Friday, May 6, 2011

MAKK..

ASsalamualaikum..
Selamat Hari Ibu kpd mak aku yang disayangi..
Mak ayu sayang mak sangat2.Mak mendidik ayu dan adik2 alhamdulillah berjaya seperti sekarang.Dan kini ayu harap ayu dapat membalas segala pengorbanan yang mak berikan pada ayu..Mak ayu masih ingat bagaimana mak bangun pukul 3 pagi untuk buat nasi lemak.Untuk menyara ayu dan adik2.Mak,au masih ingat bagaimana ayu tengok mak dan abah pergi berniaga nasi lemak.Naik motor honda kapcai c50.Sampai je depan lampu isyarat kadang2 motor tu berhenti sendiri.Kesian ayu tengok abah start motor tu..
Makkk..
Ayu ingat lagi bagaimana mak pergi dengan abah asrama polimas semata2 nak hantar duit rm30 dekat ayu.Masa tu adik kecik lagi.Mak dan abah naik motor.Ayu sedih tengok masa tu.
Makk..
Ayu ingat lagi tahun lepas abah jatuh sakit dan dimasukkan ke ICU.Di ruang menunggu mak menangis tak henti2.Walaupun masa tu ayu tak menangis tapi hati ayu hanya Tuhan saja yang tahu.Ayu sedih sangat tengok mak.Mak tak mau makan.Bila ayu hantar mak balik dan mak turun dari kereta ayu menangis sepuas-puasnya.Ayu tak pernah tengok mak sedih macam tu.Siang malam ayu berdoa supaya abah cepat sembuh dan mak tak menangis lagi.Dikala berdoa hanya air mata mengiringi doa ayu tu.Dan akhirnya Alhamdulillah abah semakin sihat dan sembuh.
Makk..
Alhamdulillah kini ayu dapat meringankan beban mak.Walaupun mak masih lagi berniaga nasi lemak tapi dah tak macam dulu lagi.Mak dah naik kereta.Adik2 pun da besar dan bekerja dan tolong mak.Walaupun kini ayu da berumah tangga tapi insyaallah ayu takkan lupa tanggungjawab ayu sebagai anak..
Makk..
Insyaallah ayu akan berikan cucu pertama untuk mak.Ayu harap mak berdoa supaya anak mak ni berjaya dalam bisnes dan memperolehi zuriat.
Makk dikesempatan ini ayu nak ucapkan SELAMAT HARI IBU.Semoga mak panjang umur dan ayu akan sentiasa mendoakan kesejahteraan mak.
VOTE SHAWLSAYUCINTA HARI-HARI TAU!KLIK SINI.

1 comment:

saya bukan tomato said...

sedih.... :'(

sayanggg mama