Sunday, November 6, 2011

INSAF MELIHAT PENDERITAAN KAK SABARIAH.

Assalamualaikum..
Salam Aidiladha aku ucapkan kepada seluruh pembaca blog ini.Sambutan raya aku sempena Aidiladha ni disambuat dalam kesederhanaan..
Pagi tadi aku,suami dan ahli keluarga suami aku pergi melawat sepupu mereka yang terlantar sakit.Aku rasa insaf dan sebak melihat keadaa kak sabariah dan anaknya.
tahun lepas masa anaknya baru terlibat dalam kemalangan dialah yang jaga,salin lampin,cuci mata dan segalanya.Masa tu kak sabariah masih sihat walaupun menghidap barah.Masih boleh berjalan dan kuat.Tapi hari ini aku pergi hanya Tuhan saja yang tahu perasaan aku.Kedua2nya terlantar di atas tilam.Si abang menyuap buah epal ke dalam mulut adiknya.Si ayah menyiapkan minuman utk kami walaupun tidak diminta.Si ibu terlantar sakit disebabkan lumpuh paras pinggang hingga kaki.
Mengingat kembali peristiwa anaknya masa aku pergi tahun lepas anak kak sabariah iaitu gee keluar lepas berbuka puasa utk sambut 31 ogos di alor setar..tak silap motor 125 yang ditunggang baru dibeli..Tak sampai 5 minit die keluar rumah dia excident dengan sebuah kereta.Dekat je dengan rumah.Dia cedera parah..tangan patah..tulang paha patah..mata hilang kedua2nya.Masa aku p tengok tahun lepas kak sabariah cuci mata dia..Ya Allah sakitnya..Masa tu dia meronta2 sambil tangan diikat..Aku tahu betapa sakitnya dia bila kak sabariah cuci mata tu.
Dan hari ni lebih kurang 2 tahun aku p luka2 dia da kering dan dia pun da faham apa yang orang cakap.cuma kaki dan tangan saja masih diikat sebab tak nak dia tergolek ke tempat lain.Sebab dia tak boleh duduk.Kak sabariah yang terbaring disebelahnya hanya boleh bercakap.Masa aku p tadi dia meronta2 bila abang dia lambat suapkan dia buah..dia menjerit2..Kak sabariah suruh dia mengucap dan dia mengucap sampai habis.Masa tu aku sebak sangat.
Dan kini suami kak sabariah terpaksa berhenti kerja untuk menjaga kedua2nya kerana semua anak lelakinya yang lain bekerja di luar.Begitu tabah hati seorang bapa dan suami.
"Kak sabariah..walaupun ayu baru je menjadi sepupu kak sabariah sebab baru 2 tahun ayu berkahwin dengan suami ayu tapi ayu rindukan kak sabariah bersembang macam tahun lepas ayu pergi.Masa tu kak sabariah masih boleh berjalan,bersembang dan bergelak ketawa dengan kami.Hari ni ayu pergi kak sabariah dah terlantar sakit dan tak macam dulu.Semoga kak sabariah,suami dan anak2 yang lain tabah menerima ujian ini.Allah sayangkan kak sabariah dan keluarga.Sebab itulah kak sabariah terpilih untuk ujian ini.Semoga kak sabariah dapat melawan penyakitnya dan sihat seperti dulu.Semoga kak sabariah dapat menjaga anaknya gee seperti dulu.."
YA ALLAH..
KAU BERILAH KEKUATAN KEPADA KELUARGA INI..
SEMOGA MEREKA MENERIMA UJIANMU INI DENGAN PENUH KETABAHN..
Semalam tak silap ada masuk tv9..tapi aku tak sempat nak tengok..
Orang ramai yang ingin membantu keluarga Radzi boleh menghulurkan sumbangan dengan menghubunginya di 012-5979138.
Dibawah ni petikan yang aku ambik dari Utusan Malaysia 3 november 2011 :
Radzi Abdul sabar melayan keperluan isterinya yang menderita barah payudara sementara anaknya, Mohd. Azwandi, 25, (belakang) menyuap makanan kepada Nor Hafizi ketika ditemui di rumah mereka di Kampung Teluk Talipon, Kuala Kedah, Kedah, semalam.

ALOR SETAR 2 Nov. - Seorang bapa yang tinggal di Kampung Teluk Talipon, Kuala Kedah di sini kehilangan mata pencarian setelah berhenti kerja sejak dua bulan lalu untuk menjaga isteri dan anaknya yang terlantar sakit.

Radzi Abdul, 58, yang sebelum ini bekerja sebagai pengawal keselamatan tidak lagi boleh bekerja kerana terpaksa menjaga isterinya, Sabariah Saari, 50, yang menghidap barah payudara manakala anak bongsunya, Nor Hafizi Abd. Aziz, 20, lumpuh kerana terlibat dalam kemalangan jalan raya tahun lalu.

Radzi yang dahulunya memperoleh gaji RM700 sebulan mengambil keputusan untuk berhenti kerja kerana tiada siapa yang boleh menjaga dan menguruskan keperluan harian isteri dan anaknya itu.

"Isteri saya menghidap barah payudara tahap empat sejak lima tahun lalu dan dia tidak boleh bergerak kerana rasa terlalu sakit sejak September lalu.

"Anak bongsu pula lumpuh, buta kedua-dua belah mata, tidak mampu bercakap dan hanya boleh minum susu serta nasi lembik sahaja. Jadi saya terpaksa berhenti kerja sebab kena jaga mereka berdua sepenuh masa," katanya ketika ditemui di rumah mereka di kampung tersebut, di sini, hari ini.

Menurutnya, setiap hari dia akan memasak nasi, menyalin lampin pakai buang anaknya, memandikan dan menyuapkan makanan untuk mereka.

"Pendapatan yang ada cukup untuk kami sekeluarga dan saya beli barang dengan menggunakan wang pencen isteri serta duit simpanan yang semakin sedikit sekarang," katanya sambil menambah isterinya dahulu pernah bekerja di sebuah kilang dan wang pencen yang diterima ialah RM300 sebulan.

Dia memberitahu, anaknya yang lumpuh turut mendapat bantuan RM300 sebulan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), namun masih tidak mencukupi.

Katanya, dia mempunyai lima anak dan Nor Hafizi adalah anak bongsunya.

Dalam pada itu, seorang jiran, Sabariah Hamid, 46, berkata, dia sedih dengan keadaan sahabatnya yang terlantar itu dan berharap ada pihak yang sudi membantu.

"Dulu Sabariah masih boleh berjalan dan dia yang menguruskan anaknya lumpuh ini. Namun sejak dia terlantar sakit, semua tugas menjaga rumah tangga diambil alih oleh suaminya.

"Saya juga miskin seperti mereka dan hanya mampu melawat keluarga ini setiap hari. Jadi saya harap pihak yang berkenaan boleh menghulurkan bantuan yang sewajarnya kepada keluarga ini," ujarnya.

Orang ramai yang ingin membantu keluarga Radzi boleh menghulurkan sumbangan dengan menghubunginya di 012-5979138.

3 comments:

mama fieda said...

mmg sedih...semoga keluarga ini tabah menghadapi dugaan hidup..

~eZmALiZa~ said...

ya allah...ezma ade bace paper ni hari tu...mmg sedih..berat mata memandang, berat lagi bahu nak memikulnya...kasihan pada mereka. semoga ALLAH meringan beban mereka...

:(

ayucinta said...

marilah kite sama2 berdoa...amin..