Saturday, February 12, 2011

Sharifah Sofia Persoalkan Valentines Day Haram DAN Ustazah Norbayah - menyambut Valentine day HARAM menurut Islam

Malam tadi, rakan kami berbangsa Sikh ada bertanyakan isu mengapa Valentines Day diharamkan, sedangkan hari tersebut untuk meraikan kasih sayang & cinta. Kami terdiam sejenak. Dengan nada perlahan, kami menerangkan kepada dia bahawa tarikh Valentines Day bukan berkaitan dengan cinta, sebaliknya mengenai sejarah kejatuhan Islam di zaman lampau. Dengan penerangan yang ringkas & berdasarkan fakta, akhirnya dia berkata, ‘no wonderlah it’s haram.”

Senario di atas amat mirip dengan aktres Sharifah Sofia yang kini sarat mengandung. Mungkin dia tak tahu, atau terlepas pandang.

Al-kisahnya, Sharifah Sofia ada mengeluarkan kenyataan berbentuk soalan di Twitter, ‘Really? A day of celebrating love is HARAM? Do u know dey print valentines day card 4 friends, mother, father, brother, sister & even pets?’

Kami tabik kepada peminat Sharifah Sofia yang menerangkan sebab-musabab Valentines Day diharamkan. Kami pasti, Sharifah Sofea kemudiannya men-google mengenai isu-isu ini. Syukur, tidak lama kemudian, Sharifah Sofea berkongsikan beberapa fakta ringkas mengenai isu pengharaman hari kekasih yang disambut pada setiap 14 Februari.

Pendek kata, bukan semua orang ada kefahaman yang mendalam mengenai pengharaman sesuatu perkara. Jadi, korang yang berilmu tinggi, kenalah nasihat & tegur secara berhemah. Jangan tegur kasar-kasar, okay?

INFO : OH BULAN

__________________________________________________

Ustazah Norbayah - menyambut Valentine day HARAM menurut IslaM

2 comments:

zOeY zAu YaH said...

betul2..nak tegur orang yg dlm keadaan confuse kenelah dn cara yg lmh lembut.bkn sampai mjthkan maruah..(pengalaman sendiri) hehe

ayucinta said...

Zoey : betul2..chezeee...