Thursday, February 23, 2012

ALKISAH PI HOSPITAL EPISOD 1.




Assalamualaikum..

Semua sedia maklum yang aku sekrang ni teringin sangat nak dapat anak.Ada yang cakap "Allaa baru kawen..org tu..org ni da kawen 10,20 tahun x dak anak.."itu orang ok..ni aku..aku cukup pantang kalau ada yang cakap macam tu..aku taula mmgla baru nak masuk 3 tahun..tapi naluri seorang ibu semakin meluap2 dalam jiwa raga aku..biarlah orang lain sampai berbelas,berpuluh tahunpun..tapi aku yang baru ni teringin sangat nak anak..

So banyak benda yang aku dah buat.Dari berubat kampung hinggalah klinik.Tapi masih belum rezeki aku..huhu..(sedih).

Masuk tahun 2012 aku rasa macam ada hepi news saja.Aku da delay period hampir 1 bulan lebih..wahh..aku pun dengan penuh excited buat upt..tapi..tapi negatif..dalam hati aku maybe x detect lagi kot...Simpton2 preggy aku dapat rasa..walaupun bukan mual dan loya tapi aku cepat lapaq..bayangkan baru sj makan 5 minit lepas tu lapaq balik..lepas tu apa yang orang makan semua aku teringin..rasa meleleh leleh ja air liur aku bila tengok orang makan.Terpaksalah aku suruh en suami aku beli.."Abang..ayu nak makan macam budak tu makan..satgi beli tau.."Perut ni tak payah cakapla kembong macam ikan kembong..bila tekan ja keras..Dan bila aku buat upt lagi masih -ve..Oh Tuhan apakah ujianMu kali ini??Aku redha jika aku tak preggy tapi kau turunkanlah Period aku ni.

Dan akhirnya aku ambik keputusan untuk p jumpa klinik pakar sakit puan.Aku pun story moryla kat doktor tu.Dia suruh aku baring dan scan..Dia cakap rahim aku kosong.Maksudnya aku tak preggy.Huhuhu..Akhirnya doktor bagi ubat angin dan jugak turun darah,..Dan doktor jugak buat surat suruh aku ke hospital.Dia cakap utk cek dan buat IUI.Awal tu aku takut nak makan.Aku nak tunggu dalam seminggu.
Hari Ahad lepas aku p hospital.Sebelum tu macam2 bermain di fikiran aku..Takut depa suruh balikla sebab gemok dan mcm2 lagi..Dan bila aku p bahagian pakar O&G aku terus masuk ke bilik no 45.Dan aku bercakap dengan bidan disitu.Tak silap aku nama dia Hajjah Halijah atau kak jah.
Dia buat appoinment untuk aku p balik pada 23 mei 2012.huuhuhuu lambat lagi..Lagi 3 bulan.Tapi sebelum tu aku kena ambik darah dua kali di lab kat luar.dan jugak buat HsG kat PMC.Dia cakap kalau nak tunggu buat kat hospital memang lambat.Jadi dia suruh aku buat kat luar dan bila tarikh bulan mei tu terus bawak segala result kt dia.Tapi sebelum buat ujian darah aku kena datang period.Adoiii..

Balik hospital tu esoknya aku terus makan ubat turun darah.Tapi sampai hari ini tak dak tanda2 aku nak period.Cuma sekarang ni aku moody je..rasa nak marah orang..
Aku tertanya2 kalau aku makan ubat turun darah kalaulah aku preggy macam mane??semua bermain dalam fikiran aku.Sebelum2 ni walaupun period aku irregular tapi tak pernah x datang..hari ni genap 60 hari aku delay period.Ya Allah jika aku tidak preggy kau turunkanlah darah ini..Kasihanila aku..

Emm sampai bila pun aku tak tau..kalau ubat ni habis rasanya lagi 3 hari nak habis kalau x turun jugak macam mane ek..Asid folic da berapa minggu aku stop..Aku lupa nak makan sebab pikir benda2 ni..Kat opis aku sekarang ada 4 orang yang tunggu bulan untuk melahirkan anak..Bilala time aku??
                          

Wednesday, February 15, 2012

PROSES IUI ??BAGAIMANAKAH PROSESNYA??


Suntikan Benih Suami (Artificial Insemination)

Rawatan secara 'artificial insemination' adalah satu kaedah di mana benih suami yang telah bersihkan/ diproses disuntik ke dalam rahim melalui faraj pada waktu isteri sedang subur.  Proses ini juga digelar dengan nama ‘I.U.I.’(intra uterine insemination).


Siapakah yang perlu menjalani rawatan I.U.I. ?

1.        Benih suami kurang, lemah atau bermasalah.
2 .       Mandul tanpa sebab-sebab yang diketahui (Unexplained Infertility)
3 .       Isteri mengidap penyakit endometriosis tetapi saluran fallopian tuidak tersumbat.
4 .       Suami lemah tenaga batin, tidak boleh menyetubuhi isteri.

Cara menjalani IUI

1.         Mulakan rawatan pada haid hari ke-2 atau ke-3. Perlu makan ubat subur clomid 4 biji sehari , selama 5 hari. Talipon Klinik 03 2094 1115 untuk appointment buat scanning dan munkin IUI hari
2 .     Lepas haid bolih adakan pesetubuhan sehingga hari ke12. Berhenti 2 hari sebelum datang klinik untuk scanning bagi mengesan pematangan telor.



 .
3.         Pada hari subur - hari ke14 - 18.datang keklinik untuk buat transvaginal scanning (TVS) untuk mengesan telor- berapa telor dan sudah matang atau belum, sudah menetas (ovulation) atau belum.
Jika sukar untuk datang untuk buat scan, pilihan lain untuk mengesan ;ovulation' atau penetasan telor ialah dengan mencatitkan suhu badan BBT sebaik sahaja ubat subur dimulakan. Kaedah catit BBT


4.         Pada hari penetasan telur berlaku, suami perlu mengeluarkan air mani yang akan diperoses di makmal kesuburan, lendir dibuang, benih-benih yang paling aktif dan terbaik mutunya dipilih dalam 1cc cecair khas.
Bagi suami yang sering bertugas diluar negara, offshore atau outsation pada ketika isterinya subur, mereka bolih menyimpan benih dalam freezer khas dan bolih digunakan untuk IUI jika perlu.(sperm freezing)



5.         Suntikan benih dilakukan melalui faraj dengan menggunakan satu tiub plastik ke dalam ruang rahim. Selepas suntikan ia berehat selama 30 minit. Hubungan seks masih bolih dilakukan mulai keesokan malam berselang2 malam selama 7-10 hari, kerana seringkali ada banyak telor yang dihasilkan dengan rangsangan clomid dos tinggi.

6.         Pasangan digalakkan melakukan persetubuhan tiga malam berturut-turut selepas suntikan benih.
Rawatan cara I.U.I. boleh diulang banyak kali mungkin antara 3-6 kali. Sebaiknya dilakukan selang 2-3 bulan.

Anggaran kos ialah RM 700 untuk setiap prosedur IUI..

CREDIT : DR HAMID ARSHAT