Friday, January 6, 2012

CERITA DISEBALIK JUMPA DOKTOR PAKAR.

Assalamualaikumm...
Hari ni hari Jumaat yang indah dan bersyukur kepada Ilahi kerana aku dapat sekali lagi merasai kenikmatan hidup.Semalam sebelum tidur aku bagitau kat en suami esok hari ni laa..nak p jumpa doktor.Kebetulan en suami aku cuti so dia cakap ok jugak.Last jumpa doktor sakit puan ni masa tahun lepas bulan 3.Nak masuk setahun dah.
Then pagi ni lepas makan2 aku dan en suami terus ke klinik pakar puteri.Dalam kereta duk tanya en suami.."ishh abangg satgi masuk jumpa doktor nak cakap apa..x tau nak mula macam mana.."Sampai je depan klinik tangan aku da jadi sejuk.Takut pelik pulak.Actually sejak dua menjak ni aku asyik terfikirkan penyakit cyst je.Yelahh..orang cakap sebab penyakit ni la x boleh pregnant.
Masuk je ke klinik dok tanya boleh saya bantu..Tanpa segan silu aku pun cakap nak cek sebab tak pregnant.Hari tu da pernah datang dah..Da buat ujian en suami dan scan perut aku.Dok tengok dah lama dan dia sarankan en suami aku buat sekali lagi ujian.Ok..lepas tu aku bawak keluar kertas kecik dari purse aku n tanya.."dok cuba tengok tarikh period saya ok x..?"sambil tengok aku pun story kat dia..bermula bulan 10 sampaila bulan 12..Tak menentu aku cakap..dan bulan 11 ni period 2 hari je..Nak tau doktor tu cakap ape..Bulan 11 ni dah jadi ni tapi x kuat..n bulan 12 aku period dua kali..dok cakap yang period kedua bulan 12 bukan period..takut darah lain..aku pun seronok dengar doktor cakap yang bulan 11 dah jadi.Cuma disebabkan x kuat jadilah darah period.YA ALLAH..akhirnya jawapan doktor itu membuatkan hati aku sangat gembira.Bermakna aku boleh pregnant.Cuma tak kuat je.
Aku pun imbas kembali apa yang aku buat bulan 11..OOoo maybe bulan 11 tu banyak keja nak kena settle..Ye la hujung tahunkan..Banyak akaun nak kena closed..Aku pun stress sangat masa tu..Bulan 11 dan 12..Lepas tu terkejar2 ambik barang kt supplier utk bisnes aku..
Ok..lepas ni aku dah x nak stress2 dah..nak relax je.x mau buat kerja berat dah..Mana tau ada rezeki lagi lepas ni..
Dok minta aku baring atas katil tu sebab nak scan perut aku..Sambil scan aku tanya ada cyst tak doktor??Dok cakap x dak..semua ok..Dan dia suruh en suami aku buat ujian dulu..Kalau semua ok adalah step berikutnya.Aku pun tak tau.Dan dia pesan kat aku bulan ni hari period pertama mai ambik ubat subur sebab ubat tu kena makan hari period kedua..Emm ok x ubat kesuburan tu?Orang cakap kalau makan ubat tu badan akan naik..dahla naik dah ni..huhuhu..

Itu saja cerita aku untuk hari ini..Step berikutnya kena tunggu en suami buat ujian dan kalau boleh nak suruh doktor ni buat surat untuk ke klinik kerajaan.hehee...

Mood :senyum sendiri..:)

13 comments:

manis said...

alhamdulillah..mudah2an tahun ni ada rezki ye kak ayu..sy pun harap mcm tu la..dah setahun lebih menanti..

::CIK LYNN:: said...

insyaAllah...akn ada rzki k.ayu n suami nti...=)

ayucinta said...

insyaallah..tq semua..:)

Cik Eka said...

semoga kak ayu akn dpt baby nnti..

akak janganlah angkat berat2..eka yg belum kawen ni pun mak tak bagi angkat benda berat2... jaga diri kak....

ayucinta said...

tanx eka..semalam mencangkul rumput..huhu..

mira maisara said...

jaga diri ye kak..jgn keje kuat sgt..hihi

ayucinta said...

OK MIRA..:)

ishy77 said...

semoga dipermudahkan :)

Shawl's@ayucinta said...

INSYAALLAH ISHY77..:)

missxiera said...

berkat kesabaran k.ayu dan suami,iALLAH ALLAH akan memberi kegembiraan itu..juz pray :)

Shawl's@ayucinta said...

missxiera : insyaallah..moga suatu hari sinar kegembiraan ini muncul..

cujen said...

hye, i'm new reader ^_^

anyway, i pun dah setahun lebih kawen tp lom ade rezeki...

baru-baru ni i pergi buat rawatan kat klinik LPPKN. I rasa kalau u nak buat rawatan kesuburan tu better pergi situ. Setakat i pergi memang ok la. Bayaran pun x mahal sangat, doc & nurse2 kat situ sume ok. dan diorg akan buat step by step. kalau nak tau lagi leh emel i cujern@gmail.com

sya said...

salam.. nk tny ayu bape ye kos rawatan di lppkn tu?