Sunday, October 30, 2011

BENCINYAA...eee..

ADuss..bencinyaaa tengok personal blog aku ni..uwaa..sapela yang sudi buat personal blog aku bagi cun dan cantik sikit..Dah tak de mood nak update..nak delete je la senang...ok BYee..
Pendek je entry sbb x de mood..:(

Friday, October 28, 2011

CARA MENGENALI PERNIAGAAN YANG MENGGUNAKAN PELARIS.

Assalamualaikum..dikesempatan ini aku nak share satu benda dengan korang iaitu nak tau sesuatu restoran tu guna pelaris ke tidak..Actually zaman sekarang ni ramai yang tak percaya dengan pelaris2 ni..tapi kita kenala beringat bahawa semua manusia kat dunia ni ada sifat dan sikap cemburu..Jadi kite kenala berhati2...Ditambah pulak kalau kita berniaga tak kiralah berniaga ape sekalipun..Pasti ada yang cemburu dengan kita..So untuk melariskan produk perniagaan mereka,mereka menggunakan pelaris..
So jom kita ambil tips dibawah untuk mengetahui sesuatu kedai tersebut guna pelaris atau tidak..
CARA MENGENALI PERNIAGAAN YANG MENGGUNAKAN PELARIS Cara mudahnya nak tahu kedai itu ada pelaris (Khadam jin), baca Ayat Qursi 3kali di luar dari kedai. Sebaiknya semasa dalam kereta. Kemudian buka tingkap dan tiup 7x ke arah kedai. Tak perlulah tiup macam bomoh pooh kiri pooh kanan.he..he.. Tiup perlahan-lahan sampai habis nafas(mcm ustaz Ismail Kamus ajar) Sekiranya ada pelaris di kedai tersebut, “khadam” tu akan marah dan kita akan rasa seperti satu angin menerpa ke muka kita. Kalau dah macam tu, eloklah kita jangan makan dikedai tersebut. Beberapa cara di bawah bolehlah diamalkan untuk mengelak sihir :- 1) Al-Fatihah. 2) Membaca tiga surah terakhir atau 3 Qul setiap hari. Ia berdasarkan hadith : قال لي رسول الله صلى الله عليه وسلم : إقراء قل هو الله أحد , والمعوذتين , حين تمسي و حين تصبح , ثلاث مرات تكفيك من كل شيء ( رواه أبو داود والترمذي ) Ertinya : Baginda S.A.W telah berkata kepadaku : “Bacalah Qul Huwa Allahu Ahad” (al-ikhlas) dan (surah an-Nas) dan (surah al-falaq) sebanyak 3 kali ketika pagi dan petang, ia mampu mencukupkan kamu dari segala sesuatu.( At-Tirmidzi, Bab Doa yang disebut Ketika Ingin Tidur, no 3570 ; Sunan Abu Daud, Bab Apa Yang Dibaca Ketika Subuh, no 5072 ( Nuzhatul Muttaqin, no 1457 , 2/229 ) At-Tirmidzi : Hasan Sohih, An-Nawawi : Sohih

Monday, October 24, 2011

AKHIRNYA AKU FAHAM JUGAK KIRA WAKTU SUBUR.MAI BACA NI.

Assalamualaikum..
Alhamdulillah..setelah beberapa lama aku pening kepala kira waktu subur akhirnya aku terjumpa satu blog yang aku rasa ajar kite lebih tepat cara nak tahu waktu subur.Hasil perkiraan aku banyak kali di kalendar sebelum aku jumpa blog ni betul cuma x confirm je..Then bila aku buat hasil calculate akhirnye confirm betul.Yang last month pun betul..tapi tak da rezeki lagi so aku akan usaha lagi.Insyaallah..Sebelum ni aku pernah buat entry pasal kitaran haid dan waktu subur di SINI.Dan hari ni jomla kite calculate waktu subur kite kat SINI.Nak tau lebih lanjut macam mana nak calculate jom tengok gambar kat bawah ni..
KLIK GAMBAR UNTUK LEBIH JELAS
KLIK GAMBAR UNTUK LEBIH JELAS.
Penerangan yang lebih terperinci ni aku peroleh dari blog PAKAR HOW TO.
Aku da buat dan siap print lagi..Kan senang kat bawah tu dah ada siap waktu subur kite untuk next month..So selamat mencuba ek.
Sharela ramai2..

Tuesday, October 11, 2011

CARA MANDI WAJIB YANG BETUL DAN SAH.

Cara Mandi Wajib Yang Betul Dan Sah…

Mandi wajib merupakan perkataan yang mudah disebut,tetapi jangan terkejut jika dikatakan banyak umat Islam di tanah air kita yang tidak sah mandi wajibnya kerana tidak melakukannya dengan betul.Untuk melakukan mandi wajib yang betul,seseorang itu tidak boleh melakukannya dengan hanya mandi secara berdiri atau duduk mencangkung sahaja. Sebaliknya,ia mesti dilakukan dalam kedua2 keadaan bagi membolehkan seseorang itu meratakan air ke seluruh anggota badannya yang zahir. Penolong Pengarah Bahagian Dakwah,Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM),Ustaz Haji Mat Jais Kamos, menegaskan, bagaimanapun, berdasarkan pengalamannya sebagai bekas kadi di Pejabat Agama Islam Gombak Timur dan penceramah,didapati banyak umat Islam yang tidak mengetahui perkara ini. “Akibatnya,mandi majibnya menjadi tidak sah kerana tidak memenuhi salah satu rukun mandi wajib iaitu meratakan air keseluruh anggota badan yang zahir.Apabila mandi wajib tidak sah,ibadat yang dilakukan oleh seseorang itu juga turut tidak sah. Itulah akibatnya jika tidak melakukan mandi wajib dengan betul.” tegas beliau ketika ditemui di rumahnya di Taman Sri Keramat Kuala Lumpur. Mandi wajib yang juga disebut sebagai mandi junub atau janabah tidak boleh dipandang ringan oleh umat islam.Setiap orang yang melakukannya mestilah mengetahui dan memenuhi rukun2nya. Jika tidak mandi wajib seseorang itu tidak akan sah. Rukun mandi wajib ada 3 perkara: Pertama : Niat. Kedua : Menghilangkan najis pada badan. Ketiga : Meratakan air keseluruh anggota badan yang zahir. Niat mandi wajib: “Sahaja aku mengangkat hadas besar kerana Allah Taala.” Atau ” Sahaja aku mandi wajib kerana Allah Taala.” Niat itu didalam hati dan ia hendaklah disertakan ketika air sampai ke mana2 bahagian anggota badan.Bagi perempuan yang habis haid,niat mandi wajib ialah: "Sahaja aku mengangkat hadas haid kerana Allah Taala.” Manakala bagi perempuan yang habis nifas,niat mandi wajibnya ialah: "Sahaja aku mengangkat hadas nifas kerana Allah Taala”. Niat itu jika dilambatkan atau ketika seseorang itu memulakannya selepas dia telah membasuh salah 1 anggota badannya akan menjadikan mandi wajibnya tidak sah.Oleh itu dia mestilah memulakan kembali niatnya ketika dia mula menyampaikan air keseluruh anggota badannya.Sekiranya dia berniat sebelum air sampai ke badan,niat itu juga tidak sah. Oleh itu mandi wajibnya tidak sah. Mengenai rukun mandi wajib yang ke 2,iaitu menghilangkan najis yang ada pada badan,menurut Ustaz Haji Mat Jais, menurut Imam Nawawi, jika kita ada najis di badan,najis itu boleh dibasuh serentak dengan mandi wajib.Ertinya membasuh najis dengan mandi itu boleh disekalikan. Sementara rukun mandi wajib yang ke 3,iaitu meratakan air ke seluruh anggota badan yang zahir,meliputi kulit, rambut dan bulu yang ada di badan,sama ada bulu2 yang jarang atau lebat.Jika rambut seseorang itu ditocang atau disanggul,sekiranya tidak sampai air ke dalamnya, tocang atau sanggul itu wajiblah dibuka.Bulu2 dalam lubang hidung pula,tidak wajib dibasuh kerana dianggap batin.Tetapi sekiranya,bulu2 di dalam hidung itu bernajis,ia wajiblah dibasuh. Mengenai kuku pula,jika di dalam kuku ada kotoran yg boleh menghalang sampai air ke badan khususnya di bahagian bawah kuku,kotoran itu wajiblah dibuang.Membuang kotoran di dalam kuku itu pula boleh dilakukan ketika sedang mandi. Tentang rambut yg diwarnakan pula selain inai,inilah yang merumitnya. Sebenarnya jika rambut seseorang itu diwarnakan dengan pewarna selain inai,mandi wajib seseorang itu tidak sah.Oleh itu,seseorang yang mewarnakan rambutnya dengan pewarna selain inai,jika dia hendak mandi wajib,dia mestilah membuang pewarna pada rambutnya terlebih dahulu.Tetapi untuk membuang pewarna itu pula bagaimana? Inilah yang rumitnya,sedangkan pewarna pada rambut itu sebenarnya tidak boleh dibuang begitu mudah. Yang menyebabkan mandi wajib orang yang menggunakan pewarna pada rambutnya tidak sah kerana pewarna itu akan menyalut rambutnya yang menghalang air sampai ke rambut. Ini berbeza dengan inai.Inai sebenarnya akan meresap ke rambut,tetapi pewarna pula akan menyalut rambut menyebabkan air terhalang ke rambut. Tetapi dalam hal ini,jangan pula ada yang salah faham.Sebenarnya pewarna itu jika dikeluarkan sijil halal oleh JAKIM dan sekiranya pewarna itu tidak bernajis,bukanlah bermaksud menjadi tidak sah.Dalam hal ini,sukalah saya menyatakan bahawa sembahyang dan mandi wajib itu berbeza.Jadi,mestilah dipandang dari sudut yg berbeza.Dalam hal ini juga,sukalah saya menyatakan,huraian mengenai rukun mandi wajib seperti yang telah saya nyatakan ini adalah merupakan perbezaan sah atau tidak mandi wajib.Jadi,ia perlulah diberikan perhatian yang lebih oleh umat Islam. Mengenai sebab2 seseorang itu wajib mandi wajib pula,Ustaz Haji Mat Jais menegaskan, sebab2nya terdiri daripada 6 sebab. 3 sebab melibatkan lelaki dan perempuan iaitu kerana bersetubuh walaupun tidak keluar air mani,keluar air mani dan mati. Manakala 3 sebab lagi hanya melibatkan kaum perempuan sahaja,iaitu keluar darah haid,nifas dan melahirkan anak(wiladah). Mandi wajib boleh dilakukan dimana2 dengan menggunakan air mutlak sama ada air telaga,air paip,sungai laut dan tasik.Bagi pasangan suami isteri yang bersetubuh pula,mereka tidak semestinya mandi selepas bersetubuh,tetapi diwajibkan mandi ketika ingin beribadat. Selepas bersetubuh pula,jika ia dilakukan pada waktu malam,jika tidak mahu mandi wajib lagi, seelok2nya ambillah wuduk sebelum tidur itu adalah sunat,manakala tidak berwuduk sebelum tidur adalah makruh. Rasulullah S.A.W Bersabda : " Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat, Sebaik-baik manusia itu adalah mereka yang memberi manafaat kepada manusia lain." [Hadith Riwayat Muslim].

‎*Sesiapa yg nak share silakan. Tak perlu mintak izin dah sebab mmg sy nak share dgn semua Sahabat pun.

Monday, October 3, 2011

KORANG PERNAH TENGOK PROSES ANAK TERJADI?JOM TENGOK NI.

Assalamualaikum..
Tadi kat fb aku begitu teruja dan terharu melihat kejadian seorang anak bermula dari proses persenyawaan hinggalah terjadinya anak tersebut.Subhanallah betapa hebatNYA kuasaMU YA Allah.Aku kagum akan kebesaranmu.
Aku try search kat youtube tapi tak de pulak.Kemudian aku jumpa video ni.Yang ni video dari Indonesia.Lebih kurang sama macam video yang aku tengok kt fb tapi yang ni tak la detail sangat macam dalam fb tu.Tapi best tengok video ni.Kite boleh belajar dan tahu bagaimana seorang anak terjadi bermula dari awal proses hinggala proses melahirkan.
Kalau korang rasa nak anak macam aku bolehla tengok video di atas.
hari ni mood aku marah dekat perempuan yang bertopengkan syaitan.Dalam berita pukul 8 tadi bagitau dia dah buang anak yang dia lahir dari tingkat 2 sebuah flat kat selayang.Tak guna sungguh.Ini bukannye binatang lagi.Ni dah syaitan.Binatang pun sayangkan anak.Kenapala terjadi seperti ni.Kalau tak nak sekalipun p la bagi kat orang.Ramai sangat yang nak anak.Pernah pegawai kat opis aku bagitau.Dia tanya aku "Nak tau x kenapa orang tak kawen senang je beranak dan tak sakit??"aku kata tak tau.then pegawai aku cakap.."depa tak rasa sakit sebab tak ada dosa yang akan terhapus ketika melahirkan anak.Sebab mereka da buat zina.Kalau yang kawen akan rasa sakit sebab sakit tula yang menghapuskan dosa2 kecil kita."Bila aku fikir balik betul jugak.Patutla depa ni senang je beranak.Lepas tu buang..eee..geramnya akuu..
Okla..aku nak minum air jap bagi sejuk sikit..