Saturday, February 12, 2011

AKU HANYA PENJUAL SHAWLS.

Assalam all my dearssss...pagi2 ni aku dah menghadap lappyku yang hitam ni..mana hubbyku?ops hubbyku dalam bilik zzzzzzz...huhuhu.. Cikgu..saya nk buat karangan Aku Hanya Penjual Shawls boleh tak?yeayyy..Korang nak tahu bila dan berapa lama aku buat bisnes online ni?Actually bulan 3 2011 ni da nak masuk 2 tahun aku bisnes.Alhamdulillah aku masih bertahan walaupun pelbagai onak dan duri aku lalui sepanjang bisnes online ni. Aku mula bisnes ni masa aku tinggal dekat kl.Almaklumla kl dunia beli belah.So setiap petang je lepas keje aku akan jalan sorang2 ke Masjid India untuk tengok shawls yang cantik2.Ishh banyak sungguh shawls yg cantik2 dekat sini.Setiap harikan ada saje shawls baru.Geram aku tengok.Aku pun beli padahal aku tak pakai pun.Masa tu tak pandai lagi nak lilit2.Pakai tudung bawal je.So bila da pergi hari2 supplier dekat situ pun kenal aku dan aku pun tanya tu tanya ni pasal shawls ni.Balik tu aku create satu blogshop untuk jual shawls.Mula tu blogshop aku nampak macam tak bermaya je.Yela aku x pandai nak buat blog bagi cantik ni.Setakat basic tu bolehla.Then aku pun contect jijie kusya.Aku rasa aku dapat tahu die pandai buat blog masa aku tengok 1 blog yg tertulis nama dia.So aku pun sms dan discuss dengan dia.Akhirnya aku pun upah die buat blog aku. Then,bila da siap dengan penuh semangat aku pun pergi ambik stok.Tak banyak sangat.Mula tu dalam 1 kodi je.Bila da masuk dalam blog alamak tak de pun orang beli.Lebih kurang 3 minggu kot.Masa tu aku tak aktif facebook lagi.Aku promote dekat myspace dan friendster.Lepas tu masa aku balik bercuti di kampung ade sorang customer kol cakap nak beli shawls.Waahhh aku sangat excited masa tu.First customer aku dapat.Best gila tak terkata.Duit customer tu pun ada aku simpan dalam diari aku.Aku hargai sangat.Kire dalam bulan tu aku dapat 3 orang customer.Ehhh macam mane aku nak buat modal ni..?Haaa bila je dapat gaji aku pun beli shawls2 baru tapi mana untungnye?hahah..aku pun tak tahu..hehehe...Ehh..x la ..sebenarnye memang aku tak boleh nak simpan..Bila aku da kahwin masa tu aku duk berjauhan dengan suamiku..dengan untung yang sedikit tu la aku berulang alik dari kedah ke kl dan dari kl ke kedah.Takkanla aku nak harapkan suamiku.Sebulan 4 kali aku balik.Kalau harapkan duit gaji memang aku tak balik. Sampaila sekarang aku bisnes online.Masa aku dapat balik keje kat kedah ni sedih juga bila aku fikirkan mana nak cari supplier.Takkan aku nak kena pergi balik kl.Dan bila da balik rupa2nya ada supplier dekat kedah ni.Wahh bestnye..Walaupun lambat update dan mahal sikit tapi syukurla tak payah aku ulang alik ke kl da.:) Dan kini alhamdulillah dengan rezeki yang diberikan olehNYA aku dan hubby dapat beli sebuah rumah dan dengan rezeki ini aku kongsi dengan hubby untuk bayar duit rumah kami setiap bulan.(kalau harapkan gaji memang tak lepas) Untuk pengetahuan korang, aku bukanla orang senang dan kaya.Aku anak sulong daripada 4 beradik.Mak dan abah aku hanya berniaga nasi lemak di market.Aku da pernah susah dari kecil.Bayangkan masa tu mak dan abah aku ada sedikit masalah kewangan dan nak bagi duit sekolah dekat aku dan adik aku pun tak de.Sorang rm1 saja.last aku bagi duit aku dekat adik.Aku pergi sekolah tak bawa duit.Bila time rehat je dekat sekolah aku duduk dalam kelas.Member2 tanya kenapa tak keluar aku bohong cakap tak lapar.Nasib la mereka faham.Dan ajak aku kelar.TQ sangat pada sahabat2 aku masa sekolah dulu..Sheeda,Wani dan Ruhaila. Balik rumah mak aku hanya masak nasi putih dan goreng ikan bilis saja.Tapi da lapar aku pun makan.tambah kicap sikit bagi sedap.Dulukan aku ingat lagi masa bulan puasa mak dan abah aku berniaga air.Laicikang,soya dan macam2 lagi.Mak aku buat semua tu dari masak sagu hinggala mesin kacang soya dan perah guna baldi dan napkin.Masa tu mak aku pregnant dekat adik bongsuku.Hanya Tuhan saja yang tahu perasaanku masa tu.Aku menangis dan sedih tapi mak tak tahu.Biarla.AKu tolong mak aku mesin kacang soya.Dan bila pukul 2 je aku dan abah pergi berniaga.Berbekalkan sebakul raga diletak didepan aku dan abah pergi berniaga.Korang tahu naik ape?Naik motor kapcai c50.Perjalanan ke tapak bazar dalam 20 km.Bayangkan macam mane masa tu.Dan tibe2 bile petang je time orang da sibuk nak beli hujan turung dengan lebat.Aku pegang payung dengan kuat sebab takut terbang.Habis basah aku dengan abah masa tu.Kesian abah.Dan bila da habis berbuka kami pun kemas2 nak balik.Ya Allah banyaknya tak habis.Semua tu ku buang saja.Yang lain2 yg boleh dipakai simpan dalam peti sejuk.Kesian mak yang ikat air jagung masa tu.Last2 kena buang. Bila aku da masuk study di POLIMAS masa tu duit loan tak dapat lagi.Yang ni yang paling aku akan ingat.Mak dan abah aku naik motor (masa tu da pakai honda ex5) dengan adik kecik aku semata2 nak hantar duit dekat aku.Dengan panasnya dan perjalanan lebih kurang 45 km.Sejam juga perjalanan naik motor.Masa tu aku duk hostel.Mak dan abah aku sanggup datang nak bagi duit rm30 untuk aku makan.Mak,abah ayu sayang kalian berdua. Dan kini Alhamdulillah..aku da belikan mak aku kereta.Sebenarnya tu kereta aku tapi bila aku da kawen dan hubby aku pun da ada kereta aku bagi mak dan abah aku guna kereta tu. Actually aku story ni bukan untuk tarik perhatian tapi aku nak sampaikan betapa kita perlu hargai dan bersyukur dengan apa yang ada.Aku da pernah hidup susah.Tapi dengan bisnes online dan kerjaya yang aku ada alhamdulillah aku kini dapat membantu kedua orang tuaku.Aku takkan lupa jasa mereka padaku. Ya Allah ampunilah dosa kedua orang tua ku dan panjangkanlah usia mereka. Insyaallah next posting aku akan tips nak bisnes online ok..:)

7 comments:

Hidayah Muhammad said...

sgt terharu...kak ayu u r my inspiration :)

ayucinta said...

HIdayah : hanya insan biasa..nyway tq dik..:)

SyUhAdA said...

wah..
mmg byk susah pyh yg dilalui sbelum..
anyway..

thniah ayu~!!

http://snowygirl-syuhada.blogspot.com/2011/02/666.html

Cik Mary said...

touching nye.

ayucinta said...

Syuhada : Kesusahan mengajar kita erti hidup..:)

ayucinta said...

Cik Mary : jgn nangis tau..hik3..

Syima Syaz said...

touchig sangat baca entry ni...