Tuesday, November 8, 2011

REVIEW FILEM ALAMAK TOYOL.

Assalamualaikum..
Semalam aku ade post kat wall fb aku yang aku da tengok citer Alamak Toyol..dan aku bagitau jangan tengok..hehe..Jangan marahla kepada peminat filem melayu.Bukan aku tak nak sokong filem melayu tapi kalau setakat filem melayu macam ni aku pun tak tau nak cakap ape..Dari awal aku tengok sampaila habis susah nak buat aku gelak.Lain masa aku tengok cite Hantu Kak Limah..Dari awal aku tengok sampai habis aku gelak je..Nama pun filem bercorak komedi tapi x gelak pun.Macam mane tu..Nasibla adik kecik yang jadi toyol tu penyelamat filem tu.Ade jugak yang tak logik dek akal apabila sijahat ni letak dadah dalam laci opis dia.Bila s/u die pergi repot polis then polis mai buat siasatan x jumpe terus marah2 kt s/u tu..ada ke macam tu ek..Tapi da dinama pun filem maybe ada maksud tersirat kot..Oklah..kepada yang nak p tengok tu cepat2la p sebelum habis..Kalau x nak p pun x pe..tunggu je cd keluar..x pun tengok je online kat blog MHOMUVIEE..aku bagi 1/5 bintangla untuk filem ni..
Dua tiket wayang.1 untuk aku 1 utk en suami.
Budak demok..kiri kana pegang makanan..haha..dalam beg pun ada lagi tau.
Sementara nak tunggu masuk en suami sempat duduk atas kerusi urut ni..
Sedikit sinopsis Alamak Toyol :
Kisah bermula dengan Pak Umar yang pergi berjumpa dengan bomoh untuk mendapatkan toyol atas niat untuk cepat kaya. Bomoh itu mempunyai banyak koleksi toyol dan setiap toyol mempunyai harga masing-masing. Oleh kerana tidak mampu, Pak Umar mengambil toyol yang paling murah. Setelah mengambil toyol dari bomoh, bomoh tersebut mengecop barcode di dada kiri Pak Umar. Pada waktu yang sama, Fakhrul dan Kudin yang juga merupakan sahabat baik juga memikirkan jalan untuk mendapatkan duit. Hampir setiap hari mereka mencuba kaedah baru untuk merompak namun semuanya gagal. Sehinggalah pada suatu hari, Fakhrul dan Kudin mahu merompak Pak Umar namun Pak Umar tiada duit untuk diberikan pada mereka. Pak Umar bercadang mahu memberi toyol tersebut pada Fakhrul dan Kudin. Pada mulanya Fakhrul dan Kudin menolak toyol itu. Namun lama-kelamaan mereka sanggup untuk menerima toyol itu daripada Pak Umar. Toyol beralih arah dan barcode di dada kiri Pak Umar hilang serta-merta dan timbul barcode di dada kiri Fakhrul dan Kudin. Sejak hari itu, bermulalah kisah Fakhrul dan Kudin yang mahu jadi cepat kaya. Malangnya nasib mereka apabila toyol yang diambil dari Pak Umar itu tidak pandai mencuri. Fakhrul dan Kudin terpaksa mengajar teori dan praktikal kepada toyol tersebut untuk mencuri. Di satu tempat yang lain, Farah yang selama ini setia bekerja dengan Daniel akhirnya mengetahui rupa-rupanya selama ini Daniel menjalankan perniagaan haram iaitu dengan menyeludup dadah. Farah yang mengetahui hal ini telah membuat laporan polis namun pihak polis tidak berjumpa sebarang bukti. Daniel berdendam dengan Farah dan berniat mahu menghapuskan Farah. Suatu malam yang dingin, oleh kerana banyak kali gagal dalam mencuri, Fakhrul dan Kudin berniat untuk mengembalikan toyol pada Pak Umar kembali. Toyol dengan wajah sedih meminta satu lagi peluang dari Fakhrul dan Kudin. Toyol telah masuk untuk merompak rumah Farah dan di sini menjadi titik permulaan pertemuan antara Fakhrul, Kudin dan Farah. Fakhrul dan Kudin terpaksa menolong Farah untuk membongkarkan rahsia Daniel dalam masa yang sama mereka terpaksa mencari Pak Umar untuk mengembalikan toyol tersebut.

MENGAPA JUTAWAN SENDAYU TINGGI PAKAI PURDAH?

Terkejut jugak dengar tajuk gosip ‘ Saya pakai purdah BUKAN kerana alim’ . wah, ini ayat spekulasi . Bukan kah kalau pakai purdah tu kerana alim??

Haa, tapi bila dah baca kenyataan Rozita Ibrahim jutawan Sendayu Tinggi ni, barulah kami paham tentang konsep pakai purdah yg sebenarnya. Sedih pon ada baca kenyataan Puan Rozita ni, memang benar-benar beri ikhtibar buat kaum wanita, especially yang dah naik tinggi berjaya kaya raya. Bukan senang tau nak jadi kaya harta, tapi bila dah kaya, lagi susah mau jaga akidah kita.

Cuba korang baca ….memang sentap. Tapi pastikan bos korang takde kat belakang, sebab panjang artikel ni. Pastu sesapa yang agak-agak sensitip tu sediakan lah tisu sehelai dua ya~ Rasanya sudah ramai yang tahu tentang kesusahan lampau saya kerana banyak majalah menyiarkan cerita itu. Niat saya tiada lain, hanya mahu menjadi pencetus semangat untuk wanita di luar sana . Biar mereka tahu, sebagai manusia jangan terlalu mengharapkan orang lain untuk berjaya dalam hidup. Saya pernah jadi penoreh getah, sambil-sambil itu melakukan bermacam-macam kerja kampung untuk menampung hidup. Malah pernah juga cuba berniaga kedai runcit, menyertai MLM dan bekerja kilang. Apabila berjaya dengan perniagaan Sendayu Tinggi, saya mula sedar manusia perlu ada tiga sifat jika mahu berjaya. Pertama, mereka mesti mengorak langkah untuk memulakan perkara kecil dalam diri. Kemudian, jangan pernah berkata tidak sebelum mencuba kerana tiada apa yang mustahil. Ketiga, jangan suka menyalahkan orang lain.

Nilai sepuluh sen Bila sudah berjaya mengumpul kekayaan, tiap-tiap tahun saya pergi umrah. Ada banyak peristiwa yang dialami di tanah suci namun ada satu pengalaman yang paling menarik. Ia berlaku ketika saya tidur lalu bermimpi, satu suara menyuruh saya membaca beberapa ayat daripada surah Al-Baqarah. Sekembalinya saya ke tanah air, saya terus mencari tafsir Al- Quran. Saya mendapati antara maksud ayat yang disuruh baca itu ialah mereka yang mendapat hidayah namun jika memalingkan mukanya, mungkin tiada lagi hidayah untuknya selepas itu. Saya memang sudah lama terdetik mahu berganjak ke alam (fasa) lain sebaik sahaja usia mencecah 40 iaitu membuat persediaan untuk mati. Saya mula melihat betapa kehidupan di dunia ini sangat singkat, indah dan perlu dinikmati. Saya sedih mengenang ramai orang yang berjaya dalam perniagaan tetapi hidup tidak bahagia. Ketika saya mengejar dunia, hidup dirasakan huru-hara. Pernah saya beli sebuah kereta dengan harga RM1 juta. Setiap kali tiba di satu-satu tempat, saya senang melihat banyak mata memandang dan berbisik-bisik kagum. Namun lama-kelamaan saya tersedar, rasa bangga melihat kekaguman orang itu menimbulkan perasaan riak dan mahu menunjuk-nunjuk. Jika syiling sepuluh sen terjatuh, pernah satu ketika saya tidak mahu mengutipnya semula. Waktu itu saya memikirkan kelas sebagai seorang jutawan. Tetapi hari ini, saya tidak mahu lagi bersikap begitu. Saya mahu buang rasa riak, sebab nilai duit sepuluh sen itu besar nilainya pada sesetengah orang dan tidak patut dibazirkan begitu sahaja.

Saya tidak pandai mengaji dan tidak tinggi ilmu agama. Jadi saya mengupah seorang ustazah yang tinggal bersama di rumah ini untuk mengajar serta seorang ustaz untuk berkongsi ilmu agama. Sehari setiap minggu, rumah saya dibuka untuk orang ramai menyertai majlis ilmu yang dibuat di sini. Impian saya yang masih belum tercapai ialah membina sebuah kompleks hasil perniagaan. Di kompleks berkenaan saya mahu membangunkan aktiviti dakwah di samping memberikan kehidupan kepada fakir miskin menerusi perkongsian ideologi perniagaan. Saya tidak mahu golongan susah yang saya bantu ini memandang saya sebagai sumber kewangan. Saya tidak memberikan mereka ‘ikan’ tetapi ‘pancing’ untuk mengubah kehidupan. Caranya saya beri mereka produk untuk dipasarkan. Saya juga mengambil kuih, kerepek dan lain-lain daripada mereka untuk dijual. Satu lagi impian yang sedang diusahakan, saya mahu bina sebuah rumah perlindungan untuk anak yatim piatu dan mualaf. Rumah sudah ada, tenaga pengajar pun tidak ada masalah. Cuma tinggal mencari bayi dan kanak-kanak untuk dibesarkan dengan pendidikan akademik berserta ilmu agama di rumah tersebut.

Kini mula berpurdah Purdah ini sudah lima bulan saya pakai. Bukan sebab alim, dan bukan juga sebab H1N1. Sebaliknya inilah antara cara saya menjaga hati daripada dirasuk perasaan riak. Bila mengenakan purdah, tiada orang yang mengenali saya jadi tiada lagi layanan istimewa yang biasa saya dapat. Saya tidak malu untuk mengaku, selama ini memang saya pakai tudung tetapi hati masih kotor. Ini kerana walaupun memakai tudung saya sering kalah bila syaitan berbisik supaya bersolek setiap kali ke luar rumah sesuai status selaku pengasas produk kecantikan. “Kau kenalah pakai baju yang menampakkan kelangsingan, barulah orang tahu produk kau bagus” – itu juga antara bisikannya yang sering menewaskan saya. Barangkali ketika itu saya antara wanita akhir zaman yang disebut dalam hadis ‘menutup aurat tetapi masih bertelanjang’ . Sebagai majikan pula, kadangkala saya memarahi pekerja kerana mahu semuanya serba sempurna. Saya menjadi sungguh takut apabila tersedar dan berfikir bagaimana pula saya di sisi majikan paling besar iaitu Allah Taala? Dia pun berhak marahkan saya kerana sungguhpun solat, di mana zikir dan amalan sunat bagi menyempurnakan lagi amalan kepadanya? Syukurlah, perubahan yang dibuat melimpahkan bahagia dalam hidup. Anak-anak (Nurhayati, Alif Syukri, Aiman Hazim, Nurazizah dan Nurain Sufiyah) dan suami melengkapkan lagi dunia wanita ini. Kini hari-hari saya lalui sambil meneguk kelazatan ilmu akhirat. Melayan keletah anak-anak, mengulit orkid, epal Madura, daun kesum, kedondong, kari, limau purut dan pokok herba lain; juga melayan burung, ayam, lampam, puyuh, puyu dan tilapia melengkapkan lagi kediaman bak syurga dunia yang saya gelar Sorga Ammi. Sesudah solat Subuh, tatkala berdiri di balkoni rumah menyaksikan kabus berlalu dibawa angin sambil merenung kalam-kalam bukit , saya semakin yakin betapa perlunya saya bersyukur menjadi hamba yang dilimpahi kasih sayangNya. Dipetik dari emel..

Sunday, November 6, 2011

INSAF MELIHAT PENDERITAAN KAK SABARIAH.

Assalamualaikum..
Salam Aidiladha aku ucapkan kepada seluruh pembaca blog ini.Sambutan raya aku sempena Aidiladha ni disambuat dalam kesederhanaan..
Pagi tadi aku,suami dan ahli keluarga suami aku pergi melawat sepupu mereka yang terlantar sakit.Aku rasa insaf dan sebak melihat keadaa kak sabariah dan anaknya.
tahun lepas masa anaknya baru terlibat dalam kemalangan dialah yang jaga,salin lampin,cuci mata dan segalanya.Masa tu kak sabariah masih sihat walaupun menghidap barah.Masih boleh berjalan dan kuat.Tapi hari ini aku pergi hanya Tuhan saja yang tahu perasaan aku.Kedua2nya terlantar di atas tilam.Si abang menyuap buah epal ke dalam mulut adiknya.Si ayah menyiapkan minuman utk kami walaupun tidak diminta.Si ibu terlantar sakit disebabkan lumpuh paras pinggang hingga kaki.
Mengingat kembali peristiwa anaknya masa aku pergi tahun lepas anak kak sabariah iaitu gee keluar lepas berbuka puasa utk sambut 31 ogos di alor setar..tak silap motor 125 yang ditunggang baru dibeli..Tak sampai 5 minit die keluar rumah dia excident dengan sebuah kereta.Dekat je dengan rumah.Dia cedera parah..tangan patah..tulang paha patah..mata hilang kedua2nya.Masa aku p tengok tahun lepas kak sabariah cuci mata dia..Ya Allah sakitnya..Masa tu dia meronta2 sambil tangan diikat..Aku tahu betapa sakitnya dia bila kak sabariah cuci mata tu.
Dan hari ni lebih kurang 2 tahun aku p luka2 dia da kering dan dia pun da faham apa yang orang cakap.cuma kaki dan tangan saja masih diikat sebab tak nak dia tergolek ke tempat lain.Sebab dia tak boleh duduk.Kak sabariah yang terbaring disebelahnya hanya boleh bercakap.Masa aku p tadi dia meronta2 bila abang dia lambat suapkan dia buah..dia menjerit2..Kak sabariah suruh dia mengucap dan dia mengucap sampai habis.Masa tu aku sebak sangat.
Dan kini suami kak sabariah terpaksa berhenti kerja untuk menjaga kedua2nya kerana semua anak lelakinya yang lain bekerja di luar.Begitu tabah hati seorang bapa dan suami.
"Kak sabariah..walaupun ayu baru je menjadi sepupu kak sabariah sebab baru 2 tahun ayu berkahwin dengan suami ayu tapi ayu rindukan kak sabariah bersembang macam tahun lepas ayu pergi.Masa tu kak sabariah masih boleh berjalan,bersembang dan bergelak ketawa dengan kami.Hari ni ayu pergi kak sabariah dah terlantar sakit dan tak macam dulu.Semoga kak sabariah,suami dan anak2 yang lain tabah menerima ujian ini.Allah sayangkan kak sabariah dan keluarga.Sebab itulah kak sabariah terpilih untuk ujian ini.Semoga kak sabariah dapat melawan penyakitnya dan sihat seperti dulu.Semoga kak sabariah dapat menjaga anaknya gee seperti dulu.."
YA ALLAH..
KAU BERILAH KEKUATAN KEPADA KELUARGA INI..
SEMOGA MEREKA MENERIMA UJIANMU INI DENGAN PENUH KETABAHN..
Semalam tak silap ada masuk tv9..tapi aku tak sempat nak tengok..
Orang ramai yang ingin membantu keluarga Radzi boleh menghulurkan sumbangan dengan menghubunginya di 012-5979138.
Dibawah ni petikan yang aku ambik dari Utusan Malaysia 3 november 2011 :
Radzi Abdul sabar melayan keperluan isterinya yang menderita barah payudara sementara anaknya, Mohd. Azwandi, 25, (belakang) menyuap makanan kepada Nor Hafizi ketika ditemui di rumah mereka di Kampung Teluk Talipon, Kuala Kedah, Kedah, semalam.

ALOR SETAR 2 Nov. - Seorang bapa yang tinggal di Kampung Teluk Talipon, Kuala Kedah di sini kehilangan mata pencarian setelah berhenti kerja sejak dua bulan lalu untuk menjaga isteri dan anaknya yang terlantar sakit.

Radzi Abdul, 58, yang sebelum ini bekerja sebagai pengawal keselamatan tidak lagi boleh bekerja kerana terpaksa menjaga isterinya, Sabariah Saari, 50, yang menghidap barah payudara manakala anak bongsunya, Nor Hafizi Abd. Aziz, 20, lumpuh kerana terlibat dalam kemalangan jalan raya tahun lalu.

Radzi yang dahulunya memperoleh gaji RM700 sebulan mengambil keputusan untuk berhenti kerja kerana tiada siapa yang boleh menjaga dan menguruskan keperluan harian isteri dan anaknya itu.

"Isteri saya menghidap barah payudara tahap empat sejak lima tahun lalu dan dia tidak boleh bergerak kerana rasa terlalu sakit sejak September lalu.

"Anak bongsu pula lumpuh, buta kedua-dua belah mata, tidak mampu bercakap dan hanya boleh minum susu serta nasi lembik sahaja. Jadi saya terpaksa berhenti kerja sebab kena jaga mereka berdua sepenuh masa," katanya ketika ditemui di rumah mereka di kampung tersebut, di sini, hari ini.

Menurutnya, setiap hari dia akan memasak nasi, menyalin lampin pakai buang anaknya, memandikan dan menyuapkan makanan untuk mereka.

"Pendapatan yang ada cukup untuk kami sekeluarga dan saya beli barang dengan menggunakan wang pencen isteri serta duit simpanan yang semakin sedikit sekarang," katanya sambil menambah isterinya dahulu pernah bekerja di sebuah kilang dan wang pencen yang diterima ialah RM300 sebulan.

Dia memberitahu, anaknya yang lumpuh turut mendapat bantuan RM300 sebulan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), namun masih tidak mencukupi.

Katanya, dia mempunyai lima anak dan Nor Hafizi adalah anak bongsunya.

Dalam pada itu, seorang jiran, Sabariah Hamid, 46, berkata, dia sedih dengan keadaan sahabatnya yang terlantar itu dan berharap ada pihak yang sudi membantu.

"Dulu Sabariah masih boleh berjalan dan dia yang menguruskan anaknya lumpuh ini. Namun sejak dia terlantar sakit, semua tugas menjaga rumah tangga diambil alih oleh suaminya.

"Saya juga miskin seperti mereka dan hanya mampu melawat keluarga ini setiap hari. Jadi saya harap pihak yang berkenaan boleh menghulurkan bantuan yang sewajarnya kepada keluarga ini," ujarnya.

Orang ramai yang ingin membantu keluarga Radzi boleh menghulurkan sumbangan dengan menghubunginya di 012-5979138.