Sunday, February 20, 2011

INILAH MASJID DATUK SITI NURHALIZA & DATUK K.

Orang Sungai Petani boleh tersenyum riang apabila Masjid Al-Khalidiah sudah siap dibina dan sedia untuk diguna pakai untuk program-program keagamaan atau kemasyarakatan. Masjid Al-Khalidiah yang bernilai RM1.7 juta ini dibiayai sepenuhnya oleh Datuk Siti Nurhaliza & Datuk Seri Khalid, atau lebih dikenali sebagai Datuk K.

Khalid, memaklumkan bahawa dia semenjak kecil memang menyimpan impian untuk membina sebuah masjid & bersyukur apabila impian tersebut menjadi kenyataan. Sebuah majlis pelancaran yang dirasmikan oleh Sultan Kedah, Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah berlangsung semalam.

Sementara itu, Siti Nurhaliza dalam laman twitter menyatakan, ‘Alhamdullilah ,tercapai sudah impian kami berdua Dan semoga Allah memberkati..Amin

Masjid Al-Khalidiah ini boleh dikunjungi di lokasi Kampung Permatang Pasir, Kedah Darul Aman. Layankan gambar eksklusif majid Al-Khalidiah selepas ini. Dan, kali ini Siti Nurhaliza muncul lengkap bertudung litup, NICE!

INFO : OH BULAN

3 comments:

aDieyZa said...

Alhamdulillah.. semoga niat murni mereka diberkati Allah hendaknya..

EvisuKyme said...

alhamdulillah....
dekat je dgn umah nenek aku kt taman bertam indah tu.....jauh sket dr umah aku...xpe..nk gi pantai merdeka bley singgah situ

Shawl's@ayucinta said...

ALHAMDULILLAH..NANTI LALU KITE SINGGAH SEMBAHYANGG...