Friday, August 12, 2011

RUMAH HANTU TERBESAR DIDUNIA.BERANI KORANG MASUK??

Rumah Hantu Terbesar Di Dunia - Berani Korang Masuk?... (",)
Rumah hantu yang terletak di negara matahari terbit iaitu Jepun nie telah
diakui oleh Guiness Book of Record sebagai rumah hantu terbesar dan paling
menakutkan di dunia. Bangunan usang nie telah diubahsuai menjadi rumah
hantu dalam tema hospital. Berbeza dengan rumah hantu yang yang selalu kita
jumpa kat FunFair tue, rumah hantu ini tidak memiliki jalan atau laluan
yang sudah ditetapkan, he3.
Para pengunjung terpaksa berjalan sendirian atau dalam kumpulan 2-3 orang
untuk menuju ke pintu keluar. Di dalam rumah hantu nie juga terdapat banyak
pintu/tingkap yang terpaksa dibuka secara manual oleh pengunjung. Selain
hiasan dalaman yang mengerikan, rumah hantu ini juga dipenuhi oleh para
pekerja yang berdandan ngeri seperti hantu sebenar. Bukan sekadar
mengerikan pada pandangan mata, rumah hantu nie juga mempunyai bau menusuk
hidung para pengunjung.
Bangunan rumah hantu ini mempunyai laluan sepanjang 700m yang penuh dengan
lorong-lorong kecil yang boleh membuatkan pengunjung tersesat. Sekiranya
pengunjung tidak sesat, masa lebih kurang 50 minit diperlukan untuk keluar
dari bangunan tersebut. Untuk menambahkan rasa takut pelawat, sistem audio
yang terdiri daripada suara teriakan, suara langkahan kaki dan lain-lain
dipasang dalam bangunan tue.
Kerana terlalu menakutkan, ramai pengunjung yang terluka kerana terjatuh
dalam bangunan hantu tue. Adeiiiiii, seram la nak masuk rumah hantu
besar-besar camni. Kita dok ingat hantu berlakon ja, tengok-tengok hantu
sebenar. He3, apa korang nak buat kalau jadi camtu?
Jom kita layan gambar-gambar dalam bangunan rumah hantu tue...
ops sebelum tu..nk bagi tips..kalau nak lebih takut sambil baca pasang muzik yang seram ye..

5 comments:

yaya magicshawl said...

Baca pn da bedebar..apatah lg tgk gmbr hahahaha

NurulAthirah said...

walawey....takutnye...yg funfair pn malu2 kucing nk msuk...

ayucinta said...

haha..yaya baca sambil dengar muzik seram ye..:)

ayucinta said...

nurul : yg funfair bleh dterima lg..kalo yg ni bg free pn x masok..haha..

tomatokering :) said...

errr macam tak sanggup je T_T
mau2 seratoslimaplohnam hari takleh tido ni T_T