Tuesday, June 28, 2011

PROSEDUR AMBIK ANAK ANGKAT.(AKU NAK AMBIK ANAK ANGKAT?)

Assalamualaikum..
Rasa bosan pulak 2,3 hari kat opis..Tak tahu nak buat ape..Maybe sebab keje aku da habis kot..hehe..
Last week anak saudara hubby aku ada tanya kat suami aku..nak anak tak?ada orang nak bagi..aku tanya kenapa?sebabnye berpisah dengan suaminya dan baby tu baru seminggu dilahirkan.Anak sulong.Ya Allah tergamak nak bagi kat orang..Kalau akula sesusah mana pun anugerah yang diberikan olehNYA tidak akan aku bagi sama sekali dekat orang.Akan kujaga amanah yang diberikan ini padaku.Tapi mungkin mereka ada alasannya yang tersendiri.So aku cakap dekat suamiku kita balik discuss dulu..So semalam aku dapat sms dari suami dia tanya nak tak baby tu..dorang serius nak bagi..Adusss ..sape tak nakkan..Tapi Ya Allah aku pun tak tahu dengan diri aku,aku bersedia ke tidak untuk ambik anak angkat ni..baby ni perempuan.Aku terpikir jugak nanti dia besar dan nak kawen macam mane..nak bagitahu dia macam mane..Nak jadikan anak susuan supaya suamiku dan die menjadi muhrim..tapi aku tak de anak lagi..Sape yg sudi jadi ibu susuan die..aduhh..macam nak pecah kepala memikirkannye.Tapi aku kesiankan baby ni.Sebolehnya memang aku nak ambik..Insyaallah aku mampu menjaganya.Ya ALLAH kuatkan lah aku..Aku sayangkan kanak2..Tapi Allah masih belum memberi rezeki padaku untuk mempunyai anak.
So aku pun study la sikit berkenaan Prosedur mengambil anak angkat..Ini antara yang aku jumpa untuk mengambil anak angkat mengikut undang-undang di Malaysia..

*Pemohon boleh memohon sama ada melalui surat, faks, telefon, e-mel atau datang sendiri ke Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah (PKMD) di mana pemohon bermastautin.

*Pemohon akan diminta mengisi borang permohonan. Borang yang telah lengkap diisi hendaklah dikembalikan bersama-sama dengan dokumen-dokumen yang diperlukan seperti berikut:

(1) Surat sokongan / pengesahan daripada pegawai perubatan.

(2) Salinan sijil nikah / sijil pendaftaran perkahwinan.

(3) Salinan kad pengenalan pemohon (suami dan isteri).

(4) Lain-lain dokumen yang berkaitan.

Siapa yang layak mengambil anak angkat?

*Pasangan suami-isteri yang sah, ibu tunggal (ibu tunggal) yang menetap / tinggal di Malaysia.

Bila dan bagaimanakah anak angkat dapat disahkan sebagai anak pelihara mengikut undang-undang?

*Permohonan boleh dibuat dalam masa tiga bulan selepas menerima kanak-kanak dalam penjagaan pemohon. Permohonan hendaklah dibuat kepada Mahkamah Seksyen atau Mahkamah Tinggi dengan melantik peguam untuk urusan mendaftarkan Notis Pengangkatan. Akta yang digunapakai bagi proses pengesahan pengangkatan cara ini adalah merujuk kepada Akta Pengangkatan 1952 (Akta 257).

*Permohonan cara kedua adalah dengan membuat permohonan kepada Jabatan Pendaftaran Negara di bawah Akta Pendaftaran Anak Angkat 1952 (Akta 253). Permohonan untuk pengesahan ini hanya boleh dibuat selepas dua tahun anak pelihara dalam penjagaan keluarga pelihara. Bagi keluarga yang beragama Islam permohonan untuk pengesahan anak pelihara hanya boleh dibuat melalui Akta 253, iaitu Akta Pendaftaran Pengangkatan sahaja. Permohonan untuk pengesahan pengangkatan hanya boleh dibuat selepas dua tahun anak pelihara berada dalam jagaan pemohon. Permohonan boleh dibuat di Pejabat Pendaftaran Negara.

Peringatan:

Mengambil anak angkat secara sendiri perlu dimaklumkan kepada JKM mengikut seksyen 35(1) Akta kanak-Kanak 2001 tidak lewat daripada seminggu selepas pengambilan dan sekiranya gagal memaklumkan dan jika disabitkan kesalahan denda maksimum adalah sebanyak RM10,000 atau dua tahun penjara atau kedua-duanya sekali.

- Sumber : Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia

Siang malam aku bersujud dan berdoa..
Semoga aku dapat memiliki apa yang diimpikan setiap perkahwinan..
Anakku jika kau ku milikimu
Ibumu ini akan menjaga dan menyayangimu..
Namun ibu pasrah dan pasti
Ibu belum dikurnikan lagi rezeki untuk memiliki dan memelukmu..
Akhirnya setelah berbincang aku dan suami tak jadi nak ambik anak itu..Sayang semoga engkau mendapat insang yang lebih baik dari kami berdua..:(
Aku menangis...

8 comments:

KisahNutty said...

sabar kak. kita tak pernah gagal selagi kita tak berhenti mencuba.insyaAllah..kalau ada rezeki tu tuhan akan makbulkan. mungkin cepat atau lambat ja.. tuhan nak uji dlu hambanya sebelum tuhan berikan sesuatu di kemudian hari, sapa tahu kan. :)

pasal anak angkat tu mungkin bukan rezeki akak. mungkin ada yang lebih baik untuk baby tu.. Allah s.w.t dah rancang yang terbaik untuk kita..

sy doakan semoga akak murah rezeki & dipercepatkan dpt baby :) insyaAllah..

Shawl's@ayucinta said...

tanx KN..apreciaet dgn nasihat awk..
semuanya sudah ditentukan oleh DIA..kita berusaha dan berdoa supaya DIA mendengar dan memakbulkan permintaan kite..
akk pasti dan percaya semuaNYA ada hikmah..
terima kasih sekali lagi..

EvisuKyme said...

hmm....masih ada lagi bb tuh?sbb ada yg teringin nk bb,tp xde rezeki....

aunty sy pn amek anak angkat baru je...org langkawi..hidup ssh...alhamdulillah skrg anak tu cukup zat,sbb ms mula2 amek bb tuh mcm kurang zat....namanye siti zulaika...dan aunty sy injection supaya ada susu..dan boleh susukan dia..maka muhrim lah mereka...dan itu adalah perjanjian mereka :)

myazara said...

eee bestnye...tp tu la kan bla amek anak angkat ni byk bnd yg kita kena pikirkan...ketersediaan kita lg fmly kita...masa dpn dia lg...blh ka kita bg dia kasih syg yg cukup...yela bila bkn drh daging sndr mcm2 yg perlu di pikir supaya xda rasa berkira apa2 dgn dia nnti..tp bulatkan tekad awak klw nk amek ank angkat..baby itu bau syurga...sy pun tgh berkira2 ngn hasben tntg nk amek anak angkat..

ayucinta said...

Evi : bile da minum susu sendiri da jd anak susuan dan da sah utk bersentuhan nanti..

mya : tula..banyak yg kena fikir dan bincang..bukan kite je suami isteri tp dgn family kita dan juga family suami..adakah mereka juga akn menerima anak tu..

Anonymous said...

kak saya nak tanya... saya masih bujang dan berumur 26 tahun dan alhamdulillah pendapatan agak stabil... baru2 ini ada seorang wanita ingin memberi saya anaknya kepada saya kerana bayi itu tidak berbapa. bagaimana kah prosedurnya?

saya berharap dapat sgt2 menolong wanita itu.lagipun saya betul2 sukakan bayi...

sue suria said...

InsyaAllah. ...ada rezeki nnt. Mungkin dpt kembar trus ke. Teruskan usaha dan berd0a slalu ye.

zubaidah said...

Assalamualaikum
Saya seorang guru di Melaka, sudah beberapa kali mencari anak untuk dijaga tetapi masih belum berjaya. Buat masa ini saya mencari seorang anak lelaki / perempuan yang akan lahir dalam masa terdekat. Boleh hubungi saya di 0149824024
Terima kasih