Monday, March 28, 2011

ENTRY BERGAMBAR.YEayy DAPAT SNAP DGN YUYU ZULAIKHA.

Assalamualaikum..sebelum aku off lappy comel aku ni aku nak letak gambaq yang tak berapa nak gambaq ni.Ini antara gambar2 yang aku ambik cuti hari Jumaat dan Sabtu.
First gambar gathering aku dengan KBU..ape tu KBU?Kelab Blogger Utagha.Actually aku pun tak tahu menahu pasal gathering tu.Tup2..si yuyu yang comel ni kol tanya nak join gathering x?Aku pun tanpa malu2 setujuuu..yela si yuyu ajak..bukan senang nak jumpa yuyu ni..hehhee..
Hari yang ditunggu tiba..hujan pulak lebat.Aku tunggu yuyu kat jeti kuala kedah.Yela dia kan kat langkawi so turun kat jeti tunggu pulak ada 2 orang lagi blogger yang naik kereta.Izamir dan Oshin Love.So pergi ke Peneng.Sebelum sampai ke tempat yang dituju kami berkumpul di USM.bila semua da cukup kami pun berkonvoi ke tempat gathering..Ish kat manala depa nak buat ni..Dalam kepala ni kata mesti kat shopping complex main bowling..best ni..Dalam hujan lebat orang depan masuk dalam kawasan pantai..uishhh buat kat pantai tu..dahla hujan..pakai skirt pulak..hahhaa..memang adventure la..ekeke..
Haiii kata entry bergambar..story yang banyak..okla..malas da nak taip..korang layan gambar je la..:)
Sape tu?haa jangan jeles..i dengan YUYU ZULAIKHA tau..artis ni femes tau kat sana..Semua yuyu nak tangkap gambar..kan..kan..yuyu..
bersama EZMALIZA..Blogger yang comel suka tangkap gambar cantik2 tu..Rindu Ezma..
Antara blogger2 dari utara yang hadir..I menyibuk je..:)
Ni tak da kena mengena dengan Gathering..saja nak bagitahu ada shawls roses 2 tones..Sangat cantik tau..Jom tengok warna2nya di Shawlsayucinta.
Okla..malasku da tiba..tata..

Thursday, March 24, 2011

KENA REVIEW DENGAN BLOGGER POPULAR.NURUL BADIAH & REDBLOOGSNOW.

Assalamualaikum..Wahh hari ni aku rasa teruja sangat...Sebabnya balik dari opis aku tengok kat bb aku banyak sangat sms dan emel masuk.Tak pernah pulak sebanyak ini.Then bila aku cek ada satu komen di FB seorang yang cantik jelita da masukkan link blogshop aku dalam blog die.Tapi sebelum tu kat opis sebelum terpadamnya elektrik aku dapat msg daripada Zie.Die cakap da buat review pasal blog aku.Bestnye.. Actually hari ni aku p opis tak bawak bb aku.Terlupa..Da nak sampai opis baru teringat..alamak my handfun...So arini kat opis tangan aku tak terkedek2 seperti biasa.huk2 sedih..Dahla tak da karan..huhu... Aku nak ucapkan berbanyak terima kasih dekat blogger famaous ni sebab sudi review pasal blog aku.Dahla korang cantik.Kalau nak tahu sape yg reviewd aku kalau pembaca2 blog kenalla..Nurul Badiah Lai..Beliau sangat comel dan cantik.Awal2 aku tengok nurul ni dah jatuh hati dengan dia.Nasibla aku perempuan.hik2..Kalau korang nak baca blog die bolehla klik SINI.Kepada nurul sayang nanti kite bekerjasama lagi ek... Second REVIEWD dari The Eyes Of Redbloodsnow..Blog beliau sangat best sebab selalu buat review barang yang cantik2..Kalau sewa iklan kat blog diekan die akan buat review blog kite.Kalau korang nak rasa nak bagi blog korang orang kenal bolehla sewa kat blog Zie ni.Murah je untuk personal dan blogshop.Untuk sebulan tau.Kalau nak korang bolehla klik SINI.
Nila NURUL BADIAH yang aku cite tu..Comelkan..Beliau menggayakan shawls INSPIRED HANA TAJIMA.
Review dari blog The Eyes Of Redbloodsnow.

Friday, March 18, 2011

SHAWLSAYUCINTA DALAM MAJALAH DARA.COM ISU APRIL.TAPI KECIK JE.

Assalamualaikum..Tak de ape yang aku nak tulis malam ni..So aku pun hupdate le gambar aku yang tak seberapa dalam majalah DARA.COM isu APRIL ni.Shawls@AYUCINTA masuk dalam magazine ni tapi sikit je la.Hope ada orang yang nampak dan buka blogshop aku.hehehe..Selain S.A.C Riqa dari SUGARSCARF pun ade.Die tunjuk cara2 nak pakai shawls.So tak rugi kalau korang dapatkan Dara.com bulan ni.Promote le pulak.
Kecik je kann..
Hope one day dapatla pulak masuk Harian Metro..hehehe..sapela aku kan...:(

Monday, March 14, 2011

HANA TAJIMA &YUNA PUNYA SHAWLS JADI GILAAN RAMAI.

Assalamualaikum..Dah lama aku tak hupdate blog.Rasa malas giler tak boleh nak cakap.Ni pun aku kuatkan diri tekan emel dan password untuk tembus masuk ke new post ni.Actually blogshop ayu baru je update shawls terkini yang ramai orang suka.Aku baru je update semalam dan ramai yang oder.Alhamdulillah.Sape2 yang nak oder masih lagi ade ye.
Shawls diberi nama inspired Hana Tajima dan Yuna ni aku ambik dari mereka
berdua.Lagipun ramai yang bertanya kat aku ada tak shawls kain macam Hana Tajima.So sekarang ni dah ada.Korang bolehla usha2 dan oder..:)
Kalau berminat bolehla usha disini...------> SHAWLSAYUCINTA
Selain tu aku jugak update shawls MAWAR dan DAHLIA..Cantik jugak.Dekat shawls ni ada lekapan bunga2 kayu tau..untuk shawls MAWAR dan DAHLIA tekan SINI.

Thursday, March 10, 2011

KERJA OFIS VS BISNES ONLINE.

Assalamualaikum..Seperti biasa pagi ni sangat sejuk dan terasa malas nak mandi.Dan pergila aku keje tanpa madi..huhh bohong je..mestila mandi gila x mandi.

Dulu aku pernah ambik keputusan nak resign je dari keje gomen.Almaklumla masa tu aku berjauhan dengan hubby.Dari aku habiskan duit berulang alik every week aku pun ambik keputusan tanpa memikir panjang nak resign.Hubby dan semua yang tahu bising2 kat aku.Depa suruh aku sabaq.Tapi aku tak sabaq.Aku buat surat letak jawatan.Tunggu nak print out je.Tapi x tergerak nak tekan ok.Selain aku nak resign sebab jauh dengan hubby aku nak resign sebab aku rasa tak syiok sangat keje di bahagian tu.Semua staf kat situ macam tak suka kat aku.Almaklumla aku asyik bagitau nak mintak posting balik kedah.So semua da rs bosan kot.tup2 bila aku dapat keje kat kedah rasa tak mo pulak resign sebab kat sini best.Bila duk saja2 aku baru aku tahu yang keje opis ni dapat menjamin masa depan.yerla ada pencen,boleh bawak keluar KWSP dan banyak lgila.So bile da pencen nanti da menjamin masa depan.

Berbalik pada bisnes online aku hanya buat part time saja.Alhamdulillah dengan rezeki yang diberikan olehNYA.Permulaan bisnes aku hanya 3 orang yang beli dan kini Alhamdulillah walaupun tak banyak macam onlineshop yang lain bolehla aku menyimpan sedikit.Bagi aku bisnes online lebih mencabar dari keje opis.Yerla keje opis habis je pukul 5 da berebut2 nak balik.berbaris depan punch kad.lepas ketuk kad boleh keluar.Balik boleh relax2.Tapi bisnes online ni kena ada kekuatan fizikal dan mental.Dulu aku pernah jugak nak stop bisnes ni.Sebab musabab di laman sosial yang membuatkan aku lemah dan mengalirkan air mata.Masa tu hanya Tuhan saja yang tahu.Nasibla hubby ada.Diala penguat semangat aku.Selain kena tangkap gambar tudung yang banyak kena buat promosi.Pernah aku duk depan lappy dari pukul 8 pagi sampai 12 mlm.ADela rehat2 tp time tu memang aku kyusuk nak promote.Macam2 yang aku buat.Tapi masih tak de respon.Dan kini sedikit sebanyak aku da tahu macam mana nak promote dan tarik hati customer.

Kepada korang dan customer yang disayangi aku mintak maaf ek kalau aku terpos barang lambat dan sebagainya.Tpi kadang2 posmen yang lambat.huk3..Customer tanya bila aku bagi track no x de dalam sistem.Lambat betul depa update.Sabaq je la.Kepada yang aku tak sempat nak reply sms mintak maaf banyak2.Kadang2 sekali sms masuk 10-20 sms.So ada yg cakap aku tak reply kdg2 aku pun terlupa nak reply.sorriii..Kadang2 kredit habis..hehe..Yang emel aku lambat reply pun aku mintak maaf sebab emel masuk kadang2 1 hari 20 emel macam tu..(sikit je)..Dan yang paling penting kalau aku lambat reply disiang hari aku bekerja.Itu je.So maafkan aku ek.

Dan dengan ini aku nak umumkan aku nak buat GIVEAWAY UNTUK KORANG.nak tak?Ada 2 kategori.KATEGORI BLOGGER DAN KATEGORI FACEBOOK.Macam mana??tunggu entry berikutnya..

Wednesday, March 9, 2011

PENGALAMAN BERJUMPA DOKTOR SEMALAM.

Assalamualaikum..

Pagi ni seperti biasa aku di opis.Dengan selsema yang masih belum menampakkan keringnya.Sohsehsohseh aku kat belakang ni.Dahla sejuk dengan aircond.Sambil2 membuat kerja seperti biasa aku membuka lappy comelku ini untuk melihat blog dan facebook.Memula buka blogshop dulu.Update ape yang patut.Kemudian baru buka blog dan usha2 entry orang sebelum membuat lawatan dari satu blog ke satu blog.Dah penat melawat mulakan operasi untuk menulis entry baru.

Fikir punya fikir lastly baru teringat yang semalam aku cakap nak jumpa doktor.Masa nak jumpa doktor semalam muka hubby aku pucat je.Aku siap bagi kata semangat lagi kat dia.."Janganla takut abang.Kita cek dan kita dapat tahu ape masalahnya.Lagi tak cek lagi tu kita tak tahu ape masalah."Hubby aku pun kate "Abang takutla sayang."Pucat muka dia dan aku pun genggam tangan dia.Walaupun didalam kereta aku tetap menunjukkan kasih sayang dan semangat dekat dia.

Sampai di klinik pakar tu nasib baik tak ada orang.So bila pembantu klinik panggil masuk dupdapdupdap..Aku pun ikut hubby masuk dan doktor pun tunjuk keputusannya.Alhamdulillah tak ada ape yang ditakutkan.Semuanya normal..Dan doktor pun menasihati hubby aku supaya tidak memakai seluar jeans,jangan hisap rokok (hubby aku tak hisap rokok),jangan bau asap rokok,banyakkan makan sayur,senaman dan banyak lagila benda yg doktor cakap.Aku pun tak ingat.

Doktor juga cakap jangan sukahati makan akar kayu yang kita tidak tahu dan ubat ubatan yang akan melemahkan lagi sistem peranakan kita.Dengar je aku terus jadi takut.Baru nak try ubat tu ubat ni.Tapi..tak pela simpan je la niat ku ini.Panjang lebarla doktor memberi nasihat kepada aku dan hubby.Siap dia suruh tanya apa lagi yang tak faham.Dan paling penting PERCAYA bahawa rezeki telah ditentukan oleh YANG MAHA ESA.Semua dari DIA.Kalau dia nak bagi dia bagi.Semua ni ada hikmah kenapa dia tak bagi.Doktor bagi contoh Anak istimewa.Allah da pilih ibubapa yang akan mendapat anak istimewa sebab doktor tahu anak istimewa akan dijaga oleh ibubapa yang istimewa.Maksudnya disitu ibubapa yang mempunyai semangat yang kuat dan sebagainya untuk menjaga anak seperti ini.Dari situ aku tersedar benarlah kata doktor hidup,mati,jodoh,pertemua dan rezeki semuanya datang dari ALLAH.Kita hanya berdoa dan berusaha supaya Allah memberikan kita segalanya.Selain tu kalau DIA nak bagi rezeki bila2 DIA akan bagi.Kalau DIA tak nak bagi sampai bila pun DIA takkan bagi.

Alhamdulillah keluar dari klinik pakar tersebut aku dan hubby berpandangan sambil tersenyum.Next month kena pergi lagi untuk ujian berikutnya.

Kepada yang masih belum punyai anak seperti aku elokla berjumpa dengan doktor pakar yang bertauliah.Kalau boleh pergi klinik sakit puan.Kalau pergi klinik biasa ni kurang sikit.Sebab selalu da pergi asyik bagi ubat pening itu dan ini.Kalau pergi pakar dorang boleh buat ujian darah,cek rahim kita dan sebagainya.Dari situ kita tahula kenapa kita masih belum pregnant.Macam aku dulu bila buat scan baru aku tahu kenapa aku tak pregnant.Sebabnya lemak banyak dibahagian perut dan menutupi saluran rahim.Jadi dengan giatnya kini aku diet.Alhamdulillah aku turun 2kg (doktor suruh turung 14kg).Nak tahu macam mana aku diet.Tunggu next entry.Hehehe.

Selain tu bolehla guna minyak JERSLIN POWER OIL.Kenapa dengan minyak ni?Banyak khasiatnya.Sebelum ni aku ade bagitahu yang aku da dapat 1 cara untuk pregnantkan.Tadi aku cakap jangan minum air herba yang bukan2 dan makan ubat tapi yang ni minyak.Hanya untuk luaran.Alah luaran macam mana nak pregnant?Kalau nak tahu kenala tanya aKu.hehe..nak tulis dekat sini sensitif sikit.Aaku malu...

Selain untuk pregnant minyak ni banyak khasiat dan fungsinya.

Penyakit / Masalah Kesihatan yang boleh dipulihkan dengan JERSLIN POWER OIL adalah seperti berikut;-

  • Gastrik
  • Demam panas / panas badan berlebihan
  • Resdung
  • Sakit kepala / Migrain
  • Asma / Lelah / Semput
  • Sakit buah pinggang
  • Sembelit / Cirit-birit / Buasir
  • Kencing Manis
  • Tekanan Darah Tinggi
  • Jangkitan Faraj / Keputihan
  • Penyakit kelamin
  • Sakit sendi / Lutut bengkak / Gout
  • Kekejangan otot / Simpul Biawak
  • Mati pucuk / lemah syahwat / tidak bernafsu
  • Sengal-sengal tulang
  • Kulit kasar, warna tak sekata, berjeragat
  • Sakit usus
  • Kembung perut
  • Kesukaran bernafas
  • Selsema, batuk, hidung tersumbat
  • Tumor / Kanser / ketumbuhan
  • Mudah lesu
  • Keracunan makanan
  • Stroke / Angin Ahmar
  • Anggota tubuh lumpuh / lemah
  • Tekanan darah tinggi / rendah
  • Kerap kencing pada waktu malam / kencing tak lawas
  • selalu / mudah kena selsema
  • Alahan / alergik dengan makan laut / habuk /debunga / ubat
  • Sukar mendapat zuriat / anak
  • Anak yang dilahirkan kurang sihat
  • Manopause
  • Hormon tidak seimbang / ketidaksimbangan metabolisma.
  • Kesuburan lelaki / wanita menurun
  • Senggugut
  • Sakit buah pinggang
  • Tulang reput / mudah patah
  • Pergerakan perlahan
  • Mudah beremosi / cepat marah
  • Kitaran haid yang tidak tetap
  • Sukar memahami / mengingati pelajaran
  • Kurang tumpuan terhadap pelajaran atau kerja yang dilakukan
  • Kolesterol tinggi
  • Penglihatan kabur / selalu keluar air mata / mata kemerahan
  • Kesejukan kaki / tangan
  • Tangan / kaki menggeletar / menggigil
  • Sukar tidur (Insomnia)
  • Untuk bayi;- kembung perut, demam panas, demam biasa, batuk, mu

    ntah-muntah.
CARA MENGGUNAKAN Sapu dan urut di tempat bermasalah selama 5-10minit sekerap 1@2 kali sehari.
Kalau nak bagitahula..emel ke ayu_cinta2003@yahoo.com

HARGA : RM25.90

Monday, March 7, 2011

GAMBAR BLUE.

Assalamualaikum..Selamat malam semua..dah tido ke?Sebelum tido mehla bace2 blog aku dulu.Ehhh..ape pulak gambar .....ni gambar blue maksud aku gambar biru.Fikir lain la tu.Hari ni tanpa dirancang ape2.ramai pulak yang pakai baju biru.Nampak je kami bertiga tapi ade lagi.Ni baru geng office tak termasuk cikgu2 sekolah.Tadi masa p breakfast kat kantin dua orang cikgu sekolah pun pakai baju warna biru.Amboii hari biru sedunia pulak.Hahaha..yang tu pun aku nak storykan.Tak dak keje sungguh. Esok adalah hari debaran aku dengan suami.Doakanlah kami berdua menerima apa yang nak dikatakan oleh doktor ek.Kami berdua menerima qada dan qadarNYA.semoga Allah mempermudahkan urusan kami berdua esok.Nak tahu ape?Tunggula..nanti aku citer.

MODEL SHAWLSAYUCINTA.AIDA ALBAKRIY.COMEL.

Assalamualaikum..Hari ni aku tak buat ape2 entry lagi.tak de idea la kwn2.lagipun tak berapa sihat..dekat opis x de mood je.mood pun x mo dengan aku.so bile da nak pukul 5 ni tibe2 mood ade.yela duk teringat hubby kat rumah.hehhe..
Ehh comelkan model kat bawah ni.Actually beliau ialah AIDA ALBAKRIY.sape yang tak kenal lagi dengan AIDA ni meh cni aku nak kenalkan.Gadis comel ni pernah menjadi peserta akhir untuk MODEL FAREEDA tahun lepas.Pernah menjadi model untuk MAJALAH DARA.COM dan pelbagai lagila.So dengan niat yang ikhlas dihati aku pun ambikla Aida ni jadi model shawls aku.Nasibla Aida sudi.Yerla sapela aku.Bukannye hebat macam online shop yang lain.
Comelkan.Aida memakai Shawls Arab.Cutting shawls ni macam skirt bila pakai.
Aida menggayakan tudung syiria arab.Alamak bila aku pakai nampak debab tapi aida pakai manis je.
Inipun shawls arab.terdapat biji2 comel di hujung shawls.
Shawls Arab ni pun cantik.Terdapat 2 tone bila memakainya.
Semua shawls2 yang cantik ni bolehla korang cuci mata di SHAWLSAYUCINTA.
Kepada AIDA tq ek.Jangan serik bekerjasama dengan akak lagi..
Sape nak jadi model shawlsayucinta lagi???

Saturday, March 5, 2011

TEMPAHAN SHAWLS AKAD NIKAH DARI CUSTOMER.

Assalamualaikum.. Kalau nak tahu ayu dapat first customer yang nak oder shawls untuk akad nikahnya.Customer ini nakkan shawls warna putih dan pink.Digabungkan dengan ribbon warna purple dan hitam.Kepada anda yang berminat bolehla membuat tempahan ye.Boleh isi oder form @ sms nama,alamat & kod item ke 0173648354.Selain dipakai untuk akad nikah anda juga boleh memakainya untuk majlis2 formal dan majlis pertunangan.Warna shawls pilhan anda sendiri. Lupa pulak nak bagitahu harga.Harga hanya rm25 sj sehelai.Gambar credit 2 irine. Kalau nak buat macam irine pakai bolehla pilih warna shawls dan ribbon warna hitam. (Ribbon ade yang tidak menyerupai shawls di atas)
2 daripada 3 di atas tempahan daripada customer.

MENU HARI INI..JOM MASAK..

Assalamualaikum..
harini korang masak ape?Aku?Awal tu ingat macam malas nak masak.Kejut hubby pegi pasar tak bangun.Ikan semua tak beli lagi.Pukul 10 hubby aku ajak pergi tandop.Ape tandop tu?Kalau nak tahu tandop tu tempat turun ikan yang fresh2 yang balik dari memancing.Kire ikan baru2la ye.Niat dihati nak beli ikan termenung (ikan kembong) tapi tak de pulak.Almaklumla nak diet so beli ikan tu just rebus je.Dah tak de aku pun beli ikan merah,sotong sekilo dan sedikit sayur.Tak lupa jugak beli ikan kering.Ni yang sedap.First aku buat cili padi @ cabai melaka dengan kicap.Aku letak cuka dan garam sikit kemudian kacau.
Ikan kering aku goreng bagi rangup.Sedappp...
Sotong goreng kunyit.Ni hubby aku yang buat.Awal tu nak buat masak kicap.Lepas tu hubby cakap dia nak goreng.Sedap jugak.
Ikan merah yang aku rebus.3 ekor je.
Sayur kacang aku masak bersama kubis bunga.Sedappnyee..Senang je goreng sayur ni.Masukkan je sayur2 ni dalam minyak panas.kemudian gaul hingga masak.Sebelum tu masukkanla sedikit garam dan sebuk perasa.HEhehe..ringkaskan..
Sambal tumis ikan.Hubby aku cakap tadi sedap.TQ sayang..:) Aku kisar cili kering dengan halia,bawang putih dan bawang merah.Aku da tak masukkan bawang besar.Lepas tu panaskan minyak tumis cili yang dikisar tadi.Nampak likat masukkan sedikit air.Sebelum masukkan ikan masukkan garam,gula,serbuk perasa,asam jawa dan serai. Kemudian kacau dan masukkan ikan.Tunggula sehingga masak. Itula menu aku untuk hari ni.Simpe dan ringkas.Asyik makan ayam je.Sesekali makanla ikan pulak.betul tak?Kalau nak resepi boley je ikut cara seperti di atas.Ewaahh macam terror.haha.

Friday, March 4, 2011

PINK DAN WANITA.APA HUBUNGANNYA?

Pernah bertanya pada diri sendiri dan terngiang ngiang kepala, kenapa ye wanita menggemari warna merah jambu atau pink? Setiap kali berjalan shopping complex terus suka melihat anak patung atau barang-barang berwarna pink.

Dan ternyata memang warna merah jambu atau pink, semulajadi dikaitkan dengan perempuan. Jika ada bayi perempuan lahir, maka semua aksesori dibeli dengan warna pink. Kalau lelaki, warna biru. Andai ada lelaki pakai baju pink, ramai yang pandang memandang. “Eh macam perempuan la”. Mengapa warna dikaitkan dengan wanita? Ilmuwan dari University of Newcastle dalam jurnal Current Biology memaparkan sebab musabab ilmiahnya.

Dr. Anya Hurlbert telah melakukan ujian kepada 200 orang lelaki dan perempuan berusia 20-an. Majoriti perempuannya menjawab bahawa mereka suka warna paduan biru dan merah, tapi benci warna hijau dan kuning. (eh tu warna negeriku tu).

Jadi korang2 semua minat pink tak???

Thursday, March 3, 2011

AKU RINDU JKR CAWANGAN ARKITEK.

Assalamualaikum.. Malam ni selsema pulak.rasa macam nak demam.tekak sakit.Tadi kemas2 bilik berape kali bersin.Adoiii..Nasib baik ada ubat.Boleh makannn..esok cuti..yeayyy..
Tadikan masa aku kemas2 bilik aku jumpe satu fail yang mengingatkan aku kembali masa aku keje di JKR Cawangan Arkitek.Tetibe je jadi sayu dan sedih.Jap2..nak lap ayaq mata jap.Pejam celik pejam celik da 2 tahun aku tinggal JKR CA ni.Aku masuk bulan 4 2009 hingga bulan 12 2009.Lepas tu bila aku dapat tetap aku da tak duk Cawangan Arkitek da.Aku kena pindah cawangan lain.tak suka..tak suka.Walaupun sekejap aku bersama dengan geng2 CA ni tapi aku rasa best sangat.Kakak arkitek kat sini baik2.Selain tu member masa aku kat poli PD jadi ketua aku.Akukan technician je..die penolong pgawai senibina.So aku bawah die la.Keje aku kat sini selain buat drawing aku banyak masukkan surat.Lebih kurang macam adminla.Tapi best.Aku suka sangat dekat sini.Tup..tup bila aku dapat tetap aku kena pindah cawangan.Dahla tu tak de kena mengena langsung dengan apa yang aku belajar sebelum ni.Aku kena duduk bahagian jalan yang mana kat situ banyak budak awam.Dah la tu macam tak best je kat situ.Jauh pulak tu.Hari2 jalan kaki turun LRT Stesyen Bandaraya kena jalan jauh nak sampai opis.Penattt..emm..akhirnye aku pun resign..puas hati.dan kini aku di Pejabat Pelajaran.Alhamdulillah la..Walaupun aku resign yang SPA aku dapat SPP..walaupun jauh bezanya jawatan sekarang tapi tak pela..yang penting aku puas dan happy..Aku bersama Kak Ros (Arkitek) dan Kinnari (Pen Pegawai Senibina)
Yeayyy inilah Group Fasiliti Kesihatan Cawangan Arkitek.Kalau nak tahu Cawangan Arkitek ni banyak unit.Aku dan mereka2 ini dari Unit Fasiliti Kesihatan.Menumpukan kerja2 berkaitan hospital dan klinik kesihatan.
Ni masa Jamuan Raya Cawangan Arkitek.Tema 60 an.Besttt..
Aku dan Kak Su.Kak Su ni Arkitek.Kalau nak tahu Kak Su ni la yang sponsor hadiah untuk pemenang Contest Hijab Fashionista.Kak Su sponsor handmade yang dihasilkan oleh beliau sendiri.Cantik sangat.Jomla p tengok blogshopnya : JOURNAL BENANG. Masa ni kan aku baru je lepas kawen.Tengok jariku ada inai..:)Dah kena berpisah duk jauhh..
Bergambar bersama bos2..
Eh nampak kurus pulak masa ni..hehe..
Yang cantik sebelah aku ni Kak Ninad.Kak ninad ni pun arkitek.Kalau ikutkan aku bawah diela.So ape saja yang dia suruh aku kena buatla.Presentation,drawing,fail dan ape2 saje.
Rindunya slip gaji Cawangan Arkitek ni.Walaupun keje gomen slip gajinye sama je tapi suka yang ni lagi..hehehe..tapi sekarang ni da tak dapat slip gaji macam ni da.Slip gaji kena print sendiri kat opis.So paper a4 je la.
First meeting yang aku attend.