Tuesday, September 20, 2011

PENGALAMAN MENJADI PENIAGA ONLINE.

Assalamualaikum..
Pagi yang indah ini aku nak mengucapkan Syukur kepada Ilahi kerana degan izinNya aku dah lulus kursus Induksi..Eh..buat bisnes online pun ada kursus induksi jugak ke??heee..mestilah ada..nape x percaye??x delah..ni kursus induksi untuk aku confirmkan keje aku sekarang ni.
Seperti yang korang semua tahu dan ada juga yang tak tahu selain bekerja sepenuh masa di jabatan kerajaan aku juga buat bisnes sampingan iaitu berniaga online.Kenapa aku buat semua ini??Actually aku bermula semua ni masa aku tinggal dan keje di KL pada awal tahun 2009.masa tu aku baru je lepas berkahwin dan aku dapat keje kat KL.so terpaksala aku berjauhan dengan en suami.Duk rumah sewa pun dua orang je dengan member.Member ni asyik x de rumah n aku rasa bosan sangat.Balik rumah tengok tv,makan tido..lainla kalau ada suami tercinta disisi..Then dalam fikiran aku tibe2 je aku nak try jual shawls.Almaklumlah opis aku masa tu dekat degan Jalan Tar..then bila dikira budget gaji aku rasanye cukup untuk aku buat modal..
Bila dapat je gaji aku terus pergi jalan tar..dengan modal RM500 aku dapat banyak shawls yang cantik2..Masa tu shawls plain chiffon n printed biasa memang mendapat sambutan.Dan orang ramai pun baru kenal ape itu shawls.
Malam tu bermulalah sesi tangkap gambar.Hanya menggunakan fun Sony Ericson ape entah masa tu aku pun tangkap gambar.Macam2 gaya aku tangkap..Tapi tak puas hati..Lastt aku pakai sendiri shawls tu n tangkap..Okla..then proses buat blog pulak..Okla sebab masa tu aku da ada personal blog..So aku buatla yang gitu2 je..
So bila da publish nak tunggu pulak orang oder..Tak de pun orang oder...huhu..Aku pun promotela dekat Myspace masa tu..Tak de juga orang beli..Aku pun balik Kedah seperti biasa setiap minggu.Tiba2 aku dapat sms.."Kak kite nak beli shawls plain chiffon tu..ada lagi x??'Ya ALLAH bestnyaa..Alhamdulillah...aku da dapat sorang customer..So bulan pertama aku dapat 3 orang customer..Aku ingat sampai sekarang..Rupanya bukan senang nak cari customer kan..
Lepas tu aku aktif kat facebook..Bermula kat fbla aku dapat ramai customer..Walaupun tak banyak seperti blogshop lain setiap hari adala jugak yang oder..Alhamdulillah..Hinggalah kini aku masih lagi ada customer tetap yang oder kat aku setiap kali aku update shawls baru.
Actually banyak dugaan aku harungi sepanjang aku buat bisnes online ni.Pahit manis aku tanggung bersama suami aku.Kadang2 orang nampak macam mudah je kan..Jadual aku sangat padat..Pagi pergi keje,malam balik lepas buat keje umah sikit,solat mulalah aku tangkap gambar kalau ada shawls baru.Kemudian upload kat blogshop.kemudian promote.Kemudian packing barang.Nasibla aku ada suami yang memahami minat aku ni..Diala yang akan pos keesokan harinya semua barang customer..
Kadang2 barang lambat sampai pun customer akan marah2..Kadang2 aku pos lepas dorang bank in tapi sampai lambat..Nak buat macam mana..Macam2 yang aku terima..Ada yang keji dan ada yang puji..Terima kasih di atas kejian dan pujian itu.Aku terima seadanya.
Ada yang tengok gambar shawls aku ada yang cakap aku nak tiru model online shop tulah nilah..ada yang cakap aku hodoh dan tak layak jadi model shawls..Ada yang cakap itu..cakap ini..Pernah aku menangis depan suami aku dan aku give up dengan kerja yang aku buat ni..Tapi atas sokongan en suami aku masih mampu bertahan hingga sekarang.Alhamdulillah..
Ya ALlah walaupun KAU tak beri kami rezeki anak tapi aku bersyukur Kau berikan kami rezeki ini.
Dan kini ALhamdulillah dengan sokongan rakan2 di FB yang dah cecah 38,852 orang aku harap aku berjaya seperti blogshop yang lain..Insyaallah..Doakan aku ye kawan2...
Kepada adik2 kakak2 yang nak buat bisnes online ni yang penting sekali kenalah ada minat untuk sesuatu benda yang kita nak jual..Kalau kita minat penat mana pun kita akan suka..Kita tak mengeluh..kita tak rasa susah.Kita juga perlu tahu benda yang kita nak jual.Contohnya kalau nak jual shawls kita perlu tahu material apa dan sebagainya.Dan yang penting2 sekali perlulah kuat dari segi fizikal dan mental.Jangan cepat putus asa dan sentiasa berdoa pada ALLAH SWT.Jangan masa susah je kita ingat DIA..bila da senang kita Lupa..
Kat bawah ni ada beberapa ciri untuk menjadi usahawan yang berjaya.Semoga tips ini akan menjadi pedoman kita bersama :
  1. Keperluan yang tinggi untuk berjaya.
  2. Hasrat untuk menerima cabaran.
  3. Bebas dari segi fikiran dan tindakan.
  4. Penyelesai masalah.
  5. Sering mengharapkan masa depan yang baik.
  6. Sentiasa peka kepada persekitaran dan sering mencari peluang.
  7. Memiliki kepercayaan timbal balik dengan orang lain.
  8. Kesudian menerima tanggungjawab.
  9. Mahir berkomunikasi
  10. Konsep diri yang positif.
  11. Mahu dan sentiasa belajar dari kesilapan dan orang berjaya.
  12. Berperasaan tidak puashati dan mahu perubahan.
  13. Berorietasikan perancangan.
  14. Berkemahiran dalam pengurusan.
  15. Menetapkan matlamat.
  16. Mahukan kemajuan.
  17. Menyedari keperluan menggunakan agensi dan maklumat.
  18. Berkepimpinan.
  19. Bersungguh dan berusaha.
  20. Pandai membuat keputusan
  21. Melihat satu-satu perkara dari sudut positif .
  22. Bersyukur dengan kehendak Tuhan.
  23. Isitqamah atau konsisten
Selain itu boleh juga cuba tips dibawah ni :
  1. Selawat ke atas Junjungan nabi 100 x selepas setiap solat
  2. Baca surah Al-Waqiah sebelum tidur
  3. Puasa setiap isnin dan khamis setiap minggu.
  4. "Ya Allah, sesungguhnya kuberlindung dengan-Mu daripada duka dan kesedihan, kuberlindung dengan-Mu daripada lemah dan malas, kuberlindung dengan-Mu daripada hidup dirundung hutang dan penindasan"
FACEBOOK : Shawls@AYUCINTA
BLOGSHOP : Shawls@AYUCINTA

2 comments:

meaw said...

caya lah kak ! akak memang terbaik n yg [enting jgn mudah give up tau :D

ayucinta said...

tanxx onie meaw...Insyaallah..