Monday, January 16, 2012

EVENT CANTIK D'HATI.RAMAI ORANG CANTIK DISINI.HUHHH..

Assalamualaikum..
Lebih kurang seminggu aku x update blog.(ada korang kisah ke kalau aku x update blog??hihi)
Actually hari jumaat hari tu aku pergi KL..ade event Cantik D'hati dengan kak anizon n getgorgeous.Kenalah aku pergi sebab aku teruja dengan 2 orang ahli perniagaan yang berjaya ini.
Aku sampai petang jumaat dengan hari yang hujan.Sungguh sejuk.Kesian kazen aku nunggu aku yang lewat sikit sampai sebab jem..

Esok tu hari sabtu aku dengan si kazen ni keluarla rumah dan pergi ke Bangi Golf Resort..Ohh sungguh x sabar nak attend ini event.Rasa dah lama x join event2 macam ni..Sampai2 je aku tengok x ramai lagi.Dalam 4 orang macam tu yang baru datang..So lepas register and dapat goodies dari pihak penganjur masuk dalam tunggu event bermula..

Tunggu punya tunggu nampakla kelibat si Fatheen Nabila..Kenal tak fatheen..?Allaaa pernah jd pengacara Nasi Lemak Kopi o n masuk Gadis Melayu tv9..Suka tengok insan bernama Fatheen ni.Cantik dan sangat tinggi.Tengokla gambar aku..haha..bagaikan langit dengan bumi u..ish..ish..buruk bebenor aku..huahuahua..

Berbalik pada event Cantik D'hati..Event ni dianjurkan oleh Anizon Hussein,Getgorgeous,Pusat Rawatan Terapi Diri dan banyak lagi.Apa yang best cabutan bertuah sangatla menarik.Ramai yang nak dapat handbag dari ALFIO RALDO..aku dapat AL AISYAH punya barang je.Tak pela..Al jugakkan..Banyak benda jugakla yang aku dapat.Selain dari goodies aku juga dapat banyak ilmu.Nak tahu ape??haa korang kenala join program2 macam ni..Selain itu event ini jugak tak silap aku akan disiarkan sorotannya sedikit di dalam rancangan InTrend RTM dan Safiyaa TV9..dan juga dalam Majalah Dara.com.
 Gambar wajib yang perlu ada..Dari kedah lagi sejak aku tahu si Fatheen Nabila ni nak datang aku nak tangkap gambar dengan dia.Selama ni berchatting n post2 dalam fb je..AKhirnya dapat jugak bertemu si cantik jelita ni.
 Wif Rina Salleh , Kak Dyan (dj MUZIK FM),Fatheen dan Azlia Idha (GETGORGEOUS OWNER)
 Kak anizon melancarkan buku tudung miliknya.Kak anizon sangat cantik dengan gaya turban.Nak tahu tak macam mana nak pakai gaya turban ni??ok tunggu next entry tau..:)
Bergambar dengan amalina yang comel. 
 Model2 menggayakan baju rekaan yang sangat cantik dan meletops dari Getgorgeous..
 Merah itu menawan..My kazen kak ngah..
 2 model kembar..x silap aku namanya ida dan iena mansor.Comel dan kecik aje orangnya.
 Inilah peserta event kali ni.bertemakan merah putih.
 Abaikan gambar aku yang gemok itu..
Wif amalina n kak ngah..Aku rasa aku paling selekeh hari tu..

Hope aku dapatla join lagi event macam ni..Ramai kawan2 yang aku jumpa.bestt sangat.Walaupun depa ni cantik tapi depa tetap layan aku yang kurang cantik ini..Tq semua..

oHHhh lupa pulak nak bagitahu..Insyaallah 11 februari 2012 ni aku ada talk bagaimana nak pakai shawls?Event anjuran bersama SHAWLS@AYUCINTA,ONLINE HIJAB BOUTIQUE DAN KZ NABIHAH ni berkonsepkan Padang Pasir.Jomla Join..banyak xtvt yang akan diadakan.Untuk keterangan lanjut bolehla klik MUTIARA PADANG PASIR.

3 comments:

Nurul Amaleena Zainal said...

wahh cepat nye upload heheee ;p
sory ye akk xsempat kite nk berkenalan & berborak lama2... insylh next time ye ^_^
take care

Shawl's@ayucinta said...

hehe..ok nnti kte jumpa lagi ek amaleena comel..:)

Nurul Amaleena Zainal said...

okie ^_^