Tuesday, November 1, 2011

TAHUKAH ANDA POKOK HIASAN INI BERACUN.WAJIB BACA SUPAYA TIDAK MENYESAL DI KEMUDIAN HARI.

Photobucket

Pernah tengok tak pokok keladi hiasan seperti di atas? Tak sangka pula rupa-rupanya pokok ini begitu berbahaya sehingga boleh menyebabkan kematian sekiranya kanak-kanak termakan daun pokok ini. Awas! Harap pembaca IzoBlog.com berhati-hati semua.

Pokok hiasan ini adalah yang sangat beracun boleh mengakibatkan kematian sekiranya anak anda mengigit daunnya. Kandungan racun yang kuat boleh membunuh kanak-kanak dalam masa kurang dari 1 minit. Bagi orang dewasa pula boleh membawa maut kurang dari 15 minit. Bayangkan betapa kuatnya racun yang terdapat pada daun pokok ini. Racun atau getahnya yang masuk ke dalam mata boleh menyebabkan buta.

Kanak-kanak yang suka mengunyah terutama yang berumur 1 tahun ke 3 tahun yang tidak tahu apa-apa mungkin terkunyah daun pokok hiasan ini yang anda letak diruang tamu atau ditempat letak kereta, membawa padah.

Kesan apabila mengigit daun beracun. Lidah akan terus membengkak dengan serta merta dan menghalangkan penafasan. Ini akan menyebabkan kematian kerana tidak dapat bernafas. Sila sampaikan kepada jiran-jiran dan saudara mara yang menanam pokok hiasan ini supaya memusnahkan pokok ini segera.

Pokok ini sering terdapat di pejabat-pejabat dan sekolah-sekolah sebagai pokok hiasan kerana senang dijaga. Selain itu ia juga senang tumbuh berdasarkan iklim negara ini. Daunnya yang besar dan hijau; menyebabkan ianya selalu diletak di kawasan taman awam.

Photobucket

Tanaman Oleander atau Nerium Oleander dianggap sebagai tanaman paling beracun di dunia. Karena seluruh bahagian pokoknya mengandungi racun dan terdiri dari beberapa jenis racun. Tapi racun yang paling berbahaya adalah oleandrin dan neriine yang boleh berkesan kuat pada jantung.
Meski demikian tanaman ini sering digunakan sebagai pokok hiasan taman dan berasal dari daerah mediteranian dengan tinggi mencapai 1,8-5,4 meter.
Jka menelan daun yang mengandung racun ini akan menimbulkan gejala cirit birit, muntah, sakit perut kuat, mengantuk, pening, denyut jantung tidak teratur serta kematian. Jika mangsa sempat ditolong sebelum 24 jam, maka peluang untuk selamatnya tinggi. Biasanya mangsa akan dipaksa untuk muntah dengan menekan perutnya atau menelan arang aktif untuk menyerap racun.

1 comment:

Cik Eka said...

eii takutlah budak2 gigit pokok keladi ni..
nampak mmg cntik..bahaye rupenye

tq share kak