Saturday, May 21, 2011

SHAWLS INSPIRED HANA TAJIMA MAKIN DIMINATI.

Assalamualaikum..
Pemakaian shawls pada masa kini semakin hari semakin banyak.Pantang je ada artis atau blogger terkenal pakai pasti akan mendapat sambutan sesuatu shawls tu.Dan kini yang paling hot dan diminati ramai adalah shawls inspired hana tajima.Material daripada silk satin dan tidak terlalu licin jadi senang dan mudah tau untuk dipakai.Dalam sehari aku mendapat tempahan lebih daripada 50 pcs dengan pelbagai warna.Dan pilihan warna yang mendapat banyak sambutan adalah warna hana tajima dan warna yuna..haha..nak tahu warna ape kedua2 orang terkenal ni pakai..kenala klik blogshop aku..nak terus ke link shawls inspired hana tajima klik SINI.Selain dua warna tu terdapat banyak lagi warna yang menarik dan cantik.
Dan pada hari ini aku da turunkan harga shawls ni supaya semua orang mampu milik shawls ni..heee..
Actually shawls satin ni boleh digayakan dengan pelbagai gaya.Kalau nak tahu boleh tengok beberapa gambar dibawah.
Heee..aku menggayakan cara paling mudah.lilit2 je..:)
Model Aida Mus Albakri menggayakan cara lilitan ke hadapan.Cantik dan comelkan.
Salah seorang customer menggayakan gaya untuk ke dinner.Menawan kan...
Blogger terkenal Nurul Badiah menggayakan gaya yang sesuai untuk bersantai.Cantik dan jelitakan..:)
Nurul Badiah ade buat tutorial untuk memakai shawls inspired hana tajima ni.Kalau nak tengok bolehla klik SINI.
So kepada korang semua yang berminat bolehla dapatkan shawls inspired hana tajima di Shawls@AYUCINTA.

Friday, May 20, 2011

INGIN BERGAYA SEPERTI YUNA & HANA TAJIMA?PROMOSI HARI INI TAU.

Assalamualaikum..
Pertama sekali aku ingin mengucapkan syukur alhamdulillah kepada Tuhan yang Maha Esa kerana memberi rezeki dan kebahagiaan kepadaku.Bulan Mei ni aku rasa adalah bulan yang bahagia untukku dan suami.
Disebabkan aku tak mahu berkongsi kegembiraanku seorang diri aku pun dengan ikhlas hati ingin berkongsi kegembiraan dengan korang semua.Jadi aku ade buat promosi 1 HARI bermula pukul 12 pm tadi hingga 12 am nanti.Promosi semua harga shawls RM15..Tiada ditempat lain tau.Siapa cepat dia dapat.
Promosi ini juga untuk shawls inspired hana tajima.Jadi korang bolehla bergaya seperti hana tajima dan yuna.Besttkan..
So ape tunggu lagi jomla cepat ke blogshop aku..Shawls@AYUCINTA sekarang!!

Wednesday, May 18, 2011

ALHAMDULILLAH..AKHIRNYE..

Assalamualaikum..di saat ini aku masih menunggu kepulangan hubbyku yang pergi main badminton tak hengat isterinya sudah mengantok..adoii..cepatla bang balik..da ngantok ni..Sebenarnye aku takut nak masuk tidur sorang2..hahaha..kantoi suda..
Petang tadikan odw nak balik rumah hubby aku dapat satu kol..sambil drive kereta hubby aku tengok nombor yang naik..eh EPIC VALLEYla..wahh..aku da teruja da ni..then hubby aku pun cakap..Akhirya penantianku dan hubby selama setahun setengah akan menjadi kenyataan.Hari Selasa ni aku dan hubby dapat kunci rumah.Rumah kami hasil titik peluh kami.Syukur Alhamdulillah.Walaupun bukanla banglo tapi aku bersyukur sangat.Impian aku dan hubby untuk tinggal dirumah sendiri bakal menjadi kenyataan hari selasa ni.
Majlis penyerahan kunci akan dibuat di tapak rumah masing jam 3.30 petang.Tapi sedih sikit sebab time tu aku rasa aku masih di Pulau Langkawi sebab aku kena hadiri kursus induksi.Hari selasa tu hari terakhir.Mintak2la sempat aku nak rasa hepi ni..:) Masa ni rumah kami masih dalam pembinaan.Jarak rumah kami dengan rumah sewa sekarang x la jauh sangat.lebih kurang 1 km je.So nanti nak pindah senangla.Tak payah dua tiga kali berangkut.Sekali angkut je da habis.Lagipun barang kat rumah sewa ni tak banyak.Bawak sikit2 sebelum boleh duduk sepenuhnya.Air dan api lambat juga tu.So bila da ade semua nk kena basuh dulu,baca yassin,cat,sapu2,masuk barang..wahh bahagianye..suke..suke..suke..:) Barang2 rumah semua da siap beli..Cuma kain langsir sliding door je belum buat sebab aku tak pandai nak ukur..hahaa...nantila da masuk baru ukur segala.Duit lagi tu..athoii..Yang lain2 semua da beli dan tunggu untuk kol je kedai2 tu suruh hantar..emm..Alhamdulillah dan syukur sekali lagi..

JOM DAPATKAN MAJALAH REMAJA ISU 15 MEI.COVER DEPAN HANIS ZALIKHA TAU.

Assalamualaikum..
Sambil mendengar SINAR.FM ape kata korang dapatkan majalah remaja isu 15 Mei 2011.Cover depan Hanis Zalikha tau..Alaaa blogger popular tu..Sape tak kenalkan.Sangat best tau isu kali ni.Macam2 ade.Tak percaya??kenala beli...
Cantikkan cover depan kali ni..:)Hanis Zalikha blogger terkenal tau.Rugi tak dapatkannya.
Sambil2 usha Remaja kali ni ops..alamak terkejut suda..ehhh ade online shop yang amat aku kenal..jap2..nak usha sekali lagi..ehh blogshop aku la..wahh teruja..hee..semua tu tipu je..Actually aku da tahu dari last week lagi.Itupun sorang adik cantik manis dari fb ni bagitahu cakap blog aku keluar dalam Remaja.Aku pun cari seantero kl dan kedah.aduss tak jumpa.Last2 semalam baru jumpe.Aduhh susah betol ye.
Kalau beli REMAJA isu kali ni korang jugak boleh dapat free syampoo sebotol.Wangi bangat..
My blogshop -Shawls@AYUCINTA-
Sape2 yang nak shawls free dari aku bolehla join kuiz dalam majalah ni ye.Selamat Membeli..

Tuesday, May 17, 2011

KENANGAN DI POLITEKNIK PORT DICKSON.

Assalamualaikumm..
Dipetang yang syahdu ni dengan guruh yang bunyik2 manja aku nak flash back balik kehidupan aku di Politeknik Port Dickson..Sape kata duk Politeknik x best??Sape kata yang duk Politeknik ni student yang x pandai.Sape kate??cer citer..Ishh kat mana2 study pun sama je.yang penting diri kita sendiri.Kalau betul2 nak study pasti berjaya.Janganlah pandang student poli ni low class..heiii cube tengok yang keje kat JKR,Kem Perumahan yg jadi technician ramai dari Poli tau..Yang jadi Penolong Pegawai dari politeknik juga.Haa sape kate budak poli x success..Aku pun pernah keje JKR tapi da resign sebab tak dapat posting..apela aku ni kan..orang lain punyala isi SPA 8 nak dapat keje aku boley pulak p resign..Nak buat macam mane rezeki aku dengan JKR takat tu je..
Berbalik pasal citer aku di Poli PD..masa sijil aku study di POLIMAS KEDAH..Then bila sambung je DIPLOMA aku dapat POLITEKNI PORT DICKSON.1 tahun je aku di sana.Tapi 1 tahun di sana macam2 yang aku lalui dan tempuhi.Yela bila berjauhan dengan family kenalah berdikari.Pernah 2 bulan aku tak balik kedah sebab tak cukup duit.haha..Dan paling best time dapat PTPTIPU..eh..eh PTPTN..pakat semua pi LOW YAT nak beli komputer..Almaklumlah budak architecture ni lebih kepada penggunaan komputer.Termasukla aku..rasa puas sebab dapat beli komputer.Masa tu laptop x ramai yang pakai.Kalau sape pakai laptop time tu dianggap kayala sebab time tu laptop mahal..sejibik pun dalam RM3000..
Selain tu kan kami yang study kos archi ni banyak buat projek group.p sana p sini mengkaji..kaji rumah tradisional di melaka.kaji kolej sultan abdul hamid utk bangunan lama,kaji lif di shopping complex di seremban dan paling best kaji IKEA di DAMANSARA tu..Pengalaman aku yang tak dapat dilupakan kat sana kalau time nak present je aku pasti menangis.Tak percaya tanya kawan2 aku.Aku tak tahula kenapa hati aku time tu lembut sangat.Kalau ade 10 kali present utk subjek design 10 kali aku menangis.HInggakan last sem member2 aku cakapa kalau aku menangis utk last present final project ni dorang x nak hantar aku balik kedah.huuhhh terus x menangis..memang dasyatla ugutan mereka tu..haha..
Kesimpulannya aku sangat suka time ni dan rasa diri aku tak de masalah walaupun banyak masalah..:)
Time ni tengah siapkan presentation..tak tidur malam tau kalau masuk kos ni..tengokla aku sampai buat design pun pakai helmet.petua x nak bagi mengantok u allz..
time ni geng DSB nak lawan bola...semi final x silap..tapi kalah..huhu..kak liza macam tension je dengan aku..hehehe...
James bond pompuan malaysia..pantang nampak kamera ada je aku nak posing..ekkeke...
aku,kak liza,kak farah,yati,ayie dan mat anas..
kecikkan aku masa ni..siap boleh sembunyi belakang mat anas lagi..
Sesat aku disitu..semuanya awang..aku je minah kat situ..hahaha..
Bendera pasukan kami..
Dalam kelas..aku,kak liza,oli,yati,seri dan ili..ramai yang da kawen dan ade anak ni..:)
time ni kena buat research rumah melayu tradisional dan tempat pilihan kami di Melaka.Sangat cantik rumah makcik ni.memang 100% tradisional tanpa ada ubah ape2 pun.Semua kayu.Sekarang aku pun da lupa kat area mana rumah ni.
Gambar2 ni aku ambik dari kak liza.aku dulu pun banyak gambar tapi komputer yang aku beli time study tu da rosak..tak dapatla ambik gambar2 yang lain..
okla..hujan ni..tido besstt..jomm zzzzz...

Monday, May 16, 2011

2 HARI DI KL UTK BENGKEL BERSAMA MAC COSMETICS & GATHERING BERSAMA ONLINE SHOP.

Assalamualaikum..hee..baru hari ni mau update blog..Actually aku baru je balik dari KL..huhh kali ni p memang puas le..puas berjalan sampai lenguh2 kaki..Aku p hari khamis dengan kak nad.Naik kereta kak nad yg drive.Kalau bagi aku drive confirm x sampai.haha..tabik spring la kat kak nad yang drive tanpa rehat.Bukan tanpa stop..tanpa rehat ok.So far alhamdulillah tepat jam 12 lebih sikit aku dan kak nad pun sampai ke destinasi iaitu Bangsar.Rumah adik kak nad.Pemergian aku kali ni pun tanpa hubby yang disayangi.huk3..sedih..die keje so terpaksala menjadi anak dara seketika.haha..
Berbalik pemergian aku di KL sebenarnye ade kerja..Kerjala sangat.Aku ada event dan gathering.Hari Jumaat aku temankan kak nad cek up di PPUM.Lebih kurang pukul 12 kami keluar dan terus bergerak ke jalan tar.Destinasi kami ke SOGO.Dengar citer ade wholesale dan memang betul..Fuhh lebih kurang 4 jam kami disitu dan aku berjaya menahan diri aku dari shopping disitu.Lastly aku beli blusher je.Lepas je SOGO kami pun berjalan2 di sekitar jalan tar dan sudah semestinya kedai shawls.Sangat cantik shawls2 disini.Jealous i tau..mentang2la susah i nak datang kl sekarang..Sabar je.Aku ambik sikit je stok kali ni.
Hari sabtu bermulalah event aku iaitu BENGKEL M.A.C cosmetics.Lokasi diadakan di Level 21st Midvalley.Sangat best disini dan aku belajar cara nak mekap.Tapi lepas je habis event ni aku pun lupa cara nak mekap.Hahaha..Dan paling best dapat jumpe mereka2 yang gojes amat..Kak Anizon,nadia,kak fiza,nana dan lain2..
Penuh kyusuk melihat MUA mac mekapkan orangnye.
Berlakon je ni..Muka tetap x cun..:(
Bergambar beramai2 bersama team MAC dan peserta.
Dari kiri wartawan dara.com iema,kak anizon,gemoks,nadia dan kak fiza.
Eh kak nad kat belakang tu ye..heee...
bersama kak anizon,kak nad,nana n kak fiza..
Bahagia bila dapat keluarkan duit beli barang MAC..sob..sob..
Nana sangat suka ble dapat barang yang diinginkan..
Aku berlakon je tu konon2 beli...
Ececehh..gambar bila da mekap dan sebelum lain benar..
Aku suka posing macam ni sebab nampak kurus..
Time to kak anizon menunjukkan cara pemakaian shawls.
Kyusuk mendengar kak anizon memberi syarahan..ehh cara2 memakai shawls.
Kak anizon n me.
Ade lagi si gemok ni..:(
Cantiknye kak fiza.Finalist TUDUNG FAREEDA ni..
Tengelam aku bila bersama sicantik yang peramah ni..Nadia Natasya.Model muslimah.
Yeayy kami semua happy sebab dapat buku kak anizon free..:)
Candid untuk dimasukkan kedalam majalah RAPI nanti..hehehe...
Nana dan kak anizon yang gojes.
Hari Ahad event aku adalah gathering bersama Group The Bakbu Haters.Geng TBH ni terdiri daripada online shop yang menjual pelbagai barangan.Tak sangka plan yang dibuat pada bulan 2 tak silap menjadi kenyataan.Alhamdulillah dan best sangat dapat berjumpa degan mereka ini.Semuanya cantik dan bergaya.Kami semua plan untuk main bowling di MIDVALLEY dan makan2..antara yang join 1st gathering ni BORONGSHAWLS,ISLAMIO PARADISE,KZ NABIHAH,WAFICO SHAWLS,MODISHSHAWLS,MAI KITTYSHAWLS,SCARF SWEETHONEY,BUTIK RIDDA,NURWIYAH COLLECTION,BUTIK PINKKU,SUMANDAK SHAWLS (AMY),BOUGA BOUTIQUE(LEEN) dan kalau ade yang aku x sebut nama inform ye..:)tapi sedih aku masih tak dapat nak jumpa yaya MAGICSHAWLS.
Tanx to amy (Sumandak Shawls) sanggup datang dari Sabah bah utk gathering kali ini.Luve u n miss u dear..
Sebelum pergi midvalley aku dan amy (Sumandak Shawls) jalan2 di jln tar.Kebetulan jumpa fie (wafico shawls) disitu.Bergambarla dengan cik sitiy ni..:)
Inilah barangan yang aku dapat (goodies).Barang2 ni disponsor oleh tokey2 on9 tau.Gelang dari sabah(amy),cincin ( bieha),kuih comel(fie),shawls,button & pin bunga(iejan & nana),pin shawls(mai) dan gantung2-kitcen-(aku)..
Sebelum pertandingan bermula mari kite bergambar..Aku bersama mai,amy,fara dan bieha.
Tunjuk bole je lebih tapi kalahh..uwaaa..
aku dan leen dari boungaboutique yang sangat gojes.
Sedang menunggu giliran masing2 kite tangkap gambar dulu ye..
Ent,nana islamioparadise dan iejan borongshawls.
Ehh..sempat lagi ye shopping disini.Almaklumla bieha bawak rantai n cincin.Semuanye cantik2 belaka.Aku pun da rembat rantai satu..
Yaa.anakku..bijak sekali..heee..Ni anak leen boungaboutiqe..Comel gile..nak dukung die pun x larat..:)
Sponsor untuk gathering ni..
Bieha,iejan,mai,aku,nana,fie dan amy.
Pemenang bowling TBH dari Hidayah Butik Ridda dan Jue Modish Shawls.
Dua orang yang cantik.Amy Sumandak Shawls dan Mai Kitty Shawls.
Aku dan Nadia
Yeayy dapat goodies..)
Gambar beramai2 sebelum pulang..huk2..sedihh..
Semoga kite berjumpa lagi ye..:)