Friday, April 29, 2011

LELAKI INI MENGAKU MENIPU DAN WEBCAM BOGEL DGN PEREMPUAN UTK DPTKAN DUIT.

Assalamualaikum..
isshhh ape pulakla yang mamat ni post?Aku pun terkejut jugak dengan post die ni.Adakah die betul2 post ataupun ade orang hack mamat ni dan post menda ni kat wall die.
Geram dan nak tergelak pun ada.Mengaku die setan dan segala.Mencairkan kaum hawa hingga ke ranjang dan tipu duit..Ishhh...Ke die ni sakit mental..macam2 sekarang ni..Yang mengaku jahatla..setanla..Dunia akhir zamann..Link ni aku dapat dari member FB aku..jom tengok kat SINI..
"ini alamat umh haku tauuu...
siapa2 yg ditipu dgn haku ..boleh rr dtg mintak utang2 korg ya.....
no6,jalan suria residen1/5,tmn suria residen.43200 cheras selangor
bg sesiapa yg pernah ditipu dgn I...sila laa dtg cari I di ruma ya..... wasap2...."
Post wall dari mamat ni..Wujud ke alamat ni..haha..
Cube baca yg aku highlite tu..
"I biasa cari mangsa dlam FB....ajak pompuan2 wabcam dgn I.....wasappp....wabcam bogel tauuu....lepastu I akan cairkan pompuan tu sampai ke atas katil I.....wasappp.....dan seterusnya tipu duit diorg leee apa lagiii.....
kenalkan I dgn kawan2 korg ok...."
Korang jomla undi aku..Aku da jatuh no 7 ni..uwaaa..cedey tau..da seminggu meraih undi tapi jatuh di no.7..jom klik SINI sayang2 semua...

BERCUTI DENGAN YUYU ZULAIKHA DAN NORA DANISH.

Assalamualaikum...
Best sangat..Kalau korang nak tahu aku dah p bercuti dengan Yuyu dan Nora Danish..Adela kat satu pulau yang sangat cantik dengan pantai buatan manusia.Ya Allah bestnye..Rugi korang x join.Eh aku memang kenal dengan Yuyu ni..tak pecaye..haa tengokla gambar kami berdua.Almaklumla dua2 orang kedah.kan yuyu kan..Nora Danish??hekeleh x kan korang tak tahu..Akukan adik die..eh adik ke kakak ek...tula..korang tak nak bace salasilah keluarga aku..Nora Danish tu kakak aku..Lisa Surihani pun kakak aku..huahuahua..
Bestt oo aku p bercuti dengan depa 2 orang ni..Yang bestnye aku siap dukung yuyu lagi nak tengok ombak laut dari tingkat 7..Aku pun dukung yuyu dengan hati2 takut terjatuh kebawah.Tapi aku steady r sebab yuyu ni ringan je..Sebelah tangan boleh angkat.So tak la susah sangat nak dukung die ni.Asyik merengek je nak tengok ombak.Nak tengok sendiri die tak sampai..Dengan happynye kami tengok ombak yang tinggi dan air yang kuat..
Tiba-tiba...trutt..tutt..ishh kacaula..best2 mimpi ni..jam bunyik pulak..Atoiii mimpi rupenye..IShhh dalam mimpi tu siap ada Nora Danish lagi walaupun tak banyak watak aku cakap dengan dia..Aku cuma cakap.."Ni Nora Danish kan..?Saya Ayucinta yang kat TWEETER tu.."ND cakap.."oo..:Die senyum dan berlalu pergi tinggalkan aku dengan lajunya.Maybe die takut aku kidnap dia..hahaha...mengarut betul mimpi aku semalam.Bangun je aku gelak sebab aku dukung Si Yuyu dalam mimpi tu nak tengok ombak tinggi..Hahaha...
Korang jomla undi aku..Aku da jatuh no 7 ni..uwaaa..cedey tau..da seminggu meraih undi tapi jatuh di no.7..jom klik SINI sayang2 semua...

Thursday, April 28, 2011

NURUL BADIAH LAI JADI MODEL SHAWLS@AYUCINTA LAGI..

Assalamualaikum..
Hari ni aku hepi sangat..Alhamdulillah si cantik NURUL BADIAH LAI sekali lagi menjadi model Shawls@AYUCINTA..dengan ini nurul dah menjadi model Shawls@AYUCINTA.Sape ambik nurul kena bababbb...appp...heeee..(pelasan jer)
Nurul telah menggayakan pelbagai shawls dari Shawls@AYUCINTA.tq tau nurul..Ayu hargai sangat jasa nurul ni..Kalau ada rezeki kite jumpa ayu akan belanja nurul..tau..tau..
Nurul memakai Shawls Numa.Sangat cantik shawls ni..I like tau masa pergi ambik kat supplier..Selain cantik senang juga pakainye..
Yang ni Shawls Inspired Hana Tajima.Shawls satin yang digilai sekarang ni.Material dari satin yang kualiti tau.
(Sedihh semalam ade terbaca 1 blog tu mengenai Hana Tajima dia ade ambik pic aku tp yg die cakap penjual shawls satin ni orang lain.Aku tak mengharap pun nak dikredit ke ape tapi macam x elokla kan ambik pic orang tak bagitahu tup2 kredit kt orang lain pulak yang jual shawls tu.Penat aku tangkap gambar.)
Yang polkadot ni Shawls Lysaa.Shawls ni customade tau.Tak de kat tempat lain.Kain chiffon dan tak licin.Senang pakai.
Yang ni pun Shawls Lysaa jugak.Cantikkan..
Lastly shawls roses 2 tones.Sangat cantik sbb ada roses dekat shawls tu.cube tengok..
kredit gambar to nurul badiah lai.
Semua2 ni kan ada banyak warna lagi.Pergi je ke blogshop aku.Shawls@AYUCINTA.
Kawan2 jom VOTE Shawls@AYUCINTA 4 ONLINE SHOP OF THE YEAR...

Wednesday, April 27, 2011

HINA NABI MUHAMMAD DAN AGAMA ISLAM.BENGONG KE APE HAJJAH NI?

Assalamualaikumm...
Aku tengah marah ni..jangan ganggu aku...grrrr..nampak x muka aku yg dah jadi kelabu ni??Tadi masa di opis sorang member aku ni mintak pinjam lappy sebab nak buka nama sorang
hajjah ni kat FB...lepas tu die panggil aku dan cakap.."kak tengok ni..gila betoi oqang ni"..aku pun tengok..Ya Allah..aku terus jadi marah gile...dan yang aku paling sakit hati dan macam nak cincang 1000 kerat boleh die menghina Nabi Muhammad S.A.W dengan panggila...B*** Muhammad.Nauzubillah...Siapakah betina ini?boleh pulak mengaku nama dia Makcik Hajjah apa kejadah..bodohh..dan dalam satu gambar tu die komen cakap " Aku nak p mekah nak p buat konsert lady gaga atas kaabah"..Ishhh mau saja aku ludah dan bunuh orang ni..Makhluk ni la yang menjahanamkan umat Nabi Muhammad S.A.W dan memecahbelahkan umat Islam.Baik tak de kat bumi ni lagi bagus.Aku amat geram dan benci gila dekat makhluk bodoh dan durjana ni..Kepada korang yang yang nak tengok FB die bolehla klik SINI sebelum dia di block oleh pihak FB.
Antara wall post oleh makcik hajjah shitt al-wuzara.meluat aku..
Lihatla betapa bodonye dia menghina Agama Islam
_____________________________________________________________
Kawan2 jom VOTE Shawls@AYUCINTA 4 ONLINE SHOP OF THE YEAR...

Saturday, April 23, 2011

PHOTOSHOOT SHAWLS@AYUCINTA.MODEL : EZMALIZA EZRIK.

KLIK DAN VOTE ONLINE SHOP AYU YE.
Assalamualaikum..Jawab salam tu ye..
Personal blog aku ni asyik tempek gambar je kan..heee...Sebelum tu aku nak mintak tolong korang VOTE untuk aku ek..ONLINE SHOP OF THE YEAR.klik VOTE disini tau..
Berbalik pasal gambar dibawah ni actually semalam aku,hubby n ezmaliza dan ili shoot gambar shawls2 aku.TQ Ezma sayang sebab sudi turun aloq stuck dengan ili untuk shoot gambar2 shawls aku.terharu sangat.Ezma akak mintak maaf tau kalau ada kekurangan..heee..
MODEL : EZMALIZA EZRIK (sape tak kenal blogger cantik ni kan..)
PHOTOGRAPHER : FAIZAL N ILI
SHAWLS : SHAWLS@AYUCINTA
LOKASI : BALAI SENI NEGERI KEDAH
Ezma menggayakan Shawls Inspired Hana Tajima.Shawls satin ni 2 helai digabungkan menjadi 1..Cantikkan.
Model EZMA menggayakan shawls Safiyaa.Digayakan seperti gaya arab.Selain itu beliau jugak menggayakan inner covered neck cotton yang boleh didapati di SINI.
Inilah inner covered neck cotton.Ezma cakap sedap pakai inner ni sebab terletak.Lastly Ezma dan Ili beli sorang satu.
Ezma menggayakan Shawls Lysaa.Actually shawls Lysaa ni customade shawls dan exclusive hanya di Shawls@AYUCINTA.So tak de dijual di online shop lain ataupun kedai2 yng berdekatan.hehee...betul..betul..betul..
Comell..
Shawls LYSAA corak polkadot ni paling ramai permintaan.Da banyak kali update stok ni.Dan nor tinggal lagi 2 pcs je..
Aku yang gemoks dan Ezma yang cantik.Malu aku..:)
Ezma x ready tapi aku suka gambar ni..
Anak dara dan mak dara..ekeke...
Lastly my supporter n photographer n my luvly hubby..Faizal..
Tanx sayang memahami kerenah isterimu ini.
Sape nak shoot shawls ayucinta...??
Cer komen..cer komen..
Kawan2 sekali lagi aku nk mintak tolong..tolong vote ek..
KLIK DAN VOTE ONLINE SHOP AYU YE.

Monday, April 18, 2011

BENGKEL MUSLIMAH BERSAMA DARA.COM DAN ANIZON COLLECTION

Assalamualaikum..Dah lama benar aku tak update blog ni ye.Actually aku ingat nk delete je personal blog ni tapi sayang pulak.Diam aku bukan diam saje tau diam aku diam2 berisi.heee..Actually 16 April 2011 adalah tarikh yang tak akan aku lupakan.Best sangat aku rasa sebab aku dapat join Bengkel Dara.Com dan Anizon Collection.Awal tu aku malas nak pergi sebab tak de kawan dan malu nak jumpa orang.Tapi hubby aku mendesak suruh pergi sebab da janji dengan adik2 tokey shawls yang lain.Lagi pun aku da bayar yuran penyertaan.So hari jumaat pagi yang hening aku dan malas aku pun bersi
ap untuk ke Shahab.Naik bas je..tak mampu naik flight..So sampai kat KL lebih kurang 6 jam selepas aku bertolak dari alor setar.Rasa takut semua ada.Almaklumlah lebih kurang setahun aku tak jejakkan kaki aku ke KL.So aku da reserved awal2 hotel noble dekat Jalan Tar.Not badla..
Dbawah ni gambar2 yang menceritakan serba sedikit bengkel yang aku hadiri.
Kami pulang dengan gembira tanpa tangan kosong.Dapat barangan mekap dari MAC,Perfume,Shawls dan juga Majalah dari Karangkraf...X rugi bayar RM80..
Inilah antara peserta yang menyertai bengkel Muslimah Bersama Dara.Com dan Anizon Collection.Tema purple+putih sebab tu semua pakai sama je.
Bersama Fara dari Butik pinkku dan Nana wan Ismail dari Islamico Paradise.TOkey2 shawls ni sangat comel.
Bergambar dengan tokey shawls muda dari KL.
Tak lupa juga aku bergambar dengan Wartawan MaJALAh Dara.Com.Comel akak ni..
Bersama Usahawan Muda..Pemilik Sarahata Resources.Comel dan cantik sarah..Aku yang gemoks itu tenggelam bila bergambar dengan Sarah.
Dengan DJ Dyan.(dj Muzik FM)..Meletops akak Dyan ni.Macam artis tahu..
My idol..Akak Anizon.Kak Anizon ni mantan Dara.com.Dulu beliau bertugas sebagai wartawan Majalah Dara.Com.Kini beliau berjaya bersama Anizon Collection.
Ini segmen yang paling best tau.Aku dan 2 orang lagi rakan dipilih untuk menjadi model MAC.Kak Anizon datang sebelah aku tanya nak tak jadi model MAC..Perghh sape tak nak.Aku pergi terus ke belakang untuk buang mekap sediada dan dimekap oleh MUA MAC.Sangat teruja hingga aku kaku didepan itu.Aku dimekap untuk ke Office..So tak tebal sangat mekapnye.Lembut je mekap hingga aku nak lena didepan itu.
Nampak je senyum tu tapi dalam hati hanya Tuhan yang tahu betapa ketaqnye aku.ekeke...
Hasil mekap.tapi gambar blurrr...
aku bersama Sarah hata dan Aida Zaida.
Kesimpulannya memang bestla join bengkel ni..Aku nak ucap terima kasih banyak2 dekat adik2 aku yang sudi melayang kerenang akaknye ni.Sanggup tunggu aku sampai ke malam sementara bas aku pukul 10 malam untuk balik ke Kedah.:)

Friday, April 1, 2011

YUYU ZULAIKHA PENYUMBANG TRAFFIC KAT PERSONAL BLOG AKU.HEEE...

Facebook dan blog kini menjadi salah satu perantara yang cukup popular.Boleh dikatakan semua orang ade facebook dan blog.Tapi antara kedua2 ni mana yang lagi best ek?
Bagi aku kedua2nya best dan ada keistimewaan yang tersendiri.Mereka yang minat menulis mungkin lebih suka menulis apa saja dalam blog..Aku?Haaahaaa aku ni x de bakat dalam penulisan so blog aku ni kejap ada entry kejap ada gambar kejap x de langsung.Aku tak macam Irine,Cik Epal,FL,Yuyu Zulaikha,Hanis Zalikh
a,Ben Ashaari,IR dan ramai lagi yang aku tak berapa nak ingat nama..heee...
Aku rasa aku lebih awal mula berblog ni..Tak silap aku tahun 2006 or 2007 la..Tapi aku masih tak dapat nak tandingi kehebatan blogger2 terkenal di atas tu.Walaupun mereka masih baru tapi mereka sangat hebat.Duit nuffnang beribua riban...Kawan beribu riban..komen beribu riban..Aku?haha...apa yang aku dapat dalam berblog ni?dah lama berblog follower masih ratus ratusan,komen kejap ada kejap tiada...macam chipsmore pulak..nuffnang tak sampai ribu riban..haha..tapi aku tak kisah..Aku ok2 je
..tak dela nak jadi cik anon ke ape nak hantar komen2 yg jeles dekat blogger2 popular..
Stats bulan ini untuk blogshop aku Shawlsayucinta..biasa je..Syukur Alhamdulillah..
Dan alhamdulillah lepas aku buka blogshop 'Shawls@ayucinta' aku nampak hasilnya.Walaupun masih baru tapi aku bersyukur dengan apa yang aku buat.Minat aku dalam bisnes semakin membuak2..Aku dah jumpa minat aku yang sebenar.Selepas bakat penulisan tiada dalam diri aku kini aku tahu aku lebih ke arah bisnes.Dan hingga hari ini ramai yang dah beli dengan aku.Aku nak ucapkan terima kasih banyak2 dan sayang kat korang semua..Sesungguhnya tanpa korang tiadalah Shawlsayucinta.Walaupun banyak kelemahan lagi insyaallah aku akan cuba perbaikinya selepas ini.
Ini stats untuk personal blog..Sikit je..heeee...
Penyumbang utama dari Yuyu Zulaikha.heee..tq sayanggg..
Untuk bulan ni bila aku tengok stats dekat blog antara pemberi jumlah yg masuk tengok personal blog aku ialah YUYU ZULAIKHA..yeayy tepuk tangan dekat yuyu..tq Yuyu..:)
okla..aku yang rendah diri nak mengundur diri..Jumpa lagi di lain entry..:)