Saturday, September 10, 2011

PENGAKUAN KENAPA RAMAI YANG SUSAH PREGNANT..

Assalamualaikum..

Sejak akhir2 ni kan aku suka sangat SEARCH anything pasal pregnant n awal pregnant..Aku pun tak pasti dan tak tahu kenapa..Maybe aku tak sabar nak ada baby..Walaupun masih belum ada tanda2 aku preggy tapi aku suka sangat baca.Dan salah satu artikel dan cerita yang aku jumpa hasil bw aku ni amat menarik perhatian aku.Dan aku terasa perkara2 ni lah yang menyebabkan aku tak pregnant..Nak tahu ape??jom kite baca..Ya Allah kurniakanlah aku zuriat..Aminnn...

Semoga arwah guru saya sentiasa dicucuri rahmatNya. Ilmu yang ingin saya kongsikan kali ini dipanjangkan untuk tatapan sekelian yang saya perolehi dahulu sewaktu arwah masih hidup.

Zaman moden kini ramai para isteri yang bekerja menambah pendapatan keluarga. Kewangan keluarga semakin meningkat namun seiring dengannya pula ialah peningkatan kesukaran untuk mendapatkan zuriat dalam bahasa mudah ialah susah untuk mengandung.

Bila timbul masalah ini, doktor pakar sakit puan sangat beruntung kerana mendapati bilangan mereka yang ingin berurusan begitu ramai sekali. Kos rawatan yang dikenakan pula ada yang melibatkan puluhan ribu ringgit dan itu pun belum pasti akan mengandung. Jadilah wanita tersebut sebagai bahan ujikaji yang diberikan ubat ini dan itu serta pelbagai rawatan kesuburan lainnya.

Masalah menemui doktor sakit puan ini tidak begitu memudharatkan, ia hanya sekadar memudharatkan kewangan. Yang akan saya ceritakan ini lebih memudharatkan lagi. Bagi yang putus asa dengan rawatan doktor dan alternatif yang lebih mudah dan murah, ramai di antara mereka yang mengalami masalah ini menemui bomoh, dukun dan tukang urut sebagai usaha untuk mendapatkan anak. Inilah yang lebih parah kerana menemui dukun dan bomoh ini sebenarnya adalah permulaan kepada azab yang lebih besar dari Allah kerana telah mensyirikkanNya.

Salah seorang jiran saya sejak kebelakangan ini hampir setiap tahun menerima menantu. Sehingga kini 3 orang anaknya telah selamat melangsungkan perkahwinan mereka. Namun apa yang menyedihkan sekali ialah sehingga kini jiran saya ini belum mendapat pangkat datok kerana anak dan menantu mereka ini masih belum mengandung.

Di tempat kerja saya pula ramai pasangan yang lebih sepuluh tahun kahwin masih belum mendapat anak dan beberapa orang lain pula sudah lima tahun berkahwin juga masih belum mendapat anak. Ada seorang hamba Allah tu apabila saya nasihatkan agar semoga mudah mengandung begitu sombong sekali menolak nasihat saya dengan mencebikkan muka namun hakikatnya ialah sehingga saat ini beliau masih belum mengandung.

Pada hari raya aidilfitri lalu saya telah dikunjungi pasangan suami isteri rakan setugas saya. Dalam pertemuan tersebut sempatlah mereka mengadukan masalah mereka iaitu walaupun sudah lebih setahun berkahwin, isterinya masih belum mengandung. Kira-kira sebulan lepas iaitu kira-kira tiga bulan selepas kunjungan di aidilfitri sewaktu berselisih ditempat kerja, dengan begitu gembira suami pasangan ini mengucap kesyukuran dan terima kasih kerana isterinya baru disahkan mengandung. Alhamdulillah setelah kira-kira 3 bulan mengamalkan nasihat yang diberikan, isterinya telah mengandung.

Satu ketika sewaktu saya membeli belah dipasar raya Extra, saya merasa begitu sedih melihatkan seorang perempuan yang saya jangka seorang isteri sedang memasukkan jeruk anggur ke dalam bekas plastik. Saya merasa sedih kerana ini bakal menyusahkan perempuan ini untuk mengandung.

Saya memberanikan diri untuk mendekati wanita ini dan mula bertanya “suka makan jeruk?” “Memang kegemaran saya” jawab wanita ini. “Sudah berkahwin?” saya menambah. “Sudah 3 tahun” wanita ini menjawab.

Tepat seperti jangkaan saya bahawa wanita ini sudah berkahwin. “Berapa orang anak?” saya menyoal untuk mendapatkan kepastian hipotesis awal saya.

Seperti yang saya jangkakan wanita ini menjawab ” belum dapat anak lagi”. Selepas mendapat fakta yang dikehendaki saya pun memulakan sesi nasihat semoga kelak beliau mendapat anugerah anak termasuklah memberhentikan tabiaat memakan jeruk yang baru sahaja dibeli. Semoga Allah memberikan wanita ini zuriat dari anak yang soleh. Amin.

Kepada anda yang ingin mengandung dan mendapatkan anak, saya sarankan agar anda mengamalkan nasihat berikut:

Elakkan:

  • Minum coca cola, pepsi cola, minuman bergas
  • Makan junk food
  • Segala jeruk kering seperti asam boi dan jeruk basah seperti jeruk mangga dan ceremai
  • Makan makanan fast food seperti KFC, Mc Donald dan piza
  • Makan burger dan nugget
  • Makan jambu batu

Suami pula dikehendaki meminum susu kambing/susu lembu tepung fullcream atau susu segar. Kalau merokok perlu berhentikan tabiaat ini. Si isteri juga kena minum susu lembu sama ada dalam bentuk tepung fullcream atau susu segar.

Dan adalah sangat digalakkan agar anda dapat mengamalkan amalan seperti tertulis dibawah ;

Banyakkan menyebut nama ALLAH (al-Musowwir).

Alamakkkkk!!!tadikan aku p berkelah..aku siap makan jeruk kelubi dan juga air gas...OMG...:((

15 comments:

elora fashion said...

assalam ayu
thanks for this info ye..
saya pon dah masuk 4thn belum ada baby lagi..insyallah saya nak cuba wat apa yg dah sy baca ni..
saya mohon nak share boleh ye..

thanks dear..

farah keifli said...

sabar yea kak..dulu saya pun lambat sikit nak 'lekat'..hmpir setahun jgak mncuba..

ada yg ckp kalau kita kuat senggugut pun susah jgk nak dapat anak..

insyaALLAH ada rezeki akak nanti..bnyak2 bersabar yea..

cik fa said...

walaupun sya tak kahwin lg..
tp nih petua berguna sgt utk msa dpn..
tq kak ayu

Shawl's@ayucinta said...

tanx semua..
insyaallah..suatu hari nanti adala rezeki tu..
farah : akk masa anak dara mmg sengggugut..tula dorang ckp klo senggugut pn ssh nak lekat..tp tak pelah.insyaallah kalao ade rezeki DIA nak bagi adalah.
kita berdoa,berusaha dan tawakkal.

:.syUe.: said...

syue x kahwin lagi tapi nak komen untuk doakan kak ayu moga dikurniakan cahaya mata :)

setiap kata-kata adalah doa..
sabar n jangan berhenti berdoa n minta pada-Nya.. :)

arezura said...

salam sis ayu..
hmmm nk tnye lh..dulu ade terbc entry sis ayu yg sis ayu g wt chekup klinik pasal pragnent ni lh..
bley x bg tau sy cm ne nk g wt tu..maksudnye mane sy nk g..ape yg nk ckp..klinik mane..plss sis..

Anonymous said...

tips... sebelum nak buat anak n ready nak ada anak..
1) p li kat farmasi acid folid pastu makan ikut jadual..
2) jaga pemakanan elak yang goreng n gulai... kari...makan vitamin n minum byk air
3) p bulan madu n relax2 x leh stress
4) time buat "projek" suami kena shoot tepat n dalam2...si isteri kena duk bawah.. isteri x leh terus p basuh.. angkat kaki tinggi lebih elok sandar pada dinding kaki tu... bg air mani x mudah keluar.. ni org tua cakap lah...

Nur Ezqy said...

Assalammualaikum dan salam sejahtera

ingin menjemput anda ke blogshop saya:
http://kit-ujian-kehamilan-murah.blogspot.com

PROMOSI!!! RM1/pcs Pregnancy Test & Ovulation Test Strip
SMS/E-mail saya

Puan.Nor
no.tel:0122429082

email: lovidoobidoo@gmail.com


ctee aton said...

Thanx..info yang bermanfaat utk kaum2 ibu. Nice sharing. Utk info mengenai pengalaman susah dapat anak blh lawat blog sy di www.esihat.com

ctee aton said...

Thanx..info yang bermanfaat utk kaum2 ibu. Nice sharing. Utk info mengenai pengalaman susah dapat anak blh lawat blog sy di www.esihat.com

Anonymous said...

alamak..semua yg makanan tu paling saya suka.x tau plok ada kesan,patutla dah 3 tahun kawin tak de apa2 tanda,

Anonymous said...

thanks nasihat yang berguna tapi kadang tu masalh ni banyak jugak berpunca daripada lelaki selalunya akibat merokok sebab merokok tu boleh merosakkan sperma.

zara said...

Salam .. sekadar berkongsi cerita .. saya ada baca Dr. Hamid Arshat pakar sakit puan tu kata kalau susah mengandung kena makan vitamin2 supaya badan sihat .. wallahualam .. apa pun yang belum berjaya jgn putus asa .. sentiasa berdoa dan berusaha insyaAllah rezeki semuanya ditentukan ALlah jua.

nazilah ramli said...

Salam..sory nk mencelah..saya setuju psl merokok mmg blh matikan sperma..tp skrg dwh mcm2 ubat yg pentg try ubat tradisional berasaskan manjakani kerana manjakani mmg elok utk pompuan..ubat herba traditional buatan org kpg

nazilah ramli said...

Salam..sory nk mencelah..saya setuju psl merokok mmg blh matikan sperma..tp skrg dwh mcm2 ubat yg pentg try ubat tradisional berasaskan manjakani kerana manjakani mmg elok utk pompuan..ubat herba traditional buatan org kpg