CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Followers

Wednesday, January 25, 2012

AKU SEORANG KERANI.


Assalamualaikum..
Berdiam diri bukan beerti aku lupa ini blog..
Actually aku hanya seorang kerani..sebut betul2 kerani bukan kera..Aku rasa tugas seorang kerani adalah tugas yang perlu di respect selain doktor,lawyer dan lain2 kerja yang besar.
Aku tahu kerani ni hanyalah jawatan ape orang cakap rendah..Orang yang keja ni kebanyakannya ada SPM saja.So orang akan pandang rendah insan seperti kami..Ehh tapi kalau nak tahu ramai yang kerja kerani aka pembantu tadbir ni adalah mereka yang ada diploma dan degree..Aku tak tipu sebab aku sendiri ada diploma..(eleh diploma je pun)..dan ade kakak sorang kat opis ni ada degree..Actually tuan-tuan dan puan-puan kami sebenarnya tidak memilih kerja..Rasanya kalau pilih kerja sampai sekarang rasanya aku tak kerja.

So kepada anda semua janganlah memandang rendah pada kami2 yang bekerja sebagai kerani ini.Sebenarnya kalau tak de kerani kerja pun tak jalan.Bukan aku cakap bos or pegawai tak buat kerja tapi kerja2 seperti surat,minit sapelah yang nak buat selain kerani2 ini..

Actually macam aku kerani di pejabat pelajaran daerah ada hari2 yang aku kena jaga kaunter..So seharian aku akan ditugaskan untuk menjaga kaunter untuk menyambut tetamu iaitu ibu bapa yang datang ke ppd.Ada yang datang nak buat pertukaran,nak itu nak ini dan paling aku tak sampai hati berdepan dengan ibu bapa yang anaknya dibuang sekolah.Aku bekerja di daerah pendalaman jugak..Jadi ibu bapa yang datang kadang2 boleh membuatkan aku menitiskan air mata.Dengan panas dan hujannya datang bawak anak nak bagi anak sekolah..Yang anak muka seposen datang jumpa pegawai..Kesian tengok mak bapak depa ni..Aduss alhamdulillah nasibla dulu aku tak menyusahkan mak abah aku..

ni kes yang buang sekolah..Kes kami kerani2 ni kena marah dengan waris,dengan cikgu tak ambik kira lagi..Ni baru awal tahun so rasa ringanla sikit kerja ni..Tunggu 2,3 bulan lagi si auditla ISOla datang siapla kami..Time tu kena kerahla tulang empat kerat ni sepenuh hati..Kalau tak kena dengan audit lagi dasyat..Tapi setakat ni tugas aku tak kenala lagi teguran audit..Takut jugak..Hope tak kenalah teguran audit ni..Lepas audit je rasa tenang jiwa sikit..tunggu bulan 10 ke atas pulak..Time ni haa kena bekerja keras untuk siapkan semua LO yang diberi..sebelum akaun tutup bulan 12..Last year aku buat sampai demam2..Fuhh memang gilala..mengadap pc dari pukul 8 pg sampai 5 ptg..(dalam tempoh tu fb pun sama banyak)hihi..en pegawai pulak duk tanya da siap ke belum..nampak ja muka dia jadi kecut pulak sebab x siap lagi..Lepas tu bila da siap ada pulak yang kena batal,terbuat dua LO la..huhhh...membuatkan leher aku da macam leher ayam..telenggg..balik ja rumah sapu minyak..

Actually banyak lagi tugas2 kerani expecially di ppd ni..Kalau aku story ni tak habis 3 hari 3 malam..Emm untuk tugas di PPD ni kami dah bahagi..Ada yang buat pertukaran guru,rekod perkhidmatan,kewangan dan banyak lagi..Aku ditugaskan untuk membuat aset dan pembangunan..Nasibla dah ada technician awam..Kalau tak p tengok kip dan sekolah aku yang kena p..huhuhu...

Kepada korang2 yang rasa tugas kerani ni mudah korang bayangkanlah sekali lagi..Rasanya tugas kerani ni lah paling mencabar dan rendah gajinya..Tapi aku bersyukur hanya dengan sekali intebiu aku dah dapat..Sebelum ni pun alhamdulillah rezeki memihak pada aku..Aku intebiu technician aku dapat kat JKR..tapi aku resign sebab jauh..Bila difikir2 balik rugi rasanyan aku resign jkr tu..Gaji berkali ganda dengan kerani ni..Tapi hati aku menyatakan Rezeki aku Allah SWT dah ditentukan disini.So aku terima dan sangat bersyukur..

Kepada korang yang nak jadi kerani di kementerian pelajaran bolehla membuat permohonan di SURUHANJAYA PERKHIDMATAN PELAJARAN (SPP)..Permohonan dibuka sepanjang tahun.Lebih kurang macam SPA juga.Tapi SPP ni hanya bertugas di bawah Kem Pelajaran.

Tak kisahlah ada diploma,degree or apapun yang penting kita jangan memilih kerja.Kadang2 orang yang memilih tu lah tuhan nak uji dan tengok sejauh mana kita memilih..Ada kerja ada gaji..Tak dak keja tak dak gaji...kannnnn....

1 cinta ayu tulis:

nasha sanza said...

tak pe janji rezeki hala...takn kisah apa jawatan sekali pun....=)