Thursday, November 3, 2011

BERKALI-KALI TEST AKHIRNYA POSITIF HAMIL.

Assalamualaikum...Wahh si cantik ni da hamil..tahniahh..baca story kat bawah ni pun dah tahu nia tak sabar nak pregnant macam aku.

Bukan sekali dua aktres cantik dari seberang, Nia Ramadhani menguji kehamilannya dan setiap kali itulah keputusannya selau negatif lantas mengundang rasa hampa pada dirinya. Berkat sabar dan doa yang tidak pernah putus, Nia akhirnya dianugerahkan khabar gembira apabila hasil keputusan pada alat uji kehamilan mengesahkan dia kini berbadan dua.

“Saya mula menyedari yang saya sudah 2 minggu lewat datang bulan dan lepas itu baru teringat memeriksanya menggunakan alat uji kehamilan. Ikutkan rasa hati memang sudah malas, sebab sebelum ini, pernah beberapa kali buat pregnancy testnamun hasilnya selalu menghampakan,” ujar bintang sinetron ‘Alisa’ ini.

Nia turut menceritakan bagaimana dia terkejut saat alat penguji kehamilan itu menunjukkan keputusan positif hamil. Selepas itu Nia dan suaminya Ardie Bakrie segera membuat pemeriksaan di hospital dan doktor mengesahkan Nia sudah hamil sembilan minggu.“Sejujurnya kami berdua (dan suami) memang sudah lama menantikan ketibaan cahayamata kerana ini memang impian kami selama ini,” jelas Nia yang nyta teruja dengan kehamilannya.

Seperti ibu hamil muda yang lain, Nia masih mengalami simptom pening dan muntah. Namun Nia nekad untuk tidak terlalu mengambil preskripsi ubat muntah yang diberikan oleh doktor dan hanya makan bila perlu sahaja.

INFO : OH BULAN

Bila turn aku pulak..Insyaallah kalau ada rezeki adalakan..Sabar menanti dan menunggu.

1 comment:

eyza said...

Ayu..
InsyaAllah.. rezeki untuk kita pun akan sampai jugak nanti.. jangan putus asa berdoa dan berusaha....