Tuesday, September 13, 2011

SURAT UNTUK POS LAJU MALAYSIA >> grrr..MOOD : MARAH+GERAM+KECEWA

Ajratul Khairah bt Mohd Daud
12345 Jalan Jalan
Cari Makan
06660 Kuala Kedah
Kedah
Pengurus
Pejabat Pos Laju Malaysia
Alamat seperti dibawah
13 September 2011
Tuan
Aduan Mengenai Perkhidmatan Pos Laju
Merujuk perkara di atas saya ingin membuat aduan dengan perkhidmatan Pos Laju.Saya sebagai pengguna tidak berpuas hati dengan perkhidmatan yang telah diberikan.
1. Pada 10 September 2011 suami saya telah mengepos barang kepada pelanggan saya yang berada di Shah Alam.Pada 12 September 2011 pelanggan saya telah menerima barang tersebut dan apa yang mengejutkan, dia telah menerima barangan berupa baju kanak2 lusuh atau buruk dalam plastik pos laju.Untuk pengetahuan tuan, barang yang dipos tidak menggunakan plastik pos laju sebaliknya menggunakan kertas minyak yang dibalut rapi dan juga salotape yang banyak.Kenapa barang tersebut ditukar ke plastik pos laju dan bukan barang yang saya pos.Apa kes?Pihak pos ada hak ke nak buka barang yang dipos?
2. Saya sebagai penjual online berasa malu dekat customer saya dengan kejadian ini.Telah menjatuhkan reputasi saya sebagai peniaga online dan membuatkan customer susah lagi nak mempercayai jualan online ni.Tetapi nasibla customer sy ni faham sebab dia dah pernah beli sebelum ni dan juga tahu saya tak pernah pos guna plastik pos laju.Apa yang peliknya kalaula barang saya tu terkoyak plastiknya takkanla pekerja anda tak tahu baca.Kan ada alamat penuh atas kertas minyak tu.
3. Tengahari tadi saya dan suami telah pergi ke Pejabat Pos Besar kat Alor Setar.Dan alasan yang diberi amatlah tidak munasabah.Seperti yang saya bagitau tadi takkanla kerani anda tak tahu baca.Kalut sangat ke nak pelekat sesuka hati??Actually ni bukanla kesilapan dari pihak pos yang suami saya pos sebab kakak2 pos kat sini semuanya da kenal dan mereka amat cuak kalau melakukan kesilapan.Lagi pula kakak2 ni akan menampal dihadapan suami sy selepas timbang.
4. Mengikut firasat saya, ada kemungkinan pihak pos di mana2 tempat sebelum sampai ke tangan customer telah mengambil borang tersebut dan melekat di plastik pos laju.Borang tu kan boleh dikeluarkan.Ditambah lagi ada tulis shawls kat borang tu.Banyak pula tu shawls.Kenapa perlu pos baju kanak2 yang dah buruk tu?Cuba fikir ada ke orang nak beli baju2 tu?
5. Mengikut kata kerani yang saya buat aduan tadi pampasan akan saya dapat kembali.Tapi bagaimana dengan kepercayaan pelanggan terhadap saya?Pihak tuan bukan boleh nak tanggung.Betul tak?Janganlah kerana nila setitik rosak susu sebelanga.
6. Saya akan menggunakan lagi perkhidmatan ini tapi saya berharap pihak pos laju lebih berhati2 dan menyiasat perkara ini.Jangan berdiam diri saja.Kalau masih tidak dapat diselesaikan saya akan mengambil tindakan polis.
Sekian terima kasih.
Emm kalaulah aku boleh menghantar surat ni ke Pejabat Pos Besarkan best..Tapi biarla..Aku nak tengok je bagaimana dorang nak settlekan kes ni.Menurut kata kerani tu pampasan akan mengambil masa sebulan lebih jugaK.so aku tunggu.Kalau tak de ape2 jugak aku akan kol dorang balik.Kat bawah ni ada gambar2 yang customer aku mms.
Baju kanak2 yang customer aku dapat dalam plastik pos laju.
Aku suruh customer aku ni mms borang die..ye memang betul ni borang dia.
Hasil trace masa aku buat aduan tadi.

7 comments:

Cik Eka said...

pehh apa punya orang yang buat ni..ke saja depa nak tukar dan amek barang2 akak tu....

ksian akak..huhuhuhu...

ayucinta said...

entahla cik eka..dugaan akk..:(

Anastasyea said...

Sebab tu, skrg ni dah ramai yg tak guna Pos Laju lagi. Banyak barang dan surat2 yang tak smpi ke tangan customer. Lebih baik guna penghantaran kurier berbayar yg lain yg lebih terjamin sampai.

www.anastasyea.com

Smoker Haven said...

better pkai pghantaran kurier, just bayar bil tiap bulan cam tu jer..lagik senang, kalau barang xdpt kat tgn tuan badan, dia org akan call n hantar semula sampai dpt dtangan~ pling penting, depa akan siap scan selepas smpai dan tanda tangan. lagi ok.

Cik Eka said...

mereka buat kerja tak telus lah kan..geram jugak dengar...

Nurul Diyana said...

bermasalah dengan poslaju juga harini. agak2 courier mana yang okay nak guna ni?

buat servis pick up byr mahal2 tapi tak mahu dtg pick up

Anonymous said...

Salam. Maaf saya nak bertanya. Pihak pos laju dah bagi pampasan pada sis?
Parcel saya pulak hilang jejak terus. Tengah buat claim. Harap dapatlah claim.