Sunday, May 20, 2012

ALHAMDULILLAH...ADAKAH INI MASA YANG DITUNGGU2?

Assalamualaikum..
Aku nak update entry paling pendek hari ni..hihi..
ADAKAH BULAN NI ADA BERITA GEMBIRA UNTUK AKU DAN EN SUAMI..
kita tunggu dan lihat.X berapa mengharap sebab dah pernah miss cik P 2 bulan tp x de apa pun.So yg miss 2 hari ni x maula mengharap apa.cuma kalau betullah rezeki aku dan en suami hanya Tuhan saja yang tahu betapa hepinya aku..Tunggula 2-3 hari lagi untuk confirm.Ishh macam tau2 ja aku nak p hospital hari rabu ni..terus x nak keluar ye cik P..:)

Sunday, May 13, 2012

USAHA IKHTIAR UNTUK MENDAPAT ANAK.



Assalamualaikum..
Hari ni hujan dari semalam..best gila tidoq..dahla tidoq sorang2 x dak sapa kacau..en suami keja shif malam..hehe..
pagi ni bangun malas nak p kerja..nasibla mandi ayaq panas.kalau sejuk rasa cuci mata macam p ramlee saja.

Seperti yang semua sedia maklum aku dalam proses nak dapatkan anak..Selepas 3 tahun berkahwin aku dan suami masih belum diberi rezeki untuk mendapat cahaya mata.Awal tahun haritu aku dan en suami tekad nak p hospital untuk buat cek up.tapi sebelum tu aku pergi ke klinik pakar puteri dan suruh doktor buat surat ke hospital.Rasanya lagi cepat kot.

Dan pada tarikh yang diberi aku pun menghantar laporan dari klinik swasta tersebut ke hospital.Kemudian diberinya aku dan suami proses2 yang perlu aku buat.Nak tahu proses apa??

1- Ambik darah di BP Lab pada hari ke 2-5 period.maksudnya antara hari kedua hingga kelima period..bukan hari2.yang ni diberi nama proses FSH/LH.

2-Buat hcg selepas dua minggu period.Ini kata bidan hospital tu.tapi bila aku p hari ke 15 doktor di PMC suruh aku datang hari ke 10 Next Period..Adoi delay lagi..

3-Ambik darah hari ke 21 period.Iaitu cek progestron dalam badan kita.Semalam baru aku ambik.

Ok semua yang di atas adalah untuk kita ye..untuk kaum hawa.Lelaki hanya satu saja iaitu :

1-Suami hanya hantar SFA di BP Lab untuk dikaji.

Emm rasanya semua da settle..tinggal hcg saja..tunggulah period hari pertama rasanya hari sabtu ni kot.Doa2la x payah mai..aku pun tak takut sangat nak buat hcg tu..hehehe..

23 mei ni aku kena p hantaq semua result ke hospital.Memandangkan result hcg masih x dak jadi aku hantaq yang mana ada saja.So masih x lengkap lagila keputusan aku nanti.Ya Allah bagilah  aku dan en suami tidak ada apa2 penyakit yang memudaratkan.

Monday, May 7, 2012

ENTRY BERGAMBAR : CAMERON HIGHLANDS YANG SEJUK BEKU.

Assalamualaikum..
3 hari 2 malam bercuti di Cameron Highland.Rasanya dah cukup aku dan en suami pusing satu CH.Dari Berinchang ke Tanah Rata.Dari Tanah Rata ke Brinchang.Sampai dah x tau p mana.Last2 duk kat taman kat hotel.

Hotel yang kami menginap.Hotel biasa2 je..ikut pada budget.Hotel the Cool Point ni terletak di pekan Tanah Rata.Biliknya okla..sejuk gila kat hotel ni.maybe hotel lain pun sama jugak.Harga pun antara yang termurah kami pilih.
Hari pertama kami pergi ke Ladang Teh di Tanah Rata.X silap aku ni Bharat kot.Terlupa pulak nama ladang teh ni.Masa aku dan en suami sampai dalam pukul 10 pagi macam tu.Huuhhh sejuk gila time tu..Time tu jugak dah ramai orang.Aku dan en suami x minum pun kat situ.just tangkap2 gambar je.
Aku x sabar nak turun ke ladang teh tu.Pemandangan yang cantik membuatkan aku rasa sejuk dan tenang je.Dah x pikir dah tentang kerja ke apa..
Aku mewakili en suami turun dulu.
Peace!!
Ohh en suami ku..dikala aku menaip entry ni aku rindukan dia..hihihi..





Kemudian kami bergerak ke Cactus Point tak silap..Ya Allah banyaknya pokok2 yang cantik disini selain cactus.Aku tak berapa teruja sangat tengok cactus.Aku teruja nak tengok pokok2 yang ada disitu.Kalau kat aloq stuck pokok cristmas ni harga dalam rm20 lebih..kat CH ni hanya RM10 je..aku ambik terus.aku jugak beli pokok lavender.Cantik sangat pokok ni.tapi x taula hidup ke x pokok ni kat tempat aku.
Nilah pokok lavender yang aku ambik.Cantik sangat bunga dia.
Ni pokok apa entah.Tapi cantik.warna hijau macam ada salji.En suami aku berkenan dan dia ambik pokok ni.
Keterujaan nampak cactus yang besar.Ini hanya lakonan sahaja..hihihi..
En suami gumbira bila dapat bawak balik pokok.
Ramai sangat orang kat Cactus Point ni.Tapikan bagi aku dimana2 saja kat CH ni pasti ramai orang.Seronok kalau dapat berniaga disini.
Aku dan en suami pergi ke Strawbery Farm.Niat dihati nak petik buah tapi x jadi pulak.So tengok dari luar je lah..


Petang menjelma aku dan encik suami dah tak tau nak pi mana.Lepas je rehat2 dalam bilik dan selepas solat aku dan en suami pun turun dan lepak dekat taman yang cantik sebelah hotel ni.Taman apa pun aku da lupa.Tapi memang cantikla taman ni.
Disebabkan kami datang berdua,jadi x de orang nak tangkap gambar.Aku dan en suami pun autokan camera tu.123 lari...klikk..Inilah hasilnya.Tak perasan ada tong sampah kat tepi.
Ok..ni gambar auto yang aku rasa paling ok dalam 2,3 keping gambar auto.
Aaron ajisku...







Kat bawah ni gambar terakhir sebelum balik..
Kat roses valley kot tak silap.

Ladang teh kat brinchang.Time ni dah odw nak balik.Kami singgah dulu kat sini.




Baju samala sayang...



Sayur sayuran yang segar bugar di CH ni..geram cek tengok..


Apapun percutian kali ni paling best.Hanya kami berdua dan ikut suka aku dan en suami nak p mana.Nampak je tempat melawat kami berhenti.
Dan dalam banyak2 tempat yang paling best adalah Pasar Malam Brincang.Teringat nasi kukus makcik tu sedap sangat..2 malam aku p cari nasi kukus tu.

Emm lepas ni tak tau bila lagi aku nak p CH ni..Ingat lepas ni nak p Langkawi pulak.aishh walaupun duk kedah aku jarang sekali p langkawi.Padahal rumah dengan jeti x sampai 10 minit naik kereta.hihihihi..
Tq en suami kerana sudi untuk pergi ke CH hasil pujukanku..Lepas ni kta p lagi na..

OH HSG..DOKTOR X BAGI BUAT LAGI.KENAPA??

 Abaikan tong sampah disebelah..hehe..


Assalamualaikum..
Arrgghhh penat balik dari bercuti di Cameron bersama en suami kesayangan x habis lagi..Semalam cuti dan harini pun cuti.Ni semua gara2 jalan yang macam ular untuk turun ke bawah.

Semalam balik dari Cameron cepat2 aku dan en suami bersiap ke Putra Medical Centre (PMC) kat Alor Setar.Alamak harini dah hari ke 15..tapi mengikut apa yang ditulis oleh nurse kat HSB 2 minggu selepas period.Oklah ni hari ke 15.Odw nak p PMC .

Aku : Abang sempat x buat ni??da nak dekat pukul 5.
En suami : Sempat kot.Kita p ja dulu.

Sesampai di PMC aku disambut mesra oleh nurse disitu.

Aku : Cik saya nak buat HSG.boleh lagi x?
nurse:Ooo sebentar ye puan.
(nurse ni pun mendial no doktor kot.)
Nurse : Puan..doktor anuar dah tutup tapi doktor Kumar ada.boleh?
aku:Abang..macam mana?
En suami  : Ikut sayangla.
Aku : Ok bolehla buat..dah mai mai dah..
Nurse  :ok..bagi ic ek sy nak salin nama dan alamat.
Aku : (mencari ic..)alamak abang ic ayu mana??alamak..ni mesti tinggai kat cameron.mukaku da pucat.
Nurse  :x pa puan..bagitau nama dan alamat dekat saya.

Selepas bagi aku dan en suami pergi depan bilik doktor.Sementara tunggu nama dipanggil.

Aku : Abang macam mana ic ayu ni..aduhhh..kena p buat report ni..satgi jumpa kat minah indon mampuih..
en suami : sabaq..cari betoi2..kot selit dalam buku asb ka??haritukan ambik duit..
Aku : ya x ya jugak..(sekali cek..jeng2..ni dia ic)

Lega rasa bila ic dah juma.aku tidak setenang en suami.

Nama dipanggil.aku dan en suami masuk ke dalam.

Doktor : Selamat petang..boleh saya bantu?
Aku : emm macam ni doktor sy nak buat hsg.
Doktor : oo..harini hari keberapa period?
Aku : Hari ke 15..
Doktor : Emm dah lebih ni..sapa suruh mai hari ke 15?
Aku : nurse kat hospital suruh mai buat hsg 2 minggu selepas period.ni yang saya mai hari ke 15.
Doktor : macam ni..sebenarnya seelok2nya nak buat hsg hari ke 10.bukan x boleh buat hari ke 15 tapi takut hari ke 15,16 dah ada janin.kalaulah ada janin kemungkinan akan jatuh masa buat hsg ni.So saya x sarankan buat hari ke 15.
Aku : Habis x boleh buat ke doktor?
Doktor  : Nasihat saya nanti u datang hari ke 10 period.Hari pertama period next period ni u call my nurse dan dia akan bagi appoinment utk buat hsg.
Aku : Tapi doktor 23 mei ni saya ada appoinment dengan hospital.Saya nak kena bagi semua result tu kat depa.
Doktor : Ooo..tapi rasa x sempat.Macam ni u call hospital dan bagitahu nak tukar appoinment.

Dalam hati..emmm dah tukar ni maybe lambat pulak.3 bulan pulak kena tunggu.bukan x tau hospital ni lama nak kena tunggu appoinment jumpa pakar.

Aku : oklah doktor..tq ya.
Doktor : ok.

Aku pun ambik no phone nurse tu dan dia suruh aku kol hari pertama period untuk next period.

Hari ke 10 la nurse..aduhh ni semua gara2 nurse salah bagi tempoh masa ni.kan dah kena delay lagi nak cek.kadang2 benda2 ni lah yang buatkan perkara seperti ini jadi lambat.Ingat dalam otakku hari ke 10.

Aku dan en suami pun pulang dengan tangan kosong.sedih..tapi legala jugak..takla rasa sakit lagi buat hsg ni..hehe..
Haii satu kerja pulak nak kol hospital utk batalkan appoinment 23 mei ni..kalau batalkan sebab aku preggy kan best..:)

Ops..mesti ramai yang dah tau dan ada yang tak tau apa itu HSG??ok sat aku nak copy hasil dari researh yang aku dapat ye.

Bagi mereka yang mengalami masalah infertiliti, mereka terpaksa melalui pelbagai ujian untuk mengetahui punca atau sebab mengapa mereka gagal hamil. HSG adalah ujian yang kerap dilakukan dan ia boleh menolong menjelaskan masalah rahim dengan lebih jelas dan juga boleh menolong membuat keputusan tentang rawatan yang terbaik.

Apa itu HSG?

HSG adalah ujian yang digunakan untuk mengesan kesihatan rahim dan salur peranakan. Ia mengunakan teknologi x-ray yang dapat memberikan gambaran bentuk rahim dan salur peranakan. Semasa ujian ini, dye berwarna akan disuntik kedalam rahim dan ia akan mengalir kedalam salur peranakan dan seterusnya kedalam ruang pelvis. HSG akan memberikan maklumat kepada pakar radiologi untuk memastikan samada terdapat kerosakkan pada sistem peranakan anda.

Apa yang boleh dikesan oleh HSG?

Secara umumnya, HSG digunakan untuk mengesan ketidaknormalan pada rahim dan salur peranakan. Ia boleh mengesan kerosakan dan penyumbatan pada pada salur peranakan dan juga boleh memberikan maklumat tentang bentuk dan saiz rahim anda. Walaubagaimanapun ia juga boleh mengesan fibroid atau polip dalam rahim dan juga memberi idea tentang kewujudan parut disekitar ruang pelvis

HSG dan kehamilan

Disamping berupaya untuk mencari masalah salur peranakan dan rahim, ia juga didapati meninggikan kadar kehamilan bagi sesetengah wanita. HSG kadang-kadang menolong menghilang debu dan penyumbatan tidak serius pada salur peranakan. Ini membolehkan mereka yang mengalami masalah infertili menjadi hamil selepas HSG.

Prosedur HSG

  1. Anda akan berbaring diatas meja x-ray dengan lutut membengkok keatas.
  2. Spekulum akan diletakan didalam faraj untuk mendedahkan serviks ( pangkal rahim)
  3. Satu tiub plastik akan dimasukkan ke dalam rahim melalui liang serviks.
  4. Dengan perlahan-lahan dye akan disuntik melalui tiub tadi kedalam ruang rahim
  5. Beberapa gambar x-ray akan diambil semasa proses aliran dye tersebut.
  6. Untuk proses terakhir, anda akan di minta untuk mengiring dan gambar x-ray akan diambil sekali lagi.
Selepas x-ray terakhir diambil, anda akan diminta untuk berbaring selama beberapa minit. Mungkin anda akan terasa sedikit kejang pada perut tetapi tidak lama. Selepas beberapa minit, anda akan diminta untuk menukar pakaian dan keputusan selalunya akan tersedia 15-20min selepas itu.

Thursday, May 3, 2012

PETANDA SUBUR DARI USTAZ JAMIL.

Assalamualaikum..
Sebelum aku bercerita lebih panjang izinkan aku untuk memberitahu post kat bawah ni mengenai wanita.Bukan aku nak loqlaq atau sebaliknya.Sama2lah kita tahu mengenai ini dan mendapat satu lagi tips nak tahu waktu subur.
Semalam aku ada storykan pasal aku berjumpa seorang ustaz.Kat bawah ni dialog antara aku dan ustaz sambil diperhatikan oleh en suamiku.

Ustaz : tak rasa bila awak subuq?
Aku : Emm..(malu sebenaqnya)
Ustaz : x payah nak malula..kalau malu macam mana nak berubat.
Aku: emm rasa perut sebu dan keras.
Ustaz : Lagi..
Aku : (dalam otak duk pkiaq apa lagi ek..takkan aku pompuan pun x tau..ustaz ni laki pun tau)..aku diam.
Ustaz  : Nak tau ka?banyak sebenarnya tanda subur ni.Yang paling mudah bila kita kencing akan keluar cecair jernih yg x putus bila ditarik.Cecair tu keluar sekali saja dalam sebulan.

Maksud ustaz tu mukus atau lendiran yang keluar dari faraj kita.Berwarna jernih dan tidak putus apabila ditarik.
Contoh seperti gambar dibawah :


    Cecair mukosa berwarna jernih sepeti putih telur memberi petanda bahawa telur mula dilepaskan dari ovari atau fasa ovulasi berlaku. Waktu ni betul2 subur. :)


Ustaz : Lagi kalau nak tau dalam banyak hari tu satu hari kita teringin sangat nak bersama dengan suami.Nafsu kita akan jadi bertambah time tu.

Aku dan Suami pandang memandang sambil senyum..hehe..

Ustaz  :Kalau nak tau lagi time subur puting akan jadi tegang.

Aku  :Dalam hati.."Ishh malunya aku..ustaz ni lebih tau pada aku.."

Ustaz: Faham x lagi??

Aku : Faham ustaz..

Lepas tu ustaz pun mulala membaca ayat2 al quran.

Itulah tanda2 yang ustaz tu bagi pada aku.Bagi aku ustaz tu bukan nak ambik kesempatan tetapi nak memberitahuku yang dari awal memang x berapa nak tahu pasal waktu subur ni.Ustaz tu kata x semua orang akan dapat waktu subur hari ke 14.So kenalah tahu tanda2 yang diberi.Selain pada tu lupa aku nak tulis badan kita akan berasa sedikit panas atau suhu akan meningkat sedikit dari hari biasa.


Wednesday, May 2, 2012

PERUBATAN SECARA ISLAM.Ikhtiarku untuk mendapatkan zuriat.



Assalamualaikum..
Aku kembali lagi mencoretkan kata2 disini setelah berbulan tidak menulis.Kemalasan melanda diri apabila membuka personal blog ni.Tak tahulah kenapa..Maybe tak dak cerita yang best untuk aku kongsikan bersama kalian.

Suatu petang mak aku kol ..

Mak : Assalamualaikum
Aku : Waalaikumsalam..Napa mak??
Mak : Ni hang nak p berubatkan??Cik Ani depan rumah ni bawak anak dia p berubat kat Ustaz Jamil.Dia duk kat Hutan Kampung.Kat SK Bohor..
Aku : Dia berubat apa mak?Dia boleh ka berubat nak bagi dapat anak??
Mak : Insyaallah..tryla tengok..Ikhtiar ja..Tapi dia berubat hari Selasa dan Jumaat sj.Ikut sedekah kita nak bagi berapa.
Aku:Okla mak..tengok minggu ni ka ayu ajak faizal p.

Dan semalamkan Selasa.Cuti hari pekerja..Aku dan en suami pun pegilah ke rumah Ustaz Jamil tu.Senang je nak cari rumah ustaz tu..Sapa yang duk area Alor Star taula rumah ustaz jamil tu.Ustaz ni berubat seminggu dua kali saja.Hari Selasa dan Jumaat selepas Asar hingga jam 10 malam.
Ustaz Jamil ni adalah anak didik Ustaz Haron Din.Mempunyai pengalamn belajar di banyak negara.kebanyakannya dalam kursus Perubatan dan Perubatan Islam.

Ok..berbalik pada aku dan suami semalam..kami pergi dah pukul 6 lebih macam tu.Sesampai je kat rumah Ustaz tu aku tengok ramai orang...Dan bila masuk ke rumah dia memang ramaila dalam rumah tu..Malu pulak aku dan suami masuk..Rasanya kami paling muda.Rupanya ustaz ni berubat dihadapan orang ramai.Banyak air atas meja dia.Dia panggil sorang2 dan tanya apa masalah.Ada yang berubat sebab penat..sakit jantung,anak lemah, dan banyak lagi.Aku sms kat suami aku yang ada tidak jauh dari aku."Abang nanti ustaz tanya abg cakap nak ikhtiar dapat zuriat"..hhehehe..
Semua penyakit ustaz ni guna air dan doa.Dia akan letak tapak tangan dia kat atas kepala atau tempat yang bermasalah.

So aku dan suami adalah orang second last jumpa..Nasib dah x dak orang..kalau tak malu jugakkan orang lain dengar masalah kita.
En suami bagitau tujuan kami datang..Ustaz tu gelak dia cakap..la senang ja nak bg dapat anak..pulun dapatla..hehe..aku pun kata kat ustaz dah pulun dah tp x dapat2 ustaz..kami gelak ketawa disitu..Ok jugak ustaz jamil ni..pandai dia ambik hati customer..

Dan  dia suruh aku bangun..Dia tengok ketinggian dan tanya berat badan aku berapa.Aku pun bagitau.Lepas tu dia tekan perut aku menggunakan jari.Sebelum dia berdoa dia suruh aku niat dalam hati berubat utk apa.kemudian dia cakap kalau rasa berdenyut kiri dan kanan bagitau.Ustaz pun menekan perut dan membaca doa.Tak silap aku ada sedikit surah Maryam dan ayat kursi.Kemudian bila dah habis ustaz pun tanya aku rasa berdenyut x?Aku cakap ada belah kiri.belah kanan x rasa.Ustaz tu cakap belah kiri yang berdenyut ni ada sedikit masalah.Lepas tu dia tanya aku pasal keputihan dan tentang waktu subur.
Rupanya banyak petanda waktu subur ni.Barulah aku tahu sikit..hehe..

Lepas tu ustaz tu suruh aku mai lagi sekali dan bawak barang2 yang dikatakan.Antaranya Daun Inai,daun sireh,kunyit,kulit delima dan air.Bila tu aku tak pasti.Aku kena kol ustaz tu balik.

Insyaallah..aku dan suami berikhtiar sahaja.Yang memberi ALLAH SWT..Bulan 6 ni masuklah 3 tahun usia perkahwinanku..dah banyak tempat aku dan suami berubat tapi masih belum ada rezeki.Bulan 5 ni aku kena p hospital untuk hantar keputusan ujian darah aku dan ujian sperm suami.Doakan aku dan suami tak ada masalah ye.