Sunday, July 3, 2011

CERITA PASAL RUMAH PART 2 : MARI MENANAM RUMPUT.Cara2 menanam rumput.

Assalamualaikum..Dengan izinnye kte bertemu lagi..Alhamdulillah syukur..
Sebelum ni aku dah post cerita pasal rumah part 1 dan now part 2 pulak..haha..actually tak de ape sangat pun..Seperti biasa aku dan en suami masih menunggu kol dari pihak pemaju untuk kami pergi bayar duit TNB untuk masuk api dan air.Adoii lambat sungguh.Tension jugak aku dan en suami menunggu untuk masuk rumah ni..Dugaan demi dugaan kami terpaksa harungi.Disebabkan ape pun tak boleh buat lagi so aku dan en suami mengambil keputusan untuk make up taman mini kami dulu.So segala persiapan untuk membuat taman sudah dibeli..Sekecil2 pokok hinggalah ke besar2 pokok..Macam2 pokok yang kami beli tapi kami beli yang betul2 boleh dijadikan hiasan saje.So tak delah semak sangat.Firstly aku design dulu di a4 paper taman yang aku nak buat.Tak dela besar mane pun.Tapi kalau letak pokok2 hijau best jugak.Sejuk je mata ni.Segala mak nenek aku research berkaitan taman dan pokok.Banyak yang aku dapat tapi banyak yang rumah besar dan cantik..Rumah aku biasa2 aje.So bila da settle semua aku dan en suami pun pegi beli rumput di Nursery..Ishh orang lain usaha nak buang rumput kami nak tanam rumput..
Kami pun pergi survey dan bila da survey ni barulah aku tahu rupanye rumput ni ada banyak jenis.Sebelum ni yg aku tahu rumput karpet dan rumput mutiara je.Rupanye rumput pun ada nama.Antaranya rumput filipina,rumput taiwan dan rumput jepun.Rumput paling mahal tak salah aku rumput taiwan.Sekaki dalam rm15..perghhh..kalau aku nak beli 100 pcs kirala sendiri.Setelah dicongak bahagi darab aku dan en suami pun ambik keputusan untuk beli rumput filipina.2 kaki rm3..okla tu..2 kaki tu aku dan en suami bahagi 2.kalau beli 100 dapatla 200 pcs..
Tapi sebelum nak tanam rumput pun ada cara jugak..Firstly sebelum tanam tanah perlulah diratakan terlebih dahulu.Kena buang segala ketulan batu dan kayu yang ada.Kalau tak bila da tanam nanti rumput liar dan kulat dan segala senang tumbuh.Lepas tu bila da setlle semua kenalah ratakan tanah tersebut dengan pasir.Nasibla en suami buat dengan abang2nya.Selamat aku..hehe..So bila da siap semua kena tabur baja.Kalau boleh guna baja organik.Tabur biar sikit2 je.Jangan terlalu banyak sebab nanti rumput mati..So bile da siap bolehla tanam rumput rumput tersebut.
Ok bila da beli segala aku dan en suami tak sabar nak menanam.Tapi sebelum menanam kenala bahagi dua dulu rumput tu..Sakit tangan2 aku potong rumput.Nasibla gunting pokok ni tajam.Atoiii...
Da siap semua aku dan en suami memulakan proses menanam.Haa best tau..main letak-letak je..Macam main puzzle pulak.Sampai ke malam kami buat.Dan esok tu tak sabar nak tengok hasilnye.
Opss lupa nak bagitahu..rumput2 ni kenala selalu disiram tau.Kalau tak rumput ni mati.So kalau nak siram,siramlah diwaktu pagi dan petang..Alamak..tak cukup pulak rumput ni..Kena tambah lagi..huhu...
Masa ni rumah tak siap lagi..hari2 aku dan en suami p tengok ape perkembangan terbaru rumah kami..
En suami di hadapan rumah kesayangannye.
Masa ni x susun rumput lagi..Tengok rumput ni masa beli 2 kaki.Rumput digunakan Rumput Filipina.Dorang cakap rumput filipina ni senang sikit jaga daripada rumput taiwan dan jepun.Okla tu..hehe..Pasir dah diratakan sebelum rumput ditanam
Ok..masa ni da susun rumput.Pemijak kaki tu kalau tak nak beli yang corak kayu tapi habisla pulak..Tak cukup so aku pun ambik keputusan beli yang biasa ni je.Tengok en suamiku tengah menyiram rumput2nye.Rumput ni kami bahagi dua so dapatla banyak sikit.Kalau tak nak susun rapat terus tapi en suamiku tak nak.Dia cakap nak tengok sendiri rumput2 ni tumbuh dan menjalar.
JEnng..jeng..jeng..dah siap..Pemijak kaki tu aku da letak batu putih dikelilingnya.Pokok palm merah yang dibeli belum lagi diletak ditempatnye.So tunggu petang sikit untuk korek tanah.
Hari aku membasuh rumah.Air free so dengan penuh rajinnye aku menyiram satu rumah aku sampai sakit pinggang.Padan muka aku..haha.
Dan akhirnye selesai sudah menanam pokok palm merah..Yeayy..rumput pun da siap tanam.Tinggal pokok buluh dan kerusi taman je nak letak kat situ.
En suamiku semangat sungguh.Balik jumaat je terus datang berkebun.Tak salin baju..haha..Nasib cuaca tak panas..
Okla..nanti aku nak decorate inetrior pulak..So tunggula ye..yang luar ni da 80% settle..Tak sabar aku nak suruh kedai2 tu hantar barang yang dah dioder..Lepas hantar tu bolehla decorate..:)
Ok..jumpe lagi..

7 comments:

Cik Eka said...

wahh serononya tengok..pasni kalau ada pondok ke lagi best kan kak..tak sabar nk tgk dalam pulak.
hehehe

ayucinta said...

cik eka:x mampu la dear nk beli pondok..hehe...akk letak kerusi taman je..

nuruhuda_329 said...

singgah n follow kamoo^-^

ayucinta said...

tq nuruhuda..im follow back..hehe..

Anonymous said...

sALAM... cantik la lanskap tu.. beli rumput tu kat mana?

sue suria said...

Awak bli kat na rumput carpet tu? Brapa kos sekeping? Pm sue blh x? Suesuria19.blogspot.com

Bali Tour said...

Best lah ni..
terima kasih informasinya