Wednesday, July 13, 2011

NOTIS DARIPADA POS MALAYSIA.KENAIKAN HARGA 15%.aduhhh..

Assalamualaikum..
Semalam en suami aku ada bgitau..Masa dia nak pi pos barang customer sorang kerani kat situ bagitahu mulai sekarang pos barang mcm shawls ke ape ke dah x boleh guna pos xpress..Kena guna pos laju.Kalau guna dan dorang tahu barang tu akan direturn kat kite balik.
Lepas tu harga tag akan naik sebanyak 15%..dibawah ni adalah notis penting yang aku ambik dari sorang member di FB..
"

NOTIS

Para Pelanggan PosLaju yang dihormati,

Adalah dimaklumkan berkuatkuasa 15 Julai 2011, kadar surcaj bahan api untuk semua perkhidmatan PosLaju akan dinaikkan dari 10% ke 15%.

Kenaikan di atas adalah sejajar dengan kenaikan harga bahan api dan kos pengangkutan semasa serta keputusan oleh Persatuan Syarikat Pengendali Ekspres Malaysia (AMEC) di mana berkuatkuasa 1 Jun 2011, syarikat kurier domestik Malaysia akan menaikkan kadar surcaj bahan api mereka daripada kadar sedia ada ke kadar baru iaitu 15% tetapi masih mengekalkan 10% untuk caj pengendalian.

Kenaikan surcaj bahan api ini adalah amat diperlukan untuk memastikan PosLaju dapat mengekalkan kualiti perkhidmatan kepada semua Pelanggan.

Walaupun industri kurier telah mula menguatkuasakan kadar baru ini pada 1 Jun 2011, namun demi kepentingan pelanggan PosLaju, kami mengambil langkah kenaikan lebih lewat, iaitu pada 15 Julai 2011.

Terima kasih."---link >> IMPORTANT NOTICE

So lepas ni kepada customer yang disayangi Shawls@AYUCINTA kenala guna pos laju dan harga pos akan naik sikitla..Tapi tak pekan..kan..kalau tak nak mahal bolehla ayu guna pos biasa..heee..

okla..nak maklumkan yg tu je..

4 comments:

Cik Eka said...

oh patutlah ada baca kat page sorang butik on9 dia kata dia punya barang kene return balik...

ayucinta said...

CIK EKA:akk pun last week kna return balik...:(

mira said...

habis tu kak, pe yang boleh hantar gune pos express?

ayucinta said...

mira : hanya dokumen sj..