Wednesday, August 17, 2011

TUHAN BERIKAN AKU ANAK.

Assalamualaikum..sebelum tu nak baca entry ni klikla lagu di atas tu..lagu tu bertajuk Tuhan Berikan Aku Cinta.tapi disini aku nak ubah tajuk Tuhan Berikan Aku Anak.Tapi lirik lagu tetap sama.:)
Semalam tiba2 je hati aku pilu dan sebak.Aku menangis seorang diri dalam bilik.Kalau yang baca post kat wall fb aku semalam tahulah.Time aku post tu memang aku tengah sedih.Tiba2 aku rasa sunyi sangat rumah aku.Tak de dengar suara bayi menangis.Tak de dengar suara bayi ketawa.Yang ada hanya dua nyawa.Aku dan en suami.Aku menangis sampaikan air mata pun da x nak keluar lagi.
Ya Allah sampai bila Kau nak menguji ku dan suami.Astafirullahalazimm..tak baik aku mengeluh.Tapi apa lagi yang boleh aku ucapkan.Aku inginkan seorang bayi dalam rumahku.Penyeri hidup kami berdua.Pewaris kami berdua.Tapi..Allah swt masih belum mahu memberi rezeki kepada kami.Selalu aku tertanya2..kenapa ujian ini yang diberikan kepada kami.Adakah kerana kami masih belum bersedia.tengok orang lain yang pregnant macam senang je.Tak macam aku dan suami yang terpaksa berubat kesana kemari.Walaupun baru 2 tahun tapi aku terasa bagaikan da lama.Kalau yang pernah merasai dan mengalami nasib seperti aku mesti memahami.Perasaan seorang wanita dan juga isteri.Macam mana bila pergi ke rumah sedara mara.semua asyik tanya tak de apa2 lagi ke?bila nak lekat ni orang lain kawen baru pada hampa da lekat..aduss..tiada jawapan melainkan aku hanya cakap x de rezeki lagi.
Berubat??setakat ni yang aku pergi baru 2 cara kampung,klinik banyak x terkira.Tapi asyik bagi ubat yang sama.Bagi jalan period.emm..last week aku ada pergi LPPKN sebab ada kawan aku cakap kat LPPKN boleh cek segala.So aku pun p dgn en suami.Layanan yang sangat mesra diberikan oleh staff LPPKN.dia pun terangkan kat aku dan suami.Lebih kurang macam kaunseling la..Dia cakap kat kedah ni LPPKN tak buat prosedur untuk dapatkan anak.LPPKN yang ada hanya di Ipoh dan KL.kalau nak pergi bolehla.Tapi kat ipoh yang terdekat.Ishh jauh pulak.Almaklumla bila nak buat proses contohnya IUI ni kena berulang alik ke klinik.Then puan tu cakap kalau tak nak bolehla cek kat klinik kesihatan kemudian mintak doc di klinik tu refer pergi hospital sultanah bahiyah.Tak pun boleh pergi klinik sakit puan.So aku dan en suami ambik keputusan pi klinik swasta la.Bukan ape hari da petang maybe klinik kesihatan ramai orang.En suami aku nak kerja lagi.So aku pun pergi klinik sakit puan gangga di jalan pegawai.Sape yang duk alor star taula..Ramai jugak klinik ni.Tunggu punya tunggu sampai kat sejam lebih.Bila nama dipanggil aku pun masuk dan doc tanya masalah.Aku pun ceritala cakap aku nak anak tapi sampai sekarang x de lagi.Dok tanya aku da berapa tahun kawen.Aku cakap 2 tahun lebih.Dia cakap kalau 2 tahun okla cek.Sebelum tu utk pengetahuan semua sape2 yang nak p cek kat LPPKN atau hospital atau klinik sekalipun bagi cukup 2 tahun ke atas baru dorang layan.kalau tak p sajala..Tapi klinik swasta mesti boleh sebab bayarkan.
Then doc suruh aku baring dan dia cek perut aku.dia tekan2 perut aku.dan yang paling aku malu dia cek breast aku.Dia cakap kalau dia tekan susu keluar memang ada masalah utk pregnant.Lainla kalau da ada anak kecik.Alhamdulillah kedua2nya tak keluarkan susu.Then dia tekan perut aku lagi.Lastly dapat jawapannya.Dia cakap lemak terkumpul banyak dibahagian perut.Kadang2 lemak tu jugak penyebab utama kenapa kta x dapat pregnant.Lemak tu akan menganggu kelancaran air mani untuk sampai ke rahim.Air mani lelaki akan bergerak terus ke hormon lelaki didalam badan kita.sebab tu tak terbentuknya janin.Faham juga doc tu story kat aku.Walaupun dia India tapi fasih berbahasa melayu.
So dia advice kat aku suruh kurangkan berat badan sampai 58 kg.Masa aku timbang kat dia hari tu berat aku 66kg.Dia cakap mesti boleh buat.Jangan cakap tak boleh.Lepas da sampai target baru jumpa dia balik.Aduss rasa lama lagi nak jumpa dia.tapi alhamdulillah sekarang berat aku da 64.2 kg.Dia ada bagi ubat kat aku.Ubat ni untuk melancarkan hormon dan juga x selera nak makan.tapi bukan ubat diet tau.Kena makan sebelum makan nasi.Lepas makan ubat tu setengah jam lepas tu baru makan nasi.Tapi aku memang makan sebelum makan nasi.Tapi lepas je makan ubat tu terus aku makan nasi.Yerla puasakan..Lapar.hihi...tapi tak banyakla.Aku jadi cepat kenyanng pulak.Adakah aku dapat capai target 58kg..Tunggu dan lihat jela..aku pun tak jamin..
Kepada kawan2ku sekalian doakan la aku ye.Aku teringin sangat nak baby..
Ya Tuhan ku..
Aku bersyukur dengan segala pemberian yang diberikan kepadaku..
Namun cuma satu yang aku mintak
berilah zuriat padaku walaupun seorang..
Anakku..
Aku tahu kau masih belum bersedia utk berada dalam rahimku..
Kau masih jauh dan aku tak tahu bila kau akan tiba..
Anakku..
Jika suatu hari kau ada dalam rahimku
akan kujaga dengan baik
akan kubelaimu hari2..
Akanku mengaji setiap malam supaya kau akan menjadi anak yang soleh dan solehah..
Anakku..
izinkanlah aku untuk menyebut perkataan ibu sepertimana orang lain..
Tapi bilakah anakku..bila..
Ya Tuhanku..
Andai kau mengerti perasaanku
Kau perkenankanlah doaku ini..
Kasihanilah aku dan suami..
Aminnn...

Friday, August 12, 2011

RUMAH HANTU TERBESAR DIDUNIA.BERANI KORANG MASUK??

Rumah Hantu Terbesar Di Dunia - Berani Korang Masuk?... (",)
Rumah hantu yang terletak di negara matahari terbit iaitu Jepun nie telah
diakui oleh Guiness Book of Record sebagai rumah hantu terbesar dan paling
menakutkan di dunia. Bangunan usang nie telah diubahsuai menjadi rumah
hantu dalam tema hospital. Berbeza dengan rumah hantu yang yang selalu kita
jumpa kat FunFair tue, rumah hantu ini tidak memiliki jalan atau laluan
yang sudah ditetapkan, he3.
Para pengunjung terpaksa berjalan sendirian atau dalam kumpulan 2-3 orang
untuk menuju ke pintu keluar. Di dalam rumah hantu nie juga terdapat banyak
pintu/tingkap yang terpaksa dibuka secara manual oleh pengunjung. Selain
hiasan dalaman yang mengerikan, rumah hantu ini juga dipenuhi oleh para
pekerja yang berdandan ngeri seperti hantu sebenar. Bukan sekadar
mengerikan pada pandangan mata, rumah hantu nie juga mempunyai bau menusuk
hidung para pengunjung.
Bangunan rumah hantu ini mempunyai laluan sepanjang 700m yang penuh dengan
lorong-lorong kecil yang boleh membuatkan pengunjung tersesat. Sekiranya
pengunjung tidak sesat, masa lebih kurang 50 minit diperlukan untuk keluar
dari bangunan tersebut. Untuk menambahkan rasa takut pelawat, sistem audio
yang terdiri daripada suara teriakan, suara langkahan kaki dan lain-lain
dipasang dalam bangunan tue.
Kerana terlalu menakutkan, ramai pengunjung yang terluka kerana terjatuh
dalam bangunan hantu tue. Adeiiiiii, seram la nak masuk rumah hantu
besar-besar camni. Kita dok ingat hantu berlakon ja, tengok-tengok hantu
sebenar. He3, apa korang nak buat kalau jadi camtu?
Jom kita layan gambar-gambar dalam bangunan rumah hantu tue...
ops sebelum tu..nk bagi tips..kalau nak lebih takut sambil baca pasang muzik yang seram ye..

Monday, August 8, 2011

MAYFAIR REESKIN PENIPU.NAMANYA GAH TP HAMPEH.

Assalamualaikum..
Disini aku nak meluahkan rasa tidak puas hati aku kat Mayfai reeskin.Penipu.Kononnya boleh ubati parut2 kat muka aku.Tapi apa pun tak de.Sungguh kecewa.Aku habis beribu untuk sesi ni tau..
Mesti korang nak tahu kan macam mane alkisah aku boleh p kat Mayfair ni.Seperti kaum wanita yang lain mesti nakkan kecantikan..betul tak??So masa ni kat tv bukan main gah lagi iklanla..rancanganla..aku time tu memang tengah cari satu produk kecantikan yang boleh ubati parut2 aku ni.then aku ajak en suami aku pergi Mayfair..Bila masuk je layanan tak payah cakapla.Memang first class..Almaklumla orang bisnes kecantikan ni.Staff die sangat lembut dan cantik2 belaka.Sampaikan cakap pun aku tak berapa dengar.Aku siap diberi minum secawan teh lagi.Tapi aku tak minum sebab was2.Yela yang buat tukan staff cina.emm..then aku pun dipanggil masuk kesatu bilik seperti bilik perbincangan.dalam setengah jam tunggu sorang amoi ni datang dan menyapa aku."Ye kak..boleh saya bantu?"aku pun ceritala masalah aku dan dia bawak aku ke satu billik yg mana bilik tu ada tempat nak cek kulit muka.Ala yang macam klik menda tu kat muka then keluar rupa kulit kita tu kat komputer.Lepas diperiksa aku pun disarankan 1 pakej yang mana kena jalani beberapa sesi.Then aku tanya berapa price semua tu.Makk aiiii mahaiinyyaaa..tapi tak terkeluar kat mulut aku ni..Macam nak larikan diri je.Tapi aku ditahan oleh si amoi tu.Macam2 yang dia cakap.Bagi promosila,hadiahla..macam2 lagi.aduhh aku da buntu..macam mana ni..Nak lari keluar pun tak boleh..aduss..gi mana ni..
Akhirnya aku bersetuju menjalani rawatan pakej yang ditawarkan kat aku.Masa tu aku bayar lebih 2k untuk rawatan tu.Sedih tu sedih tapi aku hepikan hati aku cakap tak pe bayar mahal nanti wajah aku jadi semulus telur.Odw balik dalam kereta beria-ia aku citer kat en suami aku.En suami aku pun hepi dengar ceriter aku.
Rawatan yang aku dapat ni aku pun da lupe nama dia.Ada doc serumla..ape kejadah lagi aku pun tak tau.aku kena p buat rawatan sebulan dua kali.Maknanya dua minggu sekalila.Di awal rawatan tu aku rasa syiokla.Tapi bila buat facial ni bukan tak tau.Sakit nak mampus.Dipicit-picit hidung aku.dipicit2 dagu aku.aduss sakit..keluar ayaq mata.
Sampai setahun aku p asyik buat facial je.Takkanla facial ni sampai 2k.Dah tu masa dorang buat hari bertemu pelanggan aku dipaksa beli pencuci muka tak silap.Aku cakap dah ade.Dia cakap ni promosi.Melayang lgi duit aku.eeee...aku pun heran jugak.Kenapala aku ni terlalu baik hati..Kalau murah x pe..ni sampai 3 rts tak silap aku.
Kalau korang nak tahu total semua aku dengan dorang nak dekat 4k.Ada benda kadang2 yang aku kena bayar ape entah..opss semua aku lupa..Lupa sebab benci dengan dorang.penipu..Sampai dekat setahun aku ulang alik p asyik buat facial je.Sampaila 2 hari terakhir aku p barula dorang buh ubat doc kat aku.tu pun mak nenek..kecik ja ubat tu..Yang tu sampai beribu??gilaa..
Actually aku ada satu lagi sesi.Tapi da lama lepas.Aku malas da nak p.Aku tengok muka aku tak de langsung perubahan.Sayangnya duit aku.Kalau aku tau macam ni duit tu boleh aku pakai bawak keluar MYVI sebiji.Inilah bila tak fikir panjang dan terlalu ikut perasaan.Last2 sekarang ni aku guna sabun yang dijual rm4 je.Nampak dan kurang2 parut kat muka aku.Jerawat biasala.Kalau timpe period die tumbuh.
Kepada semua masyarakat yang baca ni aku harap korang tak tertipu dengan produk MAYFAIR REESKIN yang dikatakan cukup bagus tu.Kalau korang tak nak duit korang melayang macam aku korang fikirla dalam2 sebelum membuat rawatan.Tupun kalau korang tak disekat atau ditahan dengan staff dorang.Bila fikir je rasa sakit hati yang amat sangat.Opss maybe muka aku tak sesuai dengan produk tersebut..Emm whateverla..
Aku mintak maafla kalau ade yang buat rawatan kat sini yang berjaya macam dalam tv tu.Cer citer kat aku korang guna pakej apa??