Korang tahu tak apa makna hijab sebenarnya..Seperti yang semua sedia maklum Hijbab adalah bentuk mashdar, dan maknanya secara bahasa adalah yang besifat menutup, melindungi, dan mencegah.
Dari segi syara’ (istilah) adalah seseorang wanita yang menutup tubuh dan perhiasannya, sehingga orang asing (yang bukan tergolong dari mahramnya) tidak melihat sesuatu pun dari tubuhnya dan perhiasan yang dia kenakan sebagaimana yang diperintahkan supaya ditutup (dihijab). Iaitu ditutup/dihijab dengan pakaiannya atau dengan tinggal di rumahnya.
Wanita mukmin berhijab dengan mengenakan khimar (kain tudung/penutup kepala) yang dilabuhkan sehingga ke dada-dada mereka dan dengan mengenakan jilbab yang menutupi seluruh tubuh mereka.
Tapikan kalau ikut pada gambar di atas hijab adalah salah satu pemakaian tudung yang hanya menutupi leher tapi tidak menutup bahagian dada.
Mai sini aku nak try relate satu2 tudung dalam gambar di atas.
Khimar : Aku rasa khimar ni paling sesuai untuk kita kot sebab menutupi bahagian dada.
Chador : Yang ni rasanya macam tudung labuh size xl macam tu.Yang ni pun sangat sesuai dipakai oleh kita kaum muslimah di Malaysia.
AL amira : Yang ni macam tudung syiria kan..Ramai jugak yang suka memakai tudung macam ni.Aku pun suka tapi aku x pandai nak pakai inner sbb muka macam x sesuai.(walaupun aku jual tudung dan inner syiria ni)
Shayla : Yang ni macam mak datin pakai.pergi ke mana2 majlis.
Niqab dan burka : Yang ni kebanyakannya orang arab suka pakai.Orang kita pun ramai yang menutup aurat seperti ni.Tapi kenapa aku cakap orang arab?Yela kalau aku p klcc confirm ramai aku jumpa pakai macam ni.Semuanya yang hidung mancung bak seludang dan mata besar bercelak.
Hijab : Yang ni ramai yang pakai.Betul x??Termasuklah aku.Emm lepas ni nak kena ubah beli dan pakai Khimar..
Gambar atas ni aku tak tau nak relate macam mane...huhu..bak kata osbon NO IDEA..huhu..











4 cinta ayu tulis:
tq for info..gambar tu tak terkata saya nengok..hehehe
gambar mana fieda??hehe..
alaaahai.. dah elok tutup atas tu tp kat bawah.. OOOOmaaaakkkkk.. huhuhuhu but thx for info yerr laling.
tula cik mama..mcm2 dorang ni..welcome..
Post a Comment