Sunday, July 10, 2011

CERITA PASAL RUMAH PART 5 : JOM ANGKOT BARANG.

Assalamualaikum..
Hari ni baru berkesempatan nak update blog.Aduhh sangat letih dan sakit pinggang bila tiba bab memindah barang.Sebelum ni aku da pernah pindah dari rumah sewa ke rumah sewa.Memang memenatkan.Hari Jumaat hari tu tepat jam 4.15 petang mulala operasi memindah dan mengangkot barang.Tunggu punya tunggu lori akhirnya sampai jugak.Nasibla ramai ahli keluarga yang tolong.So kerja jadi cepat.Aku pun da blur nak angkat yang mana.Last2 aku angkat barang kecik2 je.hehe..Terima kasih aku ucapkan kepada kakak2 dan abang2 iparku yang sudi membantu memindahkan barang2 ni.Nasibla tak banyak barang.Kalau tak jenuh jugak.1 Round saja lori bawak ke rumah aku.Rumah sewa dan rumah aku tak la jauh sangat.Dalam 15 minit je.So untung kat situla.Hari tu rumah aku ramai orang dan macam kenduri.Jiran2 aku yang bakal pindah tak lama lagi usha je.Mesti dorang cakap awalnye.Kalau nak tahu aku dan en suami orang pertama duduk kat taman tu.orang pertama yang rasmi..
Rumah aku sebelum barang2 diangkot.Macam tongkang pecah.Aku da tak ambik peduli da pasal rumah ni sejak sebulan yang lepas.haha..Nasibla ada juga ruang untuk aku packing barang2 customer ni.
Ruang ni ruang makan.Meja makan da diangkut masuk ke dalam lori.Kalau nak tahu barang tak banyak mana tapi tudung2 aku yang banyak.Boleh dikatakan setengah daripada lori tu aku letak tudung..Hahha..tipu je..tak dela sampai setengah.hihi..
Time ni tinggal kabinet tv je tak angkat lagi.Yang lain semua da settle.fuhh legaa..Paling susah sekali masa nak naikkan almari.Mula tu tak nakla buang baju2 yang disangkut.Last2 kena buang jugak sebab berat..Uwaa..habis baju2 aku..
Okla..cerita pasal angkut barang sampai sini je.Nanti aku sambung lagi ek.Aku keletihan..
Kalau korang pernah pindah rumah cer citer pengalaman korang..:)

No comments: