Thursday, September 29, 2011

HOW TO WEAR A HIJAB LIKE DIAN PELANGI..JOM TENGOK!

Assalamualaikum..
Fenomena gadis2 yang memakai tudung kembali menjadi ikutan.Selepas yuna,maria elena dan hana tajima kini fenomena dian pelangi pulak yang muncul.Kepada korang yang suka ikut trend dorang ni mesti nak ikut style dian pulak.Style dian ni tak susah sangat.Hanya mengguna scarf 4 segi u allz..Lepas ni ramai pulak yang jual scarf 4 segi termasukla aku.hehe..yela..nak jual sesuatu barang tu pun kena tengok pada trend jugak.Kalau dulu tudung bawal jadi trend,kemudian shawls printed,shawls sateen,pashmina dan kini kembali pada scarf 4 segi.
Okla..kepada yang nak pakai scarf 4 segi ni korang juga boleh bergaya tau..jom tengok dian pelangi ajar korang cara nak pakai scarf macam dia.
1. what you need: a headscarf, a head-fitted inner for headscarf, a pendant-pin, and a needle
2. fold the headscarf and wear it as usual. don't forget to wear the head-fitted inner before
3. pull the left side to the right side, close to the inner
4. pin it
5. and it will be look like this
6. pull the rest to the back side
7. and pin it to the inner, avoiding the visible neck and hair
8. and for the right side, just let it flow
9. or you can put it on the left side to make it more neat Selamat mencuba...
Nantikan aku update scarf 4 segi untuk korang bergaya seperti dian ya.
ikhsan dari blog dian.

Tuesday, September 27, 2011

FESYEN TUDUNG FIDA (KASIH ALIA) YG TERBARU.

Assalamualaikum..
Hari ni kisah fida lagi..tak silap aku gambar2 kat bawah ni diambil masa pertunjukan fesyen baru2 ini..Kenapa fida da berubah ye..Lepas satu2 kontroversi die ni..dulu kite minat dia..Tapi sejak akhir2 ni kontrobesi yg dibuat sendiri oleh si fida ni..Secara jujur kite da x minat die ni..kalau ye pun nak ubah fesyen n nak jadi lebih fashionista pakaila baju yg tutup leher tu sayang..janganla dedahkan aurat tu..Sebab orang semua kenal awak dengan tudung bawal je..Lepas awak popular dan nama da naik awak semakin galak membuka tudung sikit demi sikit..Tapi tak pela..maybe ade yang kata aku ni penyibuk tahap babun tapi sebenarnye aku sedikit kecewa degan fida sekarang..So aku da tak minat dia da.
FIDA DIAWAL KEMUNCULANNYA.
Sopan dan ayu je kann..
Kat bawah ni entry diambil dari izyan.com..jomla tengok..
"Episod duka mengenai penyebaran gambar tak bertudung Fida baru-baru ini telah diakui ianya kesilapan besar kekasihnya Mamat yang meng-upload gambar berkenaan di laman sosial, melalui media online. Kita lupakan kisah itu, sebab benda itu tidak disengajakan dan bukan untuk memburukan imej Fida, Fida semamngnya seorang yang baik.
FIDA SEKARANG..LU PIKIRLA SENDIRI
Lain pula cerita mengenai Fida kali ini. Biasalah orang dah famous, mesti ada sahaja cerita mengenai dirinya. Fida baru-baru ni menyertai MASiF 2011 yang berlangsung selama tiga hari di KLCC hujung minggu lalu. Fida kelihatan seperti Dato' Siti Nurhaliza dari segi penampilannya. Yang tu xpa lah, dah jadi trend masa kini. Tapi Fida sepertinya dah mula mendedahkan sedikit demi sedikit kepada umum mengenai dirinya. Oo Fida, kami mahu anda kekal imej seperti dahulu, seperti gadis melayu yang kami inginkan. :)

Wednesday, September 21, 2011

ALAA NAPE FIDA (KASIH ALIA) TAK PAKAI TUDUNG??SEDIHH..

Assalamualaikum..
Korang kenal Fida tak..Alaa pelakon yang berlakon Kasih Alia tu??Aku minat kat die sebab die pakai tudung dan comel..Tapi bila aku baca gosip ni kat IZYAN.COM aku rasa sedih pulak..Yela kita kenali fida ni dengan memakai tudung..Tapi bila dia keluar dengan Mamat Sepah ni tak pakai tudung rasa lain pulak..Alaa fida..kenape tanggalkan tudung tu??Fida kan tak kawen lagi dengan Mamat ni??Nanti kalau dah kawen Fida tak nak pakai pun tak pela..:(Kite sedih la sebab kite minat kat fida ni.Lagi pula bila fida pakai tudung nampak comel sangat..Kite harap lepas ni dah x de gambar dan gosip2 yang melanda diri fida lagi...
STORY DARI IZYAN.COM
"Wah kalau dah ber-couple tu, mesti semuanya indah-indahkan. Pasangan pelakon, Fida yang kini hangat bercinta dengan pelawak, Mamat Sepah bukanlah suatu yang asing lagi, pasti ramai sudah tahu dengan episod cinta mereka. Tapi tahukah anda gambar dibawah ni bakal memberikan persepsi anda terus berubah mengenai Fida. Mengikut daripada sumber daripada penghantar gambar berkenaan, gambar diambil ditempat umum oleh Mamat sendiri, (pantulan gambar pada dinding badan kereta) kepada kekasihnya Fida. Tapi Fida tidak bertudung ketika ini, hanya sekadar memakai topi. Biar betik, bukankah setahu kita penampilan Fida selama ini sentiasa memakai tudung. Adakah ini sekadar trend, memakai tudung diwaktu bertemu orang ramai atau media.? lu dah kantoi ni Fida oi.. Zzz"
SUMBER : IZYAN.COM
IMG-20110907-00388

Tuesday, September 20, 2011

PENGALAMAN MENJADI PENIAGA ONLINE.

Assalamualaikum..
Pagi yang indah ini aku nak mengucapkan Syukur kepada Ilahi kerana degan izinNya aku dah lulus kursus Induksi..Eh..buat bisnes online pun ada kursus induksi jugak ke??heee..mestilah ada..nape x percaye??x delah..ni kursus induksi untuk aku confirmkan keje aku sekarang ni.
Seperti yang korang semua tahu dan ada juga yang tak tahu selain bekerja sepenuh masa di jabatan kerajaan aku juga buat bisnes sampingan iaitu berniaga online.Kenapa aku buat semua ini??Actually aku bermula semua ni masa aku tinggal dan keje di KL pada awal tahun 2009.masa tu aku baru je lepas berkahwin dan aku dapat keje kat KL.so terpaksala aku berjauhan dengan en suami.Duk rumah sewa pun dua orang je dengan member.Member ni asyik x de rumah n aku rasa bosan sangat.Balik rumah tengok tv,makan tido..lainla kalau ada suami tercinta disisi..Then dalam fikiran aku tibe2 je aku nak try jual shawls.Almaklumlah opis aku masa tu dekat degan Jalan Tar..then bila dikira budget gaji aku rasanye cukup untuk aku buat modal..
Bila dapat je gaji aku terus pergi jalan tar..dengan modal RM500 aku dapat banyak shawls yang cantik2..Masa tu shawls plain chiffon n printed biasa memang mendapat sambutan.Dan orang ramai pun baru kenal ape itu shawls.
Malam tu bermulalah sesi tangkap gambar.Hanya menggunakan fun Sony Ericson ape entah masa tu aku pun tangkap gambar.Macam2 gaya aku tangkap..Tapi tak puas hati..Lastt aku pakai sendiri shawls tu n tangkap..Okla..then proses buat blog pulak..Okla sebab masa tu aku da ada personal blog..So aku buatla yang gitu2 je..
So bila da publish nak tunggu pulak orang oder..Tak de pun orang oder...huhu..Aku pun promotela dekat Myspace masa tu..Tak de juga orang beli..Aku pun balik Kedah seperti biasa setiap minggu.Tiba2 aku dapat sms.."Kak kite nak beli shawls plain chiffon tu..ada lagi x??'Ya ALLAH bestnyaa..Alhamdulillah...aku da dapat sorang customer..So bulan pertama aku dapat 3 orang customer..Aku ingat sampai sekarang..Rupanya bukan senang nak cari customer kan..
Lepas tu aku aktif kat facebook..Bermula kat fbla aku dapat ramai customer..Walaupun tak banyak seperti blogshop lain setiap hari adala jugak yang oder..Alhamdulillah..Hinggalah kini aku masih lagi ada customer tetap yang oder kat aku setiap kali aku update shawls baru.
Actually banyak dugaan aku harungi sepanjang aku buat bisnes online ni.Pahit manis aku tanggung bersama suami aku.Kadang2 orang nampak macam mudah je kan..Jadual aku sangat padat..Pagi pergi keje,malam balik lepas buat keje umah sikit,solat mulalah aku tangkap gambar kalau ada shawls baru.Kemudian upload kat blogshop.kemudian promote.Kemudian packing barang.Nasibla aku ada suami yang memahami minat aku ni..Diala yang akan pos keesokan harinya semua barang customer..
Kadang2 barang lambat sampai pun customer akan marah2..Kadang2 aku pos lepas dorang bank in tapi sampai lambat..Nak buat macam mana..Macam2 yang aku terima..Ada yang keji dan ada yang puji..Terima kasih di atas kejian dan pujian itu.Aku terima seadanya.
Ada yang tengok gambar shawls aku ada yang cakap aku nak tiru model online shop tulah nilah..ada yang cakap aku hodoh dan tak layak jadi model shawls..Ada yang cakap itu..cakap ini..Pernah aku menangis depan suami aku dan aku give up dengan kerja yang aku buat ni..Tapi atas sokongan en suami aku masih mampu bertahan hingga sekarang.Alhamdulillah..
Ya ALlah walaupun KAU tak beri kami rezeki anak tapi aku bersyukur Kau berikan kami rezeki ini.
Dan kini ALhamdulillah dengan sokongan rakan2 di FB yang dah cecah 38,852 orang aku harap aku berjaya seperti blogshop yang lain..Insyaallah..Doakan aku ye kawan2...
Kepada adik2 kakak2 yang nak buat bisnes online ni yang penting sekali kenalah ada minat untuk sesuatu benda yang kita nak jual..Kalau kita minat penat mana pun kita akan suka..Kita tak mengeluh..kita tak rasa susah.Kita juga perlu tahu benda yang kita nak jual.Contohnya kalau nak jual shawls kita perlu tahu material apa dan sebagainya.Dan yang penting2 sekali perlulah kuat dari segi fizikal dan mental.Jangan cepat putus asa dan sentiasa berdoa pada ALLAH SWT.Jangan masa susah je kita ingat DIA..bila da senang kita Lupa..
Kat bawah ni ada beberapa ciri untuk menjadi usahawan yang berjaya.Semoga tips ini akan menjadi pedoman kita bersama :
  1. Keperluan yang tinggi untuk berjaya.
  2. Hasrat untuk menerima cabaran.
  3. Bebas dari segi fikiran dan tindakan.
  4. Penyelesai masalah.
  5. Sering mengharapkan masa depan yang baik.
  6. Sentiasa peka kepada persekitaran dan sering mencari peluang.
  7. Memiliki kepercayaan timbal balik dengan orang lain.
  8. Kesudian menerima tanggungjawab.
  9. Mahir berkomunikasi
  10. Konsep diri yang positif.
  11. Mahu dan sentiasa belajar dari kesilapan dan orang berjaya.
  12. Berperasaan tidak puashati dan mahu perubahan.
  13. Berorietasikan perancangan.
  14. Berkemahiran dalam pengurusan.
  15. Menetapkan matlamat.
  16. Mahukan kemajuan.
  17. Menyedari keperluan menggunakan agensi dan maklumat.
  18. Berkepimpinan.
  19. Bersungguh dan berusaha.
  20. Pandai membuat keputusan
  21. Melihat satu-satu perkara dari sudut positif .
  22. Bersyukur dengan kehendak Tuhan.
  23. Isitqamah atau konsisten
Selain itu boleh juga cuba tips dibawah ni :
  1. Selawat ke atas Junjungan nabi 100 x selepas setiap solat
  2. Baca surah Al-Waqiah sebelum tidur
  3. Puasa setiap isnin dan khamis setiap minggu.
  4. "Ya Allah, sesungguhnya kuberlindung dengan-Mu daripada duka dan kesedihan, kuberlindung dengan-Mu daripada lemah dan malas, kuberlindung dengan-Mu daripada hidup dirundung hutang dan penindasan"
FACEBOOK : Shawls@AYUCINTA
BLOGSHOP : Shawls@AYUCINTA

Wednesday, September 14, 2011

INNER NECK PUNYA ANGKARA!!!

Assalamualaikum.
Dah lama rasanya aku tak hupdate inner neck cotton kat blogshop aku.
So malam ni aku da update khas untuk korang semua.
Sila2la rajinkan diri anda degan klik blogshop aku untuk tengok inner neck cotton warna hitam ni.
Actually bukan aku tak nak jual warna selain warna hitam tapi bila aku update je warna lain ramai yang tanya warna hitam tak de ke??bila da sold out masih ramai lagi yang tanya.Ramai yang suka hitam termasukla aku.Bukan ape hitam kan sesuai dipakai dengan warna apa sj.So senang kan..sekali beli je boleh match dengan pelbagai jenis warna.
So kepada gadis2...ibu2 gadis yang nak beli inner ni bolehla klik SINI ye.
Boleh digayakan dengan 2 cara.
1.yang macam ayu pakai tak melekap didahi.So bila pakai janganla tarik kebelakang sangat.
2.Cara yang kedua macam Fida Ibrahim pakai.boleh tarik kebelakang.Bagi muka yang kecil dan comel sesuaila menggayakannya.Ayu muka bulat so sesuai dgn cara 1.hihi..
Abaikan muka aku tu ye..tengok inner je..weee..
credit gambar kat fida ibrahim..:)

Tuesday, September 13, 2011

HOW TO WEAR SHAWLS SATEEN & BARU NAK BELAJAR PAKAI SHAWLS.TENGOKLA TUTORIAL NI.

HOW TO WEAR SHAWLS SATEEN & BARU NAK BELAJAR PAKAI SHAWLS.TENGOKLA TUTORIAL NI.

Assalamualaikum..
Selama ayu jual shawls sateen ni ramai yang bertanya macam mana nak pakai macam yunla..macam hana tajima la..so kat bawah ni ayu ade beberapa tutorial memakai shawls sateen hana tajima ni.
So bila da tengok bolehla korang cuba memakai shawls sateen ni ye.klik SINI untuk oder shawls sateen.
Cara pertama : cara ni la paling banyak permintaan.So bila da tengok tutorial ni korang bolehla cuba ye.
Credit video ni pada fify.
Cara yang kedua mudah je.Kalau korang tengok betul2 tutorial ni Insyaallah boleh.
Kalau nak shawls sateen macam ni klik SINI tau.
Tutorial ketiga ni bukanlah tutorial shawls sateen.Tapi tutorial untuk mereka yang mula2 belajar nak pakai shawls.Mudah je..
dannn...
tolong buat tak tau je ye dengan VID kat bawah ni.huahuahua..da lama x buat tutorial jadi kelam kabut sikit.Mukaku yang tembam amat.
Grrr...rasanya tutorial paling mudah kot.So kalau korang nak try bolehla..
kalau nak shawls sateen 2 tones mcm yg aku pakai ni klik SINI..
Okla kepada korang selamat mencuba!!
Nak beli shawls klik je Shawls@AYUCINTA
MURAH.MENARIK.MENAWAN.

SURAT UNTUK POS LAJU MALAYSIA >> grrr..MOOD : MARAH+GERAM+KECEWA

Ajratul Khairah bt Mohd Daud
12345 Jalan Jalan
Cari Makan
06660 Kuala Kedah
Kedah
Pengurus
Pejabat Pos Laju Malaysia
Alamat seperti dibawah
13 September 2011
Tuan
Aduan Mengenai Perkhidmatan Pos Laju
Merujuk perkara di atas saya ingin membuat aduan dengan perkhidmatan Pos Laju.Saya sebagai pengguna tidak berpuas hati dengan perkhidmatan yang telah diberikan.
1. Pada 10 September 2011 suami saya telah mengepos barang kepada pelanggan saya yang berada di Shah Alam.Pada 12 September 2011 pelanggan saya telah menerima barang tersebut dan apa yang mengejutkan, dia telah menerima barangan berupa baju kanak2 lusuh atau buruk dalam plastik pos laju.Untuk pengetahuan tuan, barang yang dipos tidak menggunakan plastik pos laju sebaliknya menggunakan kertas minyak yang dibalut rapi dan juga salotape yang banyak.Kenapa barang tersebut ditukar ke plastik pos laju dan bukan barang yang saya pos.Apa kes?Pihak pos ada hak ke nak buka barang yang dipos?
2. Saya sebagai penjual online berasa malu dekat customer saya dengan kejadian ini.Telah menjatuhkan reputasi saya sebagai peniaga online dan membuatkan customer susah lagi nak mempercayai jualan online ni.Tetapi nasibla customer sy ni faham sebab dia dah pernah beli sebelum ni dan juga tahu saya tak pernah pos guna plastik pos laju.Apa yang peliknya kalaula barang saya tu terkoyak plastiknya takkanla pekerja anda tak tahu baca.Kan ada alamat penuh atas kertas minyak tu.
3. Tengahari tadi saya dan suami telah pergi ke Pejabat Pos Besar kat Alor Setar.Dan alasan yang diberi amatlah tidak munasabah.Seperti yang saya bagitau tadi takkanla kerani anda tak tahu baca.Kalut sangat ke nak pelekat sesuka hati??Actually ni bukanla kesilapan dari pihak pos yang suami saya pos sebab kakak2 pos kat sini semuanya da kenal dan mereka amat cuak kalau melakukan kesilapan.Lagi pula kakak2 ni akan menampal dihadapan suami sy selepas timbang.
4. Mengikut firasat saya, ada kemungkinan pihak pos di mana2 tempat sebelum sampai ke tangan customer telah mengambil borang tersebut dan melekat di plastik pos laju.Borang tu kan boleh dikeluarkan.Ditambah lagi ada tulis shawls kat borang tu.Banyak pula tu shawls.Kenapa perlu pos baju kanak2 yang dah buruk tu?Cuba fikir ada ke orang nak beli baju2 tu?
5. Mengikut kata kerani yang saya buat aduan tadi pampasan akan saya dapat kembali.Tapi bagaimana dengan kepercayaan pelanggan terhadap saya?Pihak tuan bukan boleh nak tanggung.Betul tak?Janganlah kerana nila setitik rosak susu sebelanga.
6. Saya akan menggunakan lagi perkhidmatan ini tapi saya berharap pihak pos laju lebih berhati2 dan menyiasat perkara ini.Jangan berdiam diri saja.Kalau masih tidak dapat diselesaikan saya akan mengambil tindakan polis.
Sekian terima kasih.
Emm kalaulah aku boleh menghantar surat ni ke Pejabat Pos Besarkan best..Tapi biarla..Aku nak tengok je bagaimana dorang nak settlekan kes ni.Menurut kata kerani tu pampasan akan mengambil masa sebulan lebih jugaK.so aku tunggu.Kalau tak de ape2 jugak aku akan kol dorang balik.Kat bawah ni ada gambar2 yang customer aku mms.
Baju kanak2 yang customer aku dapat dalam plastik pos laju.
Aku suruh customer aku ni mms borang die..ye memang betul ni borang dia.
Hasil trace masa aku buat aduan tadi.

Monday, September 12, 2011

INVITATION CARD DARI DARA.COM

Assalamualaikum..
ka fiza tanx sebab invite..tapi macam tak boleh pergi je sebab jauh..lagipun lusa je kan..tak sempat nak ambik cuti..huhu..sedihh..
kak fiza nanti kalau ada ape2 lg time cuti2 inform ek..
tanx kpd team Dara.Com..
Kepada sesiapa yg dapat invitation card ni kalau pergi nanti info2 la kite ek..

Saturday, September 10, 2011

PENGAKUAN KENAPA RAMAI YANG SUSAH PREGNANT..

Assalamualaikum..

Sejak akhir2 ni kan aku suka sangat SEARCH anything pasal pregnant n awal pregnant..Aku pun tak pasti dan tak tahu kenapa..Maybe aku tak sabar nak ada baby..Walaupun masih belum ada tanda2 aku preggy tapi aku suka sangat baca.Dan salah satu artikel dan cerita yang aku jumpa hasil bw aku ni amat menarik perhatian aku.Dan aku terasa perkara2 ni lah yang menyebabkan aku tak pregnant..Nak tahu ape??jom kite baca..Ya Allah kurniakanlah aku zuriat..Aminnn...

Semoga arwah guru saya sentiasa dicucuri rahmatNya. Ilmu yang ingin saya kongsikan kali ini dipanjangkan untuk tatapan sekelian yang saya perolehi dahulu sewaktu arwah masih hidup.

Zaman moden kini ramai para isteri yang bekerja menambah pendapatan keluarga. Kewangan keluarga semakin meningkat namun seiring dengannya pula ialah peningkatan kesukaran untuk mendapatkan zuriat dalam bahasa mudah ialah susah untuk mengandung.

Bila timbul masalah ini, doktor pakar sakit puan sangat beruntung kerana mendapati bilangan mereka yang ingin berurusan begitu ramai sekali. Kos rawatan yang dikenakan pula ada yang melibatkan puluhan ribu ringgit dan itu pun belum pasti akan mengandung. Jadilah wanita tersebut sebagai bahan ujikaji yang diberikan ubat ini dan itu serta pelbagai rawatan kesuburan lainnya.

Masalah menemui doktor sakit puan ini tidak begitu memudharatkan, ia hanya sekadar memudharatkan kewangan. Yang akan saya ceritakan ini lebih memudharatkan lagi. Bagi yang putus asa dengan rawatan doktor dan alternatif yang lebih mudah dan murah, ramai di antara mereka yang mengalami masalah ini menemui bomoh, dukun dan tukang urut sebagai usaha untuk mendapatkan anak. Inilah yang lebih parah kerana menemui dukun dan bomoh ini sebenarnya adalah permulaan kepada azab yang lebih besar dari Allah kerana telah mensyirikkanNya.

Salah seorang jiran saya sejak kebelakangan ini hampir setiap tahun menerima menantu. Sehingga kini 3 orang anaknya telah selamat melangsungkan perkahwinan mereka. Namun apa yang menyedihkan sekali ialah sehingga kini jiran saya ini belum mendapat pangkat datok kerana anak dan menantu mereka ini masih belum mengandung.

Di tempat kerja saya pula ramai pasangan yang lebih sepuluh tahun kahwin masih belum mendapat anak dan beberapa orang lain pula sudah lima tahun berkahwin juga masih belum mendapat anak. Ada seorang hamba Allah tu apabila saya nasihatkan agar semoga mudah mengandung begitu sombong sekali menolak nasihat saya dengan mencebikkan muka namun hakikatnya ialah sehingga saat ini beliau masih belum mengandung.

Pada hari raya aidilfitri lalu saya telah dikunjungi pasangan suami isteri rakan setugas saya. Dalam pertemuan tersebut sempatlah mereka mengadukan masalah mereka iaitu walaupun sudah lebih setahun berkahwin, isterinya masih belum mengandung. Kira-kira sebulan lepas iaitu kira-kira tiga bulan selepas kunjungan di aidilfitri sewaktu berselisih ditempat kerja, dengan begitu gembira suami pasangan ini mengucap kesyukuran dan terima kasih kerana isterinya baru disahkan mengandung. Alhamdulillah setelah kira-kira 3 bulan mengamalkan nasihat yang diberikan, isterinya telah mengandung.

Satu ketika sewaktu saya membeli belah dipasar raya Extra, saya merasa begitu sedih melihatkan seorang perempuan yang saya jangka seorang isteri sedang memasukkan jeruk anggur ke dalam bekas plastik. Saya merasa sedih kerana ini bakal menyusahkan perempuan ini untuk mengandung.

Saya memberanikan diri untuk mendekati wanita ini dan mula bertanya “suka makan jeruk?” “Memang kegemaran saya” jawab wanita ini. “Sudah berkahwin?” saya menambah. “Sudah 3 tahun” wanita ini menjawab.

Tepat seperti jangkaan saya bahawa wanita ini sudah berkahwin. “Berapa orang anak?” saya menyoal untuk mendapatkan kepastian hipotesis awal saya.

Seperti yang saya jangkakan wanita ini menjawab ” belum dapat anak lagi”. Selepas mendapat fakta yang dikehendaki saya pun memulakan sesi nasihat semoga kelak beliau mendapat anugerah anak termasuklah memberhentikan tabiaat memakan jeruk yang baru sahaja dibeli. Semoga Allah memberikan wanita ini zuriat dari anak yang soleh. Amin.

Kepada anda yang ingin mengandung dan mendapatkan anak, saya sarankan agar anda mengamalkan nasihat berikut:

Elakkan:

  • Minum coca cola, pepsi cola, minuman bergas
  • Makan junk food
  • Segala jeruk kering seperti asam boi dan jeruk basah seperti jeruk mangga dan ceremai
  • Makan makanan fast food seperti KFC, Mc Donald dan piza
  • Makan burger dan nugget
  • Makan jambu batu

Suami pula dikehendaki meminum susu kambing/susu lembu tepung fullcream atau susu segar. Kalau merokok perlu berhentikan tabiaat ini. Si isteri juga kena minum susu lembu sama ada dalam bentuk tepung fullcream atau susu segar.

Dan adalah sangat digalakkan agar anda dapat mengamalkan amalan seperti tertulis dibawah ;

Banyakkan menyebut nama ALLAH (al-Musowwir).

Alamakkkkk!!!tadikan aku p berkelah..aku siap makan jeruk kelubi dan juga air gas...OMG...:((

Wednesday, September 7, 2011

HAMIL MINGGU PERTAMA.

ASSALAMUALAIKUM..
Berikut adalah gambaran tentang proses perkembangan kehamilan yang sekaligus juga merupakan pertumbuhan bayi anda setiap minggu. Tapi perlu diigat setiap kehamilan itu berbeza.
Sebenarnya agak pelik kalau kita mengira minggu-minggu kehamilan dari masa terakhir menstruasi. Tapi disebabkan kebanyakan perempuan hampir tidak dapat memastikan tepatnya mereka mulai mengandung (dan itu wajar), maka lebih baik doktor menghitung dari masa terakhir anda menstruasi walaupun sebenarnya anda belum hamil setidaknya sampai 2 minggu kemudian. Contohnya jika doktor anda mengatakan bahwa anda hamil 12 minggu (berdasarkan masa terakhir anda menstruasi), bererti anda mulai mengandung 10 minggu yang lalu.

Ini adalah minggu yang sangat awal, jika anda merencanakan kehamilan, anda harus mulai berfikir bahawa anda sudah hamil. Ini bererti makan makanan yang sehat, minum vitamin untuk kehamilan yang mengandung asid folic dan berhenti dari minum ubat-ubatan, merokok, alkohol dan makanan lain yang tidak sehat.

TANX NUFFNANG..LEBIU..LEBIU..TP TAK MAU TEBUS LAGII..

Assalamualaikum..
amboi2..laju sungguh aku update blog hari ni..
Tadi sajala buka nuffnang ni sebab nak tengok berapa yang dah dapat..hehe..
yang nuff untuk blogshop aku.Alhamdulillah..sikit je..tp bolehla buat modal ambik shawls..Tapi aku taknak la tebus lagi..Biarla die beranak pinak dulu..buat macam ASB.hehe..TRY KLIK IKLAN SEBELAH TU ---->
Seperti orang lain aku pun terpaksa boldkan amount tu sebab malula..sikit je..Kalau blogger lain mesti banyakkan..:)Mesti syiokkann...

Sunday, September 4, 2011

GAMBAR : SEKITAR MAJLIS OPEN HOUSE DAN KENDURI MASUK RUMAH.

Assalamualaikum..
Alhamdulillah selesai sudah open house sempena aidilfitri dan kenduri masuk rumah baru.Ramai juga yang datang sampai tak sempat nak posing2..ade beberapa keping je gambar.Itupun nasib suruh en suami tangkap gambar.Kalau tak tak de langsung.
Kenduri ni aku buat sempena masuk rumah baru.Aku buat raya ke 4 hari tu.Semuanya berjalan lancar..Aku nak ucapkan terima kasih banyak2 dekat family mertua aku yang bertungkus lumus memasak..Kepada mak,abah,adik2 n family aku yang lain terima kasih sudi datang..Kepada acik dan mak tam terima kasih buat kek dan air yang sangat sedap..Buah tembikai pun habis.
Kepada en suami yang tersayang terima kasih sebab adakan kenduri ni..
Kepada semua kawan2 yang datang tq sangat2.Maaflah kalau ade terkurang..
Masa ni tak ramai lagi yang datang
My adik..Sangat sayang dekat dia.
My mak..tanx mak datang..
Borak2 lepas makan..

Saturday, September 3, 2011

KITARAN HAID DAN WAKTU SUBUR.MARI BELAJAR!

Fahami kitaran haid wanita Assalamualaikum..
Petang ni aku bw kat blog kwn2 n aku jumpa 1 entry yang aku rasa best jugak.Iaitu cara kiraan waktu subur dan kitaran haid.Aku yang kureng sikit pasal waktu subur ni pun baca sampai habis dan aku rasa macam senang nak faham.Kalau ade rakan2 yang macam aku yg tak pandai nak kira pusingan haid bolehla baca entry ni.
Kitaran haid wanita berlaku setiap bulan secara puratanya ialah 28-30 hari. Tetapi wanita mempunyai kitarannya sendiri, ada yang 25 hari dan ada juga yang lambat iaitu 35 hari. Tetapi secara puratanya ialah 28-30 hari. Terdapat empat fasa dalam kitaran haid. Fasa pertama (Hari 1 - hari 4) Ini dipanggil fasa pengeluaran haid (menstruation) atau lebih senang nak faham, hari di mana haid keluar. Hari pertama haid adalah penting untuk diketahui kerana ia adalah di mana fasa ini bermula. Pada hari pertama haid adalah penting untuk ditanda dikalendar dan tamat selepas beberapa hari. Bagi yang merancang untuk mengandung, digalakkan untuk menanda di kalendar pada setiap bulan. Ini memudahkan untuk korang mengetahui tarikh subur dan tarikh korang akan datang haid pada bulan hadapan. Fasa kedua (Hari 5-13) Ini dipanggil Follicular. Pada fasa ini hormon estrogen meningkat. Ketika fasa ini, darah akan berkumpul di dinding rahim dan menebal untuk persediaan mengandung. Di kawasanovari pula, ovum atau telur yang berada di dalam bekasnya akan menjadi semakin matang. Fasa ketiga (Hari 14) Waktu inilah satu proses peneluran yang dipanggil ovulasi berlaku. Telur akan terkeluar dari sarangnya disebabkan peningkatan mendadak sejenis hormon yang dipanggil Luteinizing Hormon (LH). Telur ini jika tidak disenyawakan oleh Sperma akan mati dan hilang. Sekiranya ia disenyawakan, ia akan turun melalui saluran folofio ke rahim. Fasa keempat (Hari 15-28) Ia dipanggil fasa luteal atau fasa secretory. Selepas telur terkeluar dari sarangnya, sejenis hormon di panggil progestrone dirembes daripada sarangnya (corpus luteum). Ini menyebabkan dinding rahim semakin menebal. Setelah Progestrone semakin berkurang kerana tiada persenyawaan berlaku, dinding rahim akan runtuh sebagaimana runtuhnya tembok merlin(HAHAHAHA!) proses akan mengalami kitaran semula pada hari pertama. Maka begitulah yang akan terjadi pada setiap pusingan berulang-ulang.
OKAY. DAH FAHAM?
Bilakah Waktu Subur? Waktu subur ialah pada waktu ovulasi berlaku. Ini kerana pada waktu itu, telur sudah keluar dari sarangnya. Bilakah waktu tepat ianya berlaku? Waktu tepat ianya berlaku adalah 14 hari daripada tarikh pertama datang haid atau ketika fasa luteal bermula. Okay, kalau tengok kalendar kat atas ni, ini adalah contoh kitaran haid. Haid pertama bermula pada 7hb April (pink kaler). Dan kiraan diteruskan hingga hari ke14 (green kaler) jatuh pada20hb April. Ini bermakna pada 20hb April hingga 22hb April adalah waktu subur anda.(Terdapat juga kajian yang menyatakan waktu subur adalah 5 hari). Kemudian, kiraan diteruskan hingga hari ke 28 iaitu jatuh pada 4hb Mei. Maka haid pada bulan Mei jatuh pada 5hb Mei jika kitaran haid anda sebanyak 28 hari. Kerana setiap wanita itu mempunya kiraan masing-masing dari 28-35 hari. Jadi tahukah anda berapakah jumlah kitaran anda? Bawak-bawaklah semak semula dan catit pada kalendar. ;)
DAH PANDAI KIRA? Seterusnya..
Cara lain untuk mengetahui waktu subur?Pada waktu subur suhu badan wanita akan naik sebanyak 1 darjah celcius daripada kebiasaannya. Juga terdapat cecair jernih daripada kemaluan disebabkan hormon yang meningkat pada waktu itu. Menganggar waktu terbaik untuk mendapat zuriat Oleh kerana telur atau Ovum tidak mempunyai jangka hayat yang panjang iaitu dalam lingkungan 1-2 hari sahaja, maka tingkap untuk mendapatkan zuriat adalah terhad. Oleh itu Allah mencipta sperma dengan kelebihan yang lain pula. Ngeh ngeh ngeh Selain daripada berjuta-juta sperma dilepaskan (setiap satu lelaki itu adalah jutawan! waaaahhh!)ia juga boleh bertahan selama 3 hingga 5 hari! (wow!) Ini bermakna jika suami isteri bersama 3 hari sebelum waktu subur atau 2 hari selepas waktu subur, maka ada peluang untuk Ovum berjumpa dengan sperma yang hidup lebih lama. hiks (apekaaaaa) Oleh itu untuk mendapatkan zuriat, pasangan boleh bersama setiap hari walaupun disiang hari kecuali pada bulan ramadhan (kahkahkahkah!) pada hari ke 11,12,13,14,15,16 period untuk mendapatkan waktu optimum hari kesuburan sekiranya kiraan haid anda adalah 28 hari.

GAMBAR : MY FIRST DAY RAYA.KUNING TP BUKAN BERSIH OK!

Assalamualaikum..
"SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI" kepada rakan2 blogger semua.Semoga berbahagia dihari yang mulia ini.
Dah lama rasanye tak update blog.Bz sangat..bermula diawal Ramadhan sampaila hari raya.Hari ni barula sempat nak update gambar2 raya.Saja buat kenangan kat dalam blog ni.hehe...
Actually tema raya tahun ni aku n en suami memilih warna kuning diraja.Bukan Bersih tauu..baju ni ditempah awal pada Bersih.So tak de kena mengena..:)
Dapat ciuman kasih en suami dipagi raya.hehe..
Lepas je beraya dengan en suami dirumah, kami pun bergerak ke rumah mak aku.
aku yg bulat bersama mak n adik2 aku.
Mak,abah n adik2 aku.lagi sorang yang boy awal2 lagi keluar beraya.huhh..
aku dan en suami bersama mak n abah aku.
My mak n abah
Ok ni kat rumah MIL aku.Kat sini ramai sebab semua berkumpul kat sini.
Bersama MI,kakak ipar,biras dan anak sedara.
With anak sedara wahida dan athirah
Family kak pina.Suami dan 2 orang lagi anaknye tak de dalam gambar.
aku,en suami dan MIL
Family kakak ipar.Kak Jaq.
Family abang ipar-Abng Ad-
Family kakak ipar-Kak Piah-
Lagi 3 orang anaknye tak de pulak dalam gambar.
Family abang ipar.Abg Ein.Lagi 2 orang anak tak de dalam gambar.
En Suami-Mohd Faizal-
My encik suami dan abang2nye.
Actually ramai lagi sebab en suami aku ni anak bongsu daripada 9 beradik.Tapi ada yang balik rumah mertua dorang dan ada yg tak sampai lagi.
Ni saja gambar yang ade.Banyak lagi tapi malas da nak edit..hehe...:)