Saturday, March 5, 2011

MENU HARI INI..JOM MASAK..

Assalamualaikum..
harini korang masak ape?Aku?Awal tu ingat macam malas nak masak.Kejut hubby pegi pasar tak bangun.Ikan semua tak beli lagi.Pukul 10 hubby aku ajak pergi tandop.Ape tandop tu?Kalau nak tahu tandop tu tempat turun ikan yang fresh2 yang balik dari memancing.Kire ikan baru2la ye.Niat dihati nak beli ikan termenung (ikan kembong) tapi tak de pulak.Almaklumla nak diet so beli ikan tu just rebus je.Dah tak de aku pun beli ikan merah,sotong sekilo dan sedikit sayur.Tak lupa jugak beli ikan kering.Ni yang sedap.First aku buat cili padi @ cabai melaka dengan kicap.Aku letak cuka dan garam sikit kemudian kacau.
Ikan kering aku goreng bagi rangup.Sedappp...
Sotong goreng kunyit.Ni hubby aku yang buat.Awal tu nak buat masak kicap.Lepas tu hubby cakap dia nak goreng.Sedap jugak.
Ikan merah yang aku rebus.3 ekor je.
Sayur kacang aku masak bersama kubis bunga.Sedappnyee..Senang je goreng sayur ni.Masukkan je sayur2 ni dalam minyak panas.kemudian gaul hingga masak.Sebelum tu masukkanla sedikit garam dan sebuk perasa.HEhehe..ringkaskan..
Sambal tumis ikan.Hubby aku cakap tadi sedap.TQ sayang..:) Aku kisar cili kering dengan halia,bawang putih dan bawang merah.Aku da tak masukkan bawang besar.Lepas tu panaskan minyak tumis cili yang dikisar tadi.Nampak likat masukkan sedikit air.Sebelum masukkan ikan masukkan garam,gula,serbuk perasa,asam jawa dan serai. Kemudian kacau dan masukkan ikan.Tunggula sehingga masak. Itula menu aku untuk hari ni.Simpe dan ringkas.Asyik makan ayam je.Sesekali makanla ikan pulak.betul tak?Kalau nak resepi boley je ikut cara seperti di atas.Ewaahh macam terror.haha.

3 comments:

Mama Zharfan said...

yum yum sedap tu :)

nak menang purse clarks ori? jom vote!

Shawl's@ayucinta said...

MAMA : nak ke??:)

Anonymous said...

Kami pembekal strip ujian kehamilan dan ovulasi dengan harga yang murah tetapi berkualiti.

Kami menjual secara runcit pukal dan dropship.

Harga serendah RM1.50/pcs.

Lebih banyak anda beli, lebih DISKAUN kami beri

Untuk keterangan lajut lawati blog shop kami:
http://kit-ujian-kehamilan-murah.blogspot.com/