Monday, February 28, 2011

DIET PUNYA PASAL.

Assalamualaikum..adoii susah sangat aku nak curi time nak hupdate ini blog.Ni pun aku tinggal kejap barang2 customer yang tengah packing.Nasib hubby aku baik hati seperti biasa barang yang kena wrap die tolong wrapkan..tq sayang.. Berbalik pada diet dan kenapa aku perlu diet pernah distorykan di entry ini.So tadi lepas je solat maghrib aku dan hubby pergi tesco.Dan dalam fikiranku bermacam yang aku nak beli untuk proses diet aku ni.Dan inilah hasilnya.Rasanya dah 3 hari aku tak makan nasi malam.Tapi semalam aku da tak tahan aku suruh hubby aku beli koteow goreng.Makanla aku dengan lahapnye seperti tak jumpa makanan 3 bulan.Ishh baru 3 hari ni.Malam ni balik dari tesco aku singgah makan bihun sup.Tapi yang penting aku tak makan nasi malam.Haaa..disebabkan aku tak makan nasi malam juga tadi aku timbang turun 1kg.ohhh..rasa berbaloi juga aku tak makan.Kalau 6 hari 1kg lagi..9 hari..wahh berjayakah aku mengikut cakap doktor yang menyuruh aku menurunkan berat badan sebanyak 15kg??kita tunggu dan lihat..Bile lapar je kan mesti aku cakap kat hubby.."Abanggg ayu lapaqla..nak makan nasi boleh?"hubby aku mesti cakap.."Nak baby tak?"..uhhh..terus terbantut aku nak makan nasi bila dengar kata2 hubbyku.
Cabaran di ofis pun banyak juga tau.Pagi tadi seperti biasa aku breakfast dan aku ambik 1 senduk nasi je.kemudian ikan goreng,sambal belacan dan sayur kubis.Telan air liur je tengok ayam masak kicap dan sambal tu.Air seperti biasa air epal tanpa gula.Then tengahari tadi kakak ofis aku ajak pergi kantin die nak beli ape yang ada.Pi je kantin aduhhh nasi goreng dalam bekas tengah panas.Nakkk..sabar2..tengok cikgu2 berebut ambik nasi goreng tu..telan air liur lagii..
Susu Dutch Lady Low Fat.High Calcium Milk.Dulukan tak suka minum susu.Tapi sekarang kenala suka.Nak baby tak??
Dulupun aku tak suka makan chesedale ni.Kalau boleh yang diperbuat dari susu aku tak suka.Tapi sekarang kenala suka juga.Nak baby tak?hehe..Sedap tau makan dengan roti gardinier. Nestum..Yeayy ni aku suka.Dari kecil mak aku suka bagi makan ni.Sedappp..makan nestum dengan Susu tadi.Nyum..nyum.. Ok buah epal hijau paling best.Malam2 kalau aku lapar je aku akan makan buah epal ni sampai tido.Lagi bagus minum air epal hijau tanpa gula.Lagi cepat turun berat badan tau. Dan yang akhir pemberi semangat dekat aku.Bila aku nak makan nasi je mesti dia cakap nak baby tak??Ala abangg sekali je ni nak makannn... Awat abang buat gigi macam tu??Ngejek ye.. Dibawah ni aku bagi sedikit tips Cara Diet Yang Betul.
1. Ambil Protein yang Cukup
~ Tubuh anda secara puratanya memerlukan 30 gram protein dalam sehari.
~ Antara makanan berprotein yang boleh diambil - daging, susu, buah-buahan, sayur-sayuran dan kekacang.
2. Elak Perut daripada Lapar
~ Rasa lapar mungkin disebabkan faktor psikologi seperti tekanan atau stress.
~ Jika begitu, anda boleh atasi rasa lapar tersebut dengan memakan buah-buahan seperti epal.

Buah epal - thundafunda.com

3. Usah abaikan Lemak
~ Bila berdiet, saya yakin ramai di antara anda seboleh-bolehnya mengelak pengambilan makanan yang berlemak.
~ Tapi, tubuh anda perlukan air, karbohidrat, lemak yang sedikit, mineral, serat dan vitamin.
~ Jadi, tubuh anda sememangnya memerlukan lemak. Cuma pastikan kuantiti lemak yang diambil adalah terkawal.
~ Ambillah juga jenis lemak yang baik seperti kekacang dan minyak zaitun.
~ Lemak tetap diperlukan kerana ia berfungsi menjaga otot dalam tubuh anda.
~ Banyakkan makan buah-buahan dan sayur-sayuran untuk mempertingkatkan sistem imunisasi tubuh.

3 comments:

ezanoor said...

kelakar plak kata2 "nak baby tak?"... hehhe... gud luck ye kak ayu...

Shawl's@ayucinta said...

ezanoor : hehhee...tq..insyaallah..doakan akk ye..

ieka said...

kak ayu..kite pn teringin nak diet..huhu...rase nye period x teratur mybe sbb brt bdn gk....kalo mlm x mam nasi..tgh ary akak mkn pe??