Tuesday, June 28, 2011

PROSEDUR AMBIK ANAK ANGKAT.(AKU NAK AMBIK ANAK ANGKAT?)

Assalamualaikum..
Rasa bosan pulak 2,3 hari kat opis..Tak tahu nak buat ape..Maybe sebab keje aku da habis kot..hehe..
Last week anak saudara hubby aku ada tanya kat suami aku..nak anak tak?ada orang nak bagi..aku tanya kenapa?sebabnye berpisah dengan suaminya dan baby tu baru seminggu dilahirkan.Anak sulong.Ya Allah tergamak nak bagi kat orang..Kalau akula sesusah mana pun anugerah yang diberikan olehNYA tidak akan aku bagi sama sekali dekat orang.Akan kujaga amanah yang diberikan ini padaku.Tapi mungkin mereka ada alasannya yang tersendiri.So aku cakap dekat suamiku kita balik discuss dulu..So semalam aku dapat sms dari suami dia tanya nak tak baby tu..dorang serius nak bagi..Adusss ..sape tak nakkan..Tapi Ya Allah aku pun tak tahu dengan diri aku,aku bersedia ke tidak untuk ambik anak angkat ni..baby ni perempuan.Aku terpikir jugak nanti dia besar dan nak kawen macam mane..nak bagitahu dia macam mane..Nak jadikan anak susuan supaya suamiku dan die menjadi muhrim..tapi aku tak de anak lagi..Sape yg sudi jadi ibu susuan die..aduhh..macam nak pecah kepala memikirkannye.Tapi aku kesiankan baby ni.Sebolehnya memang aku nak ambik..Insyaallah aku mampu menjaganya.Ya ALLAH kuatkan lah aku..Aku sayangkan kanak2..Tapi Allah masih belum memberi rezeki padaku untuk mempunyai anak.
So aku pun study la sikit berkenaan Prosedur mengambil anak angkat..Ini antara yang aku jumpa untuk mengambil anak angkat mengikut undang-undang di Malaysia..

*Pemohon boleh memohon sama ada melalui surat, faks, telefon, e-mel atau datang sendiri ke Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah (PKMD) di mana pemohon bermastautin.

*Pemohon akan diminta mengisi borang permohonan. Borang yang telah lengkap diisi hendaklah dikembalikan bersama-sama dengan dokumen-dokumen yang diperlukan seperti berikut:

(1) Surat sokongan / pengesahan daripada pegawai perubatan.

(2) Salinan sijil nikah / sijil pendaftaran perkahwinan.

(3) Salinan kad pengenalan pemohon (suami dan isteri).

(4) Lain-lain dokumen yang berkaitan.

Siapa yang layak mengambil anak angkat?

*Pasangan suami-isteri yang sah, ibu tunggal (ibu tunggal) yang menetap / tinggal di Malaysia.

Bila dan bagaimanakah anak angkat dapat disahkan sebagai anak pelihara mengikut undang-undang?

*Permohonan boleh dibuat dalam masa tiga bulan selepas menerima kanak-kanak dalam penjagaan pemohon. Permohonan hendaklah dibuat kepada Mahkamah Seksyen atau Mahkamah Tinggi dengan melantik peguam untuk urusan mendaftarkan Notis Pengangkatan. Akta yang digunapakai bagi proses pengesahan pengangkatan cara ini adalah merujuk kepada Akta Pengangkatan 1952 (Akta 257).

*Permohonan cara kedua adalah dengan membuat permohonan kepada Jabatan Pendaftaran Negara di bawah Akta Pendaftaran Anak Angkat 1952 (Akta 253). Permohonan untuk pengesahan ini hanya boleh dibuat selepas dua tahun anak pelihara dalam penjagaan keluarga pelihara. Bagi keluarga yang beragama Islam permohonan untuk pengesahan anak pelihara hanya boleh dibuat melalui Akta 253, iaitu Akta Pendaftaran Pengangkatan sahaja. Permohonan untuk pengesahan pengangkatan hanya boleh dibuat selepas dua tahun anak pelihara berada dalam jagaan pemohon. Permohonan boleh dibuat di Pejabat Pendaftaran Negara.

Peringatan:

Mengambil anak angkat secara sendiri perlu dimaklumkan kepada JKM mengikut seksyen 35(1) Akta kanak-Kanak 2001 tidak lewat daripada seminggu selepas pengambilan dan sekiranya gagal memaklumkan dan jika disabitkan kesalahan denda maksimum adalah sebanyak RM10,000 atau dua tahun penjara atau kedua-duanya sekali.

- Sumber : Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia

Siang malam aku bersujud dan berdoa..
Semoga aku dapat memiliki apa yang diimpikan setiap perkahwinan..
Anakku jika kau ku milikimu
Ibumu ini akan menjaga dan menyayangimu..
Namun ibu pasrah dan pasti
Ibu belum dikurnikan lagi rezeki untuk memiliki dan memelukmu..
Akhirnya setelah berbincang aku dan suami tak jadi nak ambik anak itu..Sayang semoga engkau mendapat insang yang lebih baik dari kami berdua..:(
Aku menangis...

Sunday, June 19, 2011

CERITA PASAL RUMAH PART 1:JUMAAT DAN SABTU YG TAK CUKUP.

Assalamualaikum..
dah lama rasanye aku x update personal blog ni..sejak dua menjak ni aku teramatla bz sampai blogshop aku sendiri pun x sempat nak update shawls2 baru..sedihnyeee..tapi nasib baikla ada customer yang masih ingatkan aku..tq sayang2 semua..
Jumaat dan sabtu lepas adalah hari yang sangat bz bagiku dan suami..Hanya Tuhan saja yang tahu betapa penatnya kami.
Bermula dari pagi aku pergi belajar kereta sampai pukul 12 t/hari..balik je rumah terus ke rumah aku untuk tengok cina2 tu pasang grill dan juga tolong hubby dan abang ipar ratakan tanah untuk tanam rumput..tunggu punya tunggu sampaila petang..penatnye bukan kepalang lagi..Nasib mak dan abah aku mai..hilangla jugak penat tengok depa..
Hari sabtu seperti biasa pergi belajar kereta 2 jam lagi..aduhh sangat malas tahu..nex wik pun ad lagi 4 jam..haisshhh blala mau habis ni..malas da aku nk jumpa cikgu2 yg ajar yg garang2 tu..huhhh...
balik je p rumah aku lagi tengok depa pasang lampu..walaupun TNB tak masukkan lagi api tapi kami pasang siap2 supaya tak banyak keje di kemudian hari..
Contoh rumput karpet yang ditanam..tapi aku nak tanam rumput filipina je..murah dan senang nak jaga..heee...:)
Dis week pun sibuk jugak..hari khamis ni proses mengecat bilik..bilik je..nk buat 1 rumah x mampu...heee...lepas tu nk berkebun untuk memulakan proses menanam rumput dan pokok2 hiasan yang dibeli..dah ada idea nk design taman aku mcm mane..tak tahula jadi ke x..hehe..
okla tunggu aku tangkap gambar rumah dan proses hiasan dalaman dan luaran nanti ek..:)

Wednesday, June 8, 2011

CHECK LIST PINDAH RUMAH..INGAT KAWEN JE KENA CHECK LIST..EMM..

Assalamualaikum..
Tengah pening-pening sebab akukan preggy..ish3..x de la..tipu sunat je..mana tau bile tipu sunat ni jadi betul...kan..kan..kan..
Actually tengah pening sebab nak pindah rumah.uwaaa...ingat nak kawen je kena check list..nk pindah rumah pun kena tau..kalau tak check list habisla..main beli je.betul x??
Check list pindah rumah :
1. Grill rumah : ok
2. Langsir : ok
3. Cat : Belum
4. Lampu : ok
5. Kipas : ok
6. Set Bilik Tidur : ok
7. Meja makan : ok
8. Set ruang tamu : ok
9. Set bilik air : belum
10. Rumput hiasan :belum
11.Pasir : belum
12. Pokok Landscape : belum
Buat masa ni yg tu je yang aku ingat..Esok bolehla beli rumput dan pokok landskap..Buat masa sekarang ni aku x boleh nak duduk lagi rumah tu sebab masih tak dapat OC dari pemaju.kunci da dapat.bengong betul..Kalau x bagi duduk lagi x payahla bagi kunci..emm..
Kepada yang nak beli rumah dan bakal dapat kunci budgetla dengan betul2.Kena pandi servey kedai yang jual lampu dan sebagainya.Contohnya aku da rugi rm24..Aku beli lampu bilik dekat kedai A rm59..Tup2..bila aku p kedai B nak beli downlight lampu yang sama harganya hanya RM35 sj..kalau beli 2 dan berapa kan..So pandai2la korang servey ek..
Lagi satu aku hangin dekat cina yg bisnes buat grill yang duk bisnes kat rumah yang baru siap ni.Dahla duk menapak kat rumah aku.Lepas tu suka hati je masuk rumah aku berakla apeKalau berak tu flush x pe..ni sampai tersumbat..Korang bayangla sendirikan..Semalam aku p tengok hubby aku da mula membebel..kami ni rasmi pun tak lagi.Salah kami juga bagi kunci kat depa ni.Kata nak buat grill buat je la..tak payahla buat rumah tu macam rumah sendiri.aku bukan nak bagi sewa..aku nak duduk..Tak taula pagi ni husband aku da prgi ke tak jumpa cina tu..
Haahh puas hati aku lepas geram kat sini..okla..aku nak sambung keje..keje..dan keje..:)