangis kerana gembira mendengar berita itu dan menangis kerana aku bukan insan terpilih seperti mereka.
Kini 3 tahun aku bersama suamiku..susah senang kami bersama..gelak tawa..bertengkar asam garam rumah tangga.Aku mampu tersenyum kini..Suamiku yang banyak memberi sokongan kepadaku untuk menjalani kehidupan ini.
Sudah banyak tempat aku pergi.Dari bidan kampung hinggalah hospital.Dan kini mulai hari ini aku akan kerap ke hospital kerana aku dan suami tiada masalah..Makanya akulah yang akan berubat hingga diberi rezeki.Emmm aku hanya berusaha untuk semua ini.Hanya DIA yang maha berkuasa memberikan aku segalanya.
Semoga Allah SWT memakbulakn doaku dan suami.