Monday, February 7, 2011

PERKARA DAN DOA UNTUK MEMPEROLEH ZURIAT.

Sejak dua menjak ni aku begitu aktif mencari sebanyak mungkin artikel berkenaan dengan memperoleh zuriat.Aku betul2 nak anak.Lagi 4 bulan usia perkahwinanku masuk 2 tahun.Ya Allah berila zuriat kepadaku dan suamiku.Ramai yang cakap ala baru 2 tahun depa yang 4,5 tahun kawen x dak anak x pa pun.ops da terlalu banyak yang aku dengar pasal ni.memangla baru 2 tahun.dalam masa 2 tahun ni la kita perlu berusaha.Lagi satu itu depa dan ini aku.Aku dan mereka perasaan dan hati y

ang Allah SWT bagi lain.Rambut sama hitam hati lain2.Jadi jangan samakan aku dengan mereka.Aku rasa sunyi sangat sekarang ni.Bila aku tengok baby je pasti aku jadi sebak dan sedih.Mulala aku moody.Dan paling sedih bila aku pergi mana2 mesti orang tanya."Ayu, x dak ape2 lagi ke?"Oh jika boleh buat sendiri nak je aku bawak berderet anak tunjuk kat org2 yang bertanya tu.Masalahnya bukan aku yang buat.Semuanya dari REZEKI ALLAH SWT.Berubat kampung pun sudah.tinggal nak try makan BIODEX dan pergi hospital je.BIODAX ok x?Kalau ok aku nak try.Manalah tahukan.Tengok testimonial mereka yang berjaya mcm ok je.Di ketika aku menaip ni aku menahan air mata aku dari jatuh ke pipi..Nanti geng opis cakap aku gila pulak tetiba menangis..okla..aku hope aku dapat amalkan amalan dibawah ni.dari Ustazah Siti Norbahyah.

Melalui perkahwinan, manusia akan dapat mengembangkan keturunan dan memenuhi ketenteraman jiwa kerana perkahwinan yang harmoni dan sesuai menurut tuntutan Ilahi, dapat memenuhi tuntutan biologi. Malah tujuan perkahwinan juga adalah untuk mendapatkan zuriat melalui ikatan sah di sisi agama dan undang-undang. Namun, tidak semua pasangan suami isteri beroleh zuriat setelah berkahwin. Ada sesetengah pasangan perlu mengambil masa yang lama untuk memperoleh zuriat dan ada juga yang tidak mempunyai zuriat sehingga tua disebabkan perkara-perkara tertentu. Tetapi perlu diingat bahawa semua yang berlaku itu adalah dengan izin dan kehendak ALLAH s.w.t. Oleh yang demikian, mereka yang beriman dan percaya dengan ketentuanNYA akan redha dengan segala apa yang terjadi terhadap diri mereka. Akan tetapi itu tidak bermakna kita hanya perlu akur dan berserah dengan apa yang terjadi tanpa berusaha bersungguh-sungguh untuk memiliki zuriat. Dalam Islam terdapat tips atau amalan yang boleh diamalkan agar dipermudahkan mendapat zuriat yang baik dan soleh. Pertama, bersangka baik dengan ALLAH s.w.t. serta berdoa dengan membaca ayat 38, surah Ali-Imran yang bermaksud: “Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku dari sisi-Mu zuriat keturunan yang baik. Sesungguhnya Engkau sentiasa Mendengar (menerima) doa.” Al-Imam Al-Samarqandi meriwayatkan bahawa Nabi Zakaria a.s pernah merasakan baginda tidak akan mendapat zuriat sehinggalah baginda melihat anugerah ALLAH s.w.t. Maka baginda meyakini bahawa ALLAH berkuasa mengurniakan baginya anak. Tambahan pula, baginda memegang amanah menjaga kunci rumah Qurban yang diwarisi turun-temurun. Keturunan dalam ayat ini bermaksud anak yang sihat sejahtera dan berakhlak. Kedua, bersangka baik dengan ALLAH s.w.t serta berdoa dengan ayat 89, surah al-Anbiya yang bermaksud: “Wahai Tuhanku! Janganlah Engkau biarkan daku seorang diri (dengan tidak meninggalkan zuriat); dan Engkau jua sebaik-baik yang mewarisi.”Ayat ini juga berkenaan dengan kisah Nabi Zakaria a.s. untuk memperoleh anak yang baik bagi menyambung zuriatnya.Amalkan membaca doa ini bersama doa dalam surah Ali-Imran tadi untuk mendapat zuriat. Selain itu berikhtiarlah dengan perkara-perkara yang dibenarkan syarak. Pasangan suami isteri juga dinasihatkan supaya memperbanyakkan sedekah, puasa sunat dan qiamullail untuk mendapat anugerah ALLAH s.w.t. yang hebat ini. Bagi ibu yang mengandung, persediaan rohani dan adab penting semasa mengandung bagi menentukan tingkah laku anak yang bakal dilahirkan samada baik atau sebaliknya. Untuk mendapat anak yang baik dan soleh, terdapat amalan yang patut diamalkan oleh kedua-dua ibu bapa anak itu sendiri, iaitu: 1. Memperbanyakkan taubat dan istighfar. Ibu bapa yang banyak melakukan taubat dan istighfar, ALLAH s.w.t. sentiasa mengasihi dan merahmati kedua-duanya dan juga segala isi dalam rumahtangga termasuk anak dalam kandungan.

2. Berpuasa sunat. Khusus untuk suami, banyak berpuasa sunat atau sekurang-kurangnya semingu dua kali atau sehari pada hari Isnin dan Khamis atau salah satu daripada hari-hari berkenaan atau pada hari-hari putih (13, 14 dan 15 bulan Hijrah). Perlu diingatkan, amalan puasa sunat cuma digalakkan dilakukan oleh suami atau bapa (bagi anak) sahaja seperti mana dilakukan oleh Nabi Zakaria a.s. Bagi ibu, sekiranya tidak memberi kesan kepada kesihatan bayi dalam kandungan bolehlah diamalkan.

3. Tidak bercakap yang sia-sia. Ketika isteri sedang mengandung, suami seboleh-bolehnya tidak bercakap yang sia-sia, lebih-lebih lagi yang boleh mendatangkan dosa seperti mengumpat, menfitnah dan sebagainya. Sebaliknya, basahilah lidah dengan berzikir dan bertahmid atau bercakap yang mendatangkan faedah.

4. Banyak berdoa. Sentiasa berdoa agar ALLAH s.w.t. mengurniakan anak yang soleh atau solehah. Sekurang-kurangnya setiap lepas sembahyang, bacalah doa khusus bagi ibu yang sedang mengandung.

5. Banyak membaca al-Quran. Secara umumnya, elok membaca al-Quran dengan semua surah, tetapi di sini ustazah mengkhususkan surah-surah yang dibaca serta kesannya. * Surah al-Fatihah – Untuk menerangkan hati dan menguatkan daya ingatan * Surah Maryam – Untuk memudahkan ibu bersalin dan memperolehi anak yang sabar dan taat. * Surah Luqman – Untuk memperoleh anak yang cerdik akal dan cerdik jiwa. * Surah Yusuf – Untuk memperoleh anak yang cantik rupa dan cantik akhlak. * Surah Hujurat – Untuk memperbanyakkan susu ibu da dan anak bersifat berhati-hati * Surah Yaasin – untuk ketenangan hati dan anak tidak terpengaruh dengan godaan syaitan yang mengajak kepada maksiat. * Surah Taubah – Untuk membersih jiwa dan terpelihara daripada maksiat. * Surah an-Nahl – Untuk melahirkan anak yang berdisiplin. Amalan-amalan untuk memperolehi zuriat Setelah berusaha dengan perubatan moden dan kampung untuk memperoleh zuriat bahkan telah berdoa kepada Allah, namun belum memperoleh zuriat, maka kita dituntut supaya banyak bersabar dan jangan dalam keadaan tertekan.Perasaan yang tidak stabil akan mengganggu keadaan dalam diri anda dan ini akan menyukarkan lagi bagi anda berdua untuk memperolehi zuriat. Di dalam berdoa kita disuruh menaruh harapan seratus peratus kepada Allah dan yakin bahawa Allah berkuasa untuk mengabulkan doa kita tersebut. Yang paling penting awali doa dengan pujian kepada Allah dan selawat kepada Rasulullah SAW begitu juga dalam menutup doa. Mungkin anda semua boleh mencuba amalan di bawah ini, semoga Allah memberikan jalan penyelesaian yang terbaik untuk anda dalam penantian untuk mendapatkan zuriat. Amalan pertama. Selepas Fajar ataupun Solat Subuh - Baca Bismillah 1 kali - Kemudian selawat kepada Nabi Muhammad SAW 3 kali. - Setelah itu sujud dan baca kalimah syahadah 101 kali - Dalam sujud tersebut mohonlah kepada Allah apa yang kita hajatkan. (Umpamanya: “Ya Allah, kurniakanlah kepada hamba mu zuriat atau anak yang soleh yang Engkau berkati di dunia dan akhirat) - Kemudian tutup doa tersebut dengan membaca selawat 3 kali. Amalkanlah cara ini baik suami ataupun isteri selama 15 hari atau teruskan jika masih belum berhasil dan jangan merasa putus asa. Sebab Allah tidak suka terhadap orang yang suka berputus asa. Amalan kedua. -Suami hendaklah membaca “Ya Mutakabbir” (Allah Yang Maha Memiliki Keagungan ) sebanyak 11 kali sebelum mengadakan jimak. -Isteri hendaklah membaca “Ya Awwal” (Yang tiada permulaan adaNya) 333 Kali setiap hari. -Isteri hendaklah membaca setiap hari “Ya Zaljalaali Wal Ikram” 11 kali kemudian tiup di dalam air dan air tersebut diminum. -Suami isteri hendaklah membaca surah Yusuf / surah Maryam setiap hari. Amalkanlah dengan penuh harap agar dimakbulkan oleh Allah SWT akan zuriat yang baik dan mendapat rahmat daripada-Nya.

12 comments:

aDieyZa said...

dear, sabarlah yer.. zana pun masih berusaha.. zuriat tu rezeki dr Allah.. kita hanya mampu berusaha + berdoa agar dikurniakan zuriat..

zana pun sellau tension bila org asyik tanya pasal hal ni.. lagi2 bila keluarga terdekat yg tanya.. nasib baik ada suami yg memahami..

kadang2 sedih bila tau ada kawan & sedara yg baru kahwin dah pregnant..

tapi zana faham yg semua ni ada hikmahnya..

E K A said...

boley tak saya nak kopipes info ni kat blog saya


saya pun tgh berusaha utk ada baby.nak sgt2.sedih bila tgk org yg kawen selepas saya dah ada baby...ayu penah cuba jus bidadari tak.ramai cakap berkesan

FARA said...

sy pun nak masuk usia perkahwinan 2 tahun bulan 5..masih belum dikurnikan anak..dah x sabar nak baby..same2 lah kite berusahan ye...

no_helmi87 said...

Sama 2 la kite berusaha utk mendapatkan zuriat...moga allah mendengar doa kita semua...amiiiiin

Anonymous said...

Salam ayu...

saya pn sama jugak....thn ni masuk tahun ke 3....tapi masih blom ada rezeki utk dapt baby.

Alhamdulillah....family ngan hubby faham...jadi takde la rasa tekanan sgt.

sometimes, tgk adik saya yg dh kawin, ada anak 2org.....terasa jugak.

Shawl's@ayucinta said...

EKA : BOLEHHH...:)

Shawl's@ayucinta said...

FARA : SY BULAN 6..INSYAALLAH..SMA2 KITA BERDOA..

Anonymous said...

salam kak ayu...
try la minum produk ni
~PATI RAHSIA HAWA (prempuan)
~PATI RAHSIA ADAM (lelaki)

produk ni dari IRFAN HERB (try google)

kzen saya pon kawen lama dah..dekat 4taon
pas minum ni..alhamdulilah..ngandung dah dia..
ni sebagai usaha..bukan ap kak ayu...
sy pn prmpuan kdg2 sedih tgok k.ayu nek status nak kan baby :(
klu la sy kt tmpat kat ayu..
pape pon..slmat berusaha ye kak ayu
mudah2 han murah rzeki akk :)
insyaallah amin

Anonymous said...

sayer juga..walau baru setahun berkahwin..tapi..bila jalan2..mst terlihat kedai mom care..bila pula turn sayer utk masuk kedai tu....ermmmm...ati ni..sayu jer...
'erein'

Anonymous said...

cerita kite same la... mintak share boleh....

MERAN QAMAR said...

insyaallah ada rezeki kita semua disisi Allah... semua sudah tersurat
kami pun terlibat seperti anda...
hanya jawab dengan gembira supaya tidak nmpk kite ni stress
lagi pun dah jadi trend sekarang
kawin je ngandung kawin je ngandung... kite sabar je laaa

terjah blog saye untuk jadi follower yang ke 100

http://aempat.blogspot.com/2012/09/sape-yang-nak-jadi-ke-100-orang.html

Hana said...

nasib kita serupa.. cuma usia perkahwinan saya 4thn. InsyaAllah sama2 kita usahakan. Ini cara saya:
www.hanasyed.blogspot.com