Thursday, July 28, 2011

ADAKAH INI 'RAMADHAN TERAKHIR'?

Tajuk Drama : Ramadhan Terakhir Siaran : TV3 – Slot Samarinda Tarikh Siaran : 26 Julai 2011 Waktu Siaran : Selasa Hingga Khamis 10:30 Malam

Pelakon Ramadhan Terakhir Di TV3

Esma Daniel, Fazlina Ahmad Daud, Tasha Shilla, Aeril Zafril, Eyka Farhana dan Nur Anzalna.

Sinopsis
Ramadan Terakhir mengisahkan Hisham seorang usahawan yang berjaya berusaha membimbing isteri dan anak-anaknya untuk kembali ke jalan yang benar di sisi agama Islam. Dia disahkan mengidap kanser kronik dan mempu untuk bertahan beberapa bulan saja lalu bertekad untuk membetulkan semula haluan hidup beliau yang begitu tercemar dengan pelbagai dosa sepanjang hidupnya.
Perubahannya itu telah dipandang sinis isterinya Mazni yang terus hanyut dibuai keenakan dan keseronokan. Apa lebih menyedihkan, anak lelaki mereka Daniel turut melakukan pergaulan dan perlakuan tanpa batas bersama teman wanitanya Rossa.
Pada masa yang sama Hisham sering bermimpi didatangi seorang wanita yang dikenali bernama Khadijah yang telah meninggal dunia. Kak Hawa, pembantu rumah mereka pula memutuskan untuk menamatkan perkhidmatannya. Kekosongan itu pula bakal di isi Sakinah seorang gadis bertudung, lemah lembut dan kukuh didikan agamanya. Pengambilan Sakinah sebagai pembantu rumah baru juga adalah satu agenda tersirat Hisham dalam melaksanakan misi kekeluargaannya. Siapakah sebenarnya Sakinah? Apakah maksud sebenar di sebalik kehadiran Khadijah dalam mimpi Hisham?

JANGAN SALAH FAHAM.SY MINTAK MAAF AHC.

Assalamualaikum..
Aku rasa bersalah pagi ni..Ramai yang da salah faham dengan entry cik anon tu.Untuk pengetahuan semua bukan AHC yang cakap macam tu.Korang jangan salah faham..Actually ramai yang cakap aku ni nk cari publisiti ke ape..Menda macam ni pun nak heboh2.Actually aku tak sangka korang semua salah faham.Semalam masa aku cek2 komen dan bile aku bukan komen ENTRY ni terus aku tersentap.
Aku sedih tau..aku tak kisahla cik anon tu nak cakap ape tapi aku sedih.Aku punya hati dan perasaan.Aku menangis sorang2 sampai bengkak2 mata.Lepas tu aku solat dan berdoa aku menangis lagi.Kesian kat mak aku yang lahirkan aku.Aku terima seadanya apa yang Allah jadikan pada aku.Aku tau aku tak cantik.
Tapi ramai yang da salah faham kata AHC yang komen.Actually bukan AHC.Kesian AHC kena tempias ni.Walaupun ayu tak kenal Hani (owner AHC) tapi ayu tahu dia seorang yang baik.Ayu suka tengok shawls dan tudung2 dia.Kepada korang yang nak beli tudung cantik2 singgahla
AL HUMAIRA CONTEMPORARY.Pasti menawan hati anda semua..
Kepada Hani ayu nak mintak maaf tau..Ayu tak bermaksud langsung untuk calarkan imej AHC.Ampunkan ayu.Ayu sentiasa menyokong AHC dan blogshop yang lain.

Wednesday, July 27, 2011

TANX CIK ANON..AKU SEDAR DIRI INI..

Assalamualaikum semua..
Sebelum aku berkata-kata aku nak kesat air mata sebab aku terharu dengan teguran daripada cik anon..
Dear cik anon..
tq sebab memberi semangat pada saya.Saya bersyukur dengan apa yang ada.Saya sedar diri saya yang saya tidak secantik owner blogshop yang lain.Saya juga sedar diri yang saya banyak parut dan jerawat.Saya sedar diri yang saya ketot dan pendek.Saya sedar diriii..Saya tak pernah cakap saya ni lawa dan cantik.Saya x pernah anggap diri saya seperfect cik anon mungkin.Tapi saya bersyukur dengan apa yang dikurniakan olehNYA.Saya bersyukur kerana diberikan rezeki olehNYA.Saya bersyukur sebab ada suami yang menyintai saya walaupun saya tak lawa.Saya bersyukur sebab saya ada kawan2 dialam maya yang memahami saya.
Tanx cik anon..u are my frenzz...lepas ni bagila komen pemberi semangat ni lagi ye..lap u la...

ADIK NUR AISYAH HUMAIRA yang sangat COMEL.

Assalamualaikum...
seorang lagi adik comel yang ayu suka sangat..tanx kat Beautifulnara sebab perkenalkan adik ni..Ya Allah bertuahnye ibu dan ayahnya mendapat anak secomel dan pandai ni.Semoga menjadi anak yang solehah ye dik..Nanti kalau pregnant nak tengok adik ni hari2..hihi...
Actually aku pun tak berapa kenal sangat adik ni.tapi disebabkan kecomelan dia aku tertarik dan buat entry pasal adik ni.Almaklumlah aku kan minat dengan si kecil..
Nama adik ni Nur Aisyah Humaira.Namanya secantik dan secomel orangnya.Adik ni menjadi model tudung dekat Aysha Collection kalau tak silap.Dan masuk dalam majalah dalam menggayakan tudung kanak-kanak.Kalau tak silap tak lama lagi dia akan berlakon dalam telemovie.Wahh nanti bolehla jadi pesaing adik Mia Sara.Umur adik ni baru 3 tahun tau.Tapi cuba tengok gambar2 kat bawah ni...Pandai bergaya..
Okla kepada korang bolehla LIKE adik aisyah ni kat FB dia..Klik SINI..
Cantikkan rambut dia..ops dik nanti besar jangan bikin kontroversi ye..hikhikhik..:)
DOA SEORANG ANAK
Di dalam doamu kau sebut namaku Di dalam harapmu kau sebut namaku Di dalam segala hal namaku di hatimu Tak dapat kubalas cintamu, ayahku Takkan kulupakan nasihatmu, ibu Hormati orang tuamu agar lanjut umurmu di bumi Trima kasih ayah dan ibu Kasih sayangmu padaku Pengorbananmu, meneteskan peluh 'tuk kebahagiaanku Tuhan lindungi ayah ibuku Dalam doa, kuberseru Tetes airmatamu yang kau tabu, dituai bahagia..

YUYU ZULAIKHA DAN SHAWLS@AYUCINTA.

Assalamualaikum...hari ni nak letak gambar si comel ni jelah..Tak nak celoteh panjang..Nak suruh korang tengok dan tatap gambar si comel ni..Yuyu Zulaikha..napela kamoo comel sangat??Nanti nak balik Langkawi mai rumah akak ye..pilih2 shawls nak yang mane..Tq yuyu sudi pakai shawls kite..:)
Ops..now Shawls@AYUCINTA buat promosi sempena RAMADHAN AL MUBARAK.semua shawls RM13 sj..So jomla klik Shawl@AYUCINTA.

Thursday, July 21, 2011

Shawls@AYUCINTA dlm mjlh DARA.COM isu JULAI'11.-GAYA TUDUNG-

Assalamualaikum..
Bulan ni nak ajak semua kawan2ku beli majalah Dara.Com isu Julai.Sudah berada dipasaran sekarang..Kenapa beria2 suruh beli ni??Actually untuk isu kali ni ada banyak tips dan gaya tudung yang digayakan oleh model2 yang comel.Boleh dijadikan tips untuk Hari Raya nanti.Tak rugi beli...:)
Dan untuk gaya tudung kali ni ada shawls dari blogshop aku iaitu Shawlsayucinta.blogspot.com..yeahhh..huahuahua..sebab tu nak suruh beli..:)
So jangan malu jangan segan jom dapatkan majalah Dara.com Isu Julai.Yang dah kawin macam aku pun boleh beli..Dan jangan malu jangan segan klik blogshop aku ek..Shawls@AYUCINTA.
Aura Bidadari dari shawls Lycra.
Lukisan Hati dari Shawls Lycra
Hawa Balqis dari Shawls Elena
Demi Kasih dari Shawls Safiyaa

Sunday, July 17, 2011

MINTA MAAF DARI HATI.

Assalamualaikum..
Sempena sambutan Nisfu Syaaban dan juga sambutan Ramadhan tak lama lagi ayu nak minta maaf dari hati.Maaf ini ditujukan kepada semua customer2 ayu yang disayangi.Bulan ni adalah bulan yg bz bagi diri ayu.Kalau boleh kalahkan perdana menteri dah lama ayu kalahkan..uwaaa..Bulan 6 dan awal bulan 7 ayu bz dengan pindah rumah.Ya Allah hanya Tuhan saja yang tahu betapa bznya ayu..Sampai ayu tak sanggup hadapinya.Siang malam sampai tido pun berapa jam je..Tak cukup tido..:(
So ayu nak minta maaf banyak2 kalau barang yang dioder lambat sampai.bukan niat ayu nak tipu ke ape.Shawls pun banyak kat rumah.Buat apela ayu nak tipu dan biarkan shawls tu melambak2 kat rumah.Ayu harap korang semua faham.Ada yg sms ayu,ayu x reply..ada yg kol ayu x angkat.Bukan sebab ayu nak larikan diri dari korang tapi ayu letih sesangat..Ada satu hari tu ada sorang customer cakap macam2 kat ayu..dan sampai kehujungnya ayu da tak boleh sabar.Ayu menangis bagai orang gila.Ayu meraung kuat2.da jadi mcm orang gila.Actually bukan sbb die msg tu tapi sbb ayu nak lepaskan tension ayu yang letih sangat2..Nasibla ada hubby yang boleh ayu share kesedihan dan kepenatan ayu.
Actually ayu ada inform banyak kali kat FB yang ayu bercuti.ayu ambik masa 1 week ke 2 weeks utk pos segala barang yang diodeR tapi masih ada yang tak faham dan msg2 ayu..Ada yang da pos tapi tak sampai pun msg2 ayu.AYu berada dalam tekanan sangat pada bulan tu..Mana nak packing barang nak pindah,nak setllekan rumah baru,nak itu,nak ini..Da x de sape nak tolong melainkan ayu dan hubby tolong diri sendiri.
Kalau ayu tak reply oder pun ada yg marah2.Cakap ayu x reply oder.Macam ni ke bisnes.Da berapa hari da oder x reply.Ayu da ckp kat fb ayu cuti..Then bila da reply cakap maaf saya da oder kat orang lain..Kat awak lambat reply..Emmm x pela..x de rezeki..
So start minggu ni ayu da boleh relax sebab semua da setlle..Hal rumah semua da settle..Ayu pun da selamat tidur dirumah baru.So bolehla ayu packing barang customer hari2 dan pos segera.Selagi ayu tak pos barang customer selagi tula hati ayu tak tenang.Bila da pos Alhamdulillah ayu rasa tenang sangat dan happy.Ayu hope customer2 ayu dapat barang mereka.
Sekali lagi ayu nak mohon maaf.Maaf dari hati..Kepada kalian semua janganla takut untuk berurusan dengan ayu..Sesungguhnya setiap manusia melakukan kesalahan.Sedangkan Nabi ampunkan umatnya inikan kite sesama manusia.Yang tak puas hati dengan ayu ayu mintak maaf sekali lagi.Insyaallah lepas ni Shawls@AYUCINTA akan kembali terurus.
Teruskan SUPPORT Shawls@AYUCINTA ek..
Nantikan contest yang sangat menarik kerana hadiah2 akan disponsor oleh 6 online shop.Nak tahu...kenala tunggu...:)

Thursday, July 14, 2011

WOOWW..BEG TANGAN ROSMAH 1 JUTA??

Assalamualaikum..Aku nak kongsi satu artikel yg aku jumpa hasil aku bw kat blog orang..hehehe...memang gilozla..tapi da orang banyak duit kaya raya ape pun tak pe...aku nak beli beg yg rm25 pun fikir panjang...hahha..Kredit story ni kat PULAK DAH.
Beg tangan Birkin adalah beg buatan tangan Hermes dan dinamakan dengan nama seorang pelakon dan penyanyi Jane Birkin. Beg tangan ini menjadil simbol kekayaan kerana harganya yang tinggi dan tidak mampu dimiliki oleh orang awam. Harga bagi sebuah beg adalah diantara US$9,000 (lebih RM25 ribu) hingga US$150,000 (lebih RM450 ribu).
Harganya menjadi lebih mahal bergantung kepada jenis bahan yang digunakan. Beg-beg tangan ini diedarkan ke butik Hermes pada jadual yang tidak berkala dan dalam jumlah yang terhad, ini mencetuskan rebutan dan, secara tidak langsung ia telah menjadi eksklusif. Ia akhirnya menjadi kegilaan ramai, ia dikatakan mempunyai senarai menunggu yang panjang sehingga 6 tahun, dan dikatakan mempunyai senarai menunggu paling lama dalam sejarah.
Victoria Beckham antara artis antarabangsa yang mempunyai koleksi beg tangan Birkins.
Dan gambar-gambar Rosmah di bawah ialah bersama dengan beg tangan Birkins hadiah daripada Robin Tan, anak lelaki Vincent Tan kepada wanita pertama Malaysia. Dianggarkan setiap beg tangan Birkins berharga US$ 120,000 (lebih RM360 ribu) dan telah dibayar dibawah nama Sports Toto.
Gambar-gambar Rosmah bersama 3 beg tangan Birkins yang berbeza.
Pemimpin-pemimpin PAS telah merancang untuk menaikkan isu koleksi beg tangan Rosmah, yang dipercayai bernilai RM1 juta dan meminta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat perkara itu. "Ini bukan satu isu yang remeh. Bagaimana dia mampu memiliki beg-beg yang mahal seperti itu. Mengapa dia dan Najib boleh berbelanja melebihi kemampuannya? Ini adalah isu serius. RM1 juta boleh dibelanjakan dengan baik untuk pembinaan kemudahan-kemudahan di luar bandar, untuk biasiswa dan lain-lain," menurut Mahfuz.

Wednesday, July 13, 2011

NOTIS DARIPADA POS MALAYSIA.KENAIKAN HARGA 15%.aduhhh..

Assalamualaikum..
Semalam en suami aku ada bgitau..Masa dia nak pi pos barang customer sorang kerani kat situ bagitahu mulai sekarang pos barang mcm shawls ke ape ke dah x boleh guna pos xpress..Kena guna pos laju.Kalau guna dan dorang tahu barang tu akan direturn kat kite balik.
Lepas tu harga tag akan naik sebanyak 15%..dibawah ni adalah notis penting yang aku ambik dari sorang member di FB..
"

NOTIS

Para Pelanggan PosLaju yang dihormati,

Adalah dimaklumkan berkuatkuasa 15 Julai 2011, kadar surcaj bahan api untuk semua perkhidmatan PosLaju akan dinaikkan dari 10% ke 15%.

Kenaikan di atas adalah sejajar dengan kenaikan harga bahan api dan kos pengangkutan semasa serta keputusan oleh Persatuan Syarikat Pengendali Ekspres Malaysia (AMEC) di mana berkuatkuasa 1 Jun 2011, syarikat kurier domestik Malaysia akan menaikkan kadar surcaj bahan api mereka daripada kadar sedia ada ke kadar baru iaitu 15% tetapi masih mengekalkan 10% untuk caj pengendalian.

Kenaikan surcaj bahan api ini adalah amat diperlukan untuk memastikan PosLaju dapat mengekalkan kualiti perkhidmatan kepada semua Pelanggan.

Walaupun industri kurier telah mula menguatkuasakan kadar baru ini pada 1 Jun 2011, namun demi kepentingan pelanggan PosLaju, kami mengambil langkah kenaikan lebih lewat, iaitu pada 15 Julai 2011.

Terima kasih."---link >> IMPORTANT NOTICE

So lepas ni kepada customer yang disayangi Shawls@AYUCINTA kenala guna pos laju dan harga pos akan naik sikitla..Tapi tak pekan..kan..kalau tak nak mahal bolehla ayu guna pos biasa..heee..

okla..nak maklumkan yg tu je..

Monday, July 11, 2011

CERITA PASAL RUMAH PART 6: RUANG TAMU DONE.

Assalamualaikum..
Korang sihat ke??aku rasa macam nak demam pulak.Tiba2 je.Maybe sebab gigi aku semalam patah setengah kot.Nasib tak tertelan.haha..sekarang ni tinggal serpih yang tajam menikam lidah.Sakit oo..
Opss mesti korang bosan kan asyik story bab rumah je..Tapi aku tak bosan so suka hatila aku nak tulis bab rumah..agagag..jangan marahh..Nila impian aku selama ni.Nak tinggal di rumah sendiri.Akhirnya menjadi kenyataan jugak.Alhamdulillah..
Actually aku baru sempat nak decorate ruang tamu.Space lain masih lagi dalam proses.Tak sempat pulak nak buat after keje.Ingatkan bolehla buat tapi masa mencemburui aku.So terpaksalah tunggu hari jumaat n sabtu ni untuk aku habiskan decorate rumah ni.
So hari sabtu lepas aku siap2kan ruang tamu.Semua barang yang dioder dihantar pada hari sabtu.Sofa yang dibeli bertemakan merah dan hitam.Impian asal akula.Siap nak buat langsir merah bagai.Tapi orang cakap kalau merah banyak sangat tak elok.So aku pun beli langsir warna hijau.Sampai je sofa alamak macam tak masukla pulak.Sofa ni aku dan en suami yang pilih design dia.Sofa bentuk L ni da tak macam L lagi sebab besar.Awal tu nak letak jadi L tapi alamak makan space.Macam tak cantik je.So aku pun divide dua so tak jadila bentuk L.tak pela..janji rumah ku tak semak.Kemudian aku letak partition yang boleh letak frame2 gambar.haa..ok jugak.Partition ni aku letak sebab nak divide antara ruang tamu dan ruang makan.So bila da letak terlindungla sikit bahagian ruang makan.Bolehla makan dengan aman.hihi..
Itu sajalah bahagian ruang tamu yang aku decorate.Biasa2 aje..Bunga2 tu dari rumah sewa.Bunga2 baru dan lebih moden aku tak sempat nak beli lagi.
Bahagian ruang tamu.Banyak lagi yang kurang.Karpet,gambar kat dinding atas tv tu tak letak lagi.
Aku suka lampu tinggi tu.Bila tuutp je semua lampu, buka lampu tu romantik sangat..
Ruang simple2 aje..
Masih belum lengkap.Karpet dan juga gambar aku dan en suami tak de lagi..:)
okla..tunggu nanti aku update bilik,ruang makan dan ape2 lagila..hehee...

Sunday, July 10, 2011

CERITA PASAL RUMAH PART 5 : JOM ANGKOT BARANG.

Assalamualaikum..
Hari ni baru berkesempatan nak update blog.Aduhh sangat letih dan sakit pinggang bila tiba bab memindah barang.Sebelum ni aku da pernah pindah dari rumah sewa ke rumah sewa.Memang memenatkan.Hari Jumaat hari tu tepat jam 4.15 petang mulala operasi memindah dan mengangkot barang.Tunggu punya tunggu lori akhirnya sampai jugak.Nasibla ramai ahli keluarga yang tolong.So kerja jadi cepat.Aku pun da blur nak angkat yang mana.Last2 aku angkat barang kecik2 je.hehe..Terima kasih aku ucapkan kepada kakak2 dan abang2 iparku yang sudi membantu memindahkan barang2 ni.Nasibla tak banyak barang.Kalau tak jenuh jugak.1 Round saja lori bawak ke rumah aku.Rumah sewa dan rumah aku tak la jauh sangat.Dalam 15 minit je.So untung kat situla.Hari tu rumah aku ramai orang dan macam kenduri.Jiran2 aku yang bakal pindah tak lama lagi usha je.Mesti dorang cakap awalnye.Kalau nak tahu aku dan en suami orang pertama duduk kat taman tu.orang pertama yang rasmi..
Rumah aku sebelum barang2 diangkot.Macam tongkang pecah.Aku da tak ambik peduli da pasal rumah ni sejak sebulan yang lepas.haha..Nasibla ada juga ruang untuk aku packing barang2 customer ni.
Ruang ni ruang makan.Meja makan da diangkut masuk ke dalam lori.Kalau nak tahu barang tak banyak mana tapi tudung2 aku yang banyak.Boleh dikatakan setengah daripada lori tu aku letak tudung..Hahha..tipu je..tak dela sampai setengah.hihi..
Time ni tinggal kabinet tv je tak angkat lagi.Yang lain semua da settle.fuhh legaa..Paling susah sekali masa nak naikkan almari.Mula tu tak nakla buang baju2 yang disangkut.Last2 kena buang jugak sebab berat..Uwaa..habis baju2 aku..
Okla..cerita pasal angkut barang sampai sini je.Nanti aku sambung lagi ek.Aku keletihan..
Kalau korang pernah pindah rumah cer citer pengalaman korang..:)

Wednesday, July 6, 2011

CERITA PASAL RUMAH PART 4 : MARI BERCUCUK TANAM.

Assalamualaikum..di petang yang hening ni jom kite bercucuk tanam..kite tanam pokok,rumput dan lain2 tau..
Actually ni la impian aku masa muda2 dulu..Aku teringin nak ada rumah sendiri dan juga bila ada rumah aku nak decorate cantik2..Dan alhamdulillah kini impianku sikit2 menjadi kenyataan.Walaupun bukanla banglo tapi bolehla dengan tanah sekangkang kera itu aku dan en suami bercucuk tanam.Bahagian hadapan aku dan en suami menanam pokok hiasan dan belakang tanam pokok sayur-sayuran..senang sikitkan dekat dengan dapur..nak daun limau purut ke,daun kunyit ke,serai ke just buka pintu dapur pegi ambik je..
En suami menyiram rumput kesayangannye..Actually aku nak letak pemijak kaki bercorak kayu.Nampakla klasik sikit..tapi habisla pulak..So ambik je la pelapik kaki batu ni..Ok jugak..Cukup2 je beli..
Pokok hiasan comel ni paling senang tanam.Mula tanam sampai sekarang bunga die banyak tu la..Cantik.Aku beli putih dan purple..Letak selang-selang.
Ni pokok krismas.Ada 4 semuanye.Disebabkan kawasan tu nampak kosong so aku dan en suami ambik keputusan nak tanam pokok krismas ni.Tak tahula bila nak besar..kekeke...
DAlam pasu pun ada..Aku tanam pokok palm.Setakat ni ada 3 pasu.2 pasu mak sedara aku tanam dan yang nampak kuning atas ni aku yang tanam..Tak tahula hidup ke tak..Gaya macam nak mati je.haha..
Ops sebelum tamat entry ni jom kita cabut rumput liar.Rumput liar ni cepat giloz tumbuh kat rumput2 hiasan aku ni.Hari ni cabut esok da naik balik..Adusss..

MINUM BIODEX KERANA ANAK.

Assalamualaikum..sambil2 aku layan lagu Sejarah Mungkin Berulang dari New Boyz ni aku nak update la sikit pasal aku minum Biodex ni..Actually aku da lama nak minum..Tapi ada je halangan untuk minum..Dalam hati ni bila nak beli je mesti pertanyaan jahat muncul..Bila minum ni bolehke pregnant??So last month bila kawan aku yang da kawen lebih kurang aku pregnant terus aku ajak en suami aku pegi beli..Member aku cakap die minum 2 benda je bukn 1 set..Kalau 1 set mak aii mahal jugak..So aku ambik ape yang disyorkan oleh member ku ni..Detoxy dan juga liquid prune..dan 1 lagi aku beli susu IGC..tapi yang susu ni en suami aku yang minum sebab aku tak lalu susu kambing..
Actually aku da beli lama da menda ni..tapi aku tak minum2 jugak..Semangat je ajak en suami p beli.last2 baru minum 2 hari lepas..hoho..Detoxy ni minum pagi dan seeloknye sebelum korang sarap..tapi aku minum lepas sarap..haha..lupa...bolehla kan..janji minum..
Ok kat bawah ni ada serba sedikit mengenai Detoxy Biodex..

Maklumat Produk

DTOXY Untuk Pencucian dan Pembersihan

Mencuci saluran tiub falopio – lendir, lemak @ darah yang membeku. Menyelesaikan masalah sengugut, period tidak lancar (sedikit)

Campuran Minuman Serat Larut Jagung dengan Ekstrak Kacang
Kandungan
Serbuk Soya, Serat Larut Jagung, Sekam Psyllium, Serabut Kelapa Sawit, oligosakarida, Serbuk Beras Perang, Serbuk Bijirin, Susu Kolostrums, Serbuk Red Beet, L-Glutamin, Ekstrak Teh Hijau, Ekstrak Kacang White Kidney, Serbuk Garcenia Cambogia.

CARA PENGGUNAAN

•Bagi haid yang sedikit @ tidak lancar @ tidak datang langsung – ambil D-toxY bersama jus nenas @ buah nenas
•Bagi haid yang berpanjangan – HENTIKAN
D-toxY
HENTIKAN D-toxY jika anda hamil atau haid tidak datang pada hari yang sepatutnya dan teruskan hanya SUPREME DIET dan IGC.
Sila buat Urine Test @ Scan selepas 10 hari
HENTIKAN
D-toxY jika anda demam @ kurang sihat.

DOS YANG DICADANGKAN

Kategori Obesiti @ gemuk – 1 sachet pagi sebelum sarapan dan sebelum makan

tengahari.

• Yang berpenyakit (darah tinggi, darah rendah, kencing manis, migrain, gastrik , banyak

angin dll) - mulakan dengan 1 sachet sahaja selepas makan.

Cara pengambilan D'Toxy ketika berpuasa.
Ketika bersahur
D'Toxy 1 @ ½ sachet
D'Toxy boleh dikurangkan dosnya untuk mengurangkan kepanasan/dahaga ATAU boleh diselang-selikan pengambilannya, bergantung pada sistem badan seseorang mengikut keperluan. Jika demam, hentikan pengambilan D'Toxy sehingga betul-betul sembuh. Jika D'Toxy tidak diambil pada hari tersebut, gantikan dengan meminum Liquid Manja Prune @ Tight La Honey @ Susu IgC.

Ok..nilah Detoxy Biodex..
Aku bancuh setengah je..Minum tak rasa apepun..
Alhamdulillah..kenyang..hehe..macam makan nasi pulak..
Ni la sedikit usaha yang aku da buat untuk dapatkan anak..Sebelum tu aku dah p mengurut 3 malam berturut2 dekat kampung aku..Insyaallah kalau ada rezeki adalah..Kita berdoa ye..Aminn..

CERITA PASAL RUMAH PART 3 : MASTERBEDROOM BERTUKAR SUDA.

Assalamualaikum..
Yess hari ni aku happy sangat sebab semalam api dan air dah masuk..Bestnye tak sabar nak pindah hari jumaat ni..tapikan..tapikan air kat rumah aku keluar sikit je..adoi.kenapakah ye?adakah tekanan kat kawasan tu rendah ataupun air tak turun lagi sebab baru pasang..tak faham aku..Kesian pokok-pokok dan rumput2 ku..huhu..tak kena air..mati nanti..sian die..:(
Berbalik pada citer asal aku..actually aku cat rumah ni da lama..Masa cuti Israk Mikr
aj hari rabu lepas..Semangat aku dan en suami bangun awal pagi pi rumah kami dan cat..Aduss ku ingatkan senang rupanye hohoho..penat jugak ye..baru cat bilik yang kecik tu..belum cat ruang tamu lagi..So aku ambik keputusan nak cat bilik je..Kalau en suami ada hajat nak cat ruang tamu ke ape ke aku syorkan suruh upah orang..haha..1 hari cat..kalau bagi kat profesional rasa 1/2 hari je.ekeke..so aku dan en suami membeli cat jenama Season.Warna cat digaul menjadi warna pink yang aku nak..Ape ntah nama cat tu..Susah nak sebut walaupun kalau
tengok warna pink je.
Sebelum cat tu kenala tampal double sided kat keliling grill tingkap tu..Nanti cat tumpah ke meleleh ke habis grill putih tu..Satu keje la pulak nak tampal2 ni..Adoii...dengan tanpa rela aku menampal disetiap grill tu..
Bersedia untuk cat..yeayyy cat dan cat...Habis je cat balik rumah dan tido..Bangun pagi aduhh caket pingganggg....
Sebelum cat..Putih bersih je kan..:)Lihat paper2 yang disusun..Kononnya tak mau bagi cat kena tiles la apala..Last2 kena cuci jugak tile tu..Nasib cat ni jenis minyak so senang nak padam.
Selepas cat.Sudah bertukar..Yeayy..i love pink..
Masa ni en suami tengah touch up dinding yang tak kena cat..
Lastly my pic yang sukakan pink...:)

Tuesday, July 5, 2011

BILA TOMOK & AYU KAHWIN..WOWWW...CUN GILOZ.Dapat BEG LV lagi U..

Assalamualaikum..
Tahniah diucapkan kepada tom tom bak..eh tomok dan ayu..Selamat Pengantin Baru..Semoga kekal hingga ke hujung nyawa..Insyallah..Aku pasti ramai yang kucewa bila Tomok ambik keputusan nak menikah..Kakaknye Isma AF7 ade twitt bagitahu ade sorang peminat tu kecewa bila Tomok kawen..Aduss..kepada peminat2 tomok janganla kecewa ye..Jodohnye sudah ditetapkan..So redha dan terima je la..:)
Okla..jomla layan gambar2 pernikahan dan juga resepsi Tomok dan Ayu.Cantikkan ayu..Macam RCW..Gambar2 ni aku kidnaped kat page FB Hatta Dolmat,Ministry of Moment Dan juga Nora Joey..:)
Beg LV yg diberi kepada Ayu..haaa...kek je ni..:)