Monday, May 7, 2012

OH HSG..DOKTOR X BAGI BUAT LAGI.KENAPA??

 Abaikan tong sampah disebelah..hehe..


Assalamualaikum..
Arrgghhh penat balik dari bercuti di Cameron bersama en suami kesayangan x habis lagi..Semalam cuti dan harini pun cuti.Ni semua gara2 jalan yang macam ular untuk turun ke bawah.

Semalam balik dari Cameron cepat2 aku dan en suami bersiap ke Putra Medical Centre (PMC) kat Alor Setar.Alamak harini dah hari ke 15..tapi mengikut apa yang ditulis oleh nurse kat HSB 2 minggu selepas period.Oklah ni hari ke 15.Odw nak p PMC .

Aku : Abang sempat x buat ni??da nak dekat pukul 5.
En suami : Sempat kot.Kita p ja dulu.

Sesampai di PMC aku disambut mesra oleh nurse disitu.

Aku : Cik saya nak buat HSG.boleh lagi x?
nurse:Ooo sebentar ye puan.
(nurse ni pun mendial no doktor kot.)
Nurse : Puan..doktor anuar dah tutup tapi doktor Kumar ada.boleh?
aku:Abang..macam mana?
En suami  : Ikut sayangla.
Aku : Ok bolehla buat..dah mai mai dah..
Nurse  :ok..bagi ic ek sy nak salin nama dan alamat.
Aku : (mencari ic..)alamak abang ic ayu mana??alamak..ni mesti tinggai kat cameron.mukaku da pucat.
Nurse  :x pa puan..bagitau nama dan alamat dekat saya.

Selepas bagi aku dan en suami pergi depan bilik doktor.Sementara tunggu nama dipanggil.

Aku : Abang macam mana ic ayu ni..aduhhh..kena p buat report ni..satgi jumpa kat minah indon mampuih..
en suami : sabaq..cari betoi2..kot selit dalam buku asb ka??haritukan ambik duit..
Aku : ya x ya jugak..(sekali cek..jeng2..ni dia ic)

Lega rasa bila ic dah juma.aku tidak setenang en suami.

Nama dipanggil.aku dan en suami masuk ke dalam.

Doktor : Selamat petang..boleh saya bantu?
Aku : emm macam ni doktor sy nak buat hsg.
Doktor : oo..harini hari keberapa period?
Aku : Hari ke 15..
Doktor : Emm dah lebih ni..sapa suruh mai hari ke 15?
Aku : nurse kat hospital suruh mai buat hsg 2 minggu selepas period.ni yang saya mai hari ke 15.
Doktor : macam ni..sebenarnya seelok2nya nak buat hsg hari ke 10.bukan x boleh buat hari ke 15 tapi takut hari ke 15,16 dah ada janin.kalaulah ada janin kemungkinan akan jatuh masa buat hsg ni.So saya x sarankan buat hari ke 15.
Aku : Habis x boleh buat ke doktor?
Doktor  : Nasihat saya nanti u datang hari ke 10 period.Hari pertama period next period ni u call my nurse dan dia akan bagi appoinment utk buat hsg.
Aku : Tapi doktor 23 mei ni saya ada appoinment dengan hospital.Saya nak kena bagi semua result tu kat depa.
Doktor : Ooo..tapi rasa x sempat.Macam ni u call hospital dan bagitahu nak tukar appoinment.

Dalam hati..emmm dah tukar ni maybe lambat pulak.3 bulan pulak kena tunggu.bukan x tau hospital ni lama nak kena tunggu appoinment jumpa pakar.

Aku : oklah doktor..tq ya.
Doktor : ok.

Aku pun ambik no phone nurse tu dan dia suruh aku kol hari pertama period untuk next period.

Hari ke 10 la nurse..aduhh ni semua gara2 nurse salah bagi tempoh masa ni.kan dah kena delay lagi nak cek.kadang2 benda2 ni lah yang buatkan perkara seperti ini jadi lambat.Ingat dalam otakku hari ke 10.

Aku dan en suami pun pulang dengan tangan kosong.sedih..tapi legala jugak..takla rasa sakit lagi buat hsg ni..hehe..
Haii satu kerja pulak nak kol hospital utk batalkan appoinment 23 mei ni..kalau batalkan sebab aku preggy kan best..:)

Ops..mesti ramai yang dah tau dan ada yang tak tau apa itu HSG??ok sat aku nak copy hasil dari researh yang aku dapat ye.

Bagi mereka yang mengalami masalah infertiliti, mereka terpaksa melalui pelbagai ujian untuk mengetahui punca atau sebab mengapa mereka gagal hamil. HSG adalah ujian yang kerap dilakukan dan ia boleh menolong menjelaskan masalah rahim dengan lebih jelas dan juga boleh menolong membuat keputusan tentang rawatan yang terbaik.

Apa itu HSG?

HSG adalah ujian yang digunakan untuk mengesan kesihatan rahim dan salur peranakan. Ia mengunakan teknologi x-ray yang dapat memberikan gambaran bentuk rahim dan salur peranakan. Semasa ujian ini, dye berwarna akan disuntik kedalam rahim dan ia akan mengalir kedalam salur peranakan dan seterusnya kedalam ruang pelvis. HSG akan memberikan maklumat kepada pakar radiologi untuk memastikan samada terdapat kerosakkan pada sistem peranakan anda.

Apa yang boleh dikesan oleh HSG?

Secara umumnya, HSG digunakan untuk mengesan ketidaknormalan pada rahim dan salur peranakan. Ia boleh mengesan kerosakan dan penyumbatan pada pada salur peranakan dan juga boleh memberikan maklumat tentang bentuk dan saiz rahim anda. Walaubagaimanapun ia juga boleh mengesan fibroid atau polip dalam rahim dan juga memberi idea tentang kewujudan parut disekitar ruang pelvis

HSG dan kehamilan

Disamping berupaya untuk mencari masalah salur peranakan dan rahim, ia juga didapati meninggikan kadar kehamilan bagi sesetengah wanita. HSG kadang-kadang menolong menghilang debu dan penyumbatan tidak serius pada salur peranakan. Ini membolehkan mereka yang mengalami masalah infertili menjadi hamil selepas HSG.

Prosedur HSG

  1. Anda akan berbaring diatas meja x-ray dengan lutut membengkok keatas.
  2. Spekulum akan diletakan didalam faraj untuk mendedahkan serviks ( pangkal rahim)
  3. Satu tiub plastik akan dimasukkan ke dalam rahim melalui liang serviks.
  4. Dengan perlahan-lahan dye akan disuntik melalui tiub tadi kedalam ruang rahim
  5. Beberapa gambar x-ray akan diambil semasa proses aliran dye tersebut.
  6. Untuk proses terakhir, anda akan di minta untuk mengiring dan gambar x-ray akan diambil sekali lagi.
Selepas x-ray terakhir diambil, anda akan diminta untuk berbaring selama beberapa minit. Mungkin anda akan terasa sedikit kejang pada perut tetapi tidak lama. Selepas beberapa minit, anda akan diminta untuk menukar pakaian dan keputusan selalunya akan tersedia 15-20min selepas itu.

1 comment:

Anonymous said...

salam nyonya nk tanya berapa Rm PMC charge untuk bt HSG ?