Monday, May 7, 2012

ENTRY BERGAMBAR : CAMERON HIGHLANDS YANG SEJUK BEKU.

Assalamualaikum..
3 hari 2 malam bercuti di Cameron Highland.Rasanya dah cukup aku dan en suami pusing satu CH.Dari Berinchang ke Tanah Rata.Dari Tanah Rata ke Brinchang.Sampai dah x tau p mana.Last2 duk kat taman kat hotel.

Hotel yang kami menginap.Hotel biasa2 je..ikut pada budget.Hotel the Cool Point ni terletak di pekan Tanah Rata.Biliknya okla..sejuk gila kat hotel ni.maybe hotel lain pun sama jugak.Harga pun antara yang termurah kami pilih.
Hari pertama kami pergi ke Ladang Teh di Tanah Rata.X silap aku ni Bharat kot.Terlupa pulak nama ladang teh ni.Masa aku dan en suami sampai dalam pukul 10 pagi macam tu.Huuhhh sejuk gila time tu..Time tu jugak dah ramai orang.Aku dan en suami x minum pun kat situ.just tangkap2 gambar je.
Aku x sabar nak turun ke ladang teh tu.Pemandangan yang cantik membuatkan aku rasa sejuk dan tenang je.Dah x pikir dah tentang kerja ke apa..
Aku mewakili en suami turun dulu.
Peace!!
Ohh en suami ku..dikala aku menaip entry ni aku rindukan dia..hihihi..





Kemudian kami bergerak ke Cactus Point tak silap..Ya Allah banyaknya pokok2 yang cantik disini selain cactus.Aku tak berapa teruja sangat tengok cactus.Aku teruja nak tengok pokok2 yang ada disitu.Kalau kat aloq stuck pokok cristmas ni harga dalam rm20 lebih..kat CH ni hanya RM10 je..aku ambik terus.aku jugak beli pokok lavender.Cantik sangat pokok ni.tapi x taula hidup ke x pokok ni kat tempat aku.
Nilah pokok lavender yang aku ambik.Cantik sangat bunga dia.
Ni pokok apa entah.Tapi cantik.warna hijau macam ada salji.En suami aku berkenan dan dia ambik pokok ni.
Keterujaan nampak cactus yang besar.Ini hanya lakonan sahaja..hihihi..
En suami gumbira bila dapat bawak balik pokok.
Ramai sangat orang kat Cactus Point ni.Tapikan bagi aku dimana2 saja kat CH ni pasti ramai orang.Seronok kalau dapat berniaga disini.
Aku dan en suami pergi ke Strawbery Farm.Niat dihati nak petik buah tapi x jadi pulak.So tengok dari luar je lah..


Petang menjelma aku dan encik suami dah tak tau nak pi mana.Lepas je rehat2 dalam bilik dan selepas solat aku dan en suami pun turun dan lepak dekat taman yang cantik sebelah hotel ni.Taman apa pun aku da lupa.Tapi memang cantikla taman ni.
Disebabkan kami datang berdua,jadi x de orang nak tangkap gambar.Aku dan en suami pun autokan camera tu.123 lari...klikk..Inilah hasilnya.Tak perasan ada tong sampah kat tepi.
Ok..ni gambar auto yang aku rasa paling ok dalam 2,3 keping gambar auto.
Aaron ajisku...







Kat bawah ni gambar terakhir sebelum balik..
Kat roses valley kot tak silap.

Ladang teh kat brinchang.Time ni dah odw nak balik.Kami singgah dulu kat sini.




Baju samala sayang...



Sayur sayuran yang segar bugar di CH ni..geram cek tengok..


Apapun percutian kali ni paling best.Hanya kami berdua dan ikut suka aku dan en suami nak p mana.Nampak je tempat melawat kami berhenti.
Dan dalam banyak2 tempat yang paling best adalah Pasar Malam Brincang.Teringat nasi kukus makcik tu sedap sangat..2 malam aku p cari nasi kukus tu.

Emm lepas ni tak tau bila lagi aku nak p CH ni..Ingat lepas ni nak p Langkawi pulak.aishh walaupun duk kedah aku jarang sekali p langkawi.Padahal rumah dengan jeti x sampai 10 minit naik kereta.hihihihi..
Tq en suami kerana sudi untuk pergi ke CH hasil pujukanku..Lepas ni kta p lagi na..

No comments: