Friday, November 9, 2012

Friday, November 2, 2012

AKHIRNYA AKU BUAT HSG.

Assalamulaikum..
Semalam balik dari buat HSG terus aku nak update pasal ni tapi disebabkan aku tak tahan sakit terpaksla aku tunda ke malam ni..Ini pun sebab rajin je..huehuehue..

Apa itu HSG..?
Ramai yang inbox aku tanya HSG tu apa??Aku pun x pandai sangat..Sat aku nak google..
HSG adalah ujian yang digunakan untuk mengesan kesihatan rahim dan salur peranakan. Ia mengunakan teknologi x-ray yang dapat memberikan gambaran bentuk rahim dan salur peranakan. Semasa ujian ini, dye berwarna akan disuntik kedalam rahim dan ia akan mengalir kedalam salur peranakan dan seterusnya kedalam ruang pelvis. HSG akan memberikan maklumat kepada pakar radiologi untuk memastikan samada terdapat kerosakkan pada sistem peranakan anda.

Ok tak jawapan kat atas??
Jom aku nak story pengalaman aku kat sini.Sebenarnya dah lama doktor suruh aku buat HSG ni..sejak aku mula nak buat appoinment dengan hospital.Tapi disebabkan aku contact si nurse yang bagi phone number tu x dapat aku pun x buat.Aku just p hospital saja.Dan doktor Murizah (pakar gynea) dia cakap x payah buat lagi.Kita try makan clomid dulu.Tapi setelah dos aku dinaikkan dan telur masih kecik aku disarankan untuk buat IUI.

Pagi semalam aku p cek dan buat TVS telur aku masih kecik.So doktor cakap lepas ni kena buat IUI sebab aku makan clomid pun tak jalan.Dan doktor cakap kena p buat HSG dulu.
Sebenarnya HSG ni kena buat selepas hari ke 9 or 10 period.Tapi disebabkan aku nak cepat aku nak buat jugak semalam.Semalam x silap aku dah hari ke 19 period mcm tu.Aku yakinkan pada doktor x ray yang aku x pregnant.Sebenarnya depa suruh buat hari ke 9 or 10 tu sebab kalau atas pada tu depat takut ada janin.X ray kan x boleh untuk orang hamil.Bahaya.Tapi aku yakinkan jugak.Aku tak hamil sebab pagi tadi dah buat TVS x dak apa.

Akhirnya depa akur dengan kehendak aku.Hehehe..petang pukul 3 aku pun ke PMC.aku buat kat PMC sebab kalau buat kat hospital mungkin sebulan dua lagi baru aku boleh buat.So aku ambik keputusan biaqla bayaq sikit.

Bila sampai saja aku dan en suami naik tingkat 1.Dan tiba2 saja muka aku jadi pucat lesi.Aku takut..huhuhu..Sejuk habis kakitangan.Apabila nama aku dipanggil lagila ketaq.Aku masuk dan salin baju dan pembantu x ray tu cakap doktor yang nak buat tu lelaki.Ya Allah..lagila ketaq kecut perot segala.Malu cek..

Aduss sakit jugak buat HSG ni..rasa senak macam nak tercirit..Teringat pulak masa tu aku minum d'herbs.Macam tu la rasa sakit memulas.Adoii cepatla doktor..aku da tak tahan malu dan sakit ni..Dan bila doktor cakap siap..cepat2 aku salin baju dan keluaq.Aku cakap kat en suami lepas ni x mau mai dah PMC sebab malu..hehehe..

Dan aku pun dapat keputusan.Alhamdulillah..Kiri dan kanan aku normal.Tak de blok apa2..Tiub aku ok..Syukur sangat2..

Aku ingat masa p hospital pagi semalam..
Doktor : Ajratul u have very good result..X dak masalah.Suami pun x dak masalah.Cuma tak tahu kaedah mana yang boleh awak pregnant.Insyaallah next step IUI awak pregnant.Sama2 kita berdoa.

Baik betul doktor Murizah ni..Emm..Syukurla doktor cakap macam tu.Lega hati bila dengaq yang positif.
Selepas ni aku kena kol O&G hari period pertama dan bawak p result.Semoga selepas ni IUI aku berjaya.Aminn..

Bagi mereka yang mengalami masalah infertiliti, mereka terpaksa melalui pelbagai ujian untuk mengetahui punca atau sebab mengapa mereka gagal hamil. HSG adalah ujian yang kerap dilakukan dan ia boleh menolong menjelaskan masalah rahim dengan lebih jelas dan juga boleh menolong membuat keputusan tentang rawatan yang terbaik.

Apa itu HSG?

HSG adalah ujian yang digunakan untuk mengesan kesihatan rahim dan salur peranakan. Ia mengunakan teknologi x-ray yang dapat memberikan gambaran bentuk rahim dan salur peranakan. Semasa ujian ini, dye berwarna akan disuntik kedalam rahim dan ia akan mengalir kedalam salur peranakan dan seterusnya kedalam ruang pelvis. HSG akan memberikan maklumat kepada pakar radiologi untuk memastikan samada terdapat kerosakkan pada sistem peranakan anda.

Apa yang boleh dikesan oleh HSG?

Secara umumnya, HSG digunakan untuk mengesan ketidaknormalan pada rahim dan salur peranakan. Ia boleh mengesan kerosakan dan penyumbatan pada pada salur peranakan dan juga boleh memberikan maklumat tentang bentuk dan saiz rahim anda. Walaubagaimanapun ia juga boleh mengesan fibroid atau polip dalam rahim dan juga memberi idea tentang kewujudan parut disekitar ruang pelvis

HSG dan kehamilan

Disamping berupaya untuk mencari masalah salur peranakan dan rahim, ia juga didapati meninggikan kadar kehamilan bagi sesetengah wanita. HSG kadang-kadang menolong menghilang debu dan penyumbatan tidak serius pada salur peranakan. Ini membolehkan mereka yang mengalami masalah infertili menjadi hamil selepas HSG.

Prosedur HSG

  1. Anda akan berbaring diatas meja x-ray dengan lutut membengkok keatas.
  2. Spekulum akan diletakan didalam faraj untuk mendedahkan serviks ( pangkal rahim)
  3. Satu tiub plastik akan dimasukkan ke dalam rahim melalui liang serviks.
  4. Dengan perlahan-lahan dye akan disuntik melalui tiub tadi kedalam ruang rahim
  5. Beberapa gambar x-ray akan diambil semasa proses aliran dye tersebut.
  6. Untuk proses terakhir, anda akan di minta untuk mengiring dan gambar x-ray akan diambil sekali lagi.
Selepas x-ray terakhir diambil, anda akan diminta untuk berbaring selama beberapa minit. Mungkin anda akan terasa sedikit kejang pada perut tetapi tidak lama. Selepas beberapa minit, anda akan diminta untuk menukar pakaian dan keputusan selalunya akan tersedia 15-20min selepas itu.


Kepada kawan2 dan pembaca2 perempuan saya, just to let you know that inilah roper paras harta terpenting kat dlm badan kita ye :)

Kaedah yang digunakan.
Nampak kecik tapi bila radiologist masukkan pressure...perghhh mmg sakit dia tu...Tuhan je yang tahu

Lebih kurang macam ni la..Kena baring..Ish minah ni boleh pulak senyum.Aku time ni da pucat lesi ma..

Wednesday, October 24, 2012

ADAKAH ANAK ITU AKAN MENJADI MILIKKU DAN SUAMI?

Assalamualaikum..


Perjalanan hidup kita ditentukan oleh Allah SWT..Kita tak tahu apa yang bakal terjadi kehidupan kita dimasa hadapan..Kita hanya mampu merancang dan berangan2 dan berdoa..tp Dialah penentu segalanya.

Siapa sangka perkahwinanku dengan suami yang dah masuk 3 tahun ni x dak zuriat lagi??Orang lain yang kawen sebulan,dua bulan,setahun dah pregnant..Tapi aku masih tak dapat lagi nak merasai pengalaman pregnant.Dah bermacam cara aku dan suami buat tp rezeki masih belum memihak kepada kami.Dan sekarang aku masih teruskan dengan rawatan hospital.Doaku moga IUI pertama nanti yang aku akan buat dapatlah aku preggy..

Bulan april 2012 hari tu ada orang nak bagi anak.abang ipar yang duk kat perlis bagitahu..aku seronok sangat..Tup2 abang ipar bagitahu anak tu dah ada orang nak ambik.Sedihla jugak masa tu sebab dah macam2 yang aku angan..Tapi x pela x dak rezeki aku dengan anak tu..

Dan dua minggu lepas masa aku mandi terdetik di fikiran sanubari aku ni "Ishh kalaula aku jaga baby tu yang lahir bulan 4 tu bulan ni dah 6 bulan aku jaga..emm x dak ka orang nak bagi anak kat aku.."Itulah yang bermain dibenak fikiranku..

Dan bila aku keluar dari toilet en suami masuk nak solat dia terus bagitahu aku.."Tadi pak caq kol (pak caq tu abang suami aku) dia kata ada orang nak bagi anak..

Haa..tergamam aku seketika..baru td dalam toilet aku duk cakap dengan hati x dak ka org nak bagi anak..sekalau en suami bgtau yang ada orang nak bagi anak..
Ya allah..terus aku cakap NAK..aku suruh suami sms pak caq dan bagitahu aku nak.Esok tu bila balik opis en suami cakap dah ada orang nak ambik baby tu..Apa??Ya Allah terus aku terdiam..Dan masa solat maghrib aku berdoa kepada Tuhan kasihanilah aku..berilah anak itu kepadaku..aku menangis teresak esak dengan tidak semena-mena..(apa ayat ni)..tup2 sepupu en suami kol bagitahu pompuan tu tak jadi bagi anak dia kat org tu sebab orang tu dah jaga 4 orang anak angkat..Ya Allah terima kasih kerana mendengar doaku.Dan aku bercakap dengan pompuan tu..

Esok tu masa kat opis aku sms en suami.."Abang..minggu ni kita p KL..Kita p jumpa dengan pompuan tu"..en suami pun kata ok..bestnya..

Aku pun bertolak ke kl hari khamis dengan en suami menaiki bas..Kesian pulak nak suruh en suami drive..Dan bila sampai sana esok tu aku pun p la jumpa pompuan tu dengan en suami dan abg ipar.Sebenarnya pompuan ni dah ada 4 orang anak..dan anak yang dikandungnya adalah anak ke lima..masa aku p ada seorang saja anak dia yang no 3..umur 4 tahun..terus bergenang air mata aku mengenang nasib ibu dan anak ni..Nama pompuan ni Shafni..Shafni ni ditinggalkan suami dan masa mengandung ni dia terpaksa menyewa di bilik kat flat apa entah..duk tingkat 4..Dan seminggu sebelum tu dia di halau oleh orang dalam rumah tu..orang indon pulak tu..sebab2nya kan shafni ni bawak anak..biasalah budak umoq 4 tahun kan lasak..nasibla sepupu suami yang jumpa..tengah menangis di tangga sambil memeluk anak dia..

Aku pun tanyalah confirm ke nak bagi anak tu?Dia cakap confirm..3 hari berturut2 dia fikir..Dia cakap kalau dia jaga tak tau mcm mana nasib anak tu lepas ni..Buat masa sekarang dia tengah tumpang dalam bilik sepupu.Nak tunggu bersalin je..Lepas tu maybe dia akan keluar dari bilik tu dan cari tempat berteduh yang lain..Aku sangat2 simpati dengan nasib Shafni..Apa yang diceritakan kepadaku harap adalah cerita benar dan bukan rekaan.Yelah manusia kan..siapa tahu..Biarlah kalau dia bohong aku dan suami antara dia dengan Allah saja.

Mengikut apa yang dia cakap dia due date 23hb Oktober baru2 ni..Tapi sepupu dah bawak dia ke hospital doktor suruh balik dulu..Maybe 29hb ni pulak lepas raya..
Emm bagiku penantian satu penyeksaan..Dan aku ada baca kisah mereka2 yang ambik anak angkat ni ada yang positif dan negatif..Takut dan ngeri aku bila baca yang negatif..huhuhu..Semoga Kau milikku anakku..

Terima kasih aku nak ucapkan kepada semua yang bantu aku di fb..message aku mengenai cara2 ambik anak angkat yang betul..Dari lahir hinggalah ke jpn dan akuan sumpah..Terima kasih ye kawan2..Tanpa kalian yang bagitau semua ni maybe aku masih blur lagi prosedur nak ambik anak angkat ni..

Cuma aku nak mintak doa dari kawan2 yang baca entry ni supaya Anak itu akan menjadi milikku dan suami.

psstt: 29 hb ni aku kena p hospital balik utk buat TVS dan tarikh tu jugak Shafni bakal lahirkan baby..:)


Wednesday, October 3, 2012

Bagaimana prosedur untuk buat rawatan di hospital?

Assalamualaikum..
Ramai yang bertanyakan aku macam mana aku mulakan rawatan di hospital.Ya..dulupun sebelum aku buat rawatan aku tak tau sangat pasal benda ni..Aku dengan ramai yang cakap susah untuk dapatkan rawatan di hospital.macam2 prosedur depa nak.Bila dengar cakap2 tu aku rasa malas sangat..Tapi aku fikir sampai bila.Kakak kat opis ni cakap kalau nak buat rawatan hospital seeloknya bila usia perkahwinan dua tahun ke atas..kalau bawah pada tu rasanya tak dilayan.

Dan bila usia perkahwinan aku mencapai usia 3 tahun aku tidak teragak2 untuk cek di hospital.Tapi sebelum tu aku p cek dulu kat klinik pakar swasta.Macam aku di alor star ni aku p ke klinik pakar puteri kat simpang kuala.So masa mula aku p aku duk karang ayat apa aku nak cakap kat doktor ni..Then bila sampai klinik aku pun cakap kat doktor period aku tak stabil.Dan aku inginkan anak.Lebih kurang 3-4 kali jugak aku ulang alik klinik pakar ni.Sebabnya setiap bulan aku kna makan clomid.So bila hari period saja doktor suruh p klinik ambik ubat.Tapi dah banyak aku makan masih x de apa2.Aku pun suruh doktor buat surat refer ke hospital kerajaan.Maybe disebabkan aku kerja gomen so aku rasa senang kalau ke hospital.Ada GL dan tunjuk je.

Aku diarahkan oleh doktor klinik pakar ke bahagian O&G di hospital.First aku p rasanya dalam bulan 4 ke 5 macam tu tahun ni..Tapi tak ingatla..Dan permulaan appoinment aku disuruh oleh nurse disitu untuk ke BP Lab di jalan teluk wanjah untuk cek darah.Dua kali kena cek.Aku dah lupa hari keberapa.Tapi kalau hampa p nanti nurse akan tulis kat satu note kena p hari ke berapa.Lepas tu sperm suami kena bawak ke BP Lab jugak untuk dikaji.Aku jugak disuruh untuk buat HSG di PMC.Tapi sampai sekarang aku x buat lagi.First aku p PMC nak buat doktor cakap hari period ke 15 dah x boleh buat.Takut nanti ada janin.Seeloknya HSG dibuat pada hari ke-10 selepas period.HSG ni lebih kurang X-ray bahagian dalaman kita.Dan bulan berikutnya aku nak buat miss P aku tak datang sampai 2 bulan..adoii..Dan bilan miss P datang bulan posa pulak..haiiissshh..dugaan betoi..Lastly aku ambik keputusan lepas raya untuk buat HSG..Satgi aku sambung pasal HSG aku kat bawah.

Dan bila semua da siap dan selepas seminggu result pun dapat aku pun pergi balik ke hospital.Bila kat sana baru aku tahu bukan aku sorang je yang alami nasib ni..Masih ramai lagi yang senasib denganku..Ada satu kapel tu masalah dari suami dia dan doktor sarankan untuk buat IVF terus.Sebabnya kalau buat IUI pun x dak apa2 harapan sebab suami yang bermasalah..Ya ALllah takutnya aku dengar masa tu..Untuk pengetahuan masa aku masuk bilik doktor tu aku dan suami dan sepasang lg suami isteri.So bila doktor cakap kat pasangan tu aku dapatlah dengar.dan bila tiba turn aku doktor cek semua result dan Alhamdulillah..aku dan suami tiada masalah.macam2 ditanya masa tu.Dan disebabkan kedua2 x dak masalah so proses seterusnya akulah yang kena buat semua ni..hehe..redha je lah walaupun takot..First time buat TVS aduhh..sakit gila..Nasibla baik je doktor tu..

Berbalik pada HSG sampai sekarang aku masih x buat..Dan akhir jumpa doktor baru ni dia cakap aku tak payah buat lagi..hahaha..selamat..So x payahla buat lagi..

Begitulah prosedur dan permulaan aku ke hospital..Buat masa ni aku masih lagi on clomid dan if miss P datang next month depa nak tengok tarikh utk buat IUI..Tapi doktor tu bagi pengharapan yang next month aku tak payah datang jumpa depa lg sbb aku pregnant..Ya ALlah kalaula masin mulut doktor tu.Dia cakap macam tu sebab dia tengok telur aku hasil TVS besar dan elok...:)

Friday, September 28, 2012

RAWATAN SUSULAN DI HOSPITAL.

Assalamualaikum..
Haii..haii..haii..
Semalam Khamis aku dan en suami ke Hospital Sultanah Bahiyah untuk berjumpa dengan doktor.Seperti biasa appoinment aku dengan doktor berjalan dengan baik.Cuma semalam aku rasa no yang panggil2 orang tu macam rosak..Dekat dua jam aku duk tunggu x panggil2 juga nombor aku...

Opss..sebelum tu aku nak story dululah rawatan pertama lepas raya last week.Aku ada post kat fb yang aku sedih sangat lepas jumpa doktor last week.Hanya bermandikan air mata bila aku buat TVS ada something yang doktor cakap yang membuatkan aku sedih.Apa ya??Biarlah rahsia..Nyanyi lagu Siti Ok..

TVS last week adalah yang paling sakit pernah aku buat.Siap dia suruh nurse tu tekan perut aku..Aduhh x tertahan aku..Tapi lagi sakit bila doktor cakap something tu..Masa doktor cakap tu aku dah sebak dan air mata bertakung..Tapi aku tahan jugak..Sampailah dalam kereta baru aku meraung..

Dan selapas 9 hari aku pun pergi balik ke hospital semalam..Dan Alhamdulillah doktor memberikan berita gembira pada aku..Something yang dia cakap last week dah ok dan doktor siap bagi pengharapan kat aku.."Insyaallah kalau semua ok bulan depan x payah mai dah sini.."Maksudnya kalau aku pregnant x payah da jumpa..Aku hepi sangat bila dengar doktor tu cakap..Insyaallah doktor.Tapi kalau x jadi jugak kita akan proceed buat IUI..haa ni lagi satu yang aku duk tunggu2 ni..Dan doktor jugak dah naikkan 3 bijji clomid untuk aku..Sebelum ni 2 biji je..If miss p datang hari kedua aku kena makanla ubat tu..Maybe hari kesepuluh kena buat TVS balik..Emm..hilang dah malu...:D

Kepada rakan2 yg dikasihi..Doalah aku ye supaya aku mendapat rezeki anak..I love u..:)

Saturday, September 1, 2012

GERAM BLOGGER NI MENGHINA CIKGU2..

Assalamualaikum..
Alhamdulillah..Akhirnya aku dapat jugak meringankan jari jemariku untuk menaip blog ini..Ini pun gara2 seorang blogger yang telah menghina cikgu melalui postingnya bertarikh 28 november 2011..Ohh dah lama rupanya posting ni..Tapi baru malam ni aku rasa hot spicy sebab ada yang post kat fb..

Sebenarnya aku bukanlah cikgu..Tapii aku rasa geram bila ada yang menghina tugas cikgu ni.Aku bekerja di PPD dan aku memahami situasi seorang guru.Memang dari mata kasa jadi cikgu ni mudah..Ramai yang kata masuk pukul 7 pukul 2 dah boleh balik..Gaji pulak banyak..Tapi yang tak duduk dalam situasi seorang cikgu korang memang tak faham..Aku bekerja di PPD aku tau macam mana jadi cikgu..Pegawai2 aku semuanya cikgu dan yang mai berurusan dengan aku pun ramai yang cikgu.Tak payahla aku nak ceritakan satu persatu.

Kat bawah ni aku copy posting dari blog dia yang aku rasa ramai cikgu2 yang marah dengan dia melalui ruangan chat di blog.




Untung laa sape jadi cikgu

assalamualaikum
entry kali ini mungkin akan menyebabkan aku akan dicemuh masyarakat. tapi ini adalah pendapat peribadi aku dan aku rasa bukan setakat aku je rasa menda ni. 
kerja as a cikgu. of course la dihormati.tapi bagi aku.. kalau cikgu tu betul-betul berkualiti barulah wajar dihormati.
"eh yana, kurang ajar la ang...dulu kalau ang tak sekolah, belum tentu ang boleh jadi engineer sekarang ang tau dak?"
-yup, memang kalau aku tak pergi sekolah dulu, takde cikgu yang mengajar semua..belum tentu aku jadi engineer sekarang tapi disini, apa yang aku nak tekankan adalah...
betapa beruntungnya menjadi seorang cikgu

1. gaji basic je dah almost 2K, tu pun paling sikit la kot, tak termasuk elaun-elaun tambahan lagi. seriously untung. kerja masuk pukul 7.30 pagi balik pukul 4.30 petang (tu pun paling lambat la tu) selalu pukul 2 je cikgu-cikgu dah balik. takde kerja dah nak buat.kalau nak di bandingkan dengan operator kilang yang kerja 8jam or 12 jam, 7pagi masuk, pukul 7 malam baru nak balik..gaji? basic 7ratus...plus overtime dapat la hampir 1.6K. untunglaa sapa jadi cikgu..oh, aku banding dengan operator ok..bukan dengan engineer mahupun manager...yang tu pergi gelap, balik pun bergelap jugak!

2. cuti berlambak+kerja half day. tu pun cikgu-cikgu ada annual leave lagi. kursus pulak dijalankan pada hari persekolahan. isk, untung ye jadi cikgu? dah la kerja setengah hari je. cuti banyak, gaji masyuk. cuti ujung tahun..gaji jalan..wahh..tu pun ade jugak la cikgu-cikgu yang memberontak bila timbalan menteri pelajaran, Datuk Wee Ka Siong bagi cadangan guru kerja 9jam..adoyai...cikgu-cikgu ni sebenarnya ikhlas ke tidak bekerja ni..."aip, ceyana, keihlasan seorang guru tak boleh dipertikaikan, kang cikgu tak halalkan ilmu yang dia bagi baru tahu!"
-aku nak bidas, kalau tak nak halalkan..nampak sangat dah mengajar tu tak ikhlas.

3. cikgu cikgi ni siap mengupdate blog, jual barang online, bukak bisnes sana sini, bukak butik and macam-macam lagi..and yang paling tak boleh blaaahhhhhhhhhhhhh...cikgu-cikgu bukak pusat tuisyen sendiri. ok, yang ini paling tak best bagi aku. ye la..kalau kat sekolah, kenapa tak nak bagi all out?kenapa hanya 5-10 orang student je yang dapat skor subjek yang kau bukak kelas tuisyen tu and kenapa untuk budak-budak tuition ekau, dorang boleh score (most budak tuition datang dari sekolah-sekolah yang berbeza kan?). dan selalunya secara keseluruhan, budak-budak tuition ni susah nak fail exam dowang, tapi student dalam sekolah..ada je yang fail..tambah-tambah subjek add maths?! adakah itu taktik pemasaran?sangat teruk kan cikgu-cikgu ni?
dulu masa aku student, mana nak realize sangat dengan semua ni.. minda seorang student hanya nampak cikgu je sebagai idol. "wah...terer gila cikgu ni selesaikan masalah add maths ni", wah...cikgu ni pandai la manipulate ayat", "cikgu ni pandai la selesaikan masalah fizik ni' blablabla...but, now bila aku dah kenal erti duit, dah kenal erti masa..baru aku sedar.."wah, untungnya jadi cikgu, kerja senang, gaji banyak, orang kagum, disegani".."soklan add maths ni lagi senang kalau kita guna kaedah ni, fizik ni lagi mudah kalau guna cara ni..sains ni fakta, maths ni banyak buat latihan, kau dah boleh paham. sejarah ni kau kena rajin membaca, bahasa melayu ni kau kena baca selalu..semua ni ada kat sekeliling kita. "

mungkin ramai cikgu-cikgu yang kata mana ada kerja kami senang?
"Malahan guru sudah menjadi ‘multi purpose’ kerana semua perkara guru terpaksa lakukan.

“Guru juga pemandu Ambulan jika pelajar sakit, menjadi polis trafik ketika pelajar keluar sekolah, pengawal disiplin, pegawai kewangan kalau ia guru kelas, menjadi kerani untuk masuk markah,"
 kata ahli jawatankuasa PAS, Idris Ahmad dalam satu kenyataan media.   sumber

multi purpose? iye ke? kalau bab hantar murid ke hospital tu, aku rasa semua cikgu berlumba-lumba nak tolong menghantar..ye la, nanti dapat skip kelas, tak payah nak mengajar..manjadi polis trafik? setakat setengah jam selepas waktu persekolahan, takkan tu pun nak berkira and tak salah aku, banyak sekolah sekarang dah ada pak guard dan pak guard ni yang bekerja sebagai polis trafik.
pegawai kewangan?ehem-ehem..kalau duit kelas, ketua bendahari yang jaga..tu pun student sendiri, kalau nak kata duit yuran...yuran persekolahan dan yuran peperiksaan dah pun dimansuhkan..menjadi kerani untuk masukkan markah???aku sendiri as a student pernah buat kerja ni..cikgu suruh..so what?maknanya cikgu aku dulu?curi tulang?ermmm..ye la,,beliau curi tulang dan student still anggap cikgu mereka cikgu terbaik..padahal.......!@#$%^

banyak benda yang aku rasa cikgu ni snagat beruntung. so para cikgu sekalian, tolonglah bagi yang terbaik kepada anak bangsa ye..

aku sangat salute kalau cikgu tu menjadi seorang cikgu disebabkan oleh minat dia yang mendalam.dimana dia sedar akan tanggungjawab dia, mengajar sampai budak yang tak minat belajar jadi rajin dan pandai. budak yang bodoh jadi cerdik, budak yang asalnya keluarga miskin tapi berjaya tanggung keluarga, budak yang terbela nasibnya kerana cikgu fightkan biasiswa untuk pelajar tu, budak yang bermasalah menjadi seorang yang berdisiplin, budak yang lemah dibimbing menjadi perkasa, budak yang lembab dapat menguasai ilmu teknikal, budak yang hilang akhlak jadi manusia bertakwa. yes. yang ni betul seorang guru.

kepada guru-guru sekalian, please la..stop baca blog, stop main facebook, stop buat tuition kalau niat nak cari wang tambahan dan bukannya nak memajukan anak bangsa, stop la jual shawl, jual supplement bagai...jadilah cikgu yang terbaik...

isk, kalau nak complain pasal kerja cikgu pulak..aku rasa lagi panjang la entry ni..

Antara komen yang diberikan kepada penulis blog ni..
"untung2: nanti dia akan menyesal dan terkena batang hidung sendiri bila husband dia cikgu atau anak dia ciikgu... baru tau.. 

"akanjadicikgu: tiada cikgu, engineer pom xde kot. jgn la judge keje org, masing3 ada susah sng keje sendiri. awk ni mcm xbsyukur, da ada keje, gaji halal, xyh la nk banding3 kje org lain. klu sume sng, xde la yg ssh

"kauengineerbodoh!:: aku pon engineer.tapi x se'typical' kau yg sngt proud jdk enginner smpai rase nak kutuk pekerjaan lain!open your mind la perempuan!


bakal cikgu: entri ko jelas membuktikan mak ayah ko adalah cikgu yang gagal mendidik ko
1 Sep 12, 11:07 PM
Bukan Cikgu: CIKGU Wannabe ni sebenarnya ko ke Cik Engineer? bukan semua yg bagi komen dekat sini cikgu.. aku bukan cikgu tapi aku pun tak setuju dengan komen ko yg tak sedar diri ni...
"
mindurwords: bagaimana kalau suatu hari nanti Allah tarik semula nikmat anda kerana mungkin perasaan tidak bersyukur anda itu bakal mengecilkn hati2 guru yang membacanya.. tak berkat ilmu klu menghina pendidik
1 Sep 12, 11:06 PM
me: try being a teacher and u will know how UNTUNG they are. ingat cikgu2 nak sangat ke gi anto bebudak gi ospital, tunggu berjam2? baik la dok sek. banyak bnde lain lagi bleh setel.try being a teacher k?
1 Sep 12, 11:06 PM
umi: haha..sengal la...ade ke samekn kje cikgu ngn operator kilalng..kami belaja kat ipg 5 thn setengah..ade ke patot smekn ngn operaor kilang??? haha...gune hak brfikir sblm hak brsuara..
1 Sep 12, 11:06 PM
wellakuponcikgu: oh ye ceyana, mne ko tnggal? sg petani? owh dekat sgt la tu dgn skolah aku..aku ni bkn org kedah tp ngajar kt cni. ko jgn branak ye ceyana. nanti aku x iklas plak nk ajar ank ko
1 Sep 12, 11:06 PM
Kisah yana di catatkan: sy harap Cik liyana minta maaf dgn semua guru di Malaysia krn dia telah tujukan penulisan itu kpd semua guru bkn nye segelintir...baik minta maaf melalui akhbar atau apa2 cara sekali pun..
1 Sep 12, 11:05 PM
mindurwords: maaf la yana saya seorang guru... janganlah sampai bagitu... kenanglah jasa guru walau sedikit.. tanpa guru... mungkin tak kita kenal ABC, 123.. hari ini Allah bg anda nikmat itu semua
1 Sep 12, 11:05 PM
guru muda: andai dikata tugas sorang guru tu mudah..cuba try jd guru utk seminggu..pe yg anda sume akn rasa..mungkin ada setengah guru yg kurang dlm etika keguruan tp itu bukan sume guru kerana sy juga adalah se
1 Sep 12, 11:04 PM
wellakuponcikgu: cikgu wannabe tu tah2 si yana ni . mnyamar. lol
1 Sep 12, 11:04 PM
jubei: die jelez sbb cikgu cantik2 kew? keke lawak ko minah..
1 Sep 12, 11:03 PM
iamanenglishteacher: dah posting nanti aku xnak ajar anak kau. nanti kang xikhlas plak. and 1 more thing, kalau anak kau xberapa cerdik nanti jangan terkejar-kejar cari cikgu tuisyen pulak taw. ehem2, psnan khdmat msyrkt

Selepas ni kalau nak tulis apa sekalipun berfikirlah dulu..

Tuesday, July 31, 2012

APA HUKUM PAKAI LIPSTICK DI BULAN PUASA??



Assalamualaikum..
Persoalan ini bermain difikiranku setiap kali tibanya bulan puasa..Boleh dikatakan setiap kali puasa pasti aku tertanya tanya apakah hukum memakai lipstick di bulan puasa..Banyak yang aku dengaq..ada yang kata boleh..ada yang kata x boleh..aku pun confuse..
Opss aku pakai ni bukan sebab nak bagi bibir ni merah ka apa..tapi sebab bibir aku kering..bila pakai rasa lembap sikit..
Bila aku google2 kat mrs google pun banyak jugak pendapat.

1."Pertanyaan:
Assalamu ‘alaikum. Ustadz, saya mau tanya, apa hukumnya memakai lipgloss atau lipstik ketika puasa? Apakah membatalkan puasa?
Alkatiri (queen**@***.com)

Jawaban:
Wa’alaikumussalam.
Semua bahan kecantikan yang diletakkan di kulit luar, baik yang berbau maupun yang tidak berbau, baik untuk pengobatan dan pelembab maupun untuk kecantikan, atau tujuan lainnya, tidaklah termasuk pembatal puasa, kecuali jika orang yang memakai obat-obatan tersebut menelannya.
Sementara, sebatas ada rasa di mulut, tidak memberikan dampak buruk bagi puasanya, selama tidak ada bagian sedikit pun yang tertelan ke lambung.
Syekh Abdul Aziz bin Baz, dalam Majmu’ Fatawa, pernah ditanya, “Apa hukum menggunakan celak dan peralatan kecantikan lainnya di bulan Ramadan? Apakah bisa membatalkan puasa?”
Beliau menjawab, “Bercelak tidaklah membatalkan puasa, baik bagi lelaki maupun wanita, menurut pendapat yang paling kuat. Hanya saja, menggunakan benda ini di malam hari itu lebih baik bagi orang yang puasa. Demikian pula, pengaruh dari penggunaan obat perawatan wajah, seperti sabun, minyak, dan yang lainnya, yang hanya mengenai bagian luar kulit, termasuk pacar, make-up, dan semacamnya, semua itu boleh dilakukan oleh orang yang berpuasa. Hanya saja, tidak boleh menggunakan make-up jika bisa membahayakan wajah. Allahu waliyyut taufiq.” (Majmu’ Fatawa Ibnu Baz, 15:260)
Syekh Muhammad bin Shaleh Al-Utsaimin pernah ditanya tentang hukum menggunakan krim bagi orang puasa, untuk menghilangkan kekeringan di bibir.
Beliau menjawab, “Diperbolehkan bagi seseorang untuk melembabkan bibir atau hidungnya dengan menggunakan krim, atau membasahinya dengan air, dengan kain, atau semacamnya. Namun, perlu dijaga, jangan sampai ada bagian yang masuk ke perutnya. Jika ada yang masuk ke perut tanpa sengaja maka puasa tidak batal. Sebagaimana orang yang berkumur, kemudian tiba-tiba ada bagian yang masuk ke perut tanpa sengaja, puasanya tidak batal.” (Majmu’ Fatawa Ibnu Utsaimin, 19:224)
Allahu a’lam."
2.Memakai Gincu di Bulan Ramadan
Soalan
Pada bulan Ramadhan ini apakah hukumnya kalau seorang wanita ketika berpuasa memakai gincu 'Lipstik'?
Norafida, KL
 Jawapan
Wanita yang berhias diri seperti memakai wangian, lipstik dan sebagainya ketika ke luar rumah hukumnya berdosa, tak kiralah bulan biasa ataupun bulan Ramadhan. Kerana perbuatan seperti itu hanya dilakukan oleh wanita-wanita pada zaman jahiliyah. Namun berhias untuk menyenangkan hati suami, wajib hukumnya, itupun hindarkan memakainya ketika di siang bulan Ramadhan.

Itulah jawapan yang aku dari hasil kajian aku di google..Sapa2 yang terbaca post ni yang tau jawapan yang sebenaq habaq sat na..:)terima kasih..

Wednesday, July 18, 2012

AKHIRNYA UPT SAYA POSITIF..ALHAMDULILLAH..

Assalamualaikum..Cer tengok gambaq kat atas tu..Dah positif..Semalamkan aku p farmasi beli upt test..balik rumah x sabaq nak buat..

Dengan penuh semangat masuk toilet aku cek dan waaa tak sangka naik 2 line..tapi yang aku pelik line C setengah belah kanan dan Line T setengah belah kiri..aishh kenapa jadi line sekerat sekerat ni..Tapi x palah janji double line..

Tiba tiba
"
"
"
"
"
"
"
"
"
"
"
aku dengar bunyi jam..adoii..mimpu rupanya..huhuhu..bangun2 terus aku tersenyum..haha..mimpii..patutla line sekerat sekerat..ekekeke...

Sunday, July 15, 2012

PERASAAN SEORANG WANITA YG TIADA ANAK.

Assalamualaikum..
Posting aku malam ni pendek saja.
Boleh tak jangan hina aku yang tak dak anak ni??
Boleh tak jangan ucap kata2 yang bagi aku sedih??

Pernah masa member office pregnant..seorang pegawai di office aku bawak makanan..Dia cakap ni untuk ibu2 yang mengandung saja..Aku terus balik ketempat sambil air mata bergenang.

Harini terjadi lagi..Aku letak gambar baby comel pakai tudung dekat dekstop office..ada sorang pegawai tu cakap comelnya..anak sapa ni??
Lepas tu sorang pegawai lagi cakap..alah tu bukan anak dia..dia mana boleh beranak..duk buat x jadi2..

Aduss..aku hanya mampu tersenyum..tapi sebenarnya hanya Tuhan saja yang tahu..Aku keluar pergi tandas dan membasuk muka.Air mata keluar tanpa aku sedar.

Siapalah aku untuk jadi begini??Aku tak mintak semua ini..Kalau boleh sedari awal kawen aku nak anak..Tapi Allah maha mengetahui segala2NYA..

Saturday, July 7, 2012

WALIMATULURUS IRINE NADIA & AMIRUL DI PERLIS.

Assalamualaikum..
Alhamdulillah harini plan semuanya berjalan dengan lancar.
apakah..apakah..

WALIMATULURUS IRINE NADIA DAN AMIRUL
7.7.2012
BESERI, PERLIS.

Awalnya aku dah plan dengan Ezmaliza Ezrik nak p sesama.Suruh ezma tunggu kat Masjid Seriab.Sekali en suami aku yang kerja balik dah lewat.Ezma p dulu dengan anith.Dalam hati ni bedebar2 jugak.almaklumlah tuan rumah pun x kenal.Rumah lelaki pulak tu.Nasiblah ada kawan facebook iaitu Norshawani Yahya ikut sekali.Masa dah sampai dan salam  aku dengan ketaqnya tanya tuan rumah ni rumah pengantin Irine ka?Bukan takut salah rumah tapi nak bagitau yang aku ni mai sebab kawan irine.Takut jugak satgi orang tertanya2 sapalah mereka2 ni.

Mata duk merayap-rayap cari Ezma.Manalah ezma ni..sekali ezma mai menyapa..Haa leggaa..
Dalam aku duk makan si Irine dan hubbynya lalu dan tanya Ezma irine nak p mana tu..Satgi x dan nak tangkap gambaq.Cepat cepat aku habiskan makan nasi dan p terus kat irine.Bergambar kat pintu masuk pun jadilah..

Aku bersalam dan mencium pipi Irine.First time ok aku jumpa irine ni.Aduhh cantiknya ciptaan Tuhan ni.Sangat cantik dan sepadan sangat dengan suaminya.

 Jom cuci mata dengan gambar2 ni dulu..hehe..


 Aku,Ezma dan wani.
 Irine tengah sibuk melayan tetamu.
 Jeng..jeng..Cantikkan Irine..berbeza dengan aku yang 'comel' itu..haha..
 Pengantin lama dan pengantin baru.
Berbeza en suami dan suami si Irine ni..apapun aku sayang suami aku..:)

 Aku dan wani dengan pengantin..Semua mata tak tau tengok kamera mana.Mata aku je yang betoi..
 Candid..x sempat nak senyum ok
 Kesian Irine penat melayan tetamu.
 Irine Nadia Marcello
 Wani dan ezmaliza ezrik.
Kepada adik kesayangan Ezma..
Ezma tadi akk macam nak nangis sangat.Lepas ni jangan lupa akk tau.Ingat tak lagi masa first time kita jumpa?Masa tu kita nak shoot tudung kat masjid zahir.Masa tunggu ezma nak mai tu akak ketaq dan tak tentu arah tau.Masa tu akak risau kalau ezma x suka dengan tudung2 akak.Tapi lepas jumpa ezma akak terus sukakan ezma.Sebab ezma ni baik sangat.Seorang yang very humble.Abang faizal pun puji ezma tau.Lepas tu ingat tak ezma mai makan udang ketak kat rumah kak ayu.Akk risau jugak masa tu takut tak sedap.Tapi alhamdulillah ezma suka makan udang tu sampai ezma cakap tadi bawak balik KL 10 KG..Fuuhh dasyat betul penangan udang ketak.
Ezma ingat tak kita shoot untuk paper Harian Metro??Ezma cantik sangat masa tu.Pandai ili mekap.
Tadi masa hantar ezma kat kereta aduhh akk rasa sebak sangat.Akk tak tahu bila pulak nak jumpa ezma.Ezma jangan lupa ek mai kedah.Kalau mai sini mai ja tidoq rumah akak.
Apapun ezma semoga ezma berjaya dunia dan akhirat.Nanti kawen jangan lupa panggil tau.Insyaallah akak dan abang faizal p..

Selepas je balik dari Perlis aku dan en suami p ambik anak sedara aku aka anak angkat ni p stadium darul aman.Kat sini ada Hari Penyayang Yayasan Sultanah Bahiyah.Masa aku p ni banyak acara dah habis.So aku melawat je la gerai2 yang ada.Dapatlah aku beli buah manggis yang aku mengidam.
 Semangat ja aku p stadium pakai jubah..hehe..
 Ok..kereta aku diambik untuk buat pameran.Ramai jugak yang tangkap kereta aku ni..Terima kasih na sebab sudi ambik kereta ni.
 Yang tadi kereta aku..Yang ni pulak kereta en suami aku..Depa ambik kereta suami isteri utk dijadikan bahan tontonan..

 Peace!!!
 Nurul Syazlina..Si kecik yang pandai cakap ok.Tak terlayan aku dibuatnya.
En suamim dan perasaannyya.haha..

Oklahh..apapun aku nak ucapkan tahniah kepada Irine dan amirul.Semoga kekal hingga ke akhir hayat.

Thursday, July 5, 2012

KELIRU..:(

Assalamualaikum..
Tajuk yang ringkas untuk hari ini dan jugak minggu ini.

Hari ini genaplah sudah 35 hari period aku tak datang.Aku sangat keliru dengan situasi sekarang ni.Masa aku p hospital bulan lepas aku ada tanya doktor kalau aku tak mai period dalam masa seminggu macam mana..Doktor suruh aku makan ubat turun darah.Tujuannya supaya aku dapat on clomid dan juga buat rawatan selanjutnya.

Sebelum aku makan ubat turun period yang diberi nama medroxyprogesterone aku cek upt dulu.Manalah tahu ada rezeki..tapi setelah dua kali aku buat hanya satu line je yang naik aku tekad makan ubat tu.

Sejak aku makan ubat tu perut aku rasa berangin semacam ja.Lepas tu rasa cekang sangat kat bahagian bawah perut.Maybe period nak turun kot.Tapi sampai hari ini x de apa yang turun..Aku nak taulah sapa2 pernah makan ubat ni??berapa hari period akan turun dan kalaula ada janin tapi kite makan ubat ni kemungkinan tak janin kita akan gugur??

Aduss diriku sungguh keliru..Ya Allah bantulah hambamu ini..

Catatan pendek untuk hari ini..

Friday, June 22, 2012

USAHA DAN IKHTIAR UNTUK MENDAPATKAN ZURIAT.BUAT SEMENTARA WAKTU INI SAJA YANG MAMPU.

Assalamualaikum.
Pejam celik pejam celik dah masuk bulan Syaaban..Sebulan saja lagi umat Islam akan menyambut kedatangan bulan yang paling barakah iaitu bulan Ramadhan.
Pejam celik pejam celik juga dah 3 tahun aku berkahwin dan 3 tahun jugak aku masih belum dikurniakan zuriat.Mungkin masih belum ada rezeki lagi.

Sebenarnya sepanjang perjalanan hidup menjadi isteri selama 3 tahun bermacam usaha yang aku dah buat untuk dapatkan zuriat..Aku seronok tengok orang yang senang dapat anak..tup..tup..pregnant..On je pregnant..Tapi aku on off on off x pregnant pun..hihi..opss..

Tak pelah..mungkin bukan masanya lagi untuk Allah memberikan aku zuriat..Janji Allah swt tiada siapa yang tahu..betul x??Tetapi kita x bolehla duk diam aje..Kenalah ada usaha dan ikhtiar.Allah nak tengok sejauh mana usaha yang telah kita buat.Dan paling penting kenalah berdoa kepada Allah SWT..DIA Maha Mengetahui dan Memberi.

Sekarang ni aku dah ada appoinment dengan hospital.So aku tak pergi dah ke rumah bidan atau mana2 yang orang bagitau..Sebabnya biarlah aku jalani rawatan moden ni pulak.Bukan aku tak pergi.Sebelum ni pun dah banyak bidan dan rawatan tradisional yang dah aku buat.Dari mengurut sampailah minum air kulit durian yang berusia 30 tahun.Semua dah aku buat.Minyak tanak aku sapu kat perut..Sirih aku makan dan sapu kat perut..Tapi masih belum ada rezeki..

Dan hari ini salah satu ikhtiar aku selain rawatan di hospital aku mencuba minuman jus delima dan susu kambing.Sebelum aku minum semua ni aku researh dulu keberkesanan semua minuman ni.Bukan main minum je.Nanti jadi apa2 aku yang susah..huhu..

 Bukan untuk dijual..:)
Ini adalah antara produk yang aku cuba.
Aku beli kat kedai Istafa kat Bank islam jalan sultanah.RM7 sahaja.

 Susu kambing..Alhamdulillah..Akhirnya aku dah jumpa susu kambing segar yang aku cari selama ini.Aku sebenarnya x lalu nak minum susu kambing ni.Tapi demi untuk mencapai satu harapan dan impian akan aku gagahi jugak untuk minum.Emm bukan minum macam ni saja tau.Susu ni akan diblend bersama kurma.Tadi aku p kedai Istafa dan beli buah kurma Yusuf Taiyoob..Hehe..
Nak blend pun ada cara2 nya tau :
-Suami ambil segenggam kurma
-Isteri ambil segenggam kurma
-Masukkan dalam susu kambing dan blend.
-Minum dari gelas yang sama sekali seumur hidup.

Petua ni aku dapat dari Rancangan Al Kuliyyah kat tv3.

Selain tu kat bawah ni ada petua dari kakak ni yang aku copy dari forum :
Salam...

Mummy pun minum susu kambing juga. Petua tu diberi oleh kawan mak dan mummy pun pernah terdengar kat TV petua ni. Katanya petua orang Arab lama....
Cara:

1. Amik segenggam kurma.
2. Campurkan ngan segelas susu kambing (mummy pakai paket punya jek tapi Mummy guna Honey Goat keluaran dHatiku).
3. Blend.
4. Minum.

Buat selama 7 hari berturut-turut. 

Selepas 7 hari, amalkan minum susu kambing bersama 7 biji kurma. Tapi Mummy tak berapa suka makan kurma, so Mummy blend juga. 

Mummy amalkan bermula dari bulan Ogos 2010, Alhamdulillah bulan Disember 2010, rezeki Mummy pun sampai. Until now mummy masih amalkan minum susu kambing & kurma. 

Tapi memang tak dinafikan la.... loya beb! Hari-hari dok telan benda tu je. Masa pregnant, ada gak hari-hari yang Mummy takleh telan. Dah telan, terkeluar balik! Hehehe..... Tapi skang Mummy ngelat.... letak air banyak-banyak & kurangkan kurma. So benda tu cair sket. Kalau tak, pekat!!! Macam minum quaker oat pulak. Dah tu campur kurma, manisssss giler... Hehehe....

Saiz baby.... memula besar! Masa 17 weeks, doktor kata baby terlebih 40g. Ukur perut pun 21cm, terlebih 2cm. Skang dah 5 bulan, masa scan hari tu ok je berat dia....375g. Tapi perut lum ukur lagi.... Tunggu appointment hospital gomen lak 14 April nih.

Panjang pulak....terlebih suda..... hehehe.... Selamat mencuba kengkawan!!!

 Aku juga minum air rebusan buah zuriat.Buah ni tak dak jual kat Malaysia.Buah ni dari Makkah dan diberi kepada aku oleh Ezmaliza dan kawan aku Maz.Mak depa p buat umrah jadi aku pun oder buah ni.
Cara makan dia banyak.Dan salah satu yang aku tau dan buat suami aku belah dua dan rebus.Minum air dia.Boleh diulang2 minum sebab x basi dan berbau.Buah ni keras sangat.Kalau guna pisau tu memang x terbelahla.
 Dua botol kecil yang comel di atas adalah serbuk kurma dan serbuk jelly.Serbuk jelly tu aku rasa dari madu.Khas untuk suami.Yang serbuk kurma tu untuk aku lahhh..
Cara makan dia senang je..Kalau nak minum dalam gelas tuang air masak dan masukkan sedikit serbuk kurma/jelly dan minum..Kena kacau kuat sikit sebab dia x mudah larut.Kalau x nak minum macam tu letakkan je air sedikit atas sudu dan letakkan serbuk ni atas sudu yang ada air tadi dan makan.
 Yang ni aku baru tau je.Pati Delima Gulsan.Rupanya bagus untuk orang yang inginkan zuriat macam aku.ANtara testimoni dan di forum aku baca ramai yang ambik minuman ni dan ada hasilnya dengan izin Allah.
Dibawah ni antara yang berjaya hasil minum Pati Delima Gulsan.
"sebelum pregnant ni ada amalkan jugak pati delima ni. tak sempat nak habis sebotol pun.alhamdulillah dah rezeki Allah nak bagi...tp itu salah satu usaha kan..
apa yg penting setiap usaha tu, kita doa banyak2...selebihnya kita serahkan pada Allah..."

Kat bawah ni adalah khasiat pati delima Gulsan :
  • Melawan penyakit gout
  • Mengurangkan batuk dan menghilangkan kahak
  • Merawat ‘sinus’
  • Meningkatkan tenaga
  • Menguatkan sistem penghadaman, membersihkan usus dan mengeluarkan keracunan badan
  • Mengatasi penyakit anemia dengan membekalkan zat besi yang secukupnya
  • Menormalkan fungsi hati
  • Menstabilkan peredaran darah
  • Merawat cirit birit, sakit telinga, pandangan kabur, sakit gusi
  • Mencuci darah kotor
  • Antioksida yang tinggi
  • Menstabilkan paras kolesterol
  • Mencegah penyakit jantung
  • Mencegah penyakit barah
  • Merangsang tenaga batin
Insyaallah..Minumlah tanpa rasa was2..Sedap sangat tau..Rasa masam2 macam buah prune..
Cara minum ikut kitalah..nak minum macam tu saja atau boleh dibancuh seperti kita buat air ribena.
 Gambaq atas ni minuman en suami ku..Aku pun boleh minum tapi sekali ja aku minum lepas tu x minum dah..huhu..Cuka Kurma.Suami aku beli kat Ustaz Jamil..Ustaz yang aku p berubat.Suami aku minum dan dia cakap rasa bertenaga dan x letih.Bagus cuka kurma ni kalau diamalkan.Harga RM70 tak silap aku.
Jeng..jeng..Nilah fibre yang aku pernah cerita dan post kat facebook tu.Dah lama nak tangkap gambaq akhirnya berjaya jugak..Kepada yang rasa badang berat dan banyak lemak bolehla amalkan fibre dari D'Herbs ni..Insyaalah..Aku terpaksa stop buat sementara waktu sebab aku tengah ada rawatan dengan hospital.Bukan aku tak nak minum tapi bila minum aku asyik membuang je..Sehari 5,6 kali..Yang tak tahan tu dia memulas2 macam orang perah kain perut kita ni..So aku stop dulu..
 Ni aku baru beli tadi..Khas untuk lelaki.Aku tak taulah macam mana kesannya nanti..:)
 Perawan Herbal Wash..Juga produk D herbs.Aku sukalah produk ni..Tak tau kenapa..Dari apa yang aku baca di forum memang bestlah produk ni..So tunggu aku pakai dulu baru aku boleh story mori..hehe..
Jus Perawan ni aku baru beli tadi.Dari ekstrak buah delima jugak.Kat bawah ni adalah khasiat jus bila kita minum :

Juice Perawan 
Khasiat Juice Perawan D'Herbs :

1) Merawat masalah keputihan & haid yang tidak teratur.

2) Menaikkan tulang punggung & payudara wanita agar lebih montok & anjal.

3) Menyuburkan rahim & peranakkan wanita ( baik untuk wanita yang sukar mendapatkan zuriat).

4) Menegang & mencerahkan kulit.

5) Melambatkan proses monopous.

6) Memberikan tenaga dalaman wanita.

7) Meningkatkan sistem imunisasi.

8) Mengurangkan senggugut.

9) Menambahkan keinginan seksual wanita & mengeratkan hubungan suami isteri

10) Sesuai untuk gadis & wanita yang sudah berumahtangga. 
Kandungan Juice Perawan D'Herbs:

Kacip Fatimah, Manjakani, Pueraria Mirifica, Acai Berry, Kurma, Madu, Roselle, Delima, Kolagen & Air Bertapis.

Cara penggunaan Juice Perawan D'Herbs:
1) Ambil 2 sudu setiap pagi & malam. Minum banyak air putih.

2) Tidak digalakkan bagi wanita yang sedang mengandung & ketika dalam haid.

3) Simpan di tempat sejuk selepas dibuka.

Semua yang aku cuba ni adalah hasil kajian aku di blog dan forum tau..

"Dear..i berjaya pregnant pas amik jus perawann ni...telah ramai yg berjaya.  Try survvey testimoni jus perawan ni. Kt fb pon de"

"assalam..jaz tumpang bercerite....sebelum ni saye pernah sarankan sahabt saye untuk amalkan jus dherbs...bcoz die kawen hampir 2 tahun masih belum dikurniakan cahaya mata..baru2 ni die inform saye yg die dah delay period 2mgu and alhamdulillah die positif prgnant..syukur alahmdulillah..kwn2 yg lain jgn putus as ye...:)"

Antara kata2 yang membuatkan aku membeli jus perawan ni..
Tapi semua ni atas Kehendak Yang Maha Esa.Kita hanya mampu berusaha dan berserah padaNYA.tak salah untuk kita berikhtiar.Betul x??
Dibawah ni ada cerita rakan2 yang berjaya mendapatkan zuriat hasil usaha dan ikhtiar mereka..Seronok baca.

salam kwan2..saya nk share prtama kali saya mengandung..mase tu saya ade buat rawatan kt klinik pakar..kebetulan mase tu dekat dgn bulan ramadhan..dlm bulan ramadhan tu sempat saya period sekali sebelum pregnant..dlm bulan ramadhan..org kate semua doa2 kite n hajat kite akan dimakbulkan..saya n suami bersungguh2 doa n g terawih same2..sembahyang jemaah same2..n setiap kali lepas terawih kt masjid..saya doa n solat  sungguh2 supaya saya mengandung kali ni..Alhamdulillah dlm bulan syawal saya disahkan mengandung..n saya n suami percaya yg itu juge adalah berkat dr bulan ramdhan...xsangka n terkejut setelah 2tahun tggu saat tu..tp xlme sbb saya gugur lepas tu kandungan berusia 5bulan..apa yg saya ingin katakan di sini ialah kite dah usaha untuk pregnan,,tp dlm mase yg same kite jgk perlu berdoa sungguh2..twakal..nanti bulan ramadhan akan tibe..jd gunekan peluang tu sebaik mungkin ye kawan2..manela tahu pd bulan ramadhan yg mulia bakal tibe nanti..Allah memakbulkan segala permintaan n hajat kite..amin...

1)amik asid folik
2)amik pati delima
3)berpantang tak makan fast fud

Alhamdulillah..mase ari 1st anniversary sah peknen 5minggu...papepun...yang paling penting doa yang tak putus2 padaNya 
;)


Salam semua,

Akak nak share jugak usaha yang dibuat sebelum di sahkan hamil, tak banyak pun usaha rasanya berbanding orang lain, tapi share jugak kot-kot ada yang nak buat sama...

1) Ambil madu dan habbatus sauda bersama-sama suami
2) Pantang fastfood
3) Banyakkan makan taugeh, cuba gak air rebusan kacang hijau tu tapi bila ternak tak naik-naik taugehnya...silap cara ni..suami ambil kacang botol dan bendi... (pemakanan yang menyumbang kesuburan akak cuba sebab dah berusia..almaklumla kan)
4) Minum air buah delima.
5) Ambil asid folic

Ustaz kata rezeki ni adalah sesuatu yang bermanafaat kepada kita, seperti harta, anak2, kesihatan, udara...apa2 saja yang bermanafaat pada kita, jadi sambil usaha tu jangan lupa berdoa pada Allah agar dikurniakan rezeki.

Amalkan baca Al-Quran, buat sikit-sikit dulu.

Amalkan solat dhuha, waktu sujud akhir baca "ya wahhab", 40 kali. lepas bagi salam baca "Al Basith" 10 kali, kemudia doa solat dhuha.

Setiap pagi baca surah yassin, Imam ad-Darimi meriwatkan bahawa Atha bin Abi Rabah berkata rasulallah bersabda :"Sesiapa yang membaca surah yaasin di permulaan hari akan ditunaikan hajat-hajatnya."

Setiap malam baca Surah Al-Waqiah, doa surah al-waqiah dan Surah Al -Mulk.

Banyakkan istigfar kerana banyak kebaikannya, hati tenang dan rasa dekat dengan Allah. Sabda Nabi s.a.w: Sesiapa yang selalu beristighfar, nescaya Allah akan menjadikan baginya kemudahan bagi setiap kesempitan, kesenangan bagi setiap kesedihan dan memberinya rezeki tanpa diduga olehnya.


Amalkan selawat khitab, sebaik-baiknya 100 kali lepas solat fardhu..

Pagi dan petang baca Penghulu istigfar.


Buat sikit dulu pun takpe, yang penting istiqomah, baiki diri dan muhasabbah diri.kadang-kadang allah bagi dugaan untuk kita dekat padanya. Sekarang rasa bersyukur bila mengenangkan apa yang dilalui banyak ubah akak untuk membaiki diri. Tanpa dugaan akak rasa akak dah hanyut. Sebaik-baik kita merancang, sesungguhnya Allah lebih hebat rencanaNya untuk kita kerana hanya Allah mengetahui apa yang terbaik untuk hambanya. Setiap usaha, kesabaran , doa kita terselit ganjaran. Semoga semuanya dikurniakan zuriat dan dimakbulkan apa yang dihajati..Insya allah..