Wednesday, May 2, 2012

PERUBATAN SECARA ISLAM.Ikhtiarku untuk mendapatkan zuriat.



Assalamualaikum..
Aku kembali lagi mencoretkan kata2 disini setelah berbulan tidak menulis.Kemalasan melanda diri apabila membuka personal blog ni.Tak tahulah kenapa..Maybe tak dak cerita yang best untuk aku kongsikan bersama kalian.

Suatu petang mak aku kol ..

Mak : Assalamualaikum
Aku : Waalaikumsalam..Napa mak??
Mak : Ni hang nak p berubatkan??Cik Ani depan rumah ni bawak anak dia p berubat kat Ustaz Jamil.Dia duk kat Hutan Kampung.Kat SK Bohor..
Aku : Dia berubat apa mak?Dia boleh ka berubat nak bagi dapat anak??
Mak : Insyaallah..tryla tengok..Ikhtiar ja..Tapi dia berubat hari Selasa dan Jumaat sj.Ikut sedekah kita nak bagi berapa.
Aku:Okla mak..tengok minggu ni ka ayu ajak faizal p.

Dan semalamkan Selasa.Cuti hari pekerja..Aku dan en suami pun pegilah ke rumah Ustaz Jamil tu.Senang je nak cari rumah ustaz tu..Sapa yang duk area Alor Star taula rumah ustaz jamil tu.Ustaz ni berubat seminggu dua kali saja.Hari Selasa dan Jumaat selepas Asar hingga jam 10 malam.
Ustaz Jamil ni adalah anak didik Ustaz Haron Din.Mempunyai pengalamn belajar di banyak negara.kebanyakannya dalam kursus Perubatan dan Perubatan Islam.

Ok..berbalik pada aku dan suami semalam..kami pergi dah pukul 6 lebih macam tu.Sesampai je kat rumah Ustaz tu aku tengok ramai orang...Dan bila masuk ke rumah dia memang ramaila dalam rumah tu..Malu pulak aku dan suami masuk..Rasanya kami paling muda.Rupanya ustaz ni berubat dihadapan orang ramai.Banyak air atas meja dia.Dia panggil sorang2 dan tanya apa masalah.Ada yang berubat sebab penat..sakit jantung,anak lemah, dan banyak lagi.Aku sms kat suami aku yang ada tidak jauh dari aku."Abang nanti ustaz tanya abg cakap nak ikhtiar dapat zuriat"..hhehehe..
Semua penyakit ustaz ni guna air dan doa.Dia akan letak tapak tangan dia kat atas kepala atau tempat yang bermasalah.

So aku dan suami adalah orang second last jumpa..Nasib dah x dak orang..kalau tak malu jugakkan orang lain dengar masalah kita.
En suami bagitau tujuan kami datang..Ustaz tu gelak dia cakap..la senang ja nak bg dapat anak..pulun dapatla..hehe..aku pun kata kat ustaz dah pulun dah tp x dapat2 ustaz..kami gelak ketawa disitu..Ok jugak ustaz jamil ni..pandai dia ambik hati customer..

Dan  dia suruh aku bangun..Dia tengok ketinggian dan tanya berat badan aku berapa.Aku pun bagitau.Lepas tu dia tekan perut aku menggunakan jari.Sebelum dia berdoa dia suruh aku niat dalam hati berubat utk apa.kemudian dia cakap kalau rasa berdenyut kiri dan kanan bagitau.Ustaz pun menekan perut dan membaca doa.Tak silap aku ada sedikit surah Maryam dan ayat kursi.Kemudian bila dah habis ustaz pun tanya aku rasa berdenyut x?Aku cakap ada belah kiri.belah kanan x rasa.Ustaz tu cakap belah kiri yang berdenyut ni ada sedikit masalah.Lepas tu dia tanya aku pasal keputihan dan tentang waktu subur.
Rupanya banyak petanda waktu subur ni.Barulah aku tahu sikit..hehe..

Lepas tu ustaz tu suruh aku mai lagi sekali dan bawak barang2 yang dikatakan.Antaranya Daun Inai,daun sireh,kunyit,kulit delima dan air.Bila tu aku tak pasti.Aku kena kol ustaz tu balik.

Insyaallah..aku dan suami berikhtiar sahaja.Yang memberi ALLAH SWT..Bulan 6 ni masuklah 3 tahun usia perkahwinanku..dah banyak tempat aku dan suami berubat tapi masih belum ada rezeki.Bulan 5 ni aku kena p hospital untuk hantar keputusan ujian darah aku dan ujian sperm suami.Doakan aku dan suami tak ada masalah ye.

3 comments:

are_lin@yu said...

our name is same ;-)..moga sis cpt2 dpt baby nanti ;-)

~misshuny~ said...

akak,pe petanda waktu subur yg ustaz tu ckp eyh?if u dont mind to share..hehe..=)

amaniammar said...

Salam...

sy x-mate u kt JKR tp group sebelah..

cer ayu try amalkan
Air Zam-zam,Kurma dan Harbattus sauda
mgkin leh mkn terus or buat air jus..
kita cb ikhtiar..ini sy ambil dri petikan blog Nailah Azman

http://budakcommot.blogspot.com/2012/03/perihal-buah-zuriat-yang-di-katakan.html

*bc artikel itu sampai habis..

sekian