Sunday, February 13, 2011

CEREKARAMA : AMPUNKAN DAKU.

SHEILA RUSLY
SHEILA RUSLY DAN JINGGO
Assalam..Buat ape tu??Aku baru je lepas tengok Cerekarama.Slot Cerekarama kali ini adalah satu lagi hasil karya Sheila Rusly dan suaminya Jinggo yang bertajuk Ampunkan Daku.. Penulis skripnya pula adalah pelakon Rozie Rashid.Kisah seorang wanita bernama Latifah yang telah membuka pusat bernama KEWAJA yang menempatkan gadis-gadis remaja yang mengandungkan anak luar nikah. Kisah yang memaparkan kehidupan yang dilalui gadis-gadis dalam KEWAJA, bagaimana cara-cara membentuk semula sahsiah mereka dan menjadikan mereka seorang muslimah sejati.Ibu mertua yang tidak menyukai menantu dan lakonan Fauziah Nawi yang menjadi sebagai ibu mertua.Si Suami yang ikut cakap ibu.Aduhh memang sakit hati tengok masa die rampas Khalish dari Latifah.Meleleh air mata aku tengok drama ni.Memang terbaik dari ladangla Sheila Rusly.Drama yang Sheila Rusly buat semua best2.Aku memang respect kat beliau.Hope drama ni dapat disiarkan kembali sebab macam tak puas je aku tengok.
ERIN MALIK- WATAK KHALISAH
Lagu latar dari Medicine - Tika dan Saat Ini.dan diakhir drama Remaja2 tersebut menyanyikan lagu yang liriknya diubah dengan melodi Tika dan Saat Ini. Sekali lagi TAHNIAH kepada SHEILA RUSLY. SINOPSIS :
AMPUNKAN DAKU
Mengisahkan bagaimana Latifah (Sheila Rusly) yang menubuhkan rumah perlindungan remaja wanita ie KEWAJA. Kisah hidup latifah yang terpaksa berpisah dengan suaminya, Azri (Zamarul Hisyam) dan anaknya Khalish akibat tekanan yang dihadapi daripada ibu mertuanya (Fauziah Nawi). Ibu mertuanya memang tidak sukakannya akibat latarbelakang Latifah yang lahir sebagai anak luar nikah.
Latifah mengasaskan rumah perlindungan remaja yang mengandung anak2 luar nikah sama ada di rogol atau telah membuat perhubungan sebelum berkahwin. Suaminya Azi, seorang anak emak yang sentiasa mengikut cakap emaknya dan tidak mempunyai pendirian walaupun isterinya sering di tohmah dan didera secara mental oleh ibunya sendiri dan dia tidak pernah untuk membelanya. Disebabkan tidah tahan dengan situasi itu, Latifah mengajak Azri untuk keluar dari rumah tersebut dan membina kehidupan mereka sendiri. Puan Azimah (ibu mertuanya ) tidak mengizinkan anaknya ikut sekali dan meletakkan syarat jika Latifah ingin keluar dari rumah dia tidak boleh membawa satu pun barang atau harta kepunyaannya. Untuk itu, Latifah telah meminta RM300K sebagai ganti, atas pengorbanan dan penyeksaan yang ditanggung selama dia berkahwin dengan Azri. Azri amat terkejut dengan permintaannya itu dan mengandaikan dia sanggup menjualkan anaknya demi wang. Walhal Latifah telah menyatakan dia begitu kecewa kerana suami yang dinikahinya dan dianggap sebagai pelindungnya tidak mempunyai pendirian dan tidak langsung membela isterinya.
Anaknya yang telah meningkat remaja iaitu Khalish telah mengetahui kisah rumahtangga ayah dan ibunya melalui ibu tirinya Sara (Zila Bakarin) telah lari dari rumah dan tingga di KEWAJA demi mencari kebenaran tentang kisah yang berlaku di antara ibu dan ayahnya.
Menurut cerita yang di terima dari ayahnya, ibunya telah 'meminta wang sebanyak RM300K' daripada ibu mertuanya sebagai ganti memisahkan khalisha dengannya. Namun demi sebuah kebenaran Khalisha telah mendaftarkan diri sebagai penghuni KEWAJA dengan nama gelaran Lisa. Di situ dia cuba mencari bukti2 untuk menidakkan cerita yang diterima dari neneknya.
Akhirnya Khalisha yang lari dari rumah telah menghubungi ayahnya untuk menceritakan hal yang sebenar dan membawa ayahnya ke Kewaja. Dalam pada itu, neneknya telah mengupah orang untuk mengikut jejak mereka dan memberitahu ke mana anak dan cucunya telah pergi. Ketika Khalisha memperkenalkan ayah dan ibunya kepada penghuni KEWAJA, neneknya muncul dan Khalisha terus memperkenalkan neneknya sebagai pengasas KEWAJA dan telah membuatkan neneknya tersentuh.
Akhirnya berkat usaha dan kerja keras Khalisha untuk menyatukan ibu dan ayahnya tercapai apabila Pn. Azimah terbuka hati dan memohon maaf atas kesilapannya yang lalu.
MEDICINE - TIKA DAN SAAT INI
Tika begini mencari-cari Sebuah cinta hilang Saat begini ternanti-nanti Bayangmu sayang... Bertanya-tanya pada sang bunga Mengapa layu jua Bertanya-tanya dihujung rindu Kau pun berlalu Ku ulangi pertemuan Walau hanya mendakap sisa cinta Bersama rindu yang terdampar Saat ini aku sendiri menangisi Pemergianmu kekasih Dan cuba memujuk rindu Yang pedih tercalar Di sudut ingatanku Airmataku kau renang bahagia Tika begini aku sendiri Kau menyepikan diri Saat begini kau padu janji Kasih yang baru Kumasih sendiri...
'Darah yang mengalir dari anak luar nikah itu merah, jika di toreh tidak dapat dilihat perbezaannya'
"Sesungguhnya apa yang berlaku dalam hidup kita ada sebabnya. Kerana Allah tidak menguji seorang hambanya itu tanpa sebab.
Doa orang-orang yang dizalimi memang tidak ada hijab doanya pada Allah"

6 comments:

fariza zulaika said...

tengok jugak...
Best..
boleh buka mata masyarakat dan org yg buat benda2 tak baik boleh amik pengajaan..InsyaALLAH..

SyUhAdA said...

bes ke?

x dpt nk tgk..

xde tv kat kolej..

sob..sob..

♥yaya budak suka embun♥ said...

bez cite nih..menangis satu family..
byk pengajaran cite nih :)

YaNa said...

yana tengok citer nie....hasil karya sheila rusly dan suami sgt2 terbaek....nangis yana mse tgk citer nie...

hambaAllah said...

bleh download kat bawah ni...mmg best citer nie...donwload dua2 part lepas tu extract...

Hotfile

http://hotfile.com/dl/104197024/11ab52f/Ampunkan.Daku.2011.SDTV.DiMENSi.part1.rar.html

http://hotfile.com/dl/104197063/c70b9b4/Ampunkan.Daku.2011.SDTV.DiMENSi.part2.rar.html

Fileserve

http://www.fileserve.com/file/Gk86Dbu

http://www.fileserve.com/file/S5v8g7y

Anonymous said...

http://13dfgsdfg57.com/